Anda cuma mempunyai SEORANG Mak. Hargai MAK anda

Posted by Smat Goal Ent 7:18 AM, under , | No comments



Pada usia 6 tahun - " Mak, saya sayang mak!"
Pada usia 10 tahun - "Mak, apa-apa la"
Pada usia 16 tahun - "Mak saya merimaskan!"
Pada usia 18 tahun - "Saya nak tinggalkan rumah ini!"
Pada usia 25 tahun - "Mak, memang betul cakap mak selama ni~"
Pada usia 30 tahun - "Saya nak pergi rumah mak"
Pada usia 50 tahun - "Saya taknak kehilangan mak!"
Pada usia 70 tahun - "Saya akan lakukan apa sahaja untuk mak berada di sisi saya"

Anda cuma mempunyai SEORANG Mak. Hargai MAK anda~


MENGECUP DUNIA BAGAI UDARA TANPA WARNA

Posted by Smat Goal Ent 7:16 AM, under | No comments



Ku titipkan sepotong pesan
pada sebuah kecupan
yang penuh kehangatan
betapa ku ingin kau rasakan
tiap getar yang ku salurkan

Malaikat kecil ku ,,,
di bibir mu ku selipkan rindu
saat lembut mulai mnyentuh kalbu
debar halus rambati relung bisu
tawarkan beribu aroma candu

Lalu ,,,,
not-not mulai mengetukkan nada tunggu
satu irama yg akan mengantar mu
menuju kedewasaan bersama waktu
untuk kau belajar mengerti apa itu laku

Seperti hitungan bulu
di sana akan kau temukan celaru
bersimpul dalam anyaman hasrat dan ragu
namun jgn pernah patahkan asa mu
sulam ia dgn keyakinan yg padu
agar Kau mampu
MENGECUP DUNIA BAGAI UDARA TANPA WARNA

Satu saat kau akan tau makna sebuah aksara

Adam Dan Hawa | Lelaki Berbohong Kerana Takutkan Wanita

Posted by Smat Goal Ent 7:00 AM, under , | No comments



Hah. Ya .... itu sebab kenapa ramai lelaki suka berbohong, ia adalah kerana lelaki takut pada wanita. Bukan takut apa ... ada banyak sebab yang berkaitan takut tu.

Lelaki Berbohong Kerana Takutkan Wanita.

Takut Wanita Itu Merajuk - Bila cakap benda betul nanti, terguris hati, lalu bawa diri ... tak bercakap 2-3 hari. Telefon dan SMS tak berjawab-jawab, hanya kerana bercakap benar ... "Ya Yang .. Ayang memang gemuk dengan pakaian ketat tu".

Takut Wanita Putuskan Hubungan - Berat ni .... lagi-lagi kalau pasangan tu molek, cantik, cun dan lawa. Tentulah takut andai kalau bercakap benar, si wanita akan cabut lari dan cari lelaki lain yang mungkin lebih manis mulutnya.

Takut Wanita Itu Kutuk Balik - Hahahaha... kalau anda tak hensem, buat cara tak hensem. Silap haribulan, anda kena kutuk balik oleh pasangan anda sebab mulut anda yang sangat jujur itu. Terlalu benar dalam bercakap pun ada bahaya juga. Tercalar weiiihh ego lelaki bila kena kutuk awek cun.

Takut Wanita Tak Boleh Terima Hakikat - Selalunya bila lelaki berkata benar, ia adalah memang perkara yang sangat pahit diterima oleh wanita. Apatah lagi jika berkaitan soal hati dan perasaan. Bila kita berkata sesuatu yang betul, takut wanita itu tak boleh terima dan mungkin akan melakukan sesuatu yang tidak diingini

Rahsia Gadis Jepun Cantik Kulit

Posted by Smat Goal Ent 6:38 AM, under | No comments




Gadis Jepun, kebanyakkan dari mereka punyai kulit yang cantik. Dengan bentuk fizikal yang genit, menjadikan mereka ibarat patung bernyawa. Berilah apa-apa fesyen pada mereka, gadis Jepun pasti akan tampil menawan.

Kerana itulah juga, fesyen dunia dah banyak melebarkan tapak ke negara Matahari Terbit itu. Gadis Jepun gemar berfesyen dan mereka juga rigid dengan penampilan diri.

Apakah rahsia kecantikan kulit dan penampilan mereka? HH kongsikan sedikit rahsia turun temurun gadis Jepun untuk tatapan anda semua.


Gadis Jepun Berkimono, Nampak Anggun dan Sopan. Foto: Tokyo Bling
Rahsia Kecantikan Gadis Jepun

Vitamin C
Gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buahbuahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih.

Kacang merah
Gadis jepun memanfaatkan azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat Beras Merah bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Beras Merah
Bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Pengelupasan
Gadis jepun rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah hingga membuatkan wajah mereka tampak berseri dan tidak nampak kusam.

Alga
Wakame, sejenis alga laut yang ditemukan di perairan jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.


Sumber: Majalah Remaja

Jimatkan Bateri Laptop

Posted by Smat Goal Ent 6:33 AM, under | No comments




Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.


Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
Perlahankan volume atau mute volume jika perlu
Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
Jangan gunakan CD/DVD.
Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
Gunakan cooling pad.
Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.

Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.
Apa kata korang baca ini pulak?

12 Jenis Perempuan Single..Korang Tergolong Dalam Yang Mana Satu? =D

Posted by Smat Goal Ent 6:14 AM, under , | No comments



Perempuan yang berstatus single sering menjadi rebutan para lelaki, di tambah pula dengan paras rupa yang ayu dan bentuk badan yang menggiurkan, sapa yang tak nak kan? Tapi, bila korang nak 'ayat' je, perempuan tu kata, dia tak nak kapel-kapel ni, jadi single lagi syiokk..Apa perasaan korang time tu? Marah? Kecewa?..Haa, nanti dulu..Korang jangan terus nak marah je, ada sebab kenapa diorang nak stay single-mingle..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..

  
- Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove, seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:

1. Pencari Teman Hidup.


Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.


2. Bangkit Semula.


Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.


3. Tak Peduli.


Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.


4. Menunggu


Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.


5. Bebanan Kahwin


Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.


6. Bebas


Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.


7. Ingin berkahwin


Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.


8. Pembelot


Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.


9. Ingin Perbezaan.


Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.


10. Menjadi ibu


Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.


11. Lambat dan mantap


Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.


12. Perintis


Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

p/s: Setiap orang pasti memiliki kategori yang tersendiri kerana secara tuntasnya, jalan hidup setiap orang memang berbeza =D

Perempuan: Tips Untuk Mengelakkan Pasangan Korang Di Kebas Orang!

Posted by Smat Goal Ent 6:11 AM, under ,,, | No comments




Fuhhh..Perasaan takut kalau pasangan dikebas orang ni memang menjadi satu mimpi ngeri buat diorang yang dok hangat bercinta kan? Bagi yang dah berkahwin tu, jangan rasa korang dah selamat ekk..Sekadar memberi peringatan untuk korang..


Selalu nya, kalau kes-kes boifren atau suami di kebas orang ni, orang perempuan la yang paling risau atau apa yang orang putih selalu cakap, paranoid..Orang lelaki rileks je, apa ada hal kan? hehehe..


So, bagi mengelakkan korang (perempuan) dari rasa cemburu buta atau memendam perasaan kat pasangan korang tu, aku ada sedia kan sedikit panduan untuk korang guna pakai..Iye laa, aku nak cerita lebih-lebih pun, aku bukan nya pandai sangat dalam bab-bab cinta ni (muka innocent gila time tulis ni..hahahaha)


Tapi tak salah kan kalau panduan ni sedikit banyak boleh bantu korang..Apa-apa pun, korang baca la elok-elok ekk..Tak paham pun try bagi paham jugak narhhh =D


1. Jelaskan kepada pasangan yang penipuan akan memberi kesan yang amat menyakitkan kepada korang.


- Bagi mengelakkan pasangan korang daripada di kebas orang, korang kena rendahkan keinginan dia untuk menipu. Apa yang perlu korang buat ada lah jelaskan kat pasangan korang yang korang pantang ditipu dalam apa jua keadaan. Jadi kan ia benar-benar jelas dan biar dia tahu apa yang korang rasa bahawa tiada kompromi yang boleh diterima antara si dia dengan mana-mana perempuan lain. Kalau korang tak bagi tahu, macam mana si dia nak tahu yang dia dah curang kat belakang korang? So, benda-benda yang melibatkan cinta ni bukan sekadar perkongsian perasaan tapi juga satu komunikasi. Pastikan yang menipu dalam perhubungan korang merupakan satu perkara yang serius. Korang kena ingat, kalau seorang lelaki itu menipu, benda tu akan dianggap seperti satu perkara biasa, sebab tu korang kena banyak tekan kan kat sini..


2. Jadi setiap wanita kepadanya.


- Korang mahu kan si dia gembira sepanjang dalam perhubungan korang, tapi itu tak bermaksud sampai korang kena berpura-pura dan menjadi apa yang tak boleh anda lakukan. Kalau korang nak kan perhubungan korang kekal dalam tempoh masa yang panjang, korang sendiri kena letakkan sepenuh upaya korang untuk menjadi kan perhubungan korang menjadi yang terbaik. Berminat untuk dia dan hidup nya, dan benarkan si dia menjadi milik korang. Teroka diri masing-masing dan beri ruang dalam hati si dia, dan korang akan berjaya dalam menyekat keinginan wanita lain dalam mencuri si dia daripada korang..


3. Wujudkan rasa gembira dengan siapa yang ada dalam hidup korang sekarang.


- Bagi mengelakkan si dia daripada di rampas orang lain, korang kena ibarat kan yang korang ni seperti "magnet" dengan si dia, jadi perempuan lain tidak akan berpeluang untuk mendapat perhatian si dia dan memancing nya daripada korang. Rasa gembira dan yakin korang akan menjadi satu sinar tarikan kepada nya dan dia akan kurang tertarik dengan wanita lain kerana menganggap korang sebagai pasangan lebih baik..


4. Jangan biarkan si dia perbodohkan korang.


- Hal ini bertentangan dengan apa yang ramai wanita bayangkan dengan menjadi wanita yang bersikap "ya" atau "tidak mengapa" akan menyebabkan dia berhenti dari mencari wanita lain. Jika korang seorang yang penakut dan dianggap tidak berharga, apa yang si dia akan lakukan? Si dia akan berani curang dengan korang sebab dia tahu, dengan sifat korang macam tu, korang akan sentiasa terima dia kembali. Jadi seorang yang berani dan kuat dalam perhubungan korang agar tidak mudah diperbodohkan oleh si dia. Seorang lelaki akan tertarik kepada seseorang yang boleh dia hormati, tetapi kalau diri sendiri pun korang tak hormat, macam mana dia nak hormati anda? Fikir-fikirkan..


5. Jangan menjerit dan membebel kepada si dia.


- Korang mungkin rasa lega dan tenteram selepas menjerit dan membebel kepada si dia, tetapi pasangan korang mungkin rasa sebaliknya dan dia akan mula bandingkan korang dengan sesuatu yang lebih buruk. Tiada apa-apa yang berguna dengan tindakan korang tu melainkan akan menjarakkan lagi perhubungan korang berdua. Jika korang tak mahu si dia di rampas orang lain, pasti kan korang berhenti daripada menambahkan lagi jurang antara korang berdua. Apabila emosi di dia terputus terhadap korang, si dia akan menjadi lebih mudah untuk di goda wanita lain. Ini tidak bermakna yang korang tak melawan langsung tetapi cara yang korang lakukan tidak berapa sesuai dan tidak sepadan dengan menjerit di mana korang tak peroleh satu kebaikan pun. Kalau nak bergaduh pun, guna la cara yang membolehkan korang berdua dapat manfaat contohnya macam perbincangan dan pastikan korang tak berjauhan dan emosi sentiasa rapat selepas berlaku pertengkaran..


6. Jangan pantau gerak-geri dan menyekat kebebasan si dia.


- Tahan diri korang daripada bertindak tidak rasional terhadap kebebasan dan gerak-geri si dia. Bagi sesetengah orang, ia mungkin satu tindakan yang bijak apabila perasaan cemburu menguasai diri tetapi ia selalunya tidak akan berfungsi dalam jangka masa yang panjang. Hal ini akan menyebabkan si dia berasa tidak dipercayai dan akan menyebabkan korang sendiri letih dari segi fizikal dan emosi. Apabila si dia perasan yang korang tidak percayakan diri nya, maka dia akan lebih cenderung untuk curang kerana itu lah yang korang harap kan dari si dia.


Aku rasa banyak ni je kot, nanti kalau ada lagi aku share dengan korang ekk..Tapi korang kena ingat, korang sayangkan pasangan korang sebab si dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman korang dan wanita lain pun, diorang tak buta..Mereka juga nampak kelebihan dan ciri-ciri menarik pasangan korang tu dan mereka juga mahukan lelaki yang sama untuk menjadi pasangan mereka..Perempuan sekarang ada sesetengah yang suka bergaduh kerana lelaki, harap korang jangan jadi macam tu ekk..Peace yooo~~ =)


p/s: kalau perangai buruk pasangan korang pun diorang boleh terpikat, tak tahu la nak kata apa =,='

Lembik Ke Kalau Lelaki Menangis?

Posted by Smat Goal Ent 6:08 AM, under ,, | No comments



Seorang lelaki merupakan satu susuk badan yang kuat di mata kaum wanita. Sejak dari kecil, seorang lelaki itu telah di biasakan untuk menjadi kekal tabah dan tidak menangis dalam apa jua situasi sekali pun..Tapi, aku still ada satu persoalan yang belum terjawab..Apa kah salah kalau seorang lelaki itu menangis seperti mana yang sering berlaku kepada kaum wanita?


Seorang lelaki yang mudah menangis itu bukan lah lelaki sejati! Perumpamaan seperti itu sahaja mungkin dapat merendahkan martabat dan darjat seorang lelaki, malah mungkin menyinggung harga diri seorang lelaki itu sebagai satu makhluk yang hebat dan penuh dengan sifat ke-egoan..Iya laa, sampai nak menangis pun tak boleh, pantang untuk orang lelaki..Oleh itu, seorang lelaki itu harus bertahan dalam dalam apa jua keadaan tanpa mengeluarkan setitis air mata pun..


Betul ke kalau orang lelaki yang kuat itu menangis, dia akan dianggap sebagai "kurang profesional" dan menjatuhkan "saham" nya sendiri? Bagi aku, seorang lelaki itu tak salah menangis, sebab perkara-perkara yang emosional macam ni bagus dalam mencipta karakter seorang lelaki yang penyayang..Tak kan korang (lelaki) nak serius je sepanjang masa?


Lagi satu, seorang lelaki itu boleh menangis dan tak menjadi satu kesalahan pun kalau dia menangis depan orang ramai sebab tangisan orang lelaki ni bukan nya boleh di buat-buat, tapi lebih kepada menunjukkan betapa halus dan lembut nya perasaan yang mereka miliki..Kalau korang nak tahu, orang lelaki yang ada sifat halus dan lembut ni boleh menjadi role model, idol dan teladan untuk orang lain..Tak jadi kudis pun untuk sifat lelaki yang tegas dan keras tu..Sebab apa sifat halus dan lembut ni penting bagi orang lelaki? Sebab kedua-dua elemen ni boleh menghasilkan sikap sabar, bertolak ansur dan prihatin kat orang lain..


Sifat-sifat halus, lembut dan pentingkan cita rasa ni jugak bukan hanya untuk kaum wanita ja taw, tapi merupakan satu elemen universal yang perlu ada untuk orang lelaki..Kenapa aku cakap macam tu? Sebab, bila seorang lelaki tu dah kahwin nanti, secara automatik dia akan menjadi ketua keluarga dan wajib untuk lelaki mendidik wanita yang menjadi isteri nya itu, betul tak? Disebabkan sang isteri itu seorang wanita, si suami tadi yang mempunyai elemen macam yang aku sebut tadi berkebolehan dalam menyelami sifat emosional dan karakteristik si isteri tadi..So, suami dan isteri dapat berkongsi perasaan masing-masing dalam suasana yang harmoni..Nampak tak betapa pentingnya elemen tu dalam situasi rumah tangga?


Begitu jugak la dengan tangisan dan air mata, bukan hanya untuk kaum wanita sahaja, tetapi jugak milik orang lelaki..Oleh itu wahai lelaki-lelaki sekalian, jangan lah korang tahan atau simpan tangisan mu itu bila ada sesuatu yang membuat kan mu bersedih..Jangan terlampau penting kan ke-egoan mu itu, runtuh kan ia sedikit demi mendapat secubit perasaan tenang dan selesa yang tak dapat kamu bayang kan..Jangan lah kamu berasa malu untuk menangis, sebab itu lumrah sebagai manusia biasa..

 
Berdasarkan pemikiran aku yang boleh la dikategorikan sebagai rasional ni, menangis itu penting untuk seorang lelaki, sama jugak pentingnya untuk seorang wanita sebagai satu medium untuk kita meluahkan perasaan sedih atau perkara-perkara yang melibatkan emosi..Tetapi, ini bukan bererti yang orang lelaki boleh menangis sepanjang masa, kalau dok menangis ja setiap masa, memang makan pelempang la jawab nya..Ingat! Setiap perkara yang sedih dan beremosi itu pasti ada punPublish Postca nya dan tugas kita sebagai orang lelaki adalah untuk mencari dari mana datangnya punca kesedihan tu..


Berdasarkan maklumat yang aku dapat la kan, lelaki yang sering menangis ni mempunyai hati yang lembut, rileks dan lebih peka berbanding lelaki yang ada air mata "emas" ni..Beruntung la sapa yang dapat lelaki yang kuat menangis ni kan..hehehehe =D

Beza Mas Kahwin Dahulu dan Sekarang

Posted by Smat Goal Ent 6:03 AM, under , | No comments



Setahu aku la mas kahwin masa dulu dengan sekarang jauh bezanya. Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi pasal mas kahwin ne benda wajib bagi lelaki kena ambil tahu. Maklumlah nak pinang anak orang tapi tengok dalam bank duit ada RM 10. Melepaslah nampak gaya. Bila aku tengok kakak dengan abang aku kahwin, hantaran yang biasa sahaja seperti kain pasang, jam tangan, kasut, handbag, telekung, set wangian dan barang kemas. Duit jumlah hantaran pun lebih kurang dalam RM 5000 ke RM 7000 je.

 

Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

Tapi zaman sekarang ne mas kahwin nilainya membuatkan para lelaki tak tidur malam duk fikir nak kumpul duit. Ada juga yang di pihak perempuan siap bagi syarat nak hantaran 12 dulang, dengan jumlah hantaran RM 12000, kononnya sempena tarikh lahirnya. Yang tu belum kira lagi dengan iPad,laptop dan bermacam-macam jenis gadget lagi la. Semua nak mahal dan berjenama dengan alasan kahwin sekali sahaja. Botak kepala si lelaki duk fikir.


Nilai mas kahwin juga berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin dan juga tahap akademik. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan mas kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Aku pernah dengar kat You Tube ceramah Ustaz Azhar Idrus, yang mana kalau tak silap aku la, dia cakap mas kahwin tu kalau mahal sekalipun tapi setaraf dengan wanita tu tak ada masalah. Setaraf kat sini maksudnya pandai dalam bab agama,bab rumah tangga, pandai jaga hati suami, pendek kata pandai dalam semua perkaralah. Berpadanan lah dengan mas kahwin RM 10000. Ne tidak, harga mas kahwin RM 18000 tapi baca Al-Fatihah pun lintang pukang lagi. Lebih teruk lagi hari ne kahwin 2 bulan kemudian dah cerai.

Kalau tengok zaman dahulu, pemilihan gadis selalunya akan berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya selain dari kecantikan fizikal dan tiadanya cacat anggota, ialah 'kesuburan' punggung dan payu-dara. Ini adalah diatas kepercayaan orang dulu-dulu bahawa gadis yang besar punggungnya akan mudah bersalin, dan payu-dara bagi tujuan penyusuan kelak. Maklumlah pada zaman dulu mana ada susu formula bayi macam sekarang!. Zaman sekarang zaman teknologi. Jumpa kat facebook, chatting sikit dah berkenan. Amboii, canggih betul zaman sekarang ne.

Mak bapak sebelah perempuan pun janganlah buat syarat mas kahwin tu macam nak jual anak je.Nabi pun pernah kata perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kawinnya. Tapi orang zaman sekarang ne tak mahu tiru apa yang nabi cakap. Nak jugak buat grand sampai membazir. Bukan nak jaga tepi kain tapi sekadar peringatan kepada semua.

Rasulullah pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan mas kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu. So, fikir-fikirkanlah.

 

Antara kata-kata pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus ialah:
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. 
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. 
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. 
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya. 
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

Kenapa Lelaki & Perempuan Naik Berat Badan Selepas Kahwin?

Posted by Smat Goal Ent 6:00 AM, under , | No comments



  
Mengikut kajian terhadap  lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Mungkin ini disebabkan oleh kebahagian atau ada isteri yang menjaga pemakanan mereka. Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan ke atas pula, 12 peratus tahap kesihatan mereka berada dalam linkungan baik atau teruk. Tahap kesihatan duda atau janda dikategorikan paling teruk.

Kenapa Lelaki Tak Kisah Jadi Gemuk Selepas Kahwin?
Sebab bila dah kahwin, makan-minum semua dah disediakan oleh isteri. Pagi isteri dah sedia nasi lemak, masa lunch makan nasi ayam, minum petang dengan teh susu dan roti canai dan makan malam isteri beli nasi kandar dekat kedai mamak. Suami pun tak kisah janji kenyang. Macam mana tak naik perut. Kalau isteri mengandung silap-silap haribulan tersilap hantar suami ke hospital.
Alasan lain yang bagi sebab dah kahwin, so tak payah lah nak pikir pasal ‘market’.Cukuplah ada isteri sorang. Kepada isteri kena hati-hati. Depan je kata sorang. Dekat belakang mungkin dah ada 3 kot. 
Sebab isteri suka memasak dan suka try resipi baru. Hari ne masak kari ayam, esok kari lembu, tulat kari kambing. Pastu suami akan jadi bahan uji kaji untuk makanan yang dimasak tu. Mana tak membuncit perut suami. 
Alasan suami yang dah give up.Dah memang keturunan perut buncit, nak buat macam mana. Terima je la.
Faktor Yang Menyebabkan Lelaki Gemuk
Faktor kelamin .Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.


Kenapa Perempuan Gemuk Selepas Kahwin?
Perempuan pun akan bertambah berat badan selepas kahwin . Fakta mengatakan perempuan bertambah berat badan kerana khasiat air mani si suami itu sendiri. Antara khasiatnya:
Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein yang berkhasiat.
Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta juta hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

10 Perkara Perosak Sperma Lelaki

Posted by Smat Goal Ent 5:58 AM, under , | No comments



 
Di antara 10 perkara yang boleh merosakkan sperma lelaki adalah:

1.Kepanasan melampau
Testis manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2.Tab Mandian Air Panas
Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis, 30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

3.Demam
Demam yang terlalu tinggi suhunya boleh mempunyai kesan yang tidak elok kepada kesuburan sperma lelaki. Dan bergantung pada waktu proses pengeluaran sperma, kepekatan sperma boleh mengurangkan sehingga 35 peratus selepas demam berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2003.



4.Laptop
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil dari penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35 C yang mana ianya akan memudaratkan sperma.

5.Seluar Dalam
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

6.Pembesaran Pembuluh Darah
Sekitar 15 peratus menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum, biasanya di testis kiri. Ketika seorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah, apabila keadaan ini berlaku ianya akan memberikan kesan kepada pengeluaran sperma.

7.Telefon Selular
Radiasi daripada telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar lelaki juga di katakan turut memberikan kesan kepada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki.



8.Obesiti
Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.

9.Gaya Hidup Tidak Sihat
Tembakau, alkohol, dan ganja boleh mengganggu fungsi seksual dan telah terbukti mengurangkan jumlah, fungsi sperma dan kesuburan laki-laki secara keseluruhan.

10.Lain-lain Masalah Sperma
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.

8 Cara Nak Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal

Posted by Smat Goal Ent 5:56 AM, under ,, | 3 comments



 


8 cara nak menyakitkan hati orang yang myakitkan hati kita dan buat dia menyesal.

1. Untuk menyakitkan hati bila bf atau gf anda minta break, anda cakap kat dia camne  "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)

2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ "p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."

3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap "Eh,awak bukan bf/gf aku nombor 5 ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?".

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.



5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia.Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.

6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan,tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.

7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."

8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!

Apa pun, ne je yang aku nak cakap.Our eyes are placed in front because it is more important to look ahead than to look back. Yang lepas lupakan je. Mulakan hidup yang baru.

Bagaimana Nak Kecilkan Muka & Pipi

Posted by Smat Goal Ent 5:54 AM, under | No comments



 

Bolehkah kalau nak kurangkan lemak dekat muka dan pipi? Badan dah ramping tapi masalahnya muka bulat dan pipi tembam. Ada cara ke nak bagi muka dan pipi sama ramping dengan badan? Kalau anda nak buat melalui pembedahan pun ada. Kos yang tinggi terpaksa ditanggung dan pada masa yang sama kesakitan yang dialami. So, kat sini aku ada nak share cara nak kecilkan muka dan pipi melalui senaman.

Senyum 
Tahukah anda senyuman mengerakkan sebahagian besar otot di pipi. Caranya agak mudah. Cuba ulang proses senyum itu sebanyak yang mungkin. Amalkan setiap hari. Lagipun senyum tu satu sedekah. Dapat pahala. Tapi senyum pun kena ikut tempat la.



Senaman Pipi
Mulakan dengan meletakkan tiga atau empat jari pada pipi dan tekan. Pada masa sama, cuba senyum sebesar mungkin. Lakukan 10 hingga 25 ulangan setiap set. Boleh buat 4 hingga 5 set sehari. Tangan merupakan rintangan dalam senaman ini.

Bibir
Cuba muncungkan bibir seolah-olah hendak bercium. Tanpa menggerakkan muka, cuba cium ke kanan dan ke kiri. Lakukan gerakan ulangan ini sebanyak 20 kali. Cuba buat dalam 4 hingga 5 set sehari.

Sedutan
Cuba sedut dan tarik pipi anda rapat dengan gigi dan tahan sekitar 5 saat lalu lepas. Ulang gerakan ini sebanyak 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

Senaman O
Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.



Gula-Gula Getah
Dapatkan gula-gula getah tanpa gula. Kunyah gula-gula tersebut walaupun tiada rasa lagi. Lakukan 20 minit sehari. Gerakan ini jika dilakukan berlebihan akan membentuk otot di atas pipi.

Kembong
Dengan mulut tertutup, kembongkan pipi anda. Ulang gerakan ini 20 kali dengan 4 hingga 5 set.

Kebiasaannya, lemak di pipi akan menurun dengan diet yang betul. Andai kata tidak turun, ada kemungkinan, itulah bentuk rupa muka anda. Manusia dicipta dengan kepelbagaian rupa. Ada yang petak, bulat, bersegi-segi, lonjong dan sebagainya. Bagi seorang yang tidak dalam tempoh diet, kenali dan kurangkan makanan yang mungkin menyebabkan pipi naik seperti coklat, aiskrim dan pelbagai lagi yang manis.

Mengenali Body Shape Wanita

Posted by Smat Goal Ent 5:51 AM, under | No comments



Apakah body Shape u ollss ye..Senang je, boleh cek kat Body Type Calculator masukkan ukuran dan tgk apa type body shape korang kat bahagian “Results”



Apple (triangle downward)
Apple-shaped women have broader shoulders and bust, and narrower hips.

Banana, or straight (rectangular)
Banana-shaped women’s waist measurement is less than 9 inches smaller than the hip or bust measurement.

Pear, Spoon, or Bell (triangle upward)
Pear-shaped women’s hip measurements are greater than their bust measurements.

Hourglass Shape (triangles opposing, facing in)
Here, the hip and bust are almost of equal size, with a narrow waist.


gambar hiasan


Apa shape korang dapat??  :D

Kejayaan tidak datang pada percubaan pertama

Posted by Smat Goal Ent 5:42 AM, under | No comments


 Charles Forman
Siapa dia yang tersenyum sampai ke telinga dalam gambar diatas? Apa yang membuatkan dia boleh tersenyum sebegitu rupa? Dan apa maksud perkataan yang ada dalam gambar tersebut?


Lelaki di dalam gambar ini dikatakan bernama Charles Forman (tapi aku search muka dia macam lain sikit; tak tau sengih dia tu ke yang buat nampak lain). Pada bulan Feb 2012, Charles dikatakan telah merancang untuk menutup perniagaan beliau kerana kehabisan duit. Tetapi pada bulan Mac 2012, syarikat beliau telah dibeli dengan harga US$ 180 juta. Sebab itu dia boleh tersenyum sampai ke telinga. Bagaimana ceritanya?

Charles telah mencuba untuk membuat applikasi permainan iPhone selama 6 tahun. Sepanjang 6 tahun tersebut, dia telah membuat percubaan sebanyak 35 kali sehingga akhirnya permainan iPhone keluaran terbaru syarikatnya menjadi hit selepas di lepaskan pada Feb 2012. Sejak di lancarkan pada 6 Feb 2012, permainan tersebut telah di muat turun sebanyak 35 juta kali bagi tempoh hanya kira-kira sebulan! Permainan tersebut adalah “Draw Something” dan syarikat Charles bernama “OMGPOP“. Biasa dengar kan? hehe.

Setelah 35 kali percubaan yang gagal, akhirnya Charles berjaya. Bagaimana kalau Charles mengaku kalah lebih awal? Mungkin pada percubaan ke 34? Betul kata pepatah – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Dan ini bukan cerita kejayaan pertama setelah banyak kegagalan. Thomas Edison juga dikatakan telah gagal lebih 1000 kali sebelum beliau berjaya mencipta bulb mentol!

Aku juga sedang berperang dengan emosi. Gagal mendapatkan apa yang di sasarkan dalam masa yang aku sendiri tetapkan. Mungkin kerana sasaran aku ada dua dan aku tidak fokus. Keadaan aku masih tidak mengizinkan untuk aku fokus pada satu. Mungkin aku akan ambil sahaja risiko yang besar untuk fokus pada satu sasaran. Risiko besar, impak besar. Tetapi bukan kah kegagalan sebenar adalah apabila kita gagal untuk mencuba? Dan aku masih menjadi motivasi untuk mengambil risiko besar itu.

Jadi diri sendiri atau orang yang kita kagumi?



Selepas tonton filem The Social Network, aku dapat motivasi dari jalan ceritanya. Aku jadi ketagih untuk menonton lagi dan lagi terutama ketika semangat menjunam. Memang boleh boost sedikit semangat aku. Dan aku dah terlepas kira berapa banyak kali aku menonton filem ni sehingga aku mampu untuk hanya mendengar sahaja (sambil mata fokus pada kerja) dan aku boleh banyangkan scene tersebut. Ya, sampai macam tu sekali.


Bagaimana Untuk Ubah Orang Panas Baran Melalui Sikap Memberi Maaf Padanya

Posted by Smat Goal Ent 5:28 AM, under ,, | No comments




Realiti yang Anda lalui hari ini adalah refleksi kepada fikiran Anda. Jika fikiran Anda tenang sepanjang masa, maka realiti hidup Anda juga akan tenang sepanjang masa. Anda akan menjalani hidup penuh tenang, kurang masalah.

Jika fikiran Anda bercelaru, sibuk memikirkan berbagai perkara dicampur dengan kegusaran, maka realiti hidup Anda juga akan jadi macam itu. Berbagai masalah akan timbul untuk menjadikan hidup Anda bercelaru. Sebab? Apa yang ada dalam fikiran Anda adalah bercelaru.

Masalah kecil dan masalah besar semua akan muncul satu persatu secara tiba-tiba. Masalah yang kecil sekalipun misalnya kerosakan mentol lampu akan membuat Anda cukup tertekan. Selepas itu, lebih banyak masalah datang bertimpa-timpa secara tiba.

Fikiran Anda menarik situasi serupa dengan yang Anda fikirkan.

Jika hari ini Anda hidup dengan orang yang sifatnya panas baran, dia terus menerus jadi begitu kerana dalam fikiran Anda, sebenarnya Anda kerap membayangkan dia sebagai orang panas baran. Bayangan itu menjadi bertambah kuat apabila dicampur dengan emosi takut, gusar, risau, susah hati dengan apa yang mugkin akan terjadi nanti.

Jika hari ini Anda hidup dengan orang yang sifatnya pemaaf, baik hati serta bertoleransi, Anda dapat hidup dengannya kerana dalam fikiran Anda, kerap Anda bayangkan tentang sikap pemaaf, baik hati serta bertoleransi pada dirinya.

Orang panas baran tidak pernah meminta sikapnya jadi begitu. Dia tidak pernah terfikir dia akan jadi panas baran. Baginya cepat naik marah itu perkara biasa. Kekadang dia suka sebab orang akan takut pada dia.

Oleh kerana sudah terbiasa dengan sikap panas baran, maka ia menjadi sikap yang sukar diubah dari luar, melainkan dia sendiri berubah.

Untuk ubah sikap orang sebegini, mulakan dari diri Anda sendiri terlebih dahulu. Formulanya adalah, realiti hidup Anda pada hari ini adalah terjemahan sebenar kepada apa yang kerap bermain di fikiran Anda.

Situasi di sekeliling anda akan kesan daripada rupa tanggapan yang mendominasi fikiran Anda. Jika di fikiran buruk, maka situasi sekeliling Anda juga kerap menjadi buruk. Anda perlu ubah apa yang ada dalam fikiran menjadi baik supaya sekeliling anda berubah menjadi baik juga.

Bagaimana Untuk Ubah Sikap Orang Panas Baran Melalui Kemaafan

Fikiran menerbitkan gelombang tersendiri. Gelombang ini tidak nampak tapi tetap wujud.

Gelombang handphone Anda pun Anda tak nampak, tapi Anda percaya gelombang tu wujud, kan? Gelombang Astro pun Anda tak nampak, tapi Anda tetap rasa ia wujud sebab ia memberi kesan dalam kehidupan Anda. Gitulah juga gelombang fikiran.

Gelombang fikiran terbit dari minda lalu mengembara masuk ke minda orang lain. Jika Anda fikirkan dia, serta merta dia akan teringat Anda. Lebih tenang Anda, lebih pantas orang itu teringatkan Anda. Lebih kerap Anda ingat dia, lebih keraplah juga bayangan wajah Anda muncul di fikirannya.

Ingat, fikiran kita jadi lebih efisen bila emosi kita tenang. Jenis gelombang fikiran dipengaruhi oleh emosi. Emosi baik akan menerbitkan gelombang baik. Emosi negatif akan menerbitkan gelombang negatif.

Setiap kali ada peluang untuk Anda berseorangan, ambil sedikit masa untuk mengucapkan maaf. Sebab dari sikap memberi maaf ini Anda boleh merubah emosi kepada emosi positif. Cinta, syukur serta kemaafan adalah emosi-emosi positif bergelombang tinggi.

Jika Anda bergaul bersama-sama dengan seseorang yang panas baran, hari ini, bayangkan orang itu kemudian ucapkanlah kemaafan buat dirinya di dalam hati. Usah difikir banyak, maafkan saja dia atas kesalahan-kesalahan sikapnya, perangainya serta atas perkataan yang diucapkannya.

Maafkanlah kesalahannya kerana melukai perasaan Anda hingga pernah membuat Anda merasa takut walaupun hanya terfikirkan namanya. Maafkan sebagaimana Anda memaafkan seseorang yang berbuat salah pada Anda.

Pastikan emosi Anda tenang tatkala Anda melakukan teknik ini. Kenapa perlu tenang?

Sebab kemaafan tidak akan memberi kesan jika dilakukan di kala kesibukan atau di kala bunyi bising berada di sekitar Anda. Anda tidak akan dapat menumpu perhatian.

Kemaafan yang Anda lafazkan spontan dengan ikhlas akan menerbitkan rasa lega. Jika Anda sudah memberi maaf tapi Anda tidak merasai apa-apa, ketahuilah maaf yang Anda lafazkan itu tidak ikhlas kerana dipaksa-paksa.

Ini soal hati, soal rasa dan soal jiwa. Maka niat Anda perlu diubah menjadi ikhlas. Dari ikhlas itu, barulah apa yang Anda lakukan ni memberi kesan.

Maafkan orang yang Anda rasa panas baran itu. Maafkan sikapnya yang panas baran, maafkan kesalahannya jika dia pernah memarahi Anda.

Maafkan perangainya yang cepat naik marah. Maafkan dia, maaf sebenar-benar maaf. Maafkan semaaf mungkin hingga air mata kegembiraan mengalir dari kelopak mata Anda kesan dari rasa memaafkan yang sungguh mendalam.

Simply ucapkan “aku maafkan kamu…” atau apa jua ayat yang Anda rasa ngam untuk digunakan bagi memaafkan dirinya. Apabila Anda merasa ada satu kelegaan selepas memaafkan dan rasa itu terbit tak semena-mena ada di dalam jiwa, kemaafan yang Anda beri itu sesungguhnya adalah kemaafan yang ikhlas. Itulah petanda keikhlasan dalam memberi maaf.

Apa Terjadi Bila Anda Memberi Maaf



Maaf adalah aktiviti yang dapat mencuci hati, sama ada meminta maaf atau memberi maaf kesannya serupa. Istighfar, iaitu perbuatan memohon maaf dari Tuhan kerana merasakan diri terbuat dosa juga amalan bagus untuk mencuci hati.

Bila hati bersih, emosi Anda cenderung ke arah emosi positif. Emosi ini akan mempengaruhi gelombang minda. Selagi emosi Anda positif, selagi itulah gelombang minda Anda kekal positif.

Gelombang positif Anda akan menjangkiti orang lain yang ada di sekeliling Anda juga sesiapa saja yang Anda fikirkan. Untuk bergaul cara baik dengan orang panas baran serta untuk membuat dia berubah, gunakan teknik kemaafan ini. Kemaafan yang Anda hantarkan untuk dirinya akan mengubah dia secara langkah demi langkah seiring perubahan masa.

Maafkan dirinya selalu tiap kali Anda terfikir akan dia atau tiap kali teringatkan dia. Rasai kemaafan itu, maafkan dia ibarat Anda lupakan habis sikap panas barannya itu. Jika Anda merasa takut kerana sikap panas baran yang ada pada dirinya, maafkan dia kerana bersikap sebegitu.

Lama kelamaan situasi Anda akan berubah. Anda akan perasan ada perubahan pada dirinya sedikit demi sedikit. Dia akan mahir mengawal marah, bahkan sudah kurang panas barannya. Kenapa begitu?

Sebab gelombang minda Anda berubah jadi positif kesan dari kemaafan berterusan mempengaruhi mindanya yang dikelabui awan negatif. Minda Anda mempengaruhi mindanya lantas mengubah sikapnya sedikit demi sedikit menjadi positif. Fokus minda Anda mempengaruhi mindanya, selepas itu mempengaruhi sikapnya. Ini adalah tindakan berangkai. Satu aspek mempengaruhi aspek lain.

Dalam pada itu, teruskan berdoa pada Allah Yang Maha Esa, mohon bantuan serta petunjuk untuk Anda ubah orang yang panas baran itu.

Tips ringkas kali ini baik untuk mengubah sikap panas baran suami, sikap panas baran isteri atau sesiapa saja yang bergaul dengan Anda misalnya kawan-kawan, adik- beradik atau rakan sekerja.

Usaha merubah hidup Anda dan bagaimana perhubungan Anda dengan orang lain yang hidup bersama-sama dengan Anda adalah bermula dengan diri Anda terlebih dahulu. Kemaafan bukannya tentang hanya memaafkan orang lain dan menurunkan ego sendiri tapi lebih dari itu.

Kemaafan adalah cara untuk Anda merubah emosi Anda kepada emosi positif seterusnya merubah gelombang minda kepada gelombang positif, akhirnya merubah perhubungan Anda dengan orang lain menjadi semakin positif, semakin baik.

Perubahan di luar diri Anda kena dimulakan dari dalam diri Anda dulu iaitu dari hati juga emosi.

Yang di dalam (emosi, kebersihan hati, fikiran tenang) akan merubah yang di luar (perhubungan, tahap kerjaya, kebahagiaan, prestasi, pencapaian).

Petua Mendapat Pasangan – Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Posted by Smat Goal Ent 5:24 AM, under ,, | No comments




1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Seperti Hangatnya Matahari

Posted by Smat Goal Ent 5:20 AM, under ,, | No comments



Cinta. Mungkin sebuah perkataan agung yang sering membuat seseorang rebah di hadapannya. Segala teori dan argumentasi yang dilontarkan akan lenyap begitu sahaja bila kita sendiri yang mengalami hebatnya rasa cinta itu mempengaruhi diri kita.

Mungkin sukar difahami bagi orang yang tidak bercinta. Bagaimana rasa cinta itu menjelma, waktu untuk menunggu yang dicintai walau kita sedang dalam tugasan yang banyak, dan pelbagai pengorbanan yang sanggup dibuat demi melihat kebahagian orang tersayang.

Merasakan cinta seperti merasakan hangatnya matahari. Kita selalu merasa kehangatan itu akan terus menyirami diri. Setiap pagi menanti mentari, tidak pernah terfikir akan turun hujan atau badai kerana kita percaya semua itu pasti akan berlalu dan mentari akan kembali, menghangati hujung kaki dan tangan yang sedikit membeku. Mentari ada di sana, dan dia pasti setia.

Kadangkala kita lupa, matahari yang hidup dan mengisi hidup itu adalah hamba dari Penguasa kehidupan, kehidupan kita, kehidupan matahari. Satu masa nanti matahari harus pergi, walau ia tak pernah meminta, walau pinta tak pernah kita ucapkan.

Jadi, ia akan pergi, walau apa pun yang terjadi. Kerana ini adalah kehendak-Nya. Segala yang ada di dunia ini tidak pernah abadi, kerana ia akan pergi. Selamanya, bukan sementara. Inilah dunia. Suka atau tidak, kita hanya boleh menerima.

Mungkin kita ingin memprotes, ingin berteriak; betapa tak adilnya!

Tetapi kita cuma akan dijawab oleh dinding batu yang bisu, atau lolongan anjing dari kejauhan yang mengejek. Mungkin kita kecewa dan ingin mengakhiri hidup. Mungkin kita ingin memukul, tetapi cuma hanya dapat memukul angin. Sekarang cuba lihat, apakah itu mengubah apa – apa pun? Tiada yang berubah kecuali semakin dalamnya rasa sakit itu.

Kerana kita cuma hamba, Kita hanya makhluk! Kita hanya boleh menelan kepahitan yang kita ciptakan sendiri.

Mungkin yang perlu kita jawab; Mengapa kita melabuhkan cinta begitu besarnya pada manusia? Padahal kita tahu tak ada yang abadi di dunia ini. Mengapa?

Allah menciptakan cinta di antara manusia. Dia yang paling hebat, paling tahu bagaimana cinta itu, bagaimana mencintai, bagaimana dicintai. Kenapa kita begitu syok, merasa paling mencintai, merasa paling dicintai, merasa memiliki segalanya dengan cinta.

Padahal cinta itu cuma dari manusia, untuk manusia. Dan suatu hari, cinta itu akan hilang. Tak berbekas, tak berjejak. Hanya cinta yang begitukah yang kita inginkan?

Kenapa kita tak mencuba meraih matahari cinta Allah, yang tidak pernah tenggelam dan tak pernah lenyap. Tidak pernah usang, tidak hancur, dan tidak akan pernah sia-sia. Mencintai Allah? Terlalu abstrak, terlalu aneh.

Masa? Itu kerana kita tak pernah merasa dekat, tak pernah berusaha mendekati-Nya. Allah menjadi asing kerana kita meletakkan Allah sebagai sesuatu yang berada di langit yang tinggi dan tak mungkinlah kita mencapainya. Jangankan mencintai, membayangkan untuk mendekatinya pun tidak mungkin.

Tahukah kamu, Dia menawarkan cinta-Nya untuk kita.

Hebatkan? Kita? Manusia yang hina dina yang berasal dari setitis sperma yang hina? Ditawarkan cinta dari pembuat cinta.

Kemudian kita menolak dan menjauhinya. Betapa bodohnya kita..
 
Kalau cinta seperti itu ditolak, cinta apa lagi yang kita harapkan?

Cinta yang membawa pada kekecewaan, rasa sakit, atau derita?

Cinta yang hanya mekar semusim, lalu luruh tak berbekas. Percayalah, cinta yang ditawarkan-Nya tak pernah layu atau luruh. CintaNya abadi, mekar selamanya.

Dan Dia akan memberi kita cinta dari manusia. Mentari itu terus di sana, bila – bila dan dimanapun kita ingin merasakan hangatnya. Kita mempunyai cinta dari Allah.

Adakah kita tiada niat membalas ketulusan cinta itu?

Hakikat Cinta Seorang Pencinta

Posted by Smat Goal Ent 5:19 AM, under ,, | No comments



 

Meningkat umur diperjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak di undang, tetap melawat dan mendiam di hati insan.

Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya. Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya. Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.


Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya. Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah. Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia. Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata.

“ Cinta yang membuah ranum di dasar hati,

Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,

Namun tanpa baja..tanpa dijaga,

Akar yang kukuh juga bisa rapuh,

Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,

Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,

Andaikan bunga yang indah berguguran sblm kembang,

Manakan buah hendak masak memerah”

Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak. Buahnya meranum namun rasanya pahit. Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.

Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari

Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa. Manakan bisa seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu. Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya. Sungguh rapuh.

Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok tiada suara. Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.

Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai. Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta. Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara.

Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia. Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya. Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim. Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.

“ Mencintai tidak bererti memiliki..

Siapa berhak melunakkan skeping hati selain Dia,

Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,

Segala kesudahan rasa,

Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,

Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,

Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,

Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.

Jodohnya manusia ada ditangannya.

Saudaraku tercinta,

Andai kehendak hati terhenti,

Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,

Cinta yang membuatkan mu tidak lena,

Menjadikan harimu terganggu setiap masa,

Bukannya itu cinta yang diharapkan,

Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,

Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,

Redha dengan takdirNya,

Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,

Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,

Asalkan si dia mencintai Tuhan,

Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )

Saudaraku tersayang,

Orang yang wujud dihatinya akan suatu rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya. Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa. Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati di hati, tak lekang di bibir. Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.

Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.” (Sahih Bukhari)

Amin.

Sumber:akuislam.com

Tags

Blog Archive

Blog Archive