“Mak Jah dah jumpa calon yang
sesuai?”
“ Alhamdulillah, sudah. Nanti Mak
Jah berikan gambar dia dekat Han ye”
Ahmad
Farhan Syah hanya mengangguk faham. Mukanya sentiasa serius. Biar berlembut
atau bertegas, tak dapat beza riak wajahnya. Yang membezakan hanyalah ton
suara. Mak Jah hanya mampu tersenyum sendiri melihat anak asuhannya itu. Sejak
Babanya pergi menghadap Ilahi, kehidupan Farhan makin kacau bilau dengan
tingkah laku si ibu tirinya yang gila harta itu. Tak pasal-pasal, Mak Jah
terjebak sama dengan kekusutan Farhan.
Seminggu
lalu, Farhan meminta bantuan Mak Jah supaya mecari seorang calon isteri yang
paling sesuai untuk dia. Pilihan Mak Jah mesti yang terbaik, itu kata Farhan,
dia tak tahu pening Mak Jah hendak mencari anak gadis yang paling sesuai dengan
anak muda bernama Ahmad Farhan Syah. Peguam muda, yang sentiasa sibuk. Sibuk
dengan kes, sibuk dengan hal perniagaan Babanya, sibuk dengan ibu tiri yang
asyik mencari jodoh buat dia. Lagi satu, Farhan seorang pemuda yang panas baran
dan tak pernah senyum. Entah apa salah asuhan Mak Jah.
“ Sumayyah ni cikgu tadika dekat
kampung Mak Jah. Bukan sembarangan, ada ijazah. Berkaitan dengan budak-budak la
jugak, Mak Jah tak tahu namanya.” Ujar Mak Jah panjang lebar, sambil menemani
Farhan menikmati minum petang di taman. Gambar yang diberi Mak Jah, diteleknya.
“ Dia setuju nak kahwin dengan
saya?” Gambar Sumayyah masih diteleknya. Tak cantik mana, tak bergaya macam
model yang ibu kenalkan minggu lalu, tapi manis dengan tudungnya yang agak
labuh itu.
“ Mak Jah dah risik, empunya
badan serah semua dekat keluarga. Dia muda lagi, baru 22. Mak Ayah dia cuma
suruh Han datang meminang, ikut adat.” Farhan mengangguk. Entah kenapa matanya
tidak mahu lari dari melihat wajah mulus gadis bernama Sumayyah itu.
“ Nanti Han cakap dengan Ibu dan
Tok Usu, Mak Jah tolong urus apa patut ye. Cincin nanti Han uruskan.”
Farhan terus menelek gambar itu.
Sumayyah, moga indah seperti dikhabar. Moga manis seperti digambar. Moga luhur
budinya bagai namanya.
++++++
“I thought you
will choose someone that better than I have chosen for you. But, I was wrong.
Why is she?”
“I’ve
married Ibu, tak payah nak kecoh lagi dah.”
Datin Mazla menjeling menantunya
yang duduk tertunduk dihujung sofa. Sumayyah betul-betul keliru dengan apa yang
berlaku didepannya itu.
“
Bini kamu tu bisu ke? Dari semalam sampai Ibu tak dengar suara pun?” Farhan
memandang Sumayyah yang masih tunduk memandang lantai.
“
Lebih baik diam dari bersuara Bu, Han nak balik rumah Han.” Farhan terus
menerus menyindir Datin Mazla. Sejak dari hari meminang, Datin Mazla tak
berhenti dari menyatakan kekurang isterinya, Sumayyah. Selekeh, ketinggalan
zaman, orang kampung, macam-macam lagi. Farhan tak peduli, yang dia tahu
Sumayyah tak gilakan harta dia macam calon-calon yang ibu kenalkan.
“
Balik lah, tak lalu Ibu nak tengok muka budak kampung ni, tak habis-habis pakai
baju kurung!” Farhan menyalami tangan Datin Mazla dan berlalu. Sumayyah
terkocoh-kocoh bangun untuk mengikuti suaminya. Dihulurkan tangan untuk
bersalam, namun tak disambut Datin Mazla. Sumayyah teringat kata-kata Datin
Mazla sewaktu malam pernikahan mereka.
“ Geli aku nak duduk lama-lama dekat rumah
kayu ni, dah la panas, berhabuk pula tu.”
Kata-kata yang membuatkan
keluarganya makan hati. Mak Jah sudah awal-awal lagi berpesan kepada dia dan
keluarga mengenai sikap Datin Mazla. Bila dengar cerita tak berapa sakit hati,
bila kena batang hidung sendiri, pedihnya sampai ulu hati!
++++++
“ Kenapa Ibu tak suka dengan
Maya?” Soal Sumayyah sewaktu dia dan Farhan dalam perjalanan pulang ke rumah
Farhan. Sumayyah memandang wajah suami yang menikahinya semalam. Wajah lelaki
yang serius dan tiada riak mahu memberikan jawapan. Sumayyah masih belum faham
dengan sikap Farhan, suaminya. Sejak dinikahi semalam, suara Farhan hanya
didengarinya sewaktu akad nikah, dan sebentar tadi. Waktu mereka berdua, Farhan
hanya senyap tidak bersuara.
“ Maya minta maaf..” Ujarnya bila
Farhan tidak memberi respon kepada soalannya. Pandangan dilemparkan ke depan,
namun fikiran masih kepada suaminya, Farhan. “Apa salah aku?” detik hati kecil
Sumayyah.
++++++
Beg
pakaiannya dikeluarkan dari perut kereta. Farhan sudah awal lagi masuk ke dalam
rumah. Sumayyah tak terikut rentak sikap Farhan. Apa yang salah langsung dia
tak mengerti. Namun, kedatangannya disambut ceria oleh Mak Jah dan suami, Pak
Teh Lan. Pak Teh Lan merupakan bapa saudara kepada sepupu Ayah Sumayyah.
“
Sabar ye Maya, Han memang macam tu..” Ujar Mak Jah ketika membantu Sumayyah
mengemaskan pakaiannya, Farhan sudah awal lagi pergi ke pejabat. Baru masuk
hari kedua bergelar pengantin, Farhan sudah masuk ke pejabat. Jika difikirkan
memang tidak logik dan seakan Farhan cuba menjauhi Sumayyah tapi itulah
hakikatnya. Mak Jah sendiri terkejut dengan tingkah Farhan, entah apa yang difikirkannya.
“
Maya belum kenal abang Han Mak Jah, insyaAllah, Maya akan cuba faham dengan
sikap dia.” Jawab Sumayyah jujur, segarit senyuman dihadiahkan, namun siapa
tahu, hatinya sedang rancak memikirkan kenapa dan mengapa Farhan bersikap
sedemikian.
“
Tahu kenapa Mak Jah pilih Maya untuk Farhan?” Soal Mak Jah dengan senyuman
membunga. Sumayyah hanya menggeleng dengan riak hairan.
“
Sebab Mak Jah kenal Maya dari kecil lagi. Maya seorang gadis yang sangat
penyabar. Dalam keluarga Maya, Maya paling diam dan paling sabar. Dari Maya
kecik, Maya yang sentiasa mengalah dengan adik beradik Maya, buatlah apa pun
Maya hanya diam dan sabar.” Maya tersenyum manis. Hanya mengangguk. Mak Jah
juga. Maya sedar, ada rintangan dan dugaan besar dalam perkahwinannya ini.
+++++++
“
Abang taknak breakfast?” Soal Maya setelah melihat kelibat suaminya melintas
ruang makan. Farhan berpaling, dipandang meja makan dan Maya berselang seli.
“
We have been married for two month. Did you ever see me having my breakfast?”
Farhan tidak menjawab tapi kembali menyoal Maya dengan soalan sinis. Maya hanya
mengangguk dan tertunduk lemah. Ya, Farhan tidak pernah ambil sarapan, dan
tidak pernah menjamah air tangan Maya. Farhan alien ke? Pernah beberapa kali
soalan itu terpancul diruang minda Maya, dengar lucu tapi... entah!
“
Abang tak pernah makan kat rumah pun..” Maya ‘ter’merungut! Ditekup mulutnya
perlahan. Maya sedar dia terlepas cakap.
“
So? I have told you right? Do I have to repeat it again?!” Nada suaranya makin
keras kedengaran. Maya sudah gelabah.
“
Maya mintak maaf.. Maya takkan buat lagi..” Setelah mendengar jawapan Maya,
Farhan pantas melangkah keluar kereta. Maya hanya memandang sepi. Tiada salam,
tiada kucupan pagi. Perkahwinan ini sekadar menjauhkan paksaan Ibu dengan calon-calon
menantunya sahaja. Maya tertunduk lemah di meja makan. Mana mungkin dia lupa
kata-kata suaminya itu waktu pertama kali dia memasak dirumah itu.
“
I never ate at my house. Then awak tak payah masak.”
Maya mendengus lemah. Entah apa
yang perlu dilakukan dirumah itu. Masak tak payah, kemas? Mak Jah melarang. Ya
Allah, aku tidak dilahirkan untuk hanya bergoyang kaki. Jerit hati kecil Maya.
Dicapai telefon bimbitnya dan buku nota, langkah diatur ke ruang taman belakang
rumah. Tak disangkal, rumah Farhan memang besar dan punya ruang laman yang
sangat luas. Tapi isinya kosong!
Punggung dilabuh atas gazebo.
Telinga disumbat dengan earphone, muzik yang perlahan dipasang sebagai halwa
telinga. Buku nota dibuka, dan pena diambil. Jarinya teringin menulis sesuatu
hari ini, mungkin kisah hatinya. Mungkin persoalan kepada sikap suaminya.
Itulah hobi Maya, pantang ada masa terluang, pasti berkepit dengan pen dan
kertas. Pernah juga di ‘sound’ adiknya sendiri, Maya seolah-olah ketinggalan
zaman, orang sekarang berkepit dengan notebook bukan lagi kertas dan pen. Maya
hanya tersenyum. Bukan tiada, cuma keselesaan itu berbeda.
“
Kau pekak ke!” tarikan earphone daripada telinga secara tiba-tiba dan jerkahan
itu membuatkan Maya terloncat dari duduknya. Dadanya ditepuk perlahan.
Fuh..semangat!
“
Aku cakap dengan kau, kau boleh dek!” Maya memandang wajah gadis dihadapannya,
diteleknya ralit. Tidak dikenalinya, tapi wajah yang tebal dengan bedak itu
jika tidak bersolek pasti lebih cantik.
“
Hoi! Aku datang tak suruh kau telek muka aku la, aku tau la aku cantik dari
kau!” Layla menempik penuh geram. Maya tersedar dari lamunan. Huih! Pukau
sungguh wajah dia yang mengerikan nih! Bisik hati kecil Maya hingga terukir
senyuman dibibir Maya tanpa dia sedari. Jari runcing Layla menunjal kepala Maya
membuatkan Maya tersentak dan terus berdiri. Pantang!
“
Cik datang cari siapa?” soal Maya tegas. Layla menjeling.
“
Cari kau la perempuan kampung! Bodoh!”
“
Watch your words!”
“Do
I care? Kau memang perempuan kampung, perampas!” Maya mendengus geram.
Perempuan dihadapannya terlalu lancang berkata-kata.
“
Perampas? Bila pulak saya merampas hak awak?”
“
Farhan tu sepatutnya jadi milik aku, bukan kau!” Maya tersenyum menyindir.
“
Dah termaktub, Abang Farhan suami saya, dan tiada isu rampas kat sini.” Ujar
Maya tegas. Layla geram. Maya seolah-olah mencabarnya.
“
Tak guna..” Tamparan hebat Layla hinggap diwajah Maya. Maya terkesima. Seumur
hidupnya, itulah pertama kali dia ditampar. Ayah atau abangnya tidak pernah
berbuat demikian. Maya anak yang patuh dan taat. Terasa bibirnya perit sekali.
“
Layla, what are you doing here?” suara Farhan menjengah ke ruang telinga.
Kedua-dua mereka kalih pandangan ke arah Farhan yang berada ditepi rumah. Maya
menekup pipinya yang masih perit. Layla melangkah penuh liuk lentuk ke arah
Farhan. Malas untuk melihat drama yang seterusnya, Maya terus masuk ke rumah
melalui pintu belakang.
Bibir
yang berdarah dicuci perlahan. Ditelek wajahnya dicermin. Pipinya kelihatan
bengkak dan bercalar. Peritnya masih terasa. Apa salah aku? Soal hati Maya. Keluh dilepas perlahan. Maya
melangkah keluar dari bilik air. Dari jendela masih terlihat adegan lakonan
penuh gedik Layla dan Farhan. Farhan seperti gaya biasanya, tangan dimasukkan
ke dalam poket seluar, tegak berdiri. Layla dengan tiada segan silu memeluk
erat pinggang Farhan.
“
Allah, kuatkan hatiku..” bisik Maya perlahan. Hatinya terguris melihat adegan
itu, biarpun Farhan kelihatan tidak membalas sebarang reaksi. Maya terluka, dia
sendiri tidak pernah merasa mesra hangatnya pelukan suami, kenapa Layla yang
mampu merasainya? Dengannya, Farhan cuma lebih kepada tanggungjawab, hanya
seperti melunas tanggungjawabnya sebagai suami. Maya mengeluh sendiri.
+++++++
Kepala
Maya seolah-olah dihempat batu besar. Terasa berat untuk diangkat. Terasa perit
untuk terus berdiri. Usai solat maghrib, Maya terus baring di atas katil.
Mungkin setelah berehat kepalanya akan kembali sihat.
“
Han.. Maya tak turun makan lagi?” Soal Mak Jah, melihatkan Farhan sedang ralit
membuat kerja diruang tv.
“
Masa Han masuk bilik, dia tidur, and masa keluar pun Han tengok dia tidur
lagi.” Jawab Farhan dengan matanya fokus kepada kerja-kerjanya.
“
Dia tak makan lagi tu, tengah hari tadi pun tak makan, isteri kamu tu ada
gastrik.” Ujar Mak Jah penuh risau.
“
Biarlah dia tidur, karang dia bangun, dia makan la Mak Jah.” Jawab Farhan acuh
tak acuh.
“
Pergi kejut dia Han..” Tutur Mak Jah lembut. Farhan memandang Mak Jah yang
masih tetap ditempatnya. Mak Jah bagai ibu kandung Farhan, suruhan Mak Jah tidak
pernah dibiarkan.
“
Okey Mak Jah, Han pergi jemput menantu kesayangan Mak Jah.” Mak Jah hanya
ketawa kecil mendengar tutur kata Farhan.
+++++++
Pintu
bilik dikuak perlahan. Maya masih tidur, itu yang dilihat dari kaca mata
Farhan. Nak tak nak, Farhan terpaksa mengejutkan Maya. Nanti bising pula Mak
Jah. Maya kelihatan letih, pucat. Farhan duduk disebelah Maya yang sedang asyik
terlena. Deru nafasnya kedengaran tidak teratur. Perlahan-lahan Farhan
menyentuh jari jemari Maya. Sejuk beku? Pantas Farhan meletakkan belakang
tangan di dahi Maya. Allah! Panasnya.
“
Nanti Mak Jah bawak naik tuala dan air suam ye. Han pergi call doktor.” Ujar
Farhan sebaik turun ke dapur. Resah, bagaimana Maya boleh tiba-tiba demam.
Petang tadi, dia melihat Maya baik-baik sahaja. Mak Jah juga terkejut, dengan
pantas Mak Jah menurut pesanan Farhan sebentar tadi.
+++++++
“
Ni kainnya Han..” Mak Jah menghulurkan kain tuala kecil dan semangkuk air suam
kepada Farhan yang sudah pun berada di dalam bilik.
“
Mak Jah tuamkanlah..” Farhan menolak.
“
Kamu suami dia, jadi ini tanggungjawab kamu juga Han..” Farhan mengeluh kecil
mendengar kata-kata Mak Jah. Dia tahu, cuma tidak biasa. Farhan kembali melabuh
punggung disisi Maya yang masih lena. Dibetulkan baringan Maya. Rambut Maya yang
menutupi wajahnya, dia kalih perlahan dan betulkan.
“
Kenapa dengan muka Maya Mak Jah?” Soal Farhan sebaik terlihat kesan calar dan
lebam dipipi Maya. Mak Jah cuba menelek.
“
Ish.. tak tahu pulak kenapa, macam kena tampar aje ni..” Farhan mendengus keras.
Layla!
“
Mak Jah ada perasaan atau dengar apa perbualan Layla dengan Maya petang tadi?”
“
Takde la pulak, Layla cuma tanya dekat Mak Jah, Maya mana, tu aje.” Jawab Mak
Jah jujur.
“
Ni mesti kerja Layla ni. Tak habis-habis nak kacau hidup Han.” Rungut Farhan,
sedikit keras.
“
Nanti Mak Jah bawakkan ubat ye.” Mak Jah tidak tahu mahu kata apa apabila Layla
menjadi persoalan. Dari Farhan belasan tahun lagi, Layla sudah
tergila-gilakannya. Biar sejuta kali Farhan menolak, lebih sepuluh juta kali
Layla akan terus menggoda.
“
Kejap lagi Doktor Anis akan sampai, Mak Jah suruh dia ke atas terus ye.” Mak
Jah mengangguk faham dan berlalu keluar. Farhan menelek perlahan wajah mulus
isterinya. Luka dibibir Maya disentuh perlahan dengan jari.
“
Maaf, bukan aku sengaja, hati ini serik pada yang bernama wanita.” Bisik hati
kecil Farhan. Ketukan dipintu mengejutkan dia dari lamunan. Doktor Anis dan Mak
Jah. Farhan beralih tempat, dan memberikan ruang kepada doktor Anis untuk
memeriksa Maya yang masih terlena.
Setelah
beberapa minit berlalu, Doktor Anis siap memeriksa dan mengemas
barang-barangnya. Dikeluarkan satu buku dari beg bimbitnya dan menulis sesuatu.
Kertas itu diserahkan kepada Farhan dengan senyuman.
“
You should take care of her from now. Tahniah Farhan, kurang 9 bulan dari
sekarang awak akan jadi Papa.” Ujar Doktor Anis, Farhan terkedu dan ternganga.
Farhan tidak tahu mahu berkata atau memberikan reaksi yang bagaimana. Dilihat
Mak Jah tidak putus-putus mengucap syukur. Doktor Anis pula tersenyum sedari
tadi. Kertas digenggam dibelek bagai tembus hingga ke lantai. Ah! Aku belum
sedia dengan semua ni! Jerit batin Farhan sendiri.
++++++++
Tubuhnya
dihenyak ke atas sofa. Kerja-kerja yang tertangguh sebentar tadi hanya
dipandang tidak berperasaan. Jiwanya celaru! Masih terngiang-ngiang ucapan
tahniah Doktor Anis sebentar tadi dan ucapan syukur Mak Jah yang tidak
putus-putus. Mukanya diraup beberapa kali.
“
Aku yang nak kahwin dengan dia. Aku yang buat dia macam tu. Ah! Apa aku dah
buat ni??!” persoalan-persoalan yang timbul dalam kotak fikiran Farhan tika
ini. Celaru, sangat celaru! Farhan merengus perlahan. Badannya disandarkan ke
sofa. Kepalanya diletakkan mengadap syiling. Wajah Maya kelihatan, manis
tersenyum. Maya tiada salah, tapi dia.
“
Kandungan masih kecil, 3 weeks, masih lemah, jadi awak kena pastikan Maya tak
buat kerja berat, tak boleh stress, kalau boleh kena happy-happy la. Makan dia
kena jaga. Ingat tau Farhan, awak dah nak jadi Papa ni” pesanan Doktor Anis
masih lagi kedengaran. Anis kawan sejak zaman persekolahan lagi. Waktu Baba
sakit, Doktor Anis juga yang merawat, sejak dari itu, Doktor Anis secara
rasminya menjadi doktor keluarga Farhan. Pernah Baba merisik, tetapi hati si
doktor muda itu sudah terisi. Farhan sedikit kecewa, kerana Doktor Anis pernah
menjadi kekasihnya waktu mereka di tingkatan 3.
Fikiran Farhan
masih lagi merewang ke semua benda yang membuat dia celaru. Bagaimana dia mahu
menghadap Maya? Dan apa reaksi terbaik yang mampu dia berikan bila perut Maya
sudah kelihatan dan apa perlu dilakukan bila Maya sudah melahirkan anaknya?
Semua itu membuatkan Farhan makin celaru. Dia belum bersedia, banyak rahsia dia
simpan. Banyak perkara perlu dia selesaikan. Maya? Maya bagaikan satu kesilapan
yang besar Farhan lakukan. Semata-mata penat dengan permainan Datin Mazla, Maya
menjadi pertaruhan. Farhan terus berfikir jalan terbaik yang perlu dilakukan.
Tok Usu, nama itu menjengah ke ruang fikiran. Tok Usu jalan penyelesaian!
+++++++
“Untuk
beberapa bulan ni, awak pergi tinggal dengan Tok Usu. Saya tak pandai jaga
orang mengandung.” Arahan dari Farhan yang membuat Maya sedikit terguris dan
sedih. Maya hanya mahu berada di sisi Farhan. Rasa ingin mendampingi Farhan
lebih kuat kebelakangan ini. Berita kehamilannya membuatkan dia memahami mengapa
perasaannya kepada Farhan tersangat kuat kebelakangan ini.
“
Saya boleh jaga diri, biar saya duduk rumah ni je ye.” Tutur Maya perlahan dan
cuba di atur rapi supaya tidak menimbulkan kemarahan Farhan.
“
Rumah Tok Usu lagi selesa, tenang, sesuai untuk orang mengandung muda macam
awak.” Bila Farhan sudah bagi satu arahan jangan harap kita boleh ubah
arahannya. Siapa yang mampu melawan kata-kata seorang peguam merangkap CEO
muda?
“
Awak akan datang jenguk saya dekat sana nanti?” Maya soal lagi. Farhan yang
sedang membetulkan tali leher memandang Maya yang sedang duduk dibirai katil
melalui cermin solek. Pandangan yang tajam membuatkan Maya tunduk mengukur
lantai.
“
Kalau ada masa..” Jawapan yang mengundang air mata Maya. Hatinya pasti, dia
akan merindui Farhan untuk 8 bulan ini. Kenapa payah untuk Farhan mengerti perasaan
dia? Apa yang harus dilakukan?
+++++++
“
Sabar. Menjadi seorang isteri, kesabaran kita sering teruji. Jadi kuncinya,
tetapkan iman, tetapkan hati untuk terus bersabar. Ingat cu.. Allah selalu
bersama dengan orang-orang yang bersabar.” Kata-kata Tok Usu menjengah ke ruang
telinga Maya usai solat maghrib. Telekung yang masih menutupi kepalanya dibuka
perlahan. Perut yang masih tiada bentuk itu diusap perlahan.
“
Ibu sayang dengan Papa, Ibu janji dengan baby, untuk terus bersabar.
InsyaAllah, Papa akan datang ambil Ibu dan baby dalam masa terdekat nih.” Maya
bersuara perlahan seolah-olah berbual dengan bayi di dalam rahimnya. Pada Allah
Maya berserah segalanya.
Laungan
suara Tok Usu dari dapur, menyedarkan Maya dari lamunannya. Segera telekung dan
sejadah dilipat dan diletak kemas di atas katil. Rambutnya yang kian panjang,
disisir rapi dan dikepit sekemasnya. Langkah diatur perlahan ke dapur. Tok Usu
sudah sedia dengan juadah makan malam. Siap dengan jus lobak merah yang Maya
idam-idamkan petang tadi. Tok Usu sangat baik!
“
Esok Maya balik rumah ye.” Tok Usu bersuara sedang kami asyik menikmati juadah
makan malam. Maya terkejut dengan berita yang dinanti-nantikannya. Takkan
secepat ini Farhan berubah? Detik hati Maya.
“
Abang Farhan nak ambil Maya balik ye Tok Usu?” Soal Maya, gembira bercampur
bahagia. Maya tersenyum-senyum sendiri.
“
Tak. Maya balik sendiri, Tok Usu dah siapkan kereta dengan Haji talib petang
tadi.” Senyuman Maya mati.
“
Kenapa Tok Usu? Abang Farhan tahu?” Maya bersoal, gusar.
“
Tak. Tok Usu nak Maya balik, tempat Maya bukan dekat sini, tapi di sisi suami.
Suami mahu atau tidak, Maya tetap tanggungjawab dia.” Tok Usu bersuara sedikit
tegas. Maya hanya terdiam, jemarinya menguis perlahan nasi yang masih banyak di
dalam pinggannya.
“
Jangan takut, Tok Usu ada rancangan buat Maya. Maya nak Farhan sayangkan Maya
kan?” Tok Usu seakan mengerti perasaan Maya yang berbelah bagi tika itu.
“
Memang la nak Tok Usu, nak dia sayang Maya, cintakan Maya dan terima anak Maya
dengan dia... tapi Maya takut dengan dia, mesti dia terkejut tengok Maya kat
rumah nanti.” Rintih Maya perlahan sambil tangannya mengusap perlahan perutnya.
Hatinya seakan boleh membaca masa depan, reaksi dan tingkah Farhan sudah dia
rasakan pabila dia tiba di rumah kelak.
“
Maya balik, nanti Tok Usu bagitau apa yang Maya perlu buat. Jangan risau. Janji
Allah itu pasti, kalau benar Farhan jodoh Maya, dia tetap milik Maya buat
selamanya. InsyaAllah.” Maya hanya menganggukkan sedikit kepalanya, biarpun
bersetuju namun hatinya tetap resah menanti reaksi Farhan ketika melihat dia.
+++++++
Langkah kakinya diatur keluar dari perut
kereta Haji Talib. Sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam itu,
Maya hanya mendiamkan diri. Bukan mahu berlaku tidak sopan begitu, tetapi
hatinya berkocak kuat, takut! Apa yang Farhan akan lakukan? Marah? Jerkah? “Ya
Allah, jangan biarkan aku takut dengan insan yang telah Kau tetapkan untuk aku
sebagai pemimpin perjalanan hidupku..”Doa Maya di dalam hati.
“
What? Kenapa Tok Usu hantar dia balik... nanti siapa nak jaga dia?” Farhan
sangat tersentak dengan berita yang Tok Usu sampaikan. Alasan tiada siapa akan
jaga dipertahankan jua, sedang orang tua itu boleh membaca dengan sejelasnya,
ia adalah sekadar alasan yang dibuat-buat oleh Farhan.
“
What with your what? Maya is your wife. Siapa yang pilih dia? Farhan kan? Siapa
yang kahwin dengan dia? Farhan kan? Siapa yang buat dia mengandung? Farhan kan?
Jadi Farhan la yang jaga, bukan Tok Usu. She is your wife, your responsibility!
Tok Usu tak pernah ajar cucu Tok Usu lari daripada tanggungjawab!” Tazkirah
khas buat cucu tersayang Ahmad Farhan Syah. Farhan hanya diam tidak terkata,
dia sedar itu, tapi hatinya terasa resah tiap kali memandang Maya. Bagaimana
pula jika perut Maya kian membesar nanti?
“
But, Tok Usu tau kan kenapa?”
“
Yes. But that your choice, you choose her to be your wife, but then... why are
you treated her like that? Maya tak tahu apa-apa Farhan!”
“
Farhan tahu Tok Usu, tapi tolong Tok Usu, untuk beberapa bulan...” belum sempat
Farhan menghabiskan kata-katanya, Tok Usu sudah mencelah.
“
No! Kalau nak Maya ada di kampung, Farhan kena duduk kampung sekali. Faham?
Buka mata. Buka hati. Lupakan hal lama. Farhan nak anak Farhan rasa apa yang
Farhan lalui? Nak?” Tok Usu makin kuat memujuk dengan tegas dan cuba
menyedarkan Farhan dengan perbuatannya. Betul, Maya tidak bersalah!
Sebaik
tamat perbualan dengan Tok Usu, Farhan terus sahaja memecut pulang ke rumah.
Segala mesyuarat yang perlu dihadiri ditangguhkan waktunya. Serabut! Farhan
serabut. Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Memang Maya tak bersalah,
langsung tak bersalah. Tapi aku tak mampu nak jadi suami yang baik untuk dia,
apatah lagi Papa yang baik untuk bakal anak kami? Hati dan fikiran Farhan
menjadi satu, ligat memutarkan segala persoalan. Jawapan? Tiada!
Terngiang-ngiang dicuping telinga kata-kata Rusdi teman baiknya sejak Kolej,
semalam sewaktu mereka makan malam bersama.
“Isteri tu satu amanah, kau yang pilih dia, kau yang mahu dia jadi
isteri kau bukannya Layla, jadi kenapa kau jadikan dia mangsa? Maya tak tahu
apa-apa, dia dan anak kau dalam rahim Maya, tanggungjawab kau, ingat tu!”
Farhan tahu, sedar akan hal itu,
tapi... payah, payah dia nak jelaskan. Serabutnya dia dengan hidupnya tidak
pernah habis dan kini bertambah serabut. Serabut yang dibuatnya sendiri!
+++++++
Maya
melangkah masuk ke rumah dengan penuh berhati-hati. Sunyi. Mungkin Mak Jah dan
Pak Teh Lan pulang ke kampung mereka, Sumayyah meneka sendiri. Pintu pagar
dibuka perlahan. Kereta Farhan tiada, waktu begini memang dia ke pejabat, Maya
tersenyum sendiri, dia sangat merindui suaminya. Biarlah suaminya membenci
kepulangannya hari ini, yang dia tahu, dia gembira! Berada hampir dengan
suaminya biarpun tidak diterima Farhan, adalah perkara paling membahagiakan Maya.
Belum
sempat Maya mengeluarkan kunci rumah daripada beg tangannya, Farhan sudah tiba
dengan kereta di depan pagar. Tanpa di suruh-suruh, Maya segera bergegas
membukakan pintu pagar.
“Tak
payah, saya balik kejap aje.” Suara Farhan yang dingin menyapa kepulangan Maya
tengah hari itu. Maya mengangguk perlahan sambil tak lepas memandang wajah
Farhan.
Baru seminggu,
kerinduan ini sudah menggunung tinggi. Teringin benar Maya untuk mengucup
tangan suami yang dirinduinya itu. Farhan terus sahaja melangkah masuk ke dalam
rumah, tanpa langsung memandang Maya. Benci
sangatkah dia? Desir hati Maya. Namun terukir senyuman dibibirnya, tatkala
melihat, Farhan mengangkat masuk beg pakaiannya yang diletakkan di hadapan
pintu rumah.
Farhan
melabuhkan diri ke sofa, beg Maya diletakkan di tepi meja teh. Farhan
menyandarkan tubuhnya. Kedua tangannya meraup wajahnya. Maya yang baru
melangkah masuk ke dalam rumah, menutup perlahan pintu. Farhan yang sedar
kehadiran Maya, membetulkan duduknya dan memandang Maya yang melangkah perlahan
menghampirinya. Maya menapak berhati-hati, seram bila pandangan matanya berlaga
dengan pandangan Farhan. Bagai lari semua tempo langkah kakinya.
“Tok
Usu yang paksa awak balik, saya tau tu. Awak suka balik ke sini?” Tegas dan
mendatar sahaja suara Farhan tika itu. Maya bagai kelu lidah, entah apa yang
patut dijawabnya dengan soalan ‘sukar’ Farhan itu. Farhan mendengus kasar
apabila Maya masih berdiam diri di hujung sofa itu.
“I
never realise that I’ve been married to a mute?” Farhan menyindir Maya yang
sedari tadi hanya mendiamkan diri.
“Saya
mintak maaf. Saya...” Maya bersuara perlahan dan dipintas Farhan yang kembali
berdiri.
“Okay.
Awak duduk bilik bawah aje, baik untuk awak dan kandungan. Mak Jah balik
kampung untuk beberapa hari. Jadi nanti urusan rumah awak kena urus. And now,
siap-siap kita keluar.” Farhan pantas memberi arahan. Kunci di dalam kocek di
keluarkan.
“Kita
nak ke mana?” Farhan hanya memandang dan berlalu.
“20
minit should be enough.” Ujar Farhan sebelum pintu kembali tertutup. Maya hanya
mengeluh kecil. Bila Farhan akan berlembut dengannya? Maya melangkah menjinjit
begnya ke bilik berhadapan ruang tamu itu. Maya tahu, Farhan sengaja mencipta helah
dengan membiarkan dia duduk di bilik bawah, Farhan mahu mengelak daripadanya,
Maya pasti!
++++++++
“Barang
dapur semua takde, lepas makan ni saya bawak awak pergi pasaraya, and you can buy
anything that you needs there.” Farhan bersuara setelah lama suasana antara
mereka senyap membisu. Farhan masih tunduk menjamah makanan di depannya tanpa
sedikitpun memandang Maya. Maya hanya mengangguk perlahan biarpun sedar Farhan
tidak nampak anggukannya itu.
Selepas keluar daripada Restoran
Masakan Kampung itu, mereka beriringan ke kereta. Sesekali Maya menelek jam
ditangan. Baru pukul 2.00, dia tak kerja ke? Maya bersoal sendiri. Farhan yang
sudah jauh ke depan, dikejarnya dengan lari-lari anak. Tanpa kawalan, kakinya
terpelecok dan dia jatuh terduduk di kaki lima itu.
“Aduh!”
Maya memegang kakinya yang terasa sengal-sengal dan menyucuk itu. Farhan yang
sudah berada ke kereta, berpaling dan kemudian kelihatan berlari laju ke arah
Maya yang terduduk di kaki lima. Reaksinya nampak kalut!
“Are
you okay?” Suara Farhan apabila hampir kepada Maya. Maya hanya mengangguk
dengan kerutan di dahi, menahan sakit kakinya.
“Are
you okay?!” Soal Farhan lagi. Kini sedikit tegas, tangannya memegang kedua-dua
bahu Maya, erat. Maya memandang terus ke wajah Farhan yang penuh dengan riak
yang tidak dapat ditafsir oleh Maya yang dalam masa yang sama menahan kesakitan
dikakinya.
“Saya
okay, tapi kaki ni sakit sikit.” Jawab Maya tergagap-gagap. Farhan mengangguk
laju dan memandang Maya atas bawah.
“Your...your..
it is okay?” Maya tidak faham apa yang ingin disoal Farhan, dia memandang
Farhan dengan wajah penuh tanda soal.
“Baby...
okay? Sakit?” Maya tersenyum kecil dan hanya mengangguk. Dalam hati, beribu
kesyukuran Maya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan keprihatinan Farhan tika itu
kepada kandungannya. Baru hendak cuba bangun, Farhan menarik kasut yang dipakai Maya, agak kasar. Kasut itu ditayang depan mata Maya.
“You
are pregnant, but you wearing this heel?” Wajah Farhan tika itu, menakutkan
Maya hingga membuatkan Maya bersuara namun tidak kedengaran, hanya bibirnya
yang bergerak-gerak.
“Bukak
kasut awak ni... and wait here.” Farhan mencabut sebelah lagi kasut Maya dan
terus berjalan ke arah keretanya. Maya hanya memerhatikan gerak geri Farhan.
Nak cakap apa-apa pun tidak berani setelah melihat ketegasan Farhan. Beberapa
saat kemudian, kelibat Farhan kelihatan kembali ke arah Maya yang sudahpun
bangun berdiri dengan kaki ayam. Farhan menyerahkan seliparnya kepada Maya.
“But...
its too big.” Maya merungut manja. Farhan menyuakan lagi dengan pandangan
menikam.
“Big
but safe.” Tegas suara Farhan. Maya mencebik dan mengambil selipar itu dan
terus menyarungnya. Besar! Boleh tumpang seorang lagi dibelakang. Farhan
menahan tawanya.
“Ni
lagi senang jatuh.” Maya merungut perlahan. Farhan dengar dan hanya menggeleng.
Waktu mereka beriringan ke kereta, Farhan menarik Maya dan memeluk pinggangnya,
erat.
“I’m
here to watch your step.” Ujar Farhan perlahan namun sampai ditelinga Maya yang
sudah tersenyum malu.
“Kita
ke klinik dulu.” Farhan bersuara lagi sebelum mereka masuk ke dalam kereta.
++++++++
Usai
solat zuhur, Farhan berjalan-jalan di sekitar deretan kedai yang berdekatan
dalam pasaraya itu sambil menunggu Maya selesai solat. Farhan singgah disebuah
kedai pakaian ibu dan anak. Baju untuk ibu hamil itu menarik perhatiannya.
Blaus labuh yang kembang dari aras pinggang dengan bunga-bunga kecil
menghiasinya. Manik-manik dan labuci tersusun disekitar pinggang menonjolkan
lagi kecantikan blaus itu.
“Blaus
ni limited bang, ini yang terakhir. Beli untuk isteri?” Jurujual itu mula
memancing Farhan yang leka menelek baju tersebut.
“Untuk
ibu berapa bulan ye ni?”
Maya membetulkan sedikit baju
yang pakainya dan melangkah perlahan ke arah Farhan yang sedang duduk dikerusi
sambil membelek telefonnya. Sibuk memanjang! Maya bermonolog sendiri.
“Han,
jom.” Maya yang sudah berdiri tegak dihadapan Farhan mula bersuara. Mereka
belum lagi ber’shopping’ barang dapur, tentu banyak masa akan dihabiskan nanti.
“You
call me what?” Farhan pandang Maya dengan wajah berkerut.
“Saya
mintak maaf, saya tak panggil lagi.” Maya mula tergaru-garu kepalanya yang
berlapik tudung, tersalah panggil ke. Hati Maya sudah kecut seribu.
“No...
no... just beg your pardon. What you call me just now?” Farhan menyoal lagi,
masih dengan wajah berkerut namun ada terselit senyuman kecil.
“Han...
erm... dulu masa awal kahwin, saya panggil awak abang tapi awak marah. Awak
kata awak bukan abang saya.” Maya menjawab perlahan dengan wajah yang
ditundukkan, sangat takut memandang wajah Farhan tika itu. Macam nak kena
pancung rasanya!
“Han?
Erm.. okay, keep call me that. Jom.” Maya yang tidak mengerti hanya ternganga.
Betul-betul pelik dengan sikap Farhan.
“Kira
boleh la ni, Han?” Farhan ketawa kecil dan mengangguk.
Sekitar jam 6.00
petang mereka berdua sudah siap membeli belah dan pulang ke rumah. Semua barang
dapur telah siap disimpan ke tempatnya. Maya mula bergegas ke bilik kerana dia
belum lagi solat asar, takut terlepas. Waktu melintasi tangga untuk ke bilik,
Farhan yang kebetulan baru turun ke bawah menahannya.
“For you.”
Farhan menyerahkan satu beg kertas kepada Maya. Maya mengambilnya tanpa banyak
soal. Beg kertas itu di buka dan isi dalamnya diambil.
“Baju... eh..
awalnya Han beli?” Farhan menahan tawanya apabila mendengar Maya memanggilnya
Han.
“Salesgirl
tu cakap, baju tu untuk 2 bulan ke atas. Aw... erm.. Maya kan almost 2 month?”
Farhan menjawab sambil terus melangkah ke ruang tamu.
“Maya?”
Maya bersuara sendiri, kedengaran pelik bila Farhan membahasakan dirinya dengan
panggilan itu. Baju itu disimpan kembali ke dalam beg dan terus masuk ke bilik.
Setelah beberapa ketika, pintu dibuka kembali, Maya melaung kepada Farhan yang
berada di sofa ruang tamu.
“Han...
terima kasih. I love it!”
+++++++
Maya duduk
berteleku lebih lama di sejadah. Tersenyum dia sendirian. Hatinya terasa
senang. Sehari ini terlalu banyak yang terjadi. Mulanya waktu pagi, hatinya
terasa bagai berdetak dengan irama yang berkeceramuk. Hatinya terlalu takut
ingin bertemu muka dengan Farhan setelah dua minggu berpisah. Namun, ketakutan
itu hilang bila dia bagai melihat penerimaan Farhan terhadap dirinya. Mungkin
tidak seterang cahaya bulan atau matahari, tetapi tetap terang sebaik lampu
kalimantan. Tidak sudah-sudah hatinya mengucap syukur. Dalam tempoh 3 bulan
menjadi isteri kepada Farhan, hari ini adalah hari pertama mereka menghabiskan
masa bersama. Telekung ditanggalkan dan dilipat kembali bersama sejadah,
kemudian diletakkan dipenjuru katil. Telefon bimbit di ambil dan nombor Tok Usu
di dail.
“Assalamualaikum...”
Suara Tok Usu menjengah di talian sana.
“Waalaikummussalam...
Tok Usu...”
“Amboi... suara
ceria aje. Seronok dapat jumpa suami?” Tok Usu mengusik Maya yang mula panas
pipi. Tersengih dia sendirian.
“Sangat seronok
Tok. Abang Han, baik sangat hari ini.” Tok Usu mengucap syukur. Dia sentiasa
mendoakan yang terbaik buat cucu kesayangannya dan juga cucu menantunya. Maya
gadis yang baik.
“Haa... betul
tak keputusan Tok Usu suruh kamu balik?” Maya mengangguk perlahan, terlupa Tok
Usu tak nampak.
“Terima kasih
Tok. Tok nak tahu, Abang Han beli blaus dekat Maya, cantik sangat. Kebetulan,
hari ini hari jadi Maya. Macam tau-tau aje.” Ujar Maya sambil blaus itu di
ambil dan diteleknya. Sesekali dipeluknya.
“Alhamdulillah.
Baguslah. Tok doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Ha, lagi satu, jangan lupa
apa yang Tok ajar. Tu penting.” Maya ketawa kecil, masakan dia lupa apa yang
telah dipesan dan diajar oleh Tok Usu selama dia disana.
“Maya tak lupa
satu pun, dan insyaAllah Maya akan cuba buat apa yang Tok ajar.” Beberapa
ketika berbual dengan Tok Usu, pintu bilik diketuk dari luar. Cepat-cepat Maya
tamatkan perbualan apabila pintu terkuak dari luar. Kepala Farhan terjengul
dari balik pintu.
“What are doing?
Boleh keluar kejap?” Farhan bersuara lalu terus menutup pintu bilik Maya. Maya
bingkas bangun dari duduk dan membetulkan bajunya. Langkah diatur dengan
teratur keluar dari bilik. Farhan sedang duduk di sofa sambil membelek telefon
bimbitnya. Apabila Maya sudah menghampiri barulah kepalanya dipanggung sedikit.
“Saya nak keluar
makan. Nak keluar sekali or nak pesan apa-apa?” Farhan terus sahaja menyoal
Maya.
“Erm... saya
ingat nak masak aje. Han nak makan apa-apa? Saya boleh masakan.” Maya menyoal
kembali dengan senyuman tak lekang. Namun dia terlupa...
“Masak? Lupa ke?
Hah... lupa?” Farhan yang tenang tadi kini berubah riak. Serta merta dia
berdiri bertentangan dengan Maya. Maya tersentak dengan deras suara Farhan.
“Aku takkan
makan satu pun yang kau masak! Jangan ingat aku baik dengan kau, aku boleh
terima semua yang kau buat!” Maya tersentap. Kenapa berubah terlalu mendadak?
“Saya mintak
maaf. Saya terlupa. Betul-betul terlupa.” Maya menjawab dengan terketar-ketar.
Farhan mendengus kasar. Kedua-dua tangannya menyelak rambutnya kasar. Seketika
begitu, Farhan kembali duduk di sofa, dan kemudian bingkas bangun dan keluar
daripada rumah. Maya yang masih kaku, hanya terdiam berdiri di situ. Setelah
deruman kereta Farhan sudah tidak lagi kedengaran, terus sahaja dia terjelepok
jatuh ke atas permaidani itu dan terus teresak-esak menahan tangis.
“Kenapa? Apa
salah aku?” Terus sahaja Maya menyoal dirinya dalam tangisan yang kian
menjadi-jadi. Perasaannya tidak menentu, terlalu beremosi. Jika dulu boleh
sahaja dia tahan dengan jerkahan Farhan, bukan dia tidak biasa. Terlalu biasa!
++++++++
Rusdi melangkah lebih laju
setelah kelibat Farhan dilihatnya berada di meja paling hujung restoran makanan
laut itu. Sekejap-sekejap Farhan membetulkan duduknya. “Ada yang tak kena la
tu”Rusdi meneka dalam hati.
“So,
kesalahan apa pulak kali ni?” Rusdi terus duduk menghadap Farhan tanpa
dijemput. Farhan yang sedang tersandar sambil menekup wajahnya dengan kedua
belah tangan sedikit tersentak. Farhan membetulkan duduknya. Air tembikai
dihadapannya disedut sedikit.
“Huge
mistake!” Farhan mengeluh kuat. Rusdi hanya tersenyum sinis. Bukan dia tidak
kenal sahabatnya yang seorang ini. Semua yang dibuatnya tidak difikir baik
buruk terlebih dahulu. Pakai hentam saja!
“Apa
kau dah buat?” Farhan memandang Rusdi lama.
“Aku
tengking dia.” Rusdi menggeleng perlahan. Dah tahu dah!
“Kau
ni macam-macam. Apa pulak salah dia kali ni?” Dalam masa yang sama, Rusdi
menggamit pelayan restoran untuk memesan minuman.
“She
did nothing. Entah lah... aku tak boleh kawal marah aku.” Mereka terdiam
sebentar dengan kehadiran pelayan. Rusdi memesan minumannya. Selepas pelayan
itu beredar, Rusdi mulakan bicara antara mereka.
“Kau
memang. Sampai bila nak baran ni? Maya tak tau apa-apa, ingat tu” Farhan meraup
wajahnya.
“Aku
tau. Entahlah. Macam mana aku nak terangkan? Susah untuk aku bukak cerita yang
15 tahun cuba aku padamkan.” Rusdi terangguk-angguk tanda mengerti.
“Selagi
kau tak cerita, selagi itu Maya jadik mangsa kau. Betul tak?”
“But
how?”
“Terus
terang adalah jalan terbaik.”
“Payah...”
“Kau
tak cuba dah kata payah.”
“Memang
payah... Penat aku nak pikir dah!” Rusdi ketawa sinis.
“Kenapa
kau masih fikir hal tu? Dah lama sangat. Maya bukan macam tu. Nampak pun tahu.”
Rusdi menyoal panjang lebar.
“Memang
dah lama, sangat lama. Maya memang baik. Tapi aku masih belum percaya. Macam
dulu, babah terlalu percaya, babah kata dia baik. But, apa yang jadi?” Rusdi
mengeluh kecil
“Babah
dapat maafkan dia sebelum babah pergi. Dia pun dah takde Farhan. Sampai bila
kau nak berdendam?” Rusdi cuba memberi nasihat. Moga sahabatnya itu menerima
dan kembali berfikir secara rasional.
“Sampai
bila-bila!”
“Ha...
tengok tu... sebab tu lah. Sampai semua jadik mangsa dendam amarah kau,
termasuk isteri PILIHAN kau sendiri, Maya!” Rusdi sengaja menekan ayat pilihan
itu, sengaja untuk menyedarkan kesilapan Farhan.
“Kau
ni... aku tengah kusut tambah kusut.” Farhan merungut.
“Kusut
dengan salah sendiri. Bukan salah aku, langsung takde salah aku.” Rusdi menyindir
lagi.
“Aku
tau... dah la.. kau ni...” Farhan benar-benar kusut. Sedar salahnya pada Maya,
namun untuk membuka pekung cerita lama, tidak sama sekali. Harus bagaimana dia
menguruskan kehidupannya, dan bagaimana untuk kembali berhadapan dengan Maya?
“Maya,
masalah baru kau Farhan. But Maya takkan menimbulkan masalah, its you,
yourself.”
“What
do you mean?” Farhan menjungkitkan keningnya. Ada-ada sahaja kalau bercakap
dengan Rusdi.
“Maya
kiranya kau akan boleh handle, dia baik, taat orangnya aku tengok. Yang aku
risau, kau punya awek, Layla and your beloved mother!” Rusdi ketawa kecil.
“Ha...
tu kau jangan cakap. Telefon ni 24 jam naik nama perempuan gedik tu. Datin Rose
makan lalang kut masa mengandungkan dia, miang semacam!” Mereka berkongsi
ketawa. Di kolej siapa tak kenal Layla Dato’ Jusoh. Lenggang dia dari belakang
pun orang boleh kenal siapa, suara? Jangan cakap, kepit kalah ‘gegurl’!
“Ibu...
erm... sayang sangat dekat Layla dan benci gila dengan Maya.”
“Itu
yang kau perlu uruskan. Maya, dalam masa yang sama. Faham maksud aku?” Farhan
hanya mengangguk kecil. Faham, dia tahu itu. Sejak berkahwin dengan Maya lagi
sudah dia terfikirkan hal tersebut.
“Pecah
kepala weh nak fikir...”
+++++++++
Sudah hampir dua
bulan, Maya kembali duduk serumah bersama Farhan. Namun sikap Farhan masih
sama, kadang baik kadang angin. Kandungan Maya sudah masuk empat bulan.
Perubahan sudah kelihatan pada tubuh Maya. Belakangan ini Maya sangat kuat
makan. Nafsu makannya bertambah. Namun Maya bersyukur, dia tidak mengalami
alahan yang teruk, kalau tidak siapa mahu menjaganya? Allah itu Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang. Mahu harapkan Farhan, tentu tidak. Sebulan ini Farhan
kerap keluar negeri atas urusan perniagaannya. Mak Jah pula sudah berhenti
kerja, Maya tiada pilihan, Mak Jah sudah lama berkhidmat untuk keluarga Farhan,
sudah tiba masa untuk Mak Jah berehat.
“Dah makan?”
soal Farhan setelah pulang dari kerja lewat malam itu. Tali leher yang sudah
ditanggalkan diletakkan ke atas meja
diruang tamu itu. Dilabuhkan sebentar dirinya ke atas sofa. Matanya dipejam
rapat.
“Alhamdulillah.
Baru aje tadi. Han nak makan?” Maya menjawab perlahan, sambil mengambil tempat
bertentangan dengan Farhan.
“Saya dah makan
sebelum balik.” Maya mengangguk perlahan.
“Esok saya ada
check-up. Boleh tolong hantarkan?” Farhan kembali membuka matanya. Tengkuk yang
terasa lenguh diurutnya perlahan.
“Pukul berapa
ye?”
“Dalam pukul 2,
tak boleh tak ape... Maya pergi sendiri.” Maya bersuara perlahan, hatinya
sangat berharap Farhan dapat menemaninya kali ini. Perut yang sedikit membesar
itu diurut perlahan.
“Saya tak berani
nak janji, esok banyak urusan dekat pejabat. Esok pagi saya confirmkan dengan
Maya ye, boleh?” Farhan memandang Maya yang berada dihadapannya. Maya cuba
tersenyum sebaiknya. Hatinya tahu, pastinya akan kecewa lagi.
“Okay, tapi Han
confirmkan awal ye. Maya nak kena call teksi.” Farhan berkerut dahi mendengar
kata-kata Maya.
“Why... why you
need to call a taxi? Kan ada kereta?” Farhan memandang Maya tak berkelip,
serius!
“Maya tak berapa
kuat sangat kebelakangan ni. Asyik sakit-sakit badan. Takut jugak nak drive.
Lagipun dah lama tak drive, sebelum ni kan ada Pak Teh Lan.” Maya cuba
menjelaskan dengan baik. Selepas seminggu Mak Jah berhenti, Pak Teh Lan pulak
berhenti. Alasan? Pak Teh Lan tak cakap apa, katanya sudah tiba masa untuk
berehat, sama macam Mak Jah.
“Sakit? Kenapa
tak bagitahu saya?” Farhan berubah nada, ada kerisauan di situ.
“Tak sakit teruk
pun. Biasa-biasa aje, doktor kata biasa sakit-sakit ni sebab baby sedang membesar.”
Farhan yang mendengar penjelasan Maya cuma mengeluh lemah.
“I’m sorry.
Terlalu sibuk sampai tak ambil tahu tentang Maya and baby.” Maya hanya
tersenyum.
“Tak apa, Maya
faham, dan baby pun faham papa dia busy.” Ujar Maya sambil tersenyum dan
mengurut lembut perutnya. Farhan terkedu seketika. Sepanjang empat bulan Maya
hamil, dia tidak pernah lagi dengar perkataan itu. Papa? Layakkah aku. Farhan
bingkas bangun dan terus ingin melangkah ke atas. Maya kaget.
“Han nak
kemana?” Maya turut berdiri.
“Naik atas,
mandi solat.”
“Tak nak minum
apa-apa? Maya boleh buatkan.” Maya memujuk, dia ingin lebih lama lagi berbual
dengan Farhan.
“I’m tired Maya,
saya nak naik berehat.” Farhan menjawab perlahan dan terus sahaja mengangkat
barangnya dan terus naik ke biliknya. Maya memandangnya sepi. Kecewa, mungkin!
“Erm...” Maya
mengeluh, sekali lagi dia melabuhkan duduk ke sofa. Rindu dan sunyi. Dua rasa
itu bersarang dihati. Sejauh mana Farhan menerimanya? Bila boleh merasa hangat
tangan Farhan menyentuh perut yang terisi nyawa milik bersama ini. Teringin.
Maya sangat teringin merasa seperti ibu lain. Berkongsi penat, sakit dan
bahagia saat hamil bersama suami tercinta. Bilakah dia akan merasakan semua
itu.
“Maya...
Maya....” Farhan yang baru turun ke tingkat bawah terperasaan kelibat Maya yang
masih di sofa. Apabila sampai ke tepi Maya, terdengar dengkuran halus daripada
Maya. Hairan kenapa Maya tidur di sofa, lalu terus sahaja dia mengejutkan Maya.
“Maya, kenapa
tidur kat sini...?” Farhan cuba mengejut Maya dari lena. Maya kelihatan
tergerak-gerak sedikit. Namun gerakan yang dibuat menyebabkan kesakitan
disekitar pinggangnya. Maya mengaduh kecil.
“Eh... kenapa
ni? Maya okay?” Farhan tunduk melutut separas duduk Maya. Bahu Maya dipegang
lembut. Sekali sekala, wajah Maya diusap perlahan.
“Sakit sikit...
aduhhh...” Maya mengetap bibirnya menahan sakit.
“Sikit apa ni,
dah macam sakit sangat aje.” Farhan bersuara sedikit tegas bercampur risau.
“No... selalu
macam ni... kejap lagi okay la...” Farhan mengeluh perlahan. Sungguh dia tidak
tahu apa-apa.
“Kenapa tidur
sini?” Farhan bersuara lagi apabila Maya kelihatan semakin selesa.
“Maya tertidur.
Han tak tidur lagi?” Farhan yang sedari tadi bertinggung dihadapan Maya kini
bangun berdiri.
“Nak turun minum
air. Maya masuk bilik, tidur ye.” Farhan seolah memberitahu namun seperti
memberi arahan. Biasalah CEO. Waktu Farhan ingin melangkah ke dapur, lengannya
Maya capai, lembut menggenggam. Farhan kalih memandang Maya.
“Malam ni, Maya
nak mintak Han teman Maya tidur boleh?” Farhan berkerut dahi. Maya cuba
mengatur kata.
“Malam ni
aje,boleh?” Farhan menggaru kepala yang tidak gatal dengan tangan kirinya,
tangan kanan masih setia dipegang Maya.
“Okay, but saya
pergi minum dulu ye.” Maya tersenyum gembira. Maya mahu meminta sesuatu
daripada Farhan, dan langkah pertama kepada permintaannya itu sudah tercapai.
Sepanjang
perjalanan ke dapur, Farhan masih terfikir-fikir, mudah pula dia menuruti
permintaan isterinya itu. Sebelum ini payah, mesti ditolak. Ah! Mungkin
kasihan. Yelah, melihat dia menanggung sakit sendirian akibat perbuatan dia. Bukan
perbuatan sengaja, tapi tanggungjawab. Erk! Farhan tergeleng-geleng sendiri.
+++++++++++++
“Maya,
where were you?!” Maya ditalian masih tergagap-gagap setelah mendengar jerkahan
demi jerkahan Farhan. Salah apa lagi?
“I’m
asking you again Maya, where were you?!” Maya sudah bermain air mata, dengan
esakan dia cuba menjawab.
“Maya
dekat Mall... beli barang.”
“Pukul
berapa sekarang? Barang apa lagi tak cukup? Kenapa tak cakap dekat saya? I want
you to come back home right now, immediately!” Soalan per soalan dan arahan.
Maya terkaku dan hanya mengangguk, biarpun anggukan itu tidak dilihat oleh
Farhan. Setelah talian dimatikan, Maya terus sahaja bergegas keluar dari Mall
dan menahan teksi. Hatinya berdetak hebat. Takut untuk berhadapan dengan
Farhan.
“She’s
just going to Mall Ibu, apa nak besar-besar hal nih.” Datin Mazla memandang
anak tirinya itu dengan jelingan.
“Farhan
kahwin dengan dia ibu tak pernah setuju tau. Kahwin aje dengan budak tu, cakap
ibu langsung taknak dengar ye? Jadik Farhan nak kata ibu fitnah dia?” Farhan
mengeluh berat.
“Layla
tu cemburu Ibu. Layla tak dapat terima Farhan kahwin dengan Maya bukan dia.”
Datin Mazla merengus kuat.
“Layla
tunjuk gambar la, bukan sekadar cakap. Masih tak percaya walaupun dah tengok?”
Datin Mazla menayang-nayang telefonnya yang terpampang gambar Maya dan seorang
lelaki di Mall.
“Her
friend, maybe.” Datin Mazla tersenyum sinis.
“Her
friend but Farhan tak kenal? Pelik!”
Maya terkocoh-kocoh keluar dari
perut teksi itu. Perut yang makin membesar itu menyukarkan pergerakannya. Sudah
enam bulan usia kandungan Maya. Beg-beg barangannya diangkat dengan
berhati-hati. Laju sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Di luar sedia
kelihatan kereta Ibu dan Farhan. Hati Maya bertambah irama rancaknya.
“Assalamualaikum.”
Maya memberi salam perlahan. Kelibat Ibu dan Farhan kelihatan di ruang tamu.
Maya mengatur langkah berhati-hati ke arah mereka berdua. Dari pintu utama,
Datin Mazla sudah merenung tajam tingkah serta langkah Maya. Seperti harimau
lapar!
“Dah
balik isteri kesayangan kamu Farhan. Tanyalah, nah!” Datin Mazla menyerah
telefonnya kepada Farhan. Farhan mengeluh perlahan, dia meraup wajahnya dengan
kedua belah tangannya. Perlahan-lahan telefon itu dicapai dan dia menghampiri
Maya yang masih tegak berdiri di penjuru sofa itu.
“Ibu
ada gambar awak dengan lelaki dekat Mall tadi. Siapa dia?” Maya terpana,
lelaki? Siapa? Telefon itu ditarik untuk melihat gambar yang dikatakan.
Langsung dia tidak kenal siapa lelaki itu.
“Maya
tak kenal siapa.” Maya menjawab perlahan. Farhan memandangnya dengan pandangan
yang aneh.
“Dalam
gambar ni awak tengah berbual dengan dia Maya. Macam mana tak kenal pulak?”
suara Farhan ada nada marah di situ.
“Serius.
Maya tak kenal. Percayalah.” Datin Mazla sudah ketawa sinis. Beg tangannya di
ambil dan telefon bimbitnya dirampas kembali dari tangan Maya.
“Ibu
dah cakap, tapi kau tak nak dengar. Pandai-pandai kaulah Farhan.” Datin Mazla
sengaja menghangatkan hati Farhan yang tika itu sudah naik darjahnya. Sekejap
sahaja, Datin Mazla sudah beredar dari situ. Kini hanya tinggal Maya dan Farhan
serta kedinginan antara mereka.
“Han...
percayalah, Maya tak kenal lelaki tu.” Farhan menghenyak tubuhnya ke atas sofa.
“Just
go into your room Maya.” Suara Farhan tegas. Maya terus sahaja melangkah ke
arah Farhan. Duduk melutut di tepi Farhan.
“Maya
mintak maaf. Keluar tak beritahu. Tapi betul, lelaki dalam gambar tu Maya tak
kenal.”
“Then
why are talking to him?” Soal Farhan namun dalam nada lebih lembut.
“Dia
tanya Maya kat mana kedai buku. Maya tunjukkan. Itu aje. Memang Maya tak kenal
dia Han.” Farhan mengeluh lemah. Perlahan sahaja tangan Maya yang di atas sisi
sofa itu, digenggam erat.
“Maya,
Maya... kenapa dari tadi tak jelaskan? Buat saya risau dan buat Ibu pikir
bukan-bukan.” Farhan menyoal lagi, namun kini dengan riak yang berbeza, lega?
“Betul
apa jawapan Maya, Maya memang tak kenal.” Farhan ketawa kecil. Maya memang
lurus!
“Ye
lah, Maya ke mana? Sampai lewat macam ni?” Farhan menyoal Maya, ditarik Maya
supaya duduk di sisinya di atas sofa itu.
“Lupa?”
Farhan mengerut dahi dengan soalan Maya. Lupa? Aku lupa apa? Farhan menyoal
dirinya lagi.
“Semua
soal Maya cepat aje lupa... Maya masuk bilik dulu.” Maya buat-buat merajuk. Tok
Usu kata kena belajar merajuk, jangan mengalah aje. Dah empat bulan duduk
bersama, Farhan masih dingin dan kadangkala masih macam ‘singa’!
“Maya...”
Farhan memanggil Maya yang tiba-tiba merajuk. Tangan yang digenggamnya direntap
perlahan oleh Maya. Maya terus sahaja masuk ke dalam bilik langsung tidak
mempedulikan dia yang memanggil.
“Aduh...
aku lupa apa pulak? Macam mana nak pujuk ni...?” Farhan merungut sendiri.
Maya menarik
selimut menutup badannya. Terasa letih kakinya, sudah enam bulan usia
kandungan. Terasa makin berat mahu melangkah. Kebas-kebas kaki terasa diseluruh
kakinya. Maya bangun kembali, menyandar tubuhnya ke kepala katil. Minyak panas
di meja tepi itu di ambil. Semakin sukar, dulu waktu perut tidak begitu besar,
masih boleh dan mudah untuk dia mengurut kakinya sendiri. Ni la padahnya
merajuk tak kena masa. Maya mengutuk diri, jauh di sudut hati, berharap Farhan
akan datang dan menemani Maya tidur seperti setiap malam sejak empat bulan
lalu.
“Merajuk lagi,
kan dah susah diri.” Suara itu menyentakkan Maya yang sedang berusaha untuk
mengurut kakinya. Maya hanya mencebik, dia membetulkan duduknya. Farhan
melangkah menghampiri katil dan duduk betu-betul dihujung kaki Maya. Maya
mengalih muka ke tempat lain. Merajuk kan.
“Mintak-mintak
anak dalam perut ni tak ikut muka ibu dia waktu merajuk, buruk!” Farhan sekadar
mengusik Maya.
“Maya memang
buruk. Tak kisah.” Farhan menggigit lidah sendiri. Silap lawak! Perlahan minyak
panas ditangan Maya di ambil. Cepat-cepat Maya menarik kakinya, tidak mahu
diurut oleh Farhan. Farhan ketawa kecil. Bersungguh Maya merajuk dengannya.
“Alah... saya
gurau aje Maya.” Suara Farhan sambil kembali menarik kaki Maya untuk diurut.
Maya mengeluh lemah. Dia betul-betul tak pandai merajuk, tambah-tambah dengan
Farhan. Maya asyik memandang Farhan yang sedang mengurut kakinya. Sejak
kandungannya berusia 5 bulan, dan sejak kakinya mengalami kekejangan, Farhan
yang selalu menjadi tukang urutnya.
“Malam ni, saya
teman awak tidur lagi ye. Nak sambung surah semalam, mengantuk semalam, tak
habis saya baca.” Maya tersenyum dan mengangguk perlahan. Permintaannya dahulu
diterima baik oleh Farhan. Permintaan Maya yang mahu suaminya menemani tidur
malamnya dengan alunan al-quran. Elok untuk bayi yang dikandungnya.
“Betul ke baca
surah Yusoff anak yang keluar nanti segak?” Farhan tersenyum kecil dengan soalan
Maya.
“Papa dia hensem
dah, so memang akan segak, tampan dan macho lah.” Maya mencebik.
“Perasaan
pulak.” Farhan ketawa lagi.
“Bagus amalkan
membaca al-quran. Bukan surah Yusoff aje, semua surah. Mendidik anak kena
bermula dari sebelum dilahirkan. Sebaiknya dari diri kita sendiri, ingat tu.”
Panjang lebar Farhan menasihati isterinya. Maya yang mendengar hanya tersenyum.
Suka, suka bila bersama suaminya, berdua begitu.
“Ingat.
InsyaAllah... tapi...” Maya berhenti di situ, menimbulkan tanda tanya kepada
Farhan.
“Tapi?” Farhan
menyoal lagi.
“Bila nak hilang
dingin Han pada Maya?” Maya berani mempersoalkan soalan ‘panas’ itu. Entah
mengapa, hatinya terasa berani. Farhan yang sedang mengurut kaki Maya, terhenti
sebentar, sesaat dua dan kemudian meneruskan lagi. Maya mengecilkan matanya
memandang Farhan.
“Bila Han...?”
Maya menyoal lagi, kali ini, dia menarik tangan Farhan yang sedang mengurut
kakinya.
“Bila saya
dingin? Saya baik aje lah.” Farhan menjelir lidah kepada Maya. Bergurau.
“Saya serius la.
Main-main. Nak tidurlah.” Ujar Maya, terus sahaja dibetulkan bantal dan
berbaring. Dibiarkan Farhan memandangnya. Farhan ketawa kecil. Maya makin
manja, makin berani dan makin sensitif. Itu yang dia sedar. Maya berbeza dengan
Maya yang mula dinikahi dulu. Dulu Maya diam dan lebih suka memendam rasa.
“Tidurlah, saya
ambik wudhuk kejap.” Farhan terus sahaja melangkah ke bilik air dalam bilik
itu. Maya yang tadi sudah memejam mata kini kembali membuka mata dan melihat
langkah Farhan dengan keluhan kecil.
Alunan bacaan
ayat-ayat suci al-quran itu, menenangkan Maya dan juga bayi dalam kandungannya.
Suara Farhan mendayu-dayu tika mengalunkannya. Jernih wajahnya kelihatan dengan
songkok yang dipakai. Maya terus sahaja terlena dengan mudah. Farhan yang
selesai membaca Al-quran meletakkan dengan baik Al-quran itu di meja sisi
katil. Perut Maya yang sudah jelas kelihatan membesar, diusap perlahan-lahan
sambil berselawat. Diciumnya perlahan dan dikucup ubun-ubun Maya dengan penuh
kasih sayang.
“Berikan abang
masa. Abang cuba melupakan semuanya.” Bisik Farhan perlahan ditelinga Maya, dan
kemudian membaringkan tubuhnya disebelah Maya. Tangannya erat memeluk perut
Maya, seolah memeluk Maya dan bayi mereka bersama.
“Maya tunggu.”
Maya berbisik kembali dan turut membalas pelukan itu. Farhan terkejut dan terus
ketawa kecil. Maya makin nakal!
“Apa yang saya
lupa?” Farhan menyoal Maya sekali lagi.
“Hari ni kan
saya ada check up. Han kata nak teman, tapi tak muncul-muncul. Maya merajuk, tu
yang keluar sendiri. Last-last kena marah. Tu lah kan, berdosa keluar tanpa
izin.” Maya berkata-kata seolah tiada perkata besar yang perlu dibangkitkan.
“Astagfirullah.
Han lupa lagi. Maafkan saya Maya. Saya abaikan tanggungjawab saya.” Maya
menggeleng laju.
“Tiada apa yang
perlu dimaafkan. Salah Maya juga tak beritahu awal, macam Maya tak tahu Han
busy. Hal firma lagi, hal syarikat babah lagi.” Farhan tersenyum dengan jawapan
Maya. Selalu mengalah!
“Jom kerja
dengan Han.” Farhan cuba menawarkan peluang buat Maya. Maya menggeleng lagi.
“Maya taknak
kerja, Maya nak capai cita-cita yang belum tercapai.”
“Cita-cita?”
“Jadi suri rumah
berjaya.”
“Belum
tercapai?”
“Yelah, tak
tercapai lagi, entah bila.”
“Kenapa? Bukan
dah jadik suri rumah ke?”
“memang suri
rumah tapi tak berjaya.”
“Kenapa tak
berjaya pulak?”
“Yelah, macam
mana nak berjaya, suami asyik makan kat luar aje.” Farhan terkedu sendiri. Kena
sebijik atas muka. Senyap tiada soalan atau jawapan. Terus sahaja dia
berdengkur. Maya ketawa dalam hati. Padan muka! Kau senyap kau singa, aku
senyap aku harimau betina!
++++++++++
Maya masih duduk
berteleku di atas tikar sembahyang. Panjang doanya seperti selalu. Bermohon
agar dibukakan pintu hati suaminya untuk menerima dia sepenuhnya. Bermohon agar
hubungan mereka makin erat. Telekung ditanggalkan, dan disidai kemas. Rambutnya
yang sudah panjang mencecah pinggang disikat kemas dan dikepitkan bersama.
Langkah di atur keluar bilik, jam sudah menunjukkan pukul 7, Farhan mesti
sedang bersiap-siap ke tempat kerja.
“Mak
buyung bangun lambat ke?” Terkejut Maya dengan suara yang tiba-tiba itu.
Farhan?
“Han
tak siap lagi? Nak menung dalam kereta ke kejap lagi?” waktu begini kalau belum
keluar, alamatnya sesak la jalan raya. Semua berkejar-kejar cari rezeki.
“Nope,
hari ini saya off... cancel semua meeting, dan... hari ini saya nak awak
masak.” Maya terkedu. Masak? Biar betul?
“Seriously?
No kidding?” Maya menyoal bagi mendapatkan kepastian. Farhan yang tika itu
bersenang di sofa hanya mengangguk laju.
“Tapi...
kita kena pergi pasar. Beli semua barang.” Maya berkerut.
“Banyak
dah kut barang dalam peti. Nak beli apa lagi?” farhan sekadar mengangkat
kening.
“Saya
dah cuci peti sejuk. Kemas dapur. So kena beli barang semula lah.”
“Maksud
Han, Han buang semua tu?” Farhan hanya mengangkat bahu.
“Cepat
siap, kita pergi sekarang. Pasar awal-awal ni banyak barang lagi.” Maya hanya
menurut kata, namun kepalanya masih berfikir. Kenapa mesti buang? Pelik!
“Han
nak Maya masak apa hari ni?” Maya yang siap memakai tali pinggang keledar
menyoal Farhan yang mula memandu.
“Rasanya
lama tak makan, ikan keli masak tempoyak.” Maya tergaru-garu dagu yang tak
gatal. Tempoyak? Mana mau cari?
“Kalau
ada jual tempoyak, boleh lah, sekarang musim ke?” Farhan menjungkit bahu.
“Lagi?”
Maya menyoal lagi. Farhan mengetuk-ngetuk stereng kereta dengan hujung jarinya
sambil berfikir.
“Kalau
takde tempoyak, Maya buat asam pedas ikan pari. Sedap jugak tu.” Maya hanya
mengangguk. Seronok, hari ini pertama kali dia akan memasak untuk Farhan.
“Selalu
dekat luar makan apa?” Farhan memandang Maya sekilas.
“Ikut
mana yang sedap.” Maya menjuih bibir. Tak menepati soalan.
“Yang
sedap tu apa?” Farhan tersenyum, tahu Maya mahu jawapan yang spesifik.
“Mana
yang terasa nak makan, sambal ikan ke , gulai ke, kalau tak tahu ayam goreng
aje.”
“Tu
je, baik masak kat rumah.” Maya merungut.
“Saya
tak makan kan...” Farhan tidak suka hal itu dibangkitkan.
“Kenapa?”
Maya cuba mengorek rahsia.
“Secret
la... tak boleh cerita lagi.”
“Tak
boleh cerita lagi, kira nanti akan cerita?” Maya teruja.
“Mungkin.”
“Ala...”
farhan ketawa melihat reaksi Maya yang kecewa.
...........................
“Kenapa
Maya buat saya macam ni Maya?” Maya yang sudah berendam air mata tidak mampu
berkata apa. Bekas ditangan Farhan itu sungguh bukan miliknya. Mana mungkin dia
melakukan semua itu, syirik! Khurafat!
“Demi
Allah, Maya takkan pernah sanggup buat suami Maya macam tu. Percayalah Han,
bukan Maya punya.” Farhan menekup wajahnya. Bekas itu dicampak ke atas lantai.
“Habis
tu siapa punya? Kita berdua aje di rumah ni Maya!” Suara Farhan meninggi.
“Astagfirullah...
Astagfirullah...” Maya menenang diri sendiri. Terkejut dia sebaik pulang
daripada rumah jiran kerana ingin menjemput kenduri doa selamat malam esok,
melihat Farhan yang sudah berdiri di depan pintu dengan bekas berbalut kain
kuning ditangannya.
“Jelaskan
Maya. Jelaskan!” Farhan menjerkah lagi. Maya tersentak.
“Macam
mana nak jelaskan, Maya tak tahu. Bukan Maya punya..” Ujar Maya, cuba di raih
tangan suaminya, namun ditepis.
“Saya
nak awak keluar dari rumah ni sekarang jugak!” Maya terpana. Tidak!
“Jangan
halau saya, demi Allah, bukan Maya yang punya barang tu.” Farhan menepis lagi
tangan Maya yang mahu menyentuhnya.
“Jangan
guna nama Allah, awak buat benda tu tak fikirkan Allah pulak!”
“Istighfar
Han...” Maya bersuara lemah. Farhan terus sahaja bangun dan naik ke tingkat
atas. Namun sempat lagi dia memberi arahan tanpa belas kasihan.
“Just
go Maya... saya taknak tengok awak lagi.” Maya terjelepok ke lantai. Demi
Allah, dia tidak pernah guna-gunakan suaminya. Untuk apa? Allah, bantulah
hamba... Maya berdoa dalam tangisnya.
...................
“I
love her Rusdi, I love her so much, love her and our baby with my whole heart.
But...” Farhan teresak menangis di tepi kereta. Rusdi memeluk bahunya memberi
semangat.
“I
know. Sebab tu aku suruh kau pikir secara logik akal. Pikir betul-betul!” Rusdi
cuba menenangkan Farhan.
“There’s
nothing to think anymore. She just same like mama! Evil!” Farhan menjerit.
“Hey,
jaga bahasa. Seburuk mana Mama tu, dia tetap mama kau, kau keluar dari rahim
dia jugak tau.” Rusdi menegur.
“Sebab
tu aku lagi menyesal!” Rusdi menggeleng kepala. Bila hati terikut kata syaitan.
Semua jadi salah dipandangan mata.
“Okay,
sekarang cerita dekat aku, mana kau jumpa bekas tu?” Farhan mengesat air mata
dengan belakang tangannya.
“Ibu
yang bagi, ibu datang untuk majlis doa selamat malam esok, datang untuk tolong
mana patut. Bila aku turun bawah, ibu dah ada. Ibu bagi aku, dia kata dia jumpa
bekas tu dekat bawah kabinet dapur.” Rusdi mengangguk faham.
“Masa
kau tanya Maya dia kata apa? She speechless or...”
“She
denied it. Macam mama!” Farhan marah benar. Tangannya dikepal kemas.
“Ibu
mana?”
“Ibu
dah balik sebelum Maya balik.” Rusdi mengerut dahi.
“Maya
pergi mana?”
“Pergi
jemput jiran-jiran... kenapa tanya banyak nih!?” Farhan bengang, Rusdi soal
terlalu banyak.
“Kau
percaya ibu atau kau percaya Maya?” Farhan memegang kepalanya.
“I
don’t know!”
“Kau
patut siasat dulu Farhan. Aku percayakan Maya. Kalau dia nak buat kat kau, dah
lama dah... bukan takat nasi kangkang, benda kotor aje boleh control suami,
macam-macam lagi tau.” Rusdi cuba membuka mata Farhan.
“Then
kau nak kata ibu? Macam tu?”
“Tak
kata. Tak tuduh. Cuma kena siasat. Ibu pun tak suka Maya kan?” farhan mengeluh
berat.
“Sekarang
nak buat apa?” Farhan menyoal bodoh.
“Balik
rumah, dan siasat.” Rusdi memberi idea.
“Maya
mesti dah takde.” Rusdi terkejut dengan jawapan Farhan.
“Why?”
“I
chased her out.” Rusdi mengeluh. Bodoh! Kutuknya dalam hati.
...................
“Mak
Usu jangan nak tuduh saya pulak ye. Budak Maya tu yang punya, kenapa saya
pulak?” Datin Mazla merengus kuat. Layla disisinya hanya menyokong.
“Kau
jangan ingat aku tak tau Maz. Jangan fikir aku bodoh. Selama ni aku diam, sebab
aku takde bukti. Tapi kali ni kau nak musnahkan hidup cucu menantu aku, aku tak
boleh nak diam diri.” Tok Usu bersuara tegas. Suasana sangat tegang tika itu.
“So,
Mak Usu nak kata Maz la punya kerja gitu?”
“Memang
kau!” Datin Mazla membeliakkan matanya. Layla yang di sisinya hanya terkedu.
“Tok,
bukan auntie lah, Maya punya kerja.” Layla cuba menyibuk. Tok Usu hanya
menjeling, terus dia terdiam sendiri.
“Sudah
la Maz. Dulu kau musnahkan hidup Sabariah sampai anak dia sendiri bencikan dia,
sekarang kau nak musnahkan hidup Sumayyah pulak?”
“Apa
maksud mak usu?”
“Kau
bukan musnahkan hidup mereka aje tapi hidup Farhan juga. Sampai hati kau buat
Farhan hidup dalam berdendam dan benci ibu dia sendiri?” Datin Mazla menekup
telinganya.
“Kenapa
saya? Bukan saya!” Tok Usu terus sahaja menghampiri datin Mazla yang sudah
duduk di sofa.
“Sebelum
Sabariah menghembuskan nafasnya, aku ada dekat dia, dia sempat cerita semuanya
dekat aku. Jadi, kau jangan nak sembunyi apa-apa lagi!” Datin Mazla terdiam.
Bagaimana ibu mertuanya boleh tahu semua?
“Sekarang
aku nak kau jelaskan dekat Farhan siapa kau sebenarnya, dan siapa mama dia
sebenarnya!” Tegas suara Tok Usu. Datin Mazla menggeleng laju. Tidak mungkin
aku akan bongkar rahsia berbelas tahun aku simpan!
“Jelaskan
apa Tok Usu, Ibu?” Farhan yang baru tiba bersama Rusdi, sudah mendengar
perbualan Ibunya dan Tok Usu. Pelik dengan persoalan-persoalan yang ada, lalu
dia menyampuk.
“Ibu?”
“Takde apa
Farhan, Tok Usu ni mengarut apa entah.” Datin Mazla cuba mengelak diri. Tok Usu
mencerlung marah.
“Jah dengan Lan
nampak apa yang kamu buat petang tadi Maz. Kau dah tak boleh lari. Baik kau
jelaskan semua dekat Farhan.”
“Apa Mak Usu ni?
Saya kata bukan saya, kenapa nak paksa-paksa?!” Datin Mazla meninggi suara.
“Kamu tak nak
jelaskan biar aku yang jelaskan.” Dati Mazla terdiam. Mukanya pucat.
“Tok Usu, apa
semua ni? Farhan tak faham.” Farhan tidak tahan lagi berteka-teki dengan
pertelingkahan mereka berdua.
“Farhan, kamu
ingat lagi pesanan akhir babah kamu?” Farhan hanya mengangguk. Babah sempat
berpesan supaya dia memaafkan Mama.
“Kamu tahu
kenapa dia pesan macam tu?” Farhan hanya menggeleng.
“Sebab ibu kamu.
Semua yang berlaku selama ni disebabkan ibu kamu ni. Datin Mazla yang gilakan
harta Dato’ Harun. Sebelum ibu kamu dapat kahwin dengan babah dia dah mulakan
rancangan dia.” Dati Mazla menekup telinganya dan menggeleng-gelengkan kepala.
“Mak Usu jangan
buat cerita!” Datin Mazla menjerit. Semua yang ada terkejut.
“Aku tak buat
cerita. Semua yang aku akan cerita ni betul belaka. Kau dah tak boleh nak
berdalih!”
“Apa ni ibu?”
Datin Mazla mula menangis, meraung. Farhan memegang kedua bahu Datin Mazla dan
menggoncangkannya kuat.
“Ibu mintak maaf
Farhan... Ibu buat semua ni sebab bencikan mama kamu, dia perampas! Dia rampas
Babah dari ibu!”
“Sabariah
pilihan Harun. Tak ada isu rampas!” Tok Usu cuba menegakkan kebenaran.
“Mak Usu tak
tahu apa-apa, Harun dengan saya dah lama bercinta, tapi Sabariah yang datang
menggoda!”
“Aku tahu lah,
aku ni Mak sedara Sabariah dan kamu tu pun anak sedara aku. Kamu dengan Sabariah
sepupu, kamu lupa tu?!”
“Saya tak lupa,
sebab tu saya benci dia!”
“Benci sampai
kamu fitnah dia?”
“Saya tekad
untuk buat apa sahaja untuk dapatkan Harun!”
“Kau bukan
cintakan Harun, tapi harta dia!”
“Ye. Memang!
Puas hati Mak Usu? Semua orang sayangkan Sabariah. Tapi saya? Semua yang saya
buat salah, sampai Harun yang sepatutnya berkahwin dengan saya tapi akhirnya
memilih Sabariah. Sejak hari tu saya tekad buat apa saja asalkan Harun jadi
milik saya!” Datin Mazla bersuara kuat. Farhan masih tidak mengerti.
“Sampai kau
bodohkan Harun?”
“Ye! Memang saya
bodohkan dia, supaya saya boleh dapatkan dia!”
“Tapi kau fitnah
Sabariah!”
“Saya terpaksa!”
Datin Mazla menangis teresak-esak.
“Saya tak faham
Tok Usu...” Farhan mencelah. Datin Mazla menghampiri Farhan dan terus duduk
memeluk kaki Farhan.
“Ibu mintak maaf
Farhan...”
.......................
Maya
masih termenung di jendela. Petang itu, sebaik dihalau oleh Farhan. Terus
sahaja dia menelefon Tok Usu yang kebetulan dalam perjalanan. Baru hendak
keluar dari rumah, Mak Jah dan Pak Teh Lan sudah berada di laman rumah. Tok Usu
menyuruh dia duduk dirumahnya, lebih baik daripada pulang ke kampung. Takut
nanti Mak dan Ayah bersoal macam-macam, kata Tok Usu ada betulnya. Dia tak mahu
Mak dan Ayah tahu masalahnya.
Lamunannya
terhenti dek suluhan cahaya lampu kereta yang memasuki perkarangan rumah Tok
Usu. Pantas dia melangkah ke bilik bagi mencapai tudung. Setelah itu, terdengar
suara orang memberi salam. Suara yang dia kenal. Kenal sangat. Terketar-ketar
tanyanya membuka selak pintu.
“Han...?”
Maya sudah bertakung air mata, melihatkan kehadiran Farhan di situ membuatkan
dia menitiskan air mata. Air mata sedih, gembira dan pelbagai rasa. Farhan
menarik tangannya, dan kemudian terus memeluk Maya yang berdiri di muka pintu.
“Demi
Allah, Maya tak buat semua tu. Maya takkan sanggup buat semua tu.” Maya
menjelaskan lagi. Farhan mengangguk-angguk.
“Han
tahu Maya. Han tahu. Han mintak maaf. Maafkan Han.” Mereka berdua berendam air
mata. Lama mereka begitu. Setelah beberapa seketika, mereka mengambil tempat di
kerusi rotan. Air mata Maya dikesat lembut oleh Farhan, dan Maya mengesat
linangan air mata Farhan dengan jemarinya yang halus.
“Han
mintak maaf sebab halau Maya petang tadi. Seriously, I’m out of my mind. Semua
tu mengejutkan Han.”
“Maya
nak Han percaya satu benda. Walaubagaimana benci Han pada Maya, Maya redha.
Maya takkan pernah sanggup nak bodohkan suami Maya sendiri.” Farhan mengangguk
laju, ditarik Maya merapatinya dan mengucup hangat dahi Maya.
“Han
percayakan Maya. Han terlalu ikutkan amarah. I’m so sorry sayang.” Maya
menggenggam tangan Farhan erat.
“Dari
awal Maya menjadi Puan Farhan, Maya tak faham situasi hidup Han. Maya ditolak
dari awal, sedangkan Maya tidak tahu apa yang berlaku. Sekarang, demi masa depan
kita, demi anak kita, Maya harap sangat tiada lagi rahsia antara kita...”
Farhan mengangguk. Maya ditarik ke dalam pelukkannya sekali lagi.
“15
tahun dulu, Ahmad Farhan Syah bukanlah seorang lelaki yang pendiam apatah lagi
pemarah. Tapi keadaan yang membuatkan Han terpaksa jadi begini. Mama yang Han
sayang difitnah sehinggakan Han membenci dia, benci sampai akhir nafas dia Han
tak jenguk langsung dia.” Farhan teresak-esak menangis. Maya mengeratkan
pelukan. Maya tidak mencelah, hanya mendengar dengan setia.
“Waktu
tu Han umur 13, Han balik dari sekolah, rumah dah kecoh-kecoh. Mama hanya diam.
Ibu menangis, Babah pun marah-marah. Di tangan Mama ada satu dulang, isi dia
sama macam dalam bekas yang Ibu jumpa petang tadi. Masa tu yang Han tahu, Mama
selama ini bagi Babah dan Han makan benda kotor sebab nak tundukkan dan biar
kami dengar kata-kata dia. Tapi semua tu Ibu yang cakap. Babah dan Han percaya
100 peratus, sebab ibu selama ni baik sangat, even hubungan dia dengan mama
sangat rapat, sebab tu mama izinkan Babah kahwin dengan ibu. I don’t know semua
tu fitnah ibu semata-mata. I really don’t know!” Maya menggosok belakang Farhan
seakan memujuk Farhan tika itu.
“Han
rasa bersalah pada mama... bersalah sangat.”
“InsyaAllah,
mama mesti faham, bukan salah Han, Han kecik lagi masa tu kan...” Maya cuba
memujuk.
“Han
hampir mengulangi salah tu pada Maya. I’m sorry sayang...” Maya tersenyum.
Pelukkan itu dileraikan.
“Hey,
where’s my Mr. S. Mr Singa but silent? Asyik mintak maaf je ni.” Farhan ketawa
kecil dengan usikan Maya. Dipicit lembut hidung Maya.
“Mr.S
akan berubah, insyaAllah.”
“Berubah?”
“Yup,
bukan singa or silent. But sayang and sweet.” Maya ketawa gembira. Malam itu
terurai semua cerita. Maya lega, akhirnya segala persoalannya terjawab.
Malam
itu, mereka berdua bermalam di rumah Tok Usu, esok pagi baru pulang ke rumah
untuk meneruskan hajat untuk kenduri doa selamat yang tergendala.
“Kenapa
macam tak suka Maya awal-awal dulu?” Farhan yang sudah memejam mata, kembali
menghadap wajah Maya di sisinya. Pelukkan di eratkan.
“Mama
insan yang paling Han sayang, begitu juga dengan babah. Babah sangat cintakan
mama. Tapi kejadian tu seolah-olah mimpi ngeri, Han jadi takut nak percaya pada
seseorang yang bernama isteri, dan dalam masa yang sama takut untuk mencintai
sebab takut dikhianati.” Maya mengangguk perlahan. Pipi Farhan dikucup lembut,
membuat Farhan tersenyum bahagia. Maya terlalu manja!
“Babah
tahu mama tak bersalah?”
“Tok
Usu kata babah tahu, sebab tu babah kept asking me to forgive mama. Erm...”
Farhan mengeluh kecil. Ingatannya terbang mengingati arwah mama.
“Ibu
macam mana?” Farhan mengeluh lagi.
“Han
tak tahu.”
“Maya
tahu.” Farhan mengerut dahi.
“Apa?”
Farhan menyoal.
“Maafkan
dan lupakan. Allah itu lagi Maha Pengampun.” Farhan menarik Maya ke dalam
pelukkannya.
“InsyaAllah...”
Ujar Farhan perlahan. Dalam hati Farhan amat bersyukur dikurniakan isteri
sebaik Maya yang sentiasa menyejukan hatinya yang kadang kala terlalu cepat
panas.
Dalam
hati Maya, dia meminta agar Farhan yang 15 tahun dahulu kembali, dan melupakan
segala kepahitan hidupnya. Berdendam akan lebih menyakitkan daripada memaafkan
sesuatu yang perit bagi kita.
..................
“Terima kasih
Jah, kau tolong anak cucu aku.” Mak Jah yang membawa air untuk Tok Usu hanya
mengangguk lemah.
“Saya tak tahan
dengan sikap Datin, dulu Puan Sabariah saya tahu dia tak salah, saya kerja
dengan Dato’ Harun dari sebelum dia kahwin lagi. Saya kenal Sabariah dan Datin
Mazla. Saya tahu semua tapi saya takde bukti, tapi hari ini saya berjaya
tangkap kerja jahat dia. Syukur pada Allah.”
“Itu lah. Kerja
jahat ni lama-lama memang akan bocor jugak. Syukurlah, kita dapat leraikan
marah Farhan pada Mama dia.” Ujar Tok Usu, kemudian meneguk air yang dibawa
oleh Mak Jah tadi.
“Macam mana dengan
Datin, Puan?” Mak Jah menyoal. Sebaik tamat pertelingakahan dan pembongkaran
kerja kotor Datin Mazla, dia terus melarikan diri bersama Layla. Entah ke mana.
Puas Datin Mazla menangis merayu pada Farhan, namun Farhan hanya membantu
dengan linangan air mata.
“Biarkan dia.
Nak lari ke mana, aku ni ha sedara yang dia ada. Aku harap dia sedar perbuatan
dia, kembali ke jalan Allah.” Mak Jah turut mendoakan yang sama.
.....................
“Dah
letak nama anak kamu Farhan?” Farhan yang sedang memerhatikan anaknya, hanya
menggeleng.
“Belum
lagi, tapi Maya kata dia dah pilih beberapa nama. Tok Usu tanya dia lah.”
Farhan mengenyit mata pada Maya yang tersenyum memandangnya.
“Maya
ingat nak letak, Nur Saarrah, cahaya yang riang gembira. Boleh?”
“Macam
ibu dia lah, Nur Sumayyah... boleh aje kalau ikut abang... Tok Usu?” Tok Usu
yang sedang mengendong bayi hanya tersenyum.
“Tok
Usu tak kisah, asal makna baik. Baiklah bagi Tok Usu, kan Saarrah...” Farhan
dan Maya hanya tersenyum dengan tingkah Tok Usu.
“Ibu
dah ada, yang papa pegang ni? Mesti AFS jugak tau.” Maya ketawa kecil.
“Ibu
tau la, Ahmad Faheem Sabiir. Yang terpuji , faham dan sabar. Agak panjang, tapi
atas permintaan.” Maya ketawa kecil.
“Sabiir...
ibu perli papa aje kan Sabiir, mentang-mentang papa Mr. S dia.” Farhan seolah
berbual dengan bayi kecilnya, sambil mencium hidung si kecil itu. Maya hanya
tersenyum.
Mak Jah yang baru masuk,
kelihatan tercengang, sama jugak dengan Pak Teh Lan.
“Kenapa
dengan kau Jah?” Tok Usu menegur.
“Dua
orang sekali?” Pak Teh Lan menyoal.
“Tu
yang Jah terkejut, Maya tak cakap apa-apa pun.” Maya ketawa kecil.
“Mak
Jah, Farhan pun tak tahu kata dapat dua.” Maya ketawa lagi.
“Suprise
untuk semua.” Semua yang ada ketawa dengan jawapan Maya.
“Abang
nak tahu macam mana, teman Maya dua kali aje pergi check up.” Maya mencebik.
Farhan tergaru-garu. Pak Teh Lan hanya tersenyum melihat mereka berdua.
“Kamu
ni Farhan, lepas ni bahagi kerja dengan keluarga baik-baik. Ni anak dah dua,
jangan biar Maya sorang yang jaga pulak.” Tok Usu mula menegur.
“Takpe
Tok Usu, dulu ada orang cakap nak jadi surirumah berjaya, ha... ni lah masanya
nak mencapai cita-cita” Maya menjuih bibir. Perli la tu!
“Ha..
pandai la kamu bagi alasan ye, Maya mengadu lagi sekali, ni telinga ni, Tok Usu
piat-piat...” Tok Usu memulas telinga Farhan. Mengaduh Farhan sambil mengendong
bayinya.
“Aduh...
Sabiir Saarrah... tolong papa...” Maya ketawa, begitu juga dengan yang lain.
Kegembiraan ini menutup segala kesedihan yang pernah dilalui mereka. Moga
kehadiran si kecil berdua ini menceriakan lagi hari-hari mereka.
“Assalamualaikum,
riuh aje sampai luar dengar, ada apa?” Rusdi melangkah masuk dengan sebuah
hamper ditangannya.
“Kau
lambat bro, cerita dah habis...”
*TAMAT*