“ASYRAF !” Serentak Asyraf tersedar dari lenanya . Bangun
–bangun aje , dia terus memakai kaca mata hitam . Buat kesekian kali , semua
mahasiswa dan mahasiswi di dalam bilik tutorial itu mentertawakannya .
Muhammad Nazlie
Asyraf , 21 tahun . Anti sosial . Tidak
suka terlibat dengan apa –apa aktiviti lain selain perkara yang melibatkan
komputer . Digelar neet dan panda
gara-gara terlalu obses dengan komputer dan kaca mata hitam . Sepanjang dia
menuntut di Open University itu , perkataan yang terpacul keluar dari bibirnya
boleh dikira ! Betul-betul anti sosial ni ! Ha ha ha .
Asyraf berjalan
dengan gembiranya keluar dari bilik tutorial itu . Habisnya kelas itu , maka
berakhirlah penyeksaan terhadap mindanya . Beg galasnya dibuka dan iPad
dikeluarkan . Kaca mata hitam tadi masih
melekat di wajahnya .
“ Panda ! Panda !”
Panggil rakan seangkatannya . Asyraf tidak memperdulikan panggilan itu hanya
kerana tidak ingin perhatiannya terganggu ketika sedang sibuk main game .
Aiyak !
“ Hoi panda !”
Terus iPad tadi Nik Arif rampas . Nik dan Wan .. Dua orang tu aje yang
bersungguh-sungguh hendak ‘mengubah’ Asyraf . Sampai laa ni tak dapat –dapat
nak ubah ‘panda’ seorang tu . Dah kronik benar dah sikapnya .
“ Give it back .”
Sepatah ayat aje yang keluar dari bibir Asyraf . Tangannya digenggam . Marah .
Bergerak –gerak rahangnya menahan marah . Nik dan Wan berpandangan . Amboii ..
Betul –betul marah ni ! Mereka tidak memperdulikan Asyraf . Mereka terus
membawa lari iPad tadi . Asyraf pun apalagi , terus keluarkan jurus rahsia .
Sekelip mata aje
iPad tadi hilang dari tangan Nik . Tahu
–tahu Asyraf sudah berada di depan mereka aje . Ternganga Nik dan Wan . Tidak
tahu pula yang kawan Panda mereka seorang ni pandai KungFu errr tak Datuk Kung
Fu !
Segaris senyuman
sinis terukir di bibir Asyraf seraya menapak kebelakang . Sebaik sahaja dia
memusingkan tubuhnya …
“Arghhhh !!”
Nyaring sungguh jeritan wanita itu sehingga mampu membuat orang pekak !
“ Adoi …. Hey
encik kaca mata ! Apa hempap –hempap orang ni ??!!” Marah perempuan itu .
Asyraf membuka matanya . ‘Aku yang langgar dia ke , dia yang langgar ..’
Otaknya cuba menganalisis tanda menyedari kedudukan mereka betul-betul
‘kontroversi’. Serentak gadis yang hanya memakai kemeja-t berwarna kuning itu
menolak tubuh Asyraf sekuat hati . Penyek tubuhnya dihempap Asyraf ! Ceh ! “
Asyraf tidak
berkata apa-apa . Dia tiba-tiba seperti tersedar dari sesuatu . Serentak dia
bangun dan langkah tubuh gadis itu .
“Macam tu aje ??
Hey ! where’s your ‘sorry’??” Jerit gadis molek itu lagi . Asyraf terus
berjalan dan berjalan . Tiba di satu sudut . Dia mencerna semula apa yang
berlaku tadi . Serentak wajahnya merona merah .
“Ehhemm ..” Dia
berdehem dan membetulkan kaca matanya seraya berlagak seperti tiada apa yang
terjadi . Virus kejadian tadi sudah mula meracuni otaknya dan secara tidak
langsung membunuh sedikit demi sedikit keinginannya bermain komputer . Besar
pulak impak gadis tadi . Ha ha ha .
“Tak guna punya
lelaki ..” Aleya menepuk punggung dan belakang badannya yang sudah kotor .
Perlahan –lahan dia bangun sambil memegang pinggangnya .
“Nak aje aku
pecahkan cermin mata dia ..” Aleya mengomel lagi . Hari pertama di universiti
sudah dicemari oleh lelaki yang berkaca mata dan dipanggil ‘panda’ oleh rakan
–rakannya . Yang menyakitkan hati tu , rakan-rakannya boleh tengok aje dia
terbaring dengan posisi kontroversi ?! Cis !
“Aleya ? Aleyaa
??” Terus Aleya mencari suara yang seolah –olah mencarinya . Dia berpaling . Oh
! Senior lama rupanya !
“Kak Sarahh !”
Jerit Aleya seraya berpelukan dengan bekas seniornya .
“ Akak belajar
sini juga ?” Tanya Aleya . Teruja ! Sarah mengangguk sambil tersenyum . Tetapi
bila terpandang baju Aleya yang sedikit comot itu , dia terus mengerutkan
dahinya .
“Kenapa dengan
baju kamu ni ?” Tanya Sarah seraya membantu Aleya membersihkan bajunya .
“ Ada sorang mamat
pakai cermin mata tadi tiba –tiba aje langgar . Cis!” Aleya mengomel . Sarah
mengerutkan dahi .
“Mamat cermin mata
?” Tanya Sarah . Aleya mengangguk –angguk .
“Yup , mamat
cermin mata . Dia putih melepak , tinggi
, pegang iPad .. Dia yang langgar saya padahal .. Tapi dia boleh buat dunno je
! Sakitnya hatiii !” Aleya mengepal buku limanya . Marah benar nampaknya .
Sarah tergelak kecil .
“Dia pakai jaket
hitam ke ?” Tanya Sarah meminta kepastian , sebab tadi dia ada juga terserempak
dengan Asyraf .
“Yup ! Dengan
kemeja-t putih .” Terus Sarah tersenyum panjang . Nakal benar wajahnya .
“Jom pergi café
.. Kita cerita panjang .” Aleya terus mengangguk seraya berjalan membuntuti
senior lamanya .
“ORANG biasanya
panggil ‘nerd’ , tapi dalam kes Si Asyraf ni ; dah macam kes kelas S tau
! Jadi kita orang panggil dia , neet !” Aleya mengerutkan dahinya .
“Neet ?”
Tanya Aleya . Sarah tersenyum .
“Akak pun pada
asalnya tak tahu maksud neet tu .. Budak-budak CE (Computer engineering)
lah yang cakap . Maksud dia , orang yang so into computer . Dia mana ada
pegang buku . iPad tu buku dia , PSP nyawa dia , komputer , segala-galanya bagi
dia . Dan dia tak suka ‘cahaya matahari’ sangat . Tak tahu apa kes . Ramai yang
buat dia seperti bahan lawak , tapi dia ada ramai peminat you ! Dia tak
buka cermin mata pun dah nampak kacak .. Inikan kalau buka .. Tak ramai yang
pernah tengok dia buka cermin mata . Ada , tapi waktu malam ajelah . Tak jelas
. Orang sampai panggil dia Panda gara-gara warna baju dan warna kulit dia . Baju sentiasa
hitam dan putih . Kadang –kadang akak terfikir sesuatu .. Dia buta warna ke ?”
Terus Aleya tergelak mendengar celoteh dari bibir Sarah yang berakhir dengan
gurauan .
“Teruk gila
penyakit dia ..” Selamba aje Aleya mengutuk . Sarah tergelak besar seraya
mengangguk .
“Dah kronik sangat
dik .” Jawab Sarah . Aleya hanya tersenyum .
“Oh ya , tak silap
akakkan , kawan akak ada buat challenge tau . Siapa dapat pikat dia ,
dia offer nak beri Vaio sebiji .” Terbeliak mata Aleya . Sarah tergelak
kecil . Siapa tak berminat kalau komputer riba berjenama Vaio ditawarkan !
Lagi-lagi yang berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja .
“Kaya sangatkah
sampai nak tawar lappy Vaio ?” Tanya Aleya . Manalah tahu , tipu-tipu
aje ke ?
“ Dia berani letak
benda-benda macam tu sebab tahu , cabaran ni tidak akan ada pemenang .” Jawab
Sarah sambil tersenyum .
“ Oh .. Orang yang tawarkan Vaio tu betul-betul nak beri ke ?”Tanya Aleya . Soalannya dijawab
dengan anggukan .
“Kalau dia tak
beri pun , dia pakai ajelah . Cantik you Vaio tu . Dalam kotak lagi . Ada yang
dah cuba nasib . Tapi tak sampai seminggu dia orang dah give up .” Aleya
mengangguk –angguk tanda faham . Teringat pula kepada masalah ketiadaan
komputer yang dialaminya sebelum menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam ni .
Daripada menyusahkan ibu dan ayahnya , baik dia berusaha sendiri .Sebenarnya ,
ibu dan ayahnya menawarkan laptop Asus aje . Tak bersyukur betul ! Kena pikat panda tu aje kan ? Apa ada hal …
Bisik hatinya .
“Kak .. Kalau saya
kata saya nak sahut cabaran tu , saya kena buat apa aje ? Maksudnya , saya kena
maklumkan pada siapa ? Atau kena isi apa –apa boring ke ?” Tanya Aleya .
Serentak Sarah membuntangkan matanya . Biar betul ?
“Pasal Vaio ke apa
ni …?” Sarah mengecilkan matanya . Aleya tergelak kecil seraya mengangguk .
“Akak tahukan ..
Masuk U aje , banyak dah ibu dengan ayah saya habiskan .. Saya kasihan dengan
mereka .” Aleya tersenyum hambar .
“ Dah boleh mula
esoklah .. Orang yang buat challenge ni member akak .. Housemate
pun ya .. Nanti akak tolong cakapkan .” Putus Sarah . Aleya tersenyum sahaja
.
“ Thanks.”
“APA YANG KAU NAK NI ?”
Tanya Asyraf . Dingin sekali . Aleya tersenyum sinis .
“Maaf !” Jawab
Aleya . Asyraf mengeluh . Dia malas hendak bercakap lagi . Penat ! Bukan penat
buat kerja , penat melayan kerenah Aleya yang sengaja menagih kata –kata maaf
daripadanya . Hampir seminggu Aleya menghantuinya . Cis!
Bukan dia tidak
ingin meminta maaf .. Dia cuma terasa kejadian hari itu , salah Aleya . Kerana
Aleya , dia sering merasakan kelainan di dalam tubuhnya . Kerana Aleya dia
sedikit demi sedikit melupakan cinta pertamanya , komputer . Rasa ingin delete
aje memori hari tu . Desis hatinya . Amboi Asyraf ? Ingat otak awak tu
komputer ke ?
“ Amboi amboi
amboi ! Maafnya mana ??!” Jerit Aleya tiba –tiba . Dah semua orang pandang
mereka . Asyraf menekup mukanya . Malu . Aleya tergelak kecil tanpa pengetahuan
Asyraf . Comel sangat tengok Asyraf malu-malu buaya macam tu . Padan sangatlah
orang panggil dia Panda . Perangai pun secomel panda . Cuma bahagian neet tu
aje yang tak comel ! Ha ha ha ! Lain , okey dah .
“Maaf” Putus
Asyraf kerana terlalu malu . Wajahnya yang sentiasa dihiasi dengan kaca mata
hitam itu semakin memerah . Aleya tersengih .
“ Maaf diterima .
Kan senang kalau macam tu ? Jadi , kita dah boleh jadi kawan sekarang ?” Tanya
Aleya sengaja ingin mengajak Asyraf berbual . Asyraf tidak pernah mengeluarkan
lebih lebih dari 10 patah perkataan . Betul-betul pelik !
“Tak desperate lagi
.” Jawab Asyraf . Terus Aleya membengkekkan mukanya . Asyraf berlari
meninggalkannya . Ah comell ….. Ah sudah Leya ! Mana boleh cakap dia comel !
Tapi dia memang comel .. Macam panda… Hatinya berbalah . Serentak kepalanya
ditepuk . Sebaik sahaja dia tersedar dari lamunan , dia terus memandang kiri
dan kanan . Ah sudah ! Dah hilang dah Panda seorang tu .
“ Tengoklah Mr.
Panda .. Kau mesti jatuh cinta dengan aku … Muahhahaha !” Aleya tergelak jahat
di tengah –tengah laluan pejalan kaki . Siap dengan tangan tangan sekali main
peranan . Ah sudah , tambah lagi satu species orang pelik seperti Asyraf
. Ha ha ha .
PAGI ITU kuliahnya berjalan seperti biasa . Dia sudah maklum yang Asyraf tidak mempunyai
kelas pada pagi itu . Dia bersyukur sebenarnya . Dia tidak ingin Asyraf lihat
wajah momoknya ketika demam . Ha ha ha .
“ Kalau dah tak
tahan sangat pergilah balik Leya . Teruk benar dah aku tengok kau ni . Sot set
sot set .” Rakan barunya membebel . Aleya tersengih aje .
“Tak boleh laa Ana
. Aku malas nak catch up balik apa prof suruh dengan kawan –kawan . Nanti
aku blur .” Aleya memberi alasan . Hanna menggeleng aje melihat rakannya
seorang itu .
“ Macam tu pulak
.. Lepas kelas ni kau terus balik kan ?” Tanya Hanna . Aleya menggeleng .
“Aku nak pergi
kedai cd .. Nak cari album lagu .” Jawab Aleya . Hanna mengangguk . Tak macam
orang sakit langsung .
“Hati-hati.” Aleya
tersengih aje .
ALEYA terbatuk kecil
sebelum menepuk bahunya yang basah ditimpa hujan yang tiba –tiba turun dengan
lebatnya . Nasib baik dia sudahpun berada dekat dengan kedai cd yang ingin
dituju .
Kakinya laju
sahaja menuju ke pemilik atau mungkin penolong atau mungkin pekerja biasa
sahaja yang berdiri di kaunter pembayaran .
“Miss . Mau
tanya , ada jual album penyanyi inggeris seperti Kenny Rogers , Ronan Keating
ke ? Ada ?” Tanya Aleya . Sudah dua kedai dia masuk , dua –dua tidak mempunyai
stok album lagu penyanyi inggeris lama –lama . Ada sentimental value tau
lagu lama –lama ni .
“ Ohh ! Ada ada ..
mali mali .” Aleya tersenyum seraya membuntuti gadis cina itu . Dia
dibawa ke satu sudut . Serentak matanya bersinar-sinar .
“HAEVEN …”
Bisik Aleya perlahan . Tidak berkelip matanya memandang koleksi-koleksi lagu
–lagu penyanyi inggeris lama . Dia mengambil headset yang tergantung di
tepi almari album itu seraya mencari album yang ingin dibelinya . Kenalah kaji
lagu dulu sebelum beli . Dia memilih koleksi lagu –lagu Kenny Rogers . Ah ,
Kenny Rogers memang tidak menghampakan .
Tiba –tiba ada
tangan menjalar ke headset satu lagi yang tergantung di tepi almari .
‘Lelaki ?’ Hatinya mula nakal . Nak juga tahu lelaki mana yang sespesis
dengannya meminati lagu –lagu lama ni .. Untung-untung dapat kenal , terus
kahwin . Kan seronok dapat suami yang mempunyai minat yang sama ? Aleya
tersengih sendiri dengan fikiran nakalnya . ‘Belajar pun belum habis nak kahwin
. Nak ayah kejar kau dengan parang Aleya ?’ Desis hatinya . Ha ha ha . Biasalah
, darah muda .
Matanya dilirikkan
ke kiri. ‘Hmm .. badan macam cantik . Sweater hitam dengan seluar putih
.. Tinggi nampaknya .. Kena dongak sikit baru boleh pandang wajah dia … Dia …
Erkk ? !#@$%^&’
“Panda ?!”
Serentak kedua –dua orang muda itu terlompat kebelakang . Asyraf pun terkejut ,
Aleya lagilah terkejut . Asyraf berpaling dan serentak mengeluarkan kaca mata
hitamnya dan memakainya . Aleya mengerutkan dahinya .
“Awak??!” Asyraf
berdehem . ‘Sudah nampakkah dia ?’ Hatinya terdetik .
“ Awak layan lagu
Kenny jugak ?” Tanya Aleya sebaik sahaja terlihat lagu pilihan Asyraf . Asyraf
berdehem seraya mengangguk perlahan. Tidak semua yang sebaya dengannya menyukai
lagu –lagu klasik inggeris . Tidak sangka gadis molek di hadapannya ini
meminati lagu –lagu lama . Aleya menggosok hidungnya yang terasa gatal . Nak
bersin , bersin ajelah . Tersekat pulak . Ha ha ha .
“Kenny juga ?”
Seperti biasa . Perlahan dan dingin .
Aleya tersenyum manis seraya mengangguk .
“Yup! Kenny .. I
love his voice so much !” Aleya kelihatan sangat teruja . Mata Asyraf yang
terlindung disebalik kaca mata hitam itu merayau memerhati seraut wajah Aleya
yang comel . ‘Dia ni putih merah .. Hidung dia merah , pipi pun merah .. Rambut
dia sedikit keperangan dan beralun cantik . Kening cantik terbentuk . Mata
bulat . Macam anak patung .. OH NO ! Malware dah jangkiti aku .’ Asyraf
berperang dengan dirinya sendiri . Kan sudahku bilang , Asyraf memang pelik
orangnya . Huhu . Oh ya ! Dah orang tu demam . Memanglah hidung dengan pipi dia
merah ! Ceh !
“Jadi , lagu apa
yang awak suka ?”Tanya Aleya sengaja ingin memanjangkan perbualan . Sudah ada
minat yang sama . Ini sudah baikk ! Vaio Vaio Vaio ! Go go go !
“ Endless Love ,
She believes In Me dan macam –macam lagi .” Tanpa nada . Aleya mencebirkan
bibirnya . Ceh ! Dah macam bercakap dengan komputer dah ! Desis hatinya . Aleya
mendiamkan diri . Bosan bercakap dengan Mr. Panda agaknya . Tak ada perasaan
langsung ! Sepuluh patah perkataan aje ??!
“ Awak …?” Asyraf
pula terasa tidak selesa apabila gadis lincah itu mendiamkan diri . Dia ingin
mendengar omelan dari bibir itu ! ‘Asyraff .. Nenek moyang malware dah
jangkiti kau ni !’ Desis hatinya lagi . Aleya yang mendengar pertanyaan dari
bibir Asyraf itu terus tersenyum . Nampaknya Asyraf ingin bercakap dengannya !
Perkembangan yang sangat memuaskan ! Muahahaha !
“Saya ? Saya suka
lagu dia yang berjudul Lady , The Gambler ..”
“The Gambler ? Tak
pernah dengar lagi .” Asyraf memotong cakap Aleya . Aleya tersenyum semakin
lebar . Ah .. Suka benar hatinya mendengar cara percakapan Asyraf yang tiba
–tiba sahaja bernada . Selalunya senada aje . Dingin memanjang ! Dalam diam ,
hatinya mula terpikat . Alahai ..
“ Lagu dia macam
ala –ala cowboy sikit .. Tapi catchy lah ..” Aleya pantas
menyerah headsetnya kepada Asyraf . Asyraf menyambut seraya
melekapkannya ke telinga . Dia memejamkan matanya sambil menikmati irama rancak
dari lagu tadi . Aleya memerhati wajah Asyraf dalam diam . Padan sangat nama
panda dengan dia . Suka pakai baju hitam putih . Tapi mesti berbutang banyak .
Cermin mata hitam . Suka tidur . Tidak banyak bercakap . Kadang –kadang pemalu
. Tapi ‘panda’ yang satu ni comel macam panda betul tau ! He he he . Aleya
tersenyum sendiri . Alahaii ..
“Hmm . Sedap
didengar .”Tapi habit dia yang tidak banyak bercakap memang menyakitkan hati .
Ha ha ha ! Aleya nampaknya tidak boleh lagi berhenti dari menganalisis Asyraf .
Masing –masing menganalisis diri antara satu sama lain . Masak !
“ Kan ? Eh .. Dah
nak manghrib ni .. Saya kena balik . Okey bye !” Aleya sempat memarahi
dirinya . Bolehkan tidak perasan dah nak maghrib . Mati kena pancung dengan
ayah ! Bisik hatinya . Sempat lagi tangannya mencapai sekeping album lagu Kenny
Rogers dan sekeping album lagu Ronan
Keating . Dalam diam , Asyraf memerhati album yang Aleya ambil . Dia juga
mengambil album yang sama . Ingin
mendengar apa yang akan Aleya dengar..
Setelah selesai
urusan pembayaran , Aleya segera berjalan menuju ke motorsikalnya . Nasib baik
hujan dah reda . Reda , reda pun .. tetap sejuk ! Menggigil tubuhnya tatkala
angin menyapa tubuhnya . Asyraf yang berdiri tidak jauh dari pintu masuk kedai
cd tadi membuka baju sejuknya . Terserlahlah baju putih polos mengikut bentuk
badan sedondon dengan seluarnya .
“Sejuk . Nanti
demam . Nah .” Asyraf menyangkut baju sejuknya di pedal minyak motorsikal Aleya
. Terpinga –pinga Aleya . Dia lihat Asyraf sudah berlari menghilangkan
diri . Malulah tu .. Ah comel ! Aleya
tersengih –sengih sendiri . Dengan lagak gatalnya dia menyarungkan baju sejuk
yang sedikit besar itu ke tubuhnya . He he he . Rasa-rasanya dia perempuan
pertama yang memakai baju Asyraf . Alahaiii segan . Ah kamu ni Aleya ! Dan dan
aje segan ! Ceh !
Malam itu ,
sepanjang malam Asyraf memainkan lagu Ronan Keating di biliknya . Hilang segala
minatnya terhadap komputer dan lain –lain . Dia hanya ingin minat apa yang
Aleya minat sahaja . Betul –betul dijangkiti malware ni !
“Love and
affection ..” Bisiknya perlahan . Entah mengapa , dia jadi terminat sendiri
dengan sebaris ayat yang terkandung di dalam salah satu lagu Ronan Keating .
TIGA HARI dia tercari –cari kelibat Aleya . Biasanya ,
Aleya pasti akan tertemu atau bertemu dengannya .. Tetapi , sudah tiga hari
kelibat Aleya tidak muncul . Dia sendiri tidak pasti apa yang sedang
menghantuinya . Yang pastinya , dia
ingin selalu mendengar celoteh bibir mungil itu . Tiba –tiba matanya tertancap
ke Sarah yang sedang berjalan berseorangan . Pantas sahaja kakinya melangkah
merapati Sarah tanpa keizinannya .
“Ssss… Sssaraah
kan ?” Tanya Asyraf tiba –tiba . Melompat Sarah dibuatnya . Berkali –kali dia
mengusap dadanya . Pemuda ‘panda’ didepannya ini betul –betul memeranjatkan !
“ Kuss semangat ..
Ya , saya .. Kenapa ?” Sarah yang sedang memeluk buku itu berpaling menghadap
Asyraf . Bulan dah nak jatuh dari langit ke ni ? Macam pelik aje dia tegur aku
? Desis hatinya . Asyraf menggaru –garu kepalanya . Kaca matanya masih setia
menutup kedua-dua belah matanya .
“ Kenapa Aleya
tiada ?” Formal sekali . Serentak Sarah tersenyum nakal . Pasti Aleya sudah
berjaya menambat hati ‘panda’ di hadapannya ini . Mana pernah Asyraf
berkelakuan sebegini rupa .
“ Dia demam ..
Tiga hari dah .. Teruk sangat katanya .
Sampai kena masuk air . Dia dahlah takut dengan jarum . Kesian dia .. Dengar
cerita , dah dua kali dia pengsan dalam bilik air sebab tak tahan . Dia memang
lemau sikit bab demam-demam ni .. Harap dia dah okey .. Jangan H1N1 sudah . ” Selamba
badak aje Sarah menambah cerita .Siap pamer muka sedih lagi . Padahal , dia sendiri sudah maklum yang Aleya
tidaklah seteruk mana . Cuma demam dia tidak mahu reda-reda aje . Main hujan
lagi !
Dahi Asyraf
berkerut hebat . Bibirnya diketap . Dia kelihatan sangat risau . Ingin aje
Sarah mentertawakannya sampai tergolek –golek . Ha ha ha !
“Terima kasih.”
Putus Asyraf seraya berjalan pergi . Siap terlanggar tong sampah .
“Amboi .. Risau
benar nampaknya . Auch ! That’s hurt !” Sarah mengekek sendiri apabila
Asyraf dengan tidak sengaja terlanggar tiang . Ha ha ha ! Betul –betul risau ni
! Untunglah kamu Aleya ! Desis hatinya.
ASYRAF berjalan
longlai ke gym . Sejak mendapat berita dari Sarah semalam , hidupnya
seperti lompang sana , lompang sini . Rasa ingin menarik rambut sendiri aje .
Nasib baik rambut tak panjang .
“The smile on
your face , let me know that you need me . There’s a truth in your eyes saying
you’ll never leave me .. The touch of your hand say’s you’ll catch me ,
whenever I fall ..” Asyraf menyanyi sambil mengambil bola keranjang yang
berada di hujung kakinya . Dah rindu sangat sampai lagu yang Aleya dengar semua
dihafalnya . Siap save dalam otak lagi .
“ Auchh! Sakitlah
woi !” Serentak kepalanya menegak . Suara Aleya ! Ya ! Dia kenal suara Aleya .
Pantas dia mencari –cari di mana punca suara itu .
“ Padanlah muka
kau .. Kacau lagi PANDA aku !” Beberapa gadis mengejek seraya meninggalkan
Aleya yang terduduk di atas lantai . Asyraf yang muncul dari belakang tempat
duduk penonton itu pantas berlari mendapatkan Aleya . Bagaikan mimpi Aleya
berada di depan matanya ! Argh ! Masa yang sesuai untuk tarik rambut sendiri .
Ha ha ha !
“ Aleya ?” Aleya
yang menangis kerana pergelangan kaki yang terkehel pantas mengangkat kepalanya
. Asyraf ?? Panda ??
“ Kenapa dengan
mereka ?” Tanya Asyraf dengan nada yang tidak dapat diklasifikasikan. Aleya
menyeka air matanya .
“Dia orang buli
saya sebab rapat dengan awaklah !” Asyraf mengetap bibirnya .
“Suka hati sayalah
saya nak kawan dengan siapa . Yang mereka sibuk tu kenapa ?!” 13 PATAH
PERKATAAN ! Perkembangan terbaru . Ha ha ha !
“ Dia orang
sukakan awaklah tu ..” Aleya menunduk sedikit . Masih terngiang –ngiang lagi
kata –kata kejam yang keluar dari mulut mereka satu persatu . Mentang-mentanglah
dia masih newbie disini … Cis !
“Err.. Awak boleh
jalan ke tak tu ?” Tanya Asyraf seraya mencangkung . Aleya menggeleng saya
menyeka air matanya lagi . Pergelangan kakinya semakin perit setiap kali dia
cuba bangun . Asyraf membuka sneaker yang tersarung di kaki Aleya . Gaya
Aleya sangat ranggi di penglihatannya . Pergelangan kaki Aleya membiru dan
membengkak . Berkerut dahi Asyraf .
Risau barangkali . Dalam diam , Aleya jadi leka memerhati seraut wajah Asyraf
yang sering mengganggu lenanya beberapa malam sebelum ini .
Entah apa yang
silap , cermin mata Asyraf tiba –tiba sahaja terlucut dari wajahnya . Matanya
bertembung dengan anak mata Aleya yang hitam dan bulat . Aleya terkaku melihat
wajah sebenar Asyraf tanpa cermin mata . Kacak sekali . Jauh lebih kacak ketika
cermin mata tidak dikenakan . Anak mata Asyraf berwarna hijau you !
Sekali pandang macam mat salih , dua kali pandang , macam mat arab . Tiga kali pandang macam
Aleya yang punya ! Ha ha ha ! Aleya nak tergelak aje dengan fikiran nakalnya
yang tiba –tiba datang menerjah .
Asyraf melarikan
pandangan . Wajahnya memerah . Malu barangkali . Namun tanggannya masih setia berada di
pergelangan kaki Aleya . Aleya tersenyum tiba –tiba . Tingkah Asyraf begitu
comel di matanya . Alahaii …
“Mari ke bilik
rawatan ..” Bisik Asyraf sambil menunduk dan menterbalikkan tubuhnya
membelakangi Aleya . Meminta Aleya naik ke belakang badannya supaya dia boleh
mengendongnya . Alahai ! Tak romantik langsunglah kamu ni Asyraf ! Orang
cempunglah dia ! Bukan bawa dia macam kanak-kanak kat belakang badan .
Walaubagaimanapun , Aleya hanya menurut . Tidak suka tergedik-gedik nak mengadu
sakit sangat sampai tak boleh panjat macam orang lain . Huhu .
Ketika Asyraf
sedang mengendongnya …
“I don’t know
how to say this .. But somehow , sometimes , something .. I think I’ve fallen
to you ..” Ujar Asyraf perlahan sekali tetapi masih boleh didengar dengan
jelas oleh Aleya . Aleya membulatkan matanya . Serentak nafasnya terasa sesak
kerana jantungnya seperti sedang berlari 1000 km/j !
“I like you ..”
Terus terkiok Aleya .
“Aleya ? Aleya ?”
Panggil Asyraf risau .
“Pengsan dah dia
ni !” Pantas dia melajukan langkahnya ke bilik rawatan ! Dalam diam , dia risau
juga kalau –kalau Aleya tidak sukakannya .. Pertama kali meluahkan perasaan kut
.. Biasanya dia hanya akan jatuh cinta dengan gadget gadget terbaharu di
pasaran aje . Ha ha.
SEMINGGU KEMUDIAN
“CERMIN MATA tu lucut !”
Aleya meminta kaca mata hitam yang menghiasi wajah buah hatinya , Asyraf .
Asyraf mengeluh . Hari ini , dengan rasminya .. Mereka akan berjalan
bergandingan masuk ke dalam perkarangan universiti sebagai tanda yang mereka adalah
sepasang kekasih . Ketika hari Aleya jatuh pengsan tempoh hari , keluarganya
semua telah mengenali Asyraf . Bapanya kelihatan gembira sekali tatkala Asyraf
menyatakan niatnya untuk bertunang dengan Aleya dahulu sementara menunggu Aleya
tamat belajar . Aleya tidak banyak bercakap gara-gara terkejut dengan perubahan
drastik Asyraf . Memikat sekali . Walaubagaimanapun , sehari aje dia
berkelakuan begitu . Esoknya , dia mula balik membebel sana , membebel sini .
Asyraf hanya mampu tersenyum dan tersenyum . Aleya pula asyik terpikat dan
terpikat . Alahaii ! Kahwin cepat-cepatlah !
“Ye lah ..” Kaca
mata hitam tadi diserahkan kepada Aleya . Aleya tersengih aje . Tangannya sibuk
memeluk buku sambil merapikan rambutnya sebelum mengajak Asyraf keluar . Asyraf
yang memandu Ferrari merah itu segera menyaingi langkah kekasihnya yang tidak
lama lagi akan bergelar tunangannya .
Asyraf mengenakan t-shirt
putih bercorak sedikit abstrak di belakang dan depan baju bersama seluar
berkain kanvas tetapi mempunyai banyak
kocek dan butang . Smart ! Manakala Aleya kelihatan sempoi bersama skirt lycra labuh berwarna kuning dipadankan dengan kemeja
yang di tuck in berwarna putih . Pinggangnya dihiasi dengan
tali pinggang halus . Terserlah imej comelnya . Kalau tak , Asyraf tidak akan
terpikat . Banyak mata –mata yang terarah ke arah mereka sejak dari tadi . Tiba
–tiba mereka diserbu oleh rakan –rakan sendiri .
“Kau
orang couple
??!” Tanya mereka serentak . Asyraf dan
Aleya berpandangan seraya tersenyum . Aleya tidak meminta pun hadiahnya kerana
berjaya memikat Asyraf . Perasaannya terhadap Asyraf ikhlas sekarang . Bukan
kerana VAIO lagi . Huhu .
“So ?” Tanya mereka semula . Juga , serentak
. Aleya sempat mengenyitkan matanya . Asyraf tersenyum sumbing . Terserlah
lesung pipitnya yang dalam di pipinya sebelah kiri . Comel !
“OH MY GOD . YOUR TASTE IS AWFUL ASYRAF !” Serentak mereka mengarahkan pandangan mereka ke
arah lima orang gadis yang berpakaian sendat sana , sendat sini bersama muka
yang disolek seperti hantu . Aleya dan Asyraf berpandangan semula . Ada gentar
di mata Aleya , ada cinta di mata Asyraf . Perlahan senyuman diukir dan
berbisik …
“It’s gotta be
alright dear .”
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G. J
11 comments:
This one best sangat-sangt . dh bc kt blog .. :D
best....
klakar ade, sweet ade...
best la... ^^
Ellyne ! Best gilak ni .. Part 2 kat ne ?
bessssttttt sangat dear... <3 <3
nak sambungan nyerrr.... :)
Eppy safri : betul2 ! best sessssssaaaaaannnngggggaaaatt ! ><
comell+best ! suka suka suka ! =D
Haishh Elly ! Sweet tahap diabetes ni ! hehe
best, best n best..hehe
Comel jaa cerita ni . Suka suka :DDD
kat mana boleh bace part 2 yer best sgt citernya
http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-beberapa-buah-yang-ampuh-atasi.html
http://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-5-hal-buruk-yang-terjadi-pada.html
Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong
Post a Comment