8 Ayat Penting Bila Bergaduh dengan Pasangan

Posted by Smat Goal Ent 11:01 AM, under | No comments


Pasangan mana yang tak pernah bergaduh kan? Biasa la tu, asam garam bercinta. Tapi, selalunya hal yang kecil pun jadi besar bila kita tersalah cakap. Korang tak boleh main cakap lepas je. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?

Kali ni Sang Arjuna nak kongsikan ayat – ayat yang sepatutnya korang cakap bila bergaduh dengan pasangan.

1. You tak perlu tolong I apa-apa, I cuma nak bercakap dengan you.

Ini jawapan yang paling baik jika pasangan korang cakap yang korang suka sangat complain dan tak puas hati. So, dengan cara ni dia akan tahu yang korang cuma nak seseorang untuk dengar luahan hati korang.

2. Benda ni penting pada i. Tolong dengar cakap i.

Selalunya bila orang lain tengah bercakap, nampak je macam kita tengah mendengar tapi sebenarnya kita sibuk memikirkan apa yang kita patut cakap untuk layan je diorang. So korang boleh gunakan ayat ni untuk tarik perhatian si dia.

3. I tau yang I pun salah jugak.

Cara paling mudah untuk teruskan pergaduhan ialah dengan menyalahkan orang lain untuk semua perkara. Akui salah korang walaupun sekecil zarah.

4. You selalu menyimpang bila kita berbincang.

Korang start bergaduh tentang siapa yang kotorkan kereta lepas tu korang sambung dengan gaduh pasal hal lain pulak. Bila nak berbincang elok-elok , selalu terpesong dan start pulak point-point gaduh yang lain. Guna ayat ni untuk kembali pada subjek utama.

5. Ini bukan problem you sorang , ini problem kita.

Ini boleh mengubah dinamik perbincangan korang daripada ” Pakwe VS Awek” kepada ” Pakwe dan Awek VS problem ” . ( hehe korang faham tak? )

6. Kita gaduh pasal apa sebenarnya?

Ketidak-puasan hati yang sikit boleh membawa kita pada masalah yang lebih besar terutamanya bila kita selalu bergaduh disebabkan hal yang sama. Fikirkan tentang apa yang betul-betul buat korang tak gembira.

7. Kita relaks dulu kejap

Cuba relaks dulu beberapa minit. Berapa banyak perkara buruk yang korang cakap bila korang biarkan emosi menguasai korang? AKhirnya korang sendiri yang menyesal kan? Kalau korang rasa korang akan lepaskan ayat-ayat yang menyakitkan, baik korang relaks dulu.

8. I Love You !

Tiada apa yang lebih menarik perhatian daripada 3 perkataan ni. Dengan cara ni, korang dapat bantu pasangan untuk ingat semula ikatan yang koranng ada. :)

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive