madah buat dirimu

Posted by Smat Goal Ent 3:40 AM, under | No comments


Pabila alunan lagu menemani malam sepiku
Hatiku mulai mengingati dirimu wahai pujaan hatiku,
Aku cepatkan minda fantasiku,
Untuk menulis kata-kata madah buat dirimu,
Saat itu Hati ku mula berbicara satu demi satu,

Kasih ,

Aku ingin kau selalu berada dalam carta hati ini,
Aku ingin kau menjadi pengubat rindu dan sepi,
Aku ingin kau mnjadi perisaiku setiap detik waktu ini,
Cubalah kau selami, dalami dan kau fahami

Kasih,

Setiap solat akan ku sisipkan doa buat kita berdua,
Berdoa ditakdirkan jodoh untuk bersama selamanya,
Janganlah pula kau membuat aku berduka,
Kerana kasih sayang kau yang hanyalah dusta,
Tapi izinkan lah aku masuk ke dalam hatimu di ruang cinta,
Agar mahligai dapat dibina tanpa duka dan lara.

Kasih ,

Madahku ku tujukan buat dirimu,
Aku ingin kau fahaminya satu persatu,
Kau jagalah hatiku yg sering sayu,
Agar bunga hatiku berkembang mekar menjadi yang baru.


syud syuhada
alor star, kedah