Hanya tinggal kenangan cinta

Posted by Smat Goal Ent 11:09 AM, under | 1 comment


Di bilik kecil ini

Aku termenung mengenang kenangan cinta

Cinta yang tiada nokhtah bahagia

Cinta tanpa tanda bahagia menanti

Cinta yang penuh tangisan duka

Cinta yang dihiasi luka

Cinta yang hanya tinggal kenangan



Kenangan lalu

Membawa barah di hati

Aku tak mampu nak pertahankan cinta

Cinta yang tumbang

Cinta yang kalah kerana suratan takdir

Cinta yang akan tinggal kenangan buat selamanya

Dulu aku sering siram cinta itu

Dengan semaian kesetiaaan

Semaian keceriaan

Semaian kebahagian

Semaian kerinduan

Semaian kejujuran

Semaian yang menghidupkan cinta kita selamanya


Tapi kini

Semua hanya kenangan

Kenangan yang hanya tinggal memori buat selamanya

Kita tidak mampu mengulangi kisah cinta kita

Ia sudah tersurat dalam takdir

Kita tak mungkinkan bersama

Kita terpaksa pasrah atas segalanya

Walaupun hati tak mengizinkannya

1 comments:

memg layannn laa lagu2 dlm nie best....

Post a Comment