Cinta yang lahir dari pandang pertama
adalah cinta suci, manakala perasaan
cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan
adalah cinta sejati. Namun sukar untuk
membezakan yg mana lebih abadi,
disaat kita amat memerlukannya.
Kadangkala kita menyedari betapa
dalamnya kita menyintai seseorang,
disaat kita sedang kehilangannya.
Dan kadangkala kita juga menyedari
betapa perlunya cinta seseorg terhadap
kita,
Persahabatan biasanya berakhir dengan
percintaan tetapi percintaan tidak
pernah berakhir dengan persahabatan.
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari
dua perasaan, kehadirannya tidak diundang,
perginya tiada yang merelakan kerana
ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
Cinta yang datang umpama pelangi
ceria dengan 7 warna memukau saat
bayu berlagu riang, tika itulah
cintanya hadir. Apabila mata terlihat
seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi
iman terselit di dada.
Cinta yang di semadikan tidak mungkin
layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi
ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah
bertukar haluan selagi esok masih ada.
Gerak geri memberi pengertian kepada
perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
tiba-tiba perasaan malu itu menjadi
hilang dengan sendirinya dan terpaksa
menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa
anda telah jatuh cinta.
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh
cinta tapi bila perasaan menjadi rindu
padanya,
Cinta seumpama kota kristal indah
di penglihatan derita di perasaan.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah
sebuah cinta? Andai kata derita itu
harga sebuah cinta, mengapa cinta itu
semakin sukar dimiliki?
jom santai ...kita cakap pasal
Perkara Tentang Cinta
cinta suci atau cinta sejati::..
Posted by Smat Goal Ent
5:00 AM, under Tip cinta | No comments
0 comments:
Post a Comment