Kau hadir entah dari mana
Tiba-tiba menyapaku
Menghulur salam perkenalan
Ku sambut dengan hati terbuka
Hari demi hari
Hubungan kita makin mekar
Semekar bunga di taman syahdu
Seceria mentari menyinari alam semesta
Kau meluahkan hasrat hatimu
Tapi aku masih keliru untuk menerimanya
Kerana aku masih dalam bayangan seseorang
Namun kau tak pernah mengalah
Kau tetap menemaniku
Kau tetap menyapaku
Kau tetap menyeri hidupku dengan bunga sms
Dengan gelak tawa & usikan manja
Kerana sikapmu aku terpaut
Kerana keikhlasanmu aku terpikat
Kerana dirimu aku tertawan
Kerana kesungguhanmu aku tergoda
Sejauhmana perjalanan hubungan kita
Biar takdir saja menentukan segalanya
Andai sudah tersurat dirimu milikku
Aku menerimamu seadanya
Kau bulan yg bercahaya dalam hidup ku
Posted by Smat Goal Ent
11:20 AM, under Puisi dan madah cinta | 2 comments
2 comments:
sgt menyentuh perasaan...mmmm....layan feeling jap...
kau bulan dalam hidupku,,,kau yg memberi cahaya selama hidup dengan mu,,,kini kau pergi dalam hidup ku,,,kini hidupku gelap gak tau ku nak berjalan,,ku ingin kau kembali agar hidup ku trarah lagi ,,kau lah bulan yg menyinari kebahagiaan,,tanpa mu hidupku takkan pernah bahagia,,,berikanlah terang sinar mu sayg agar diriku jadi mengerti hingga takkan pernah ku sesali apa yg akan terjadi...
Post a Comment