Engkau kah pilihan hati ku

Posted by Smat Goal Ent 10:53 AM, under | No comments


Dulu aku kecewa
Bila cinta pertamaku pergi
Pergi jauh tanpa menoleh lagi
Meninggalkan kenangan indah & duka


Kini cinta kedua muncul
Menyapa lembut hatiku
Cuba memiliki cintaku
Namun payahku menerimanya


Tapi kegigihannya
Kejujuran & keikhlasan hatinya
Serba sedikit mencuri hatiku
Aku mula menyayanginya


Adakah dia pilihan hatiku
Aku masih mencari dia dihatiku
Mencari benih cinta yang tersembunyi
Sayang ada, cinta aku tak pasti


Aku masih perlukan ruang
Perlu masa untuk kepastian
Moga Tuhan memberi panduan
Dengan arah pilihan ku

0 comments:

Post a Comment