8 Cara Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal

Posted by Smat Goal Ent 5:56 AM, under ,, | 4 comments



 


8 cara nak menyakitkan hati orang yang myakitkan hati kita dan buat dia menyesal.

1. Untuk menyakitkan hati bila bf atau gf anda minta break, anda cakap kat dia camne  "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)

2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ "p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."

3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap "Eh,awak bukan bf/gf aku nombor 5 ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?".

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.



5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia.Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.

6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan,tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.

7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."

8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!

Apa pun, ne je yang aku nak cakap.Our eyes are placed in front because it is more important to look ahead than to look back. Yang lepas lupakan je. Mulakan hidup yang baru.

4 comments:

bagus entry ini.. teringat ex pakwe aku terkejar nak prmpuan brada.. ingatkan nurse dia dapat, rupanya bru hbis blajar, sampai skrg xada krja, dah putus pun..skrg cari aku sbb aku skrg dpt krja pgwai krajaan Q41.. sorry ya, aku pun nak tunang dgn pegawai, tak pandang dah kau...geram aku.

Sama lah. Balak aku polis. Tinggalkan aku sbb aku stakat kerja kdai hp. Skolah pun stakat spm jew. Tp insyallah. Allah tuh Maha Kuasa. Aku dpt dah jd nurse. Tkial2 dia nak aku balik :')

sejujurnya boleh saya katakan di sini, zaman sekarang lelaki mahukan perempuan yang cantik dan bekerjaya hebat supaya dapat membantu mereka kelak. selalunya bila ditinggalkan tidak kira sama ada bf/gf suami/isteri kerana mengejar kemewahan dan kecantikan...memang tidak lama.. pasti akan dapat balasan...kerana Allah itu Maha Adil... terima kasih atas entry di atas... saya menghargainya :)

sebab tu bila aku syg kn seseorang tu aku x serah semua kepercayaan aku tu dgn dia, bkn nk sangka buruk tp kna ada sedikit keraguan spya putus nnt x rasa sakit sgt.. Aku seorang llaki yg nk kata setia x brani nk ckp laa, tp klu kata curang ni, x ada dlm kamus hidup aku, cmna aku syg pmpuan blh tgok cmna aku hormat mak aku, adik pmpuan aku dn kawan² pmpuan aku.. sampai saat ni, bla dh ada bini, sedikit pon cnta aku x kurang, aku syg bini x smestinya aku blkg kn mak aku, kna pndai balance, sbab kalau kau jga mak kau tp x respect dgn bini, hidup kau akn sempit, istri ni bila kau hormat dia, jga perasaan dia.. Allah akn buka pintu rezeki utk kau melalui kerja

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive