7 Tips Supaya Boyfriend Cepat Masuk Meminang Anda

Posted by Smat Goal Ent 11:53 AM, under | No comments



Setiap pasangan yang bercinta pastinya mempuyai impian untuk berakhir dengan perkahwinan. Begitu juga dengan anda, betul tak?
Salah-satu masalah yang sering saya dengar ialah salah-satu pihak pasangan masih belum bersedia malah satu pihak lagi memang dah beria-ia nak mulakan hidup berumahtangga. Majoriti pihak yang sering memberi 1001 alasan untuk menangguhkan lagi hasrat murni untuk mengikat tali perkahwinan ini ialah kaum lelaki.
Sering kita terjumpa kes ini. Si girlfriend memang banyak kali dah terdetik dalam hati, “Bila la boyfriend kesayangan aku nak masuk meminang aku ni”.
Adakah anda salah-seorang yang menghadapi dilema ini?
Usah risau, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan bersama anda beberapa tips yang boleh anda cuba ikut dan lakukan bagi mempercepatkan lagi ‘proses’ teman lelaki anda untuk masuk meminang anda. :-)
  • TIPS 1: Puji pasangan anda. Ringan-ringankan mulut anda untuk sentiasa memuji dan kagumi teman lelaki anda. Nytakan anda sukakan sifat-sifatnya dan dirinya. Katakan juga dialah pasangan anda yang terbaik dalam hidup serta buat diri anda yang boleh membimbing dan memberi kebahagiaan kepada anda.
  • TIPS 2: Beri sokongan 110% kepada kerjaya atau kerja yang diceburi oleh teman lelaki anda. Ini boleh menaikkan lagi semangat dirinya untuk cepat-cepat mendirikan rumahtangga bersama anda kerana dia tahu anda yakin dengan dirinya. Ingat, kejayaan pasangan anda adalah kejayaan buat diri anda juga. Anda harus bersedia berkongsi hidup dan dari segi kerjaya bersama. Sekurang-kurangnya nyatakan yang anda memang boleh terima kerjaya dia.
  • TIPS 3: Tunjukkan minat yang mendalam perkara -perkara tentang perkahwinan. Anda boleh bincangkan perkara berkaitan rumahtangga, beri pendapat dan sebagainya. Satu teknik yang mudah untuk anda lakukan ialah berkongsi artikel-artikel berkaitan perkahwinan yang anda baca di blog-blog (Blog KursusPerkahwinan contohnya) atau majalah-majalah berkaitan perkahwinan.
  • TIPS 4: Ambil berat tentang diri pasangan anda. Sayangilah dia sepenuh hati anda, rela berkorban apa sahaja dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Prihatin terhadap segala aspek diri pasangan anda. Jika anda lihat dia agak sedikit tidak bersemangat, naikkan motivasi diri dia.
  • TIPS 5: Cari peluang untuk menjemput teman lelaki ke rumah anda untuk bertemu dengan ahli keluarga anda. Jika keluarga anda ada membuat sebarang majlis keramaian seperti majlis hari jadi, kenduri-kendara, Mother’s Day atau Father’s Day dan sebagainya. Ini boleh menunjukkan yang anda semakin serius dan yakin untuk mendirikan rumahtangga. Selain itu, boleh lah anda merapatkan lagi hubungan teman lelaki anda bersama keluarga anda.
  • TIPS 6: Sekali-sekala berborak mengenai perancangan perkahwinan anda atau pelan jangka masa panjang anda dalam membina keluarga. Ini boleh membuatkan hatinya tersentuh dan akan menambahkan lagi minatnya ingin berumahtangga bersama anda.
  • TIPS 7: Tujukkan diri anda kepada teman lelaki anda yang anda memang benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seterusnya sebagai seroang bakal ibu kelak. Pamerkan sifat-sifat diri anda yang penyayang, matang, bijak membuat keputusan serta boleh berdikari.
Semoga dengan tips-tips ini bolehlah mempercepatkan lagi teman lelaki anda mengucapkan kalimat keramat melamar anda untuk menjadi isteri teman sehidup-sematinya. Dalam kata lain, cepat masuk meminang anda :-)
Jika anda rasakan tips-tips ini bermanfaat,  jangan lupa untuk berkongsi bersama rakan-rakan anda di Facebook. Klik saje butang Share berwarna biru di sebelah kanan sudut atas imej artikel ini. Dengan cari ini, anda telah menunjukkan yang anda sentiasa menyokong saya agar boleh saya terus kongsikan lagi artikel-artikel lain

6 Lokasi Perkahwinan Yang Romantik

Posted by Smat Goal Ent 11:51 AM, under | No comments



Setiap pasangan pengantin baru pasti inginkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna dan mampu menjadi memori terindah yang terpahat dalam lakaran sejarah hidup mereka. Terdapat pelbagai tema  dan lokasi perkahwinan yang boleh anda pilih.
Aspek lokasi majlis perkahwinan yang ingin anda adakan turut menjadi aspek penting. Apa kata anda cuba idea baru yang jarang-jarang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Cari lokasi-lokasi menarik selain daripada rumah anda sendiri untuk anda adakan majlis Walimatul ‘Urus tersebut.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan bersama anda 6 idea lokasi perkahwinan yang lain daripada yang lain. Lokasi-lokasi berikut boleh menjadikan pengalaman perkahwinan anda sebuah pengalaman yang lebih romantik. Tak salah mencuba ;-)
  • Tepi pantai. Pilih tempat-tempat peranginan  tepi pantai yang terkenal di negara kita untuk anda adakan majlis perkahwinan. Memang hebat perkahwinan anda yang disaksikan oleh hamparan lautan luas sambil ditemani deruan angin laut dan ombak.
  • Taman rama-rama atau taman bunga. Di sini juga tidak kurang menariknya. Anda boleh kenakan perkahwinan bertemakan taman atau Inggeris. Suasana perkahwinan anda akan menjadi lebih tenang sambil ditemani bunyi kicauan burung serta keindahan bunga yang berwarna-warni.
  • Di tepi sawah padi. Bagi pasangan yang tinggal kampung di kawasan Utara Tanahair, pasti ini bukanlah menjadi pilihan utama. Tapi, jika anda memang inginkan kelainan, apa salah mencuba.
  • Kawasan ari terjun. Kawasan ini merupakan diantara kawasan lokasi perkahwinan yang terindah. Pastikan terdapat kemudahan asas seperti tandas, surau dan pondok berehat berdekatan lokasi perkahwinan anda itu bagi memudahkan tetamu jemputan majlis resepsi anda.
  • Atas bumbung bangunan tinggi. Anda juga boleh jadikan ini sebagai lokasi perkahwinan anda. Cuma sebelum majlis anda berlangsung, aspek keselematan haruslah dititik beratkan. Mohon bantuan pihak pentadbir bangunan tersebut untuk berbincang lebih lanjut. Anda boleh juga mohon bantuan anggota RELA.
  • Taman tema air. Tidak salah juga untuk anda mencuba lokasi ini. Pilih sudut dalam taman tema tersebut yang sedikit tenang jauh daripada orang ramai.
Jika anda mempunyai bajet yang cukup dan inginkan kelainan, cubalah lokasi-lokasi perkahwinan yang saya kongsikan di atas.

5 Petanda Anda Telah Bersedia Untuk Berkahwin

Posted by Smat Goal Ent 11:48 AM, under | No comments




Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah bagi setiap insan di dunia ini. Semua memang nak kahwin. Betul tak?
Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup anda. Tapi adakah anda benar-benar tahu dan yakin yang anda telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut? Bagaimana anda boleh mengetahui tanda-tanda yang anda telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut?
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda 5 petanda yang jika anda sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri anda, anda memang dah sedia nak kahwin. “Best woo kawin” bak kata sesetengah orang yang dah berkahwin..heh :-)
Petanda 1: Rela Berkongsi
Rela berkongsi bermaksud anda bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara anda berdua.
Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian anda. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian anda.
Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka
Kadang-kala, ketika anda melayari bahtera rumahtangga anda, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, anda haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama anda berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.
Mungkin punca perselisihan anda berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika anda berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga anda pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.
Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik
Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri sebelum berkahwin adalah seperti:
  • Mengapa anda perlu berkahwin?
  • Adakah kedua-dua belah pihak keluarga anda berdua boleh menerima anda berdua untuk berkahwin?
  • Apakah yang ingin anda berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?
Jika anda boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik, maka memang telah terbuktilah anda berdua telah bersedia untuk berkahwin.
Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur
Anda berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala anda berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego anda.
Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan
Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.
Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus anda terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan anda pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.
Begitulah beberapa petanda jika ianya telah muncul dalam diri anda, usah teragak-agak untuk hantar rombongan meminang (bagi yang lelaki) atau cepat-cepat suruh kekasih anda belikan cincin tunang (bagi gadis).
Owh ye, jika anda rasakan artikel ini amat bermanfaat buat anda, jangan lupa tekan butang Share ye di atas sebelah kanan hujung imej artikel ini. Kongsikan bersama rakan-rakan anda di FB :-)

7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal

Posted by Smat Goal Ent 11:46 AM, under | No comments

7 Tips Kalau Nak Kahwin Awal



Kahwin awal. Tentu anda pernah dengar atau berbincang tentang isu ini. Patut ke? Boleh ke? Adakah ia membawa lebih banyak kebaikkan berbanding keburukan? Atau sebaliknya.
Sebenarnya ada baik-buruknya. Apa yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Ya lah kan, ketika bercinta di usia muda-muda ni, ‘darah muda’ memang sedang bergelojak membuak-buak. Betul tak? :-)
Berkahwin muda memang agak banyak sedikit cabarannya berbanding jika berkahwin agak lewat sedikit. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hasrat untuk berkahwin awal, teruskan sahaja hasrat murni anda itu! Tapi adalah lebih baik jika anda buat persediaan yang rapi sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.
Berikut saya kongsikan 7 tips yang boleh anda ikut dan penuhi terlebih dahulu jika anda ingin kahwin awal di usia muda:
  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup anda berdua. Kalau anda berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan anda adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga anda. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda haruslah mampu meyakinkan mereka kerana anda ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia anda yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan anda dan tidak hanya mementingkan diri anda seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga anda.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan anda setelah berkahwin nanti. Anda dan pasangan anda masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan anda mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.
Itulah beberapa tips yang sempat saya kongsikan bersama anda jika anda mempunyai hasrat untuk kahwin awal.
Owh ye, seperti biasa, jika anda rasakan tips-tips ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook. Mudah saja caranya, anda cuma perlu tekan butang Share berwarna biru di sebelah sudut kanan atas imej artikel ini.
Jika anda memang benar-benar mempunyai niat untuk kahwin muda, anda boleh dapatkan satu panduan bagaimana anda boleh kahwin muda berikut. InsyaAllah dengan panduan ini, anda MAMPU kahwin muda.

Saat Melepaskan Orang Yg Kita Sayang

Posted by Smat Goal Ent 8:36 AM, under | 2 comments


Setiap orang mempunyai pengalaman dalam bercinta
Bercinta dan berpisah
“Aduhh sakitnya”
Tak semua orang boleh terima perpisahan
Kadangkala merasa serik untuk mencintai orang lain kerana terlalu sayangkan kekasih lama
Perpisahan itu menyakitkan
Menyintai itu adalah kebahagiaan

Namun
Bila kita berfikir secara positif
Sebenarnya
Mencintai itu lebih menyakitkan dari melepaskan cinta
Kerana
Bila kita mencintai seseorang
Lebih-lebih lagi disaat-saat hubungan dalam keretakkan
Sebelah pihak pasti akan terluka
Menunggu masa melafazkan ”PERPISAHAN”

Andai dalam percintaan bila kita merasa perubahan yang ketara dalam perhubungan
Kehambaran kemesraan
Bersedialah untuk melepaskan
Walau hakikatnya hati masih sayang
Memang bukan mudah melihat orang yang kita sayang berlalu pergi

Namun
Percayalah
Kebahagian dalam perpisahan itu lebih bermakna dari
Kekecewaan dalam mencintai
Sakit hati melepaskan
Namun lebih sakit lagi hati
Bila kita tidak dihiraukan
Apatah lagi pandangan dia terhadap kita telah pun kosong
Tiada lagi sayang
Berbaloikah kita menunggu orang yang sudah tidak sayang lagi dengan kita?

Kita tau kesudahan nya
Namun berkeras menidakkan
Terima lah hakikat bahawa hubungan tak mungkin akan kekal tanpa perasaan kasih dan sayang
Kerana percintaan akan kukuh dengan adanya kasih sayang
Tanpa kasih sayang
Cinta tak bermakna
Jangan pula kita menyalahkan dia bila kita tidak diperlukan lagi
Bukankah manusia tidak sempurna
Begitu juga dia

Mungkin kekecewaan yang kita rasa akan berganti kebahagiaan yang kita sendiri tidak sedar
Doakan dia bahagia
Kerana bila kita mendoakan kebahagiaan dia
Kita akan dibalas dengan kebahagiaan juga
Tanamkan dalam hati
“Aku bahagia,bila dia bahagia”
Kerana mencintai bukan bererti memiliki

Diantara PERSAHABATAN & CINTA

Posted by Smat Goal Ent 8:29 AM, under | No comments

Cinta dan Sahabat,...Dua sisi yang saling berkaitan satu dengan lainnya. Ya, antara Cinta dengan Persahabatan.Mampukah anda membayangkan Persahabatan tanpa Cinta?

Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada disampingnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.

Pada suatu hari, Persahabatan mula berfikir bahwa Cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya. Hmmm...? Seandainya tidak ada Cinta, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku.? pikir si Persahabatan. Sejak hari itu, Persahabatan memusuhi Cinta.

Ketika Cinta bermain bersama Persahabatan seperti selalu, Persahabatan akan menjauhi Cinta. Apabila Cinta bertanya kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Cinta.

Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mulai bergaul rapat dengan Kecewa, Putus asa, Kemarahan dan Kebencian.

Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai.Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya mulai memuakkan.Persahabatan menyadari bahwa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahwa Persahabatan sedang dalam kedukaan.

Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Persahabatan pun meluapkan seribu penyesalannya meninggalkan Cinta. Dipendekkan cerita, Persahabatan dan Cinta kembali menjadi teman baik. Persahabatan kembali kepada pribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.

Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang coba memisahkan Persahabatan dan Cinta karena mereka berfikir, Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!?. Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara seorang pria dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, di mana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik.
Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perusak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.Dimana ada CINTA,,disitu ade PERSAHABATAN,dan dimana ada PERSAHABATAN,disitu ada CINTA!!
Buat teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan. Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.
Persahabatan & Cinta adalah teman baik yg tak dapat dipisahkan.Kalau cuba dipisahkan,akan hilang indahnya ikatan itu nanti.
Buat teman-teman yang sedang mengalami guncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! Tetapi cobalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta karena cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
Buat teman-teman yang belum mengerti arti Persahabatan, cobalah memulai sebuah persahabatan. Dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti.
Semoga bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah..... ^_^


Lapan cara untuk tunjukkan rasa cinta anda

Posted by Smat Goal Ent 8:05 AM, under | No comments


                                                                              

Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, anda berdua akan berpisah arah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda. Berikut ada beberapa cara untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan anda.

Tips cinta
  1. Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan anda sebagai tanda sayang. Anda juga boleh beri hadiah atas dasar perhargaan.
  2. Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing.
  3. Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.
  4. Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada.
  5. Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda.
  6. Apabila pasangan anda ingin utarakan sesuatu, anda jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya.
  7. Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia.
  8. Jika ada masa lapang, anda luangkan masa sehari suntuk bersama – sama.

Kalau Tiba Saatnya, Jodoh Tidak Akan Kemana..

Posted by Smat Goal Ent 8:07 AM, under | No comments


Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya Allah akan dipertemukan di akhirat sana. Selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya
Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri. Taqarrublah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih?
Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan orang lain, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana  memikirkan siapa kiranya pasangan hidup. Menangislah kerana air mata permohonan kepadaNya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiaplah menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas adalah ibadah kepada Allah. Tausyiahkan hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.
Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa jodoh mu telah dituliskan-Nya.
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang. Kicauan burung malam  selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona sebutir embun pagi yang selalu setia menyapa.
Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia disebalik kehidupan yang telah dijalani.
Kelak akan engkau rasakan tiada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.

Penawar Kasih

Posted by Smat Goal Ent 8:48 AM, under | No comments


Dia hanyalah anak angkat adik Mak Long. Itulah istilah yang lebih lembut daripada anak pungut. Adik Mak Long tak pernah anggap dia anak pungut sebab adik Mak Long memang mahukan dia. Cuma emak kandungnya tak mahu beri dia pada adik Mak Long sekiranya tak diberi duit..."
Aku mengetap bibir. Ada simpati yang bertandang jauh di sudut hatiku.
" Mak dia cuma nak duit sebanyak RM500..." tambah Mak Longku lagi. Melongo aku memandang Mak Long. Meminta kepastian akan kebenaran itu. Takkan sekecil itu nilainya seorang bayi?
" Betul... Cuma RM500! Sebab dah terlalu kepingin nakkan anak, adik Mak Long tu ikut saja. Tapi di mata adik Mak Long tu, nilainya terlalu tinggi. Hampir 20 tahun, adik Mak Long bela dia. Tapi umur adik Mak Long tu tak panjang. Dan tak sampai sebulan adik Mak Long meninggal, suaminya nak kahwin baru.
Dia tak lagi dipedulikan. Dan dia juga tak mahu mak baru. Kebetulan, dia memang rapat dengan Mak Long. Sebab tu, mak Long bela dia sekarang ni. Lagipun, dia dah kerja. Dia cuma mahukan kasih sayang Mak Long. Itu saja..."
Bicaraku mati. Dan pandanganku lama singgah pada seraut wajah milik Idzrul Nadwan yang sedang bermain game yang terdapat dalam Nokia 3230 miliknya. Cerita ibu saudaraku tadi benar-benar melahirkan simpati dalam hatiku.
Tidak aku menyangka seraut wajah ceria yang menyambut kepulanganku lewat petang itu rupanya menyimpan seribu satu cerita duka. Tidak aku sedari kerana aku sendiri tidak pernah bertingkah bicara dengannya. Hanya senyuman yang menjadi penghubung antara kami bila saja pandangan kami bertaut.

Padanlah pandai benar dia membawa dirinya. Mungkin dia sedar akan siapa dirinya. Makannya tidak pernah berkira. Apa sahaja yang terhidang, itulah yang akan dijadikan pengalas perutnya.
Begitu juga tidurnya. Tiada rungutan bila sahaja bilik yang sebelum itu diduduki olehnya diambil alih olehku. Senang sahaja matanya terlelap walau sekadar berlapikkan sehelai tilam nipis dan sebiji bantal kabu juga sehelai selimut nipis di ruang tamu rumah kampung itu.
Teko berisi teh aku bawakan ke ruang makan. Lantas, aku menyusun beberapa cawan ke dalam dulang lalu menuangkan teh O panas itu ke dalamnya. Sedang aku leka dengan kerjaku, Idzrul Nadwan menghampiriku. Beg plastik merah berisi bungkusan nasi lemak diletakkan di atas meja.
Selepas itu, dia melangkah ke kabinet berisi pinggan lalu mencapai beberapa biji pinggan dan juga sudu. " Abang Wan beli apa?" soal Nazmir, anak bongsu Mak Long sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Idzrul Nadwan.
" Hari ni, abang Wan beli nasi lemak sambal sotong. Alah, favourite Amir tu," ujarnya sambil membuka bungkusan nasi lemak lalu diberikan pada Nazmir. Hah! Nasi lemak sambal sotong! Alamak... mati aku. Mau bengkak satu badan ni.
" Kenapa wak?" soalnya padaku pula. Ni first time dia tegur aku. " Takde apa-apalah. Saya okay jer..." balasku menutup kelemahan diri. Ahh... lantaklah. Apa nak jadi, jadilah! Pantas aku mencapai bungkusan nasi lemak itu.
" Ehh... awak! Kan awak elergi sotong. Jangan la makan sambal sotong ni. Ni hah... saya dah belikan nasi lemak sambal ayam. Makan yang ni..." balasnya sambil menyerahkan bungkusan nasi lemak sambal ayam itu padaku. Eh... mana dia tahu aku ni elergi sotong. Apa dah dicop kat dahi aku ke?
" Mak Long bagi tahu ek?" serkapku pula. Dia tersenyum. " Buat penat jer kalau kak Leeya dok fikir hal tu. Abang Wan ni istimewa sikit. Dia boleh tahu apa yang boleh and tak boleh pada seseorang tu," sampuk Nazmir.
Hah! Biar betul?
" Kak Leeya tak percaya ke?"
Aku ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan itu. Bimbang ianya akan menguris luka dalam hatinya. Dan tertanya-tanya juga aku, apakah ini anugerah Allah swt pada insan bernama Idzrul Nadwan? Insan yang nilainya hanyalah RM 500! Ya Allah... indahnya kurniaanMu ini.
Dalam kejutan, aku hadiahkan juga sekuntum senyuman untuknya. " Leeya nak ikut mak Long tak?" sapa mak Long yang datangnya entah dari mana.
" Ke mana?" soalku pula.
" Rumah Tok Teh kamu. Nak mengurut kakinya yang terseliuh tu..."
" Kalau tak ikut takpe ke?" balasku lambat-lambat.
" Ikut kamu la. Mak Long tak apa-apa. Lagipun, Nazmir dan Nazmirah pun ada kat rumah."
Aku tersenyum. Bukannya apa, aku cuma keletihan. Tiga hari di Pantai Teluk Cempedak membuatkan aku betul-betul penat. Penat menguruskan perkhemahan anjuran tempat kerjaku. Dan alang-alang dah sampai sini, aku sengaja singgah ke rumah Mak Long. Mahu menghilangkan lelah dan penat kerana cutiku masih berbaki tiga hari.
Pintu rumah kuselak perlahan. Tiada kelibat Idzrul Nadwan. Begitu juga dengan Nazmir dan Nazmirah. Pak Long dan mak Long pun tiada. Pantas, aku membawa pucuk paku yang kukutip berhampiran sungai ke dapur.
Membersihkannya dan seterusnya memotongnya untuk dibuat pucuk paku goreng belacan. Yang lainnya sudah tersedia. Masak lemak cili api dan juga ikan masak singgang untuk Nazmir.
Usai memasak, aku segera mengemas dapur. Namun, irama lagu My Heart dari telefon Nokia 3230 milikku membuatkan kakiku laju melangkah untuk mendapatkannya. Apa tidaknya... buah hatiku di hujung talian.
Sedang berbual di hujung talian, tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku segera minta diri dan memutuskan talian sebelum cepat-cepat membuka pintu. Namun, langkahku mati bila sahaja terpandang empat orang lelaki berkopiah putih. Bulat mataku bila saja terpandang kelibat Idzrul Nadwan di belakang mereka. Yang pasti reaksinya sepertiku jugak. Alamak! Bala apakah ini?
Desiran bayu laut menampar lembut pipiku. Mataku pula menyongsong ke arah laut. Sesaujana mata memandang. Dan pandanganku tertancap pada kelibat camar putih yang terbang sebebasnya. Serentak itu, mutiara jernih menitis perlahan di pipi gebu. Ya Allah, beratnya dugaanMu untuk kutempuh! Mataku terpejam rapat. Cuba menghentikan titis-titis hangat itu. Namun aku gagal. Yang ada dalam bayangan hanyalah wajah bengis ibu dan ayahku dan juga wajah sayu Mak Long.
" Sampai hati Leeya buat ibu dan ayah macam nie... Ibu percaya Leeya. Tapi Leeya dah musnahkan kepercayaan ibu. Ibu takkan percayakan Leeya lagi! Leeya dah lukakan hati ibu..."
Bait demi bait terdengar jelas di telingaku. Sungguh, peristiwa dua hari lepas masih menghantuiku. Dan hari ini aku di sini. Membawa sekeping hatiku yang luka. Sudahlah aku ditangkap dengan tuduhan berkhalwat. Kini, Azmir pula pergi meninggalkan aku. Arrggghh.. kenapa semua orang tak nak percayakan aku dan Nadwan. Sungguh! Kami tak buat apa-apa!
Masih jelas di mataku pandangan suram Nadwan ke arahku seusai saja kami dinikahi malam itu juga. Dan malam itu juga menjadi malam terakhir aku melihatnya bila aku bertindak membawa diri. Tak siapa tahu aku di sini baik Nadwan yang jelas telah menjadi suamiku sendiri. Cuma harapku agar dia mengerti tindakan aku ini. Aku perlukan masa untuk semua ini. Moga aku masih dalam redha seorang suami.
Namun, tepukan di bahuku mengejutkan aku. Pantas aku berpaling. Idzrul Nadwan! Benarkah dia?
" Kenapa muka Leeya macam tu? Terkejut tengok abang kat sini?" tegurnya perlahan. Mimik mukanya selamba saja. Aku mengangguk. " Errrm... boleh abang duduk sini?" pintanya lagi.
Aku memandang ruang kosong disebelahku. Dia suamiku dan dia ada hak untuk duduk di situ sekalipun tanpa keizinanku. " Duduklah... nie kan tempat awam."
" Memang tempat awam... tapi abang risau jugak. Maklumlah, yang kat sebelah abang nie perempuan. Manalah tahu kot-kot tak sudi ke... kang ada jugak mengamuk sebab pasal abang, buah hatinya lari," ujarnya dengan riak serupa. Apa maksud kata-katanya itu?
" Dah memang lari pun..." Entah dari mana kekuatan... lancar sahaja ayat itu kuatur. Riak wajahnya berubah. Dan aku pula kelu! Kesal dengan kelancangn mulutku. Aku tak patut berkata begitu.
" Maaf..."
" Bukan salah Leeya. Salah abang!"
Aku makin tak mengerti. Lantas wajahnya kupandang. Mengharap penjelasan yang pasti.
" Abang tahu Leeya ada kat rumah waktu tue... Cuma abang tak jangka yang dia akan buat abang macam nieh..."
Belum sempat dia menyudahkan bicara, amarahku kembali. " Dah tahu kenapa balik? Kenapa libatkan Leeya dalam hal nie?" marahku.
" Maaf... Kalau pada Leeya, ini adalah pemusnah kebahagiaan Leeya. Tapi pada abang... inilah permulaan kebahagiaan abang..."
Aku makin tak mengerti. Apa pulak yang dia mengarut nie...
" I love you since first time I see you!"
" Wan!"
" Abang tahu cara abang salah. Tapi satu jer yang abang nak Leeya tahu. Abang dah jelaskan segalanya pada ibu dan ayah. Mak long dan Pak Long jugak. Dan mereka dah terima penjelasan abang. Sebab tu abang ke sini... tengok Leeya dan kalau boleh abang nak bawak Leeya balik dengan abang. Tapi abang tak boleh paksa... terpulang pada Leeya. Take your time! Abang tahu susah untuk Leeya terima... Abang akan balik pagi esok. Check out pukul 9. Kalau Leeya rasa Leeya dah maafkan abang... Leeya tunggu abang kat lobi esok pagi. Maaf sebab abang ganggu Leeya. Abang balik dulu..."
Dari jauh aku memandang susuk tubuh lelaki itu dari jauh. Lantas aku larikan pandangan pada jam di tanganku. 10.10 pagi. Melihat dia masih di situ, aku semakin yakin dengan hatiku. Ya Allah, permudahkanlah jalanku.
" Assalamualaikum..."
Pandangannya jatuh ke wajahku lantas dia tersenyum. " Waalaikumsalam..."
" Kata check out jam 9... buat ape lagi kat sini?" tanyaku.
" Abang tahu Leeya tak akan biarkan abang balik seorang. Betul tak?"
Aku mula tak tentu arah.
" So... nak balik ke tak nie?" tanyaku kalut. Tanpa sedar aku telah tersilap bicara. Dan aku nampak segaris senyuman di bibirnya.
" Mestilah nak! Beg mana?" ujarnya dengan tawa. Aku ketap bibir. Geram dengan perlakuannya. Sengaja mahu mengundang merah di wajahku.
" Beg? Takde..." jawabku pendek.
" Marahkan abang... lari sehelai sepinggang jer ek..."
Aku tersipu malu. Pantas, dia mencapai tanganku lantas mengatur langkah menuju ke kereta. Dan aku pasti, langkahku kini membawa bahagia.

Apa makna "SETIA"?

Posted by Smat Goal Ent 8:38 AM, under | No comments



Cinta?
Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu menghargai cinta.
Saya ialah seorang lelaki yang sedang betul-betul kecewa sekarang ini kerana cinta, bayangkan, saya sanggup buat apa saja untuk memiliki hati dia, hinggakan sanggup lupakan kepentingan diri dan buang semua ego saya untuk cuba selamatkan hubungan saya dan dia, tapi at last ini balasan yang saya dapat... Dia tinggalkan saya untuk lelaki lain yang lebih berharta... Tapi tak mengapa, mungkin ini adalah ujian atau rahmat daripada tuhan untuk saya...

Cinta?
Kenapa mesti bercinta kalau kita tak tahu menghargai cinta...
Kasih sayang dan percaya satu sama lain adalah satu perkara yang wajib ada dalam bercinta... Percayalah kalau tak ada 2 perkara ni, janganlah bercinta... Sebab kita akan kecewa akhirnya... Dan yang paling penting ialah "SETIA" pada dia, jangan terlintas sedikit pun perasaan untuk tinggalkan dia atas sebab2 yang remeh temeh...

Dalam hubungan yang kurang mesra, saya yakin kesabaran itu adalah penting untuk menjadikan hubungan yang lebih mesra.
Jadi untuk pasangan yang sedang hangat bercinta... Nasihat saya, setialah pada yang satu... Kerana kecewa dalam bercinta tu adalah satu perkara yang benar-benar menyeksakan... Janganlah bercinta andainya kita tak tahu makna setia terlebih dahulu, fikirkanlah perasaan orang yang ditinggalkan selepas kita bagi dia sepenuh harapan.