KEBAHAGIAAN DI AKHIR WAKTU
Posted by Smat Goal Ent
1:44 AM, under Cerpen cinta | No comments
Penulis Cerpen: aini asmida
Lokasi : Kajang Selangor
KEBAHAGIAAN DI AKHIR WAKTU.
SEGALA-GALANYA BERMULA DI SUATU PAGI YANG DINGIN. BURUNG-BURUNG BERKICAUAN DENGAN RIANG. SANG SURIA KELIHATAN BERSINAR-SINAR MENERANGI ALAM SEMESTA. DAUN-DAUN KEKERINGAN MELAYANG BERGEMERSIK.
AKU DUDUK SEORANG DIRI BERTEMANKAN SEPI. MELIHAT KANAK-KANAK BERMAIN DI HALAMAM RUMAH MEREKA, SECARA TIDAK SENGAJA TELAH MEMBAWA DIRIKU MENGIMBAS KEMBALI NOSTALGIA ANTARA AKU DAN ABANG. KAMI TINGGAL TIGA BERADIK BERSAMA NENEK SETELAH PEMERGIAN ARWAH MAK DAN AYAH. AKU HANYA DAPAT MENGECAPI KEBAHAGIAAN HIDUP BERSAMA ABANG BUAT SEKETIKA. SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT. AKULAH ORANG YANG TIDAK LAYAK SEKALI MENDAPAT SEORANG ABANG YANG BEGITU BAIK DAN BERIMAN. KELEMBUTAN HATI DAN TUTUR KATANYA TIDAK PERNAH AKU BALAS DENGAN KELEMBUTAN. AKU SELALU BERTENGKAR DENGAN ABANG, MENINGGIKAN SUARA TERHADAPNYA SEDANGKAN DIA SEKALIPUN TIDAK PERNAH MENINGGIKAN SUARANYA KEPADAKU WALAUPUN DIA LAYAK BERBUAT DEMIKIAN. DIA MENJAGAKU IBARAT SEBENTUK BERLIAN DI PERHIASAN KACA. ABANG MANA YANG SANGGUP MEMBIARKAN ADIKNYA TERUS BERADA DALAM KESESATAN, TAPI AKU TIDAK PERNAH MEMAHAMI KATA- KATA ITU SEMASA ABANG MASIH HIDUP SEBALIKNYA AKU HANYA MENGANGGAP ITU MERUPAKAN HAL YANG REMEH-TEMEH. SAMPAILAH PADA SUATU KETIKA DI MANA MARUAHKU HAMPIR TERGADAI GARA-GARA INGKAR AKAN PESANAN ABANG.
"ADIK, ABANG HARAP ADIK PANDAI JAGA DIRI DAN MARUAH ADIK SEBAGAI SEORANG WANITA ISLAM YANG SEJATI. ABANG TAK MAHU ADIK LEKA DAN AKHIRNYA HANYUT DALAM ARUS PERMODENAN YANG SEMAKIN MELUAS INI. ABANG AMATLAH BERHARAP AGAR ADIK DAPAT MELAKUKAN SEMUA PERKARA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA ISLAM, YE DIK". AKU TIDAK MENGAMBIL PEDULI AKAN APA YANG ABANG KATAKAN, SEBALIKNYA AKU MELAWAN DAN BERKATA, "HEI, ABANG KALAU KAU NAK BERCERAMAH, KAU SILAP TELINGA OK. AKU BALIK PENAT-PENAT MACAM NI, KAU PULAK SIBUK NAK BERKHUTBAH PULAK. HEI, SALAH TEMPATLAH. KALAU KAU DAH KEMARUK SANGAT NAK BERKHUTBAH, TU KAT MASJID SANA. EEE... MENYEMAK JE LAH DIA NI". ABANG MENGGELENGKAN KEPALANYA, LALU MENYEBUT "ASTAGHFIRULLAHALAZIM, APA DAH JADI DENGAN ADIK ABANG NI"." SEMENJAK PEMERGIAN MAK DAN AYAH, ABANG TAK PERNAH AJAR ADIK BERKASAR DENGAN ABANG SEBEGINI LAGI-LAGI APABILA ABANG BERCAKAP TENTANG HAL AGAMA". AKU TIDAK MELAYAN KATA-KATA ABANG, LALU AKU BEREDAR DARI SITU MASUK KE BILIK DAN MENGHEMPAS PINTU DENGAN BEGITU KUAT SEKALI IBARAT GEMPA BUMI BESAR TELAH BERLAKU.
SEPERTI KEBIASAAN, DUIT POKETKU TIDAK PERNAH CUKUP. JUSTERU ITU, AKU MEMINTA DUIT KEPADA NENEK. LALU NENEK HULURKAN DUIT SEPULUH RINGGIT SAHAJA KEPADAKU. PADA KETIKA ITU AKU BERASA MARAH, LANTAS BERKATA" KALAU SEPULUH RINGGIT, BAIK TAK PAYAH". LALU NENEK PUN BERKATA" JULIA NAK BERAPA RINGGIT ?". "AKU NAK DUA RATUS". AKU MENINGGIKAN SUARA KEPADA NENEK. "JULIA NAK BUAT APA DENGAN DUIT BANYAK TU?"."EEE... ORANG NAK GI TENGOK KONSERT KAT KL LAH". LALU NENEK PUN MENJAWAB,"OOO... KALAU MACAM TU HANG PI TENGOK KAT TV SAJALAH, TAK PAYAH NAK KELUAR DUIT, LAGI JIMAT".
MAKIN LAMA TELINGAKU MAKIN PANAS, DI HATI NI SEMAKIN MEMBUAK-BUAK PERASAAN MARAH. LALU AKU PUN TENGKING NENEK DENGAN BERKATA" ORANG TUA NI KAN, KALAU DENGAN ABANG TU BOLEH PULAK KAU KASI DUIT BANYAK-BANYAK. OOO.... MENTANG-MENTANGLAH ABANG TU CUCU LELAKI SULUNG, PATUTLAH DENGAN JULIA PUN NENEK NAK BERKIRA. NI NAK BAGI KE TAK NAK HAA..". "SABAR CU, TAK BAIK MARAH- MARAH". "HEI, KAU DIAMLAH BAK SINI DOMPET KAU TU". "JANGAN CU, JANGAN..... ITU DUIT BELANJA NENEK" SECARA TIBA-TIBA KEDENGARAN SUARA GARAU SINGGAH DI TELINGAKU DAN MEMANGGIL."JULIA, APA KAU BUAT TU HAH... BAGI BALIK DOMPET NENEK. HEI, ABANG TAK PERNAH AJAR KAU BERKASAR DENGAN NENEK TAU. APA DAH JADI DENGAN KAU NI DIK HAH...". "ARGHHHH... AKU MENJERIT LALU MENGHEMPASKAN KERUSI DAN TERUS KELUAR DARI RUMAH ITU BERSAMA-SAMA DUIT RM 200 DI TANGANKU.
CUACA MULAI MENDUNG, HARI SEMAKIN GELAP DAN AIR HUJAN MULAI MEMBASAHI BUMI. NENEK MULAI GELISAH APABILA AKU MASIH BELUM PULANG LAGI. " AMRAN, MANA ADIK KAMU NI RISAU NENEK DIBUATNYA. KAMU PERGILAH CARI DIA. DAH LEWAT MALAM DAH NI, TAK BAIK ORANG PEREMPUAN JALAN SEORANG DIRI, BAHAYA". "SABARLAH NEK, DIA TAK KE MANA TU. MESTI DIA BALIK RUMAH ARWAH MAK DAN AYAH SEBAB AMRAN TAHU DIA SEORANG JE YANG ADA KUNCI RUMAH TU, SABAR YE NEK". " EH DANIAL, KENAPA TAK TIDUR LAGI NI ESOKKAN NAK SEKOLAH". "DANIAL CUMA NAK CAKAP YANG TADI DANIAL NAMPAK AKAK NAIK MOTOR DENGAN ABANG RAZAK, AKAK TAK BALIK RUMAH MAK PUN". DENGAN KELAM-KABUTNYA ABANG MENGAMBIL LAMPU SULUH DAN TERUS KELUAR UNTUK MENCARIKU.
PADA MALAM ITU, AKU BERSAMA RAZAK MENUNGGU GENG KAMI YANG LAIN TAPI MEREKA TIDAK JUGA SAMPAI. "WEY, RAZAK MANA YANG LAIN NI DAH MALAM , DORANG JADI DATANG KE TAK ?". "OH LUPA AKU NAK CAKAP, DORANG TAK JADI DATANG". "HABISTU SIAPA NAK MEMANDU NI, KAU ADA LESEN KE ?". RAZAK MENJAWAB "ALAHH.. KITA TAK PAYAH PERGI MANA-MANA, KITA BUAT JE APA YANG KITA SUKA BUKAN ADA ORANG NAMPAK PUN". PADA MASA YANG SAMA, AKU TERINGAT AKAN PESANAN ABANG." ADIK, ABANG NAK INGATKAN ADIK TENTANG MARUAH DIRI. DENGAN APAKAH AKAN ADIK PENUHI PIALA REMAJA ADIK, ADAKAH CUKA KESANGSIAN DARI CINTA MURAH ATAU MADU AJARAN DARI ILMU SUSAH? REMAJA ADALAH MAHAL DIK, SESUNGGUHNYA TIADA TERBELI OLEH PERJANJIAN. ABANG NAK ADIK INGATKAN KATA-KATA INI SAMPAI BILA-BILA YE”. "EKELEHHH... SEDANGKAN LAKI DEKAT KUALA LUMPUR TU PUN AKU BOLEH KAWAL, TAKKAN SI RAZAK NI PUN AKU TAK BOLEH KAWAL. AKU TAHULAH NAK JAGA DIRI AKU SENDIRI, KAU SIBUK SANGAT NI PAHAL". TIBA-TIBA INGATANKU PUDAR, DAN RAZAK PULA MULA AMBIL KESEMPATAN KEATAS DIRIKU. PADA WAKTU ITU, AKU HANYA MAMPU MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DISENTUH OLEH RAZAK. "ISYYY..., APA NI RAZAK. JANGANLAH...... TOLONG......". AKU MENJERIT SEKUAT HATI. SECARA TIBA-TIBA ABANG DATANG DAN TERUS MEMBELASAH RAZAK. TANPA DISEDARI, SEWAKTU ABANG SEDANG MENGANGKATKU, RAZAK TELAH MENIKAM ABANG LALU BEREDAR DARI SITU. PADA WAKTU ITU AKU MENYESAL DAN TERUS MENGHUBUNGI AMBULANS. MUJURLAH AMBULANS CEPAT SAMPAI DAN MEMBAWA ABANG KE HOSPITAL SUNGAI BULOH UNTUK DIRAWAT. SEMAKIN BERAT KEJAHILAN TERPIKUL DI BAHU, SEMAKIN JAUH PERJALANAN MENGEJAR NUR-MU. ALHAMDULILLAH, SELANG BEBERAPA BULAN AKU SUDAH TIDAK LAGI SEPERTI DULU. KINI AKU TELAH BERAZAM UNTUK MENCARI RUANG KEINSAFAN. AKU CUBA MELEPASKAN BELENGGU KEDAIFAN HURAIKAN SEGALA KEKUSUTAN, TINGGI PEKERTI ANGGUN GERAK-GERI TERUNGGUL DALAM SEGALA SEGI.
PADA TANGGAL 24 APRIL 1991 SEBAIK SAHAJA KAMI TIBA DI RUMAH, NENEK SUDAH SEDIA MENUNGGU KAMI DI DEPAN PINTU. ABANG TERUS KE DAPUR MENOLONG NENEK MENGHIDANG MAKANAN. MANAKALA AKU DAN DANIAL PULA DUDUK DI RUANG TAMU SAMBIL MENONTON TELEVISYEN. DI LUAR, HUJAN MULAI TURUN DENGAN LEBAT. SEBAIK SAHAJA MAKANAN SIAP DIHIDANGKAN, AKU, ABANG DAN NENEK MAKAN TENGAH HARI DENGAN BERSELERA SEKALI KERANA ASAM PEDAS IKAN PARI YANG DIMASAK OLEH NENEK MEMANG SEDAP.“WAH! SEDAPNYA NENEK MASAK, KALAH ABANG PUNYA NASI GORENG”. “AMBOI! MENGATA ORANG NAMPAK”. “EH, SUDAHLAHTU DEKAT RUMAH NENEK PUN NAK BERCAKAR”.“MAAF NEK”. KAMI MENJAWAB DENGAN SERENTAK. SELEPAS MAKAN, KAMI DUDUK DI RUANG TAMU SAMBIL MENONTON TELEVISYEN. HUJAN DI LUAR SEMAKIN LEBAT DISERTAI ANGIN KENCANG SEOLAH-OLAH RIBUT MAHU MELANDA. AKU MULA BERASA TAKUT MANAKALA NENEK KELIHATAN AGAK CEMAS. TIBA-TIBA KAMI TERDENGAR BUNYI PETIR BERDENTUM “PANGGGG” SERENTAK DENGAN ITU BEKALAN ELEKTRIK DI RUMAH NENEK TERPUTUS.
NENEK BINGKAS BANGUN LALU MENYURUH ABANG MENGEMASKAN BARANG-BARANG. KETIKA ITU AIR SUDAH MULAI MEMENUHI HALAMAN RUMAH NENEK. “ABANG, HALAMAN RUMAH NENEK DAH DIPENUHI DENGAN AIR. APA KITA NAK BUAT SEKARANG”? ABANG TIDAK MENJAWAB PERSOALANKU. LALU ABANG DENGAN PANTAS MEMASUKKAN BARANG-BARANG PENTING DAN BAHAN MAKANAN KE DALAM BEG PLASTIK DAN MELETAKKANNYA DI TEMPAT YANG TINGGI. AKU PULA MENOLONG NENEK MENGANGKAT PAKAIAN, KUSYEN-KUSYEN DAN TILAM KE ATAS ALMARI.
TIBA-TIBA ABANG TERINGAT AKAN KERETA KANCIL PEMBERIAN ARWAH AYAH KEPADANYA YANG TERLETAK DI HALAMAN RUMAH. LALU ABANG DENGAN KELAM-KABUTNYA MENCARI KUNCI KERETA KERANA INGIN MENGALIHKAN KERETANYA KE TEMPAT YANG LEBIH TINGGI AGAR TIDAK DITELENGGAMI AIR. SEMASA ABANG HENDAK MENDAPATKAN KERETANYA, TANPA DIDUGA ANGIN BERTIUP KENCANG HINGGA MENYEBABKAN BUMBUNG ZINK RUMAH NENEK TERCABUT LALU DITERBANGKAN ANGIN. " ABANG", AKU MENJERIT KETAKUTAN APABILA MELIHAT SEKEPING DARIPADA ZINK TERSEBUT JATUH MENGENAI KEPALA ABANG. ABANG JATUH TERSUNGKUR LALU AKU DAN NENEK SEGERA MENDAPATKAN ABANG DAN MEMAPAHNYA MASUK KE RUMAH. " ABANG BANGUN, ABANG BANGUNLAH JANGANLAH MACAM INI ABANG....". AKU INGIN MENELEFON RAKAN, TAPI TALIAN DI RUMAH NENEK TERPUTUS. NENEK MENYURUHKU BERSABAR DAN PERGI MEMINTA BANTUAN DARIPADA JIRAN SEBELAH RUMAH NENEK. MUJURLAH ADA INSAN YANG SUDI MENOLONG AKU PADA MASA ITU, PAK MAT, JIRAN NENEK SANGGUP MENOLONGKU DENGAN MENELEFON AMBULANS. AKU DAN NENEK MENAIKI AMBULANS KE HOSPITAL SUNGAI BULOH. SEPANJANG PERJALANAN, AKU SERING MENGATAKAN KEPADA ABANGKU " ABANG TOLONGLAH CEPAT SEMBUH. JANGANLAH TINGGALKAN ADIK SEORANG, KALAU ABANG PERGI ADIK PUN NAK IKUT". NENEK MENGGELENGKAN KEPALA DAN BERKATA "ADIK, TAK ELOK CAKAP MACAM ITU. BANYAKKANLAH DOA SUPAYA ABANG CEPAT SEMBUH”. AKU MENGUSAP KEPALA ABANG LALU MENGUCUPNYA. AIR MATAKU JATUH MENITIS KE PIPI ABANG. PADA MASA ITU, ABANG LANGSUNG TIDAK MENYEDARKAN DIRI. ADIKKU DANIAL, TIDAK SUDAH-SUDAH MENGGONCANG ABANGNYA DENGAN BERKATA" ABANG BANGUNLAH JANGAN TIDUR, ABANG CAKAP ABANG NAK MAIN TEMBAK-TEMBAK DENGAN ADIK. BANGUNLAH BANGGGG....".
APABILA SAMPAI DI HOSPITAL, ABANG DIBAWA KE BILIK PEMBEDAHAN. AKU DAN NENEK TIDAK DIBENARKAN MASUK. JURURAWAT YANG BERTUGAS DI SITU MENYURUH KAMI TUNGGU SEBENTAR DI BILIK REHAT. “ADIK, BANYAKKANLAH BERSABAR YA. NENEK TAHU ADIK SAYANG SANGAT DEKAT ABANG, TAPI KALAU DAH AJAL ABANG, KITA KENA REDHA ADIK KITA TAK BOLEHLAH NAK BERENDAM AIR MATA SAHAJA, BANYAKKANLAH BERDOA YA”. “ MANA BOLEH, ABANG TAK BOLEH MATI. NEK, ABANG TAK BOLEH MATI.... ABANG TAK BOLEH MATI.....” AKU MENJERIT SEKUAT HATI DISERTAI DENGAN AIR MATA YANG BERLINANGAN MENITIS KE LANTAI TANPA HENTI.
SETELAH 2 JAM MENUNGGU PEMBEDAHAN SELESAI, AKHIRNYA DOKTOR ZAKUAN PUN KELUAR. DARI RAUT WAJAHNYA, JELAS ADA PERKHABARAN YANG BURUK AKAN SINGGAH DI TELINGAKU. NAMUN, AKU HANYA MENUNGGU DOKTOR ITU BERSUARA. DOKTOR MASIH MENDIAMKAN DIRI DAN AKHIRNYA BERSUARA. JELAS TERNYATA PERKHABARAN YANG DISAMPAIKAN AMAT MENDUKACITAKAN. ABANG DIKATAKAN PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA KERANA BELIAU KEHILANGAN BANYAK DARAH. TIDAK DAPATKU BAYANGKAN PADA KETIKA ITU, LUTUT LEMAH BAGAIKAN JELI LAGAKNYA. MUJURLAH NENEK MEMAPAHKU DAN MEMBAWAKU KE KERUSI. “NEK, ABANG DAH TAK ADA NEK... ABANG DAH TAK ADA....”. “SABARLAH NAK" .PADA MASA ITU, AKU TIDAK DAPAT MENGAWAL KESAKITAN DAN KEPERITAN MENGHADAPI SEGALANYA. KEHILANGAN TERASA KINI DAN KESEPIAN. AKU BAGAI PURNAMA GERHANA DIIBARAT LAUTAN KERING TIADA TEMPAT KULAYARKAN HASRATKU INI MASIH BELUM SEMPAT UNTUKKU BUKTIKANNYA PADAMU ABANG TERSAYANG KUCURAHKAN RASA HATI. SETIAP HARI AKU MERATAP POTRET ABANG BERULANG KALI, AKU RENUNGKAN SEGALA KALIMAH YANG DIBERI.
KINI AKU TINGGAL SENDIRIAN SEHINGGALAH UMURKU MENCAPAI 26 TAHUN. KEMUDIAN AKU BERKAHWIN DENGAN SEORANG PEGAWAI BANK, DAN KINI AKU SUDAHPUN MEMPUNYAI 2 ORANG ANAK. SATU HARI SAHAJA ABANG MENINGGALKANKU BAGAI SETAHUN LAMANYA AKU TUNGGU PENGGANTINYA. WALAUPUN PERISTIWA INI TELAH BERLAKU BEBERAPA TAHUN YANG LALU, NAMUN AKU MASIH TIDAK DAPAT MELUPAKAN PERISTIWA ITU TERUTAMANYA PADA MUSIM HUJAN. SEHINGGA KINI KEHILANGANNYA MASIH BELUM DAPAT MENGISI RUANG KOSONG DALAM HATIKU INI. TIDAK PERNAH AKU TERMIMPI WALAUPUN SEKETIKA BERADA DI TEMPAT ABANG DAN MEMIKUL SEGALA BEBANAN DALAM MENJAGAKU DAN ADIKKU. KINI AKU HAMPA DENGAN SEGALANYA, AKU HANYA BOLEH BERHARAP AGAR ROH ABANG SENTIASA DICUCURI RAHMAT OLEHNYA.
ku selalu inginkannya
Posted by Smat Goal Ent
2:13 AM, under Cerpen cinta | 1 comment
lokasi : Pulau Pinang
KU SELALU INGINKANNYA hari demi hari aku menanti cinta dari seorang insan bergelar lelaki..
hidup yang sebelum ini sepi tiada arah kini bersinar bak mutiara di atas mahkota seorang puteri..
hadirnya dia bukan dipinta, bermaknanya dia tanpa ku sedar ..
cinta tanpa dipaksa..terbitnya sayang tanpa ku duga,aku bagaikan mati hidup semula bila hadirnya dia memberiku segalanya..
tiada kata secantik bahasa..tiada upaya menahan rasa gelisah tatkala bersua..
cintanya indah hinggakan aku terbuai di dalam ayunan cintanya..
walaupun permasalahan berlaku kau teguh bertahan ibarat nahkoda ditengah lautan..
ibarat kemudinya mengemudi cintanya untuk ku..
hari berganti hari masa kini berlalu pergi..kau harus meninggalkan ku pergi demi impianmu disana nanti..
aku kini kian sepi tanpa wajahmu di tatapan mata ini..
tanpa gelak tawamu yang dapatku dengar di telinga ini..
ibarat tin kosong berhayun tanpa arah ke sana dan ke mari mencari seseorang untuk memberhentikan ayunannya..
begitulah diri ini bila perginya jauh dari sisi tiada arah untuk di tujui hanya penungguanku yang setia menanti dirinya sehingga kembali..
airmata berlinang melihat susuk tubuhnya jauh melangkah pergi meninggalkan aku sendiri namun di sudut hati ini tetap tidak akan berhenti menyintai dan menyayanginya kerana ku tahu dia adalah untukku..
jauh ke mana sekalipun aku sentiasa menunngu kerana hanya dia yang satu di hati kini dan selamanya..
aku selalu inginkannya..