Cerpen : Izinkan saya

Posted by Smat Goal Ent 2:42 AM, under | No comments


Sekejap-sekejap mata Zatun Alyah hinggap pada jam besar yang berada pada salah satu dinding kedai yang berhampiran. Tak cukup itu, dia mengintai pula jam tangan yang menghias lengannya. Hatinya dipagut rasa resah.
Manalah pergi agaknya si Hazrul Anuar itu? Kata nak jemput aku jam 8.30 tadi. Ini dah lebih sejam aku melangut kat sini. Gerutu gadis itu sambil matanya melilau memandang pengunjung Central Market yang semakin ramai itu.
“Awak? Awak yang berlakon iklan sabun tu, kan?” Satu suara menyapa.
Hah? Zatun Alyah buat muka. Inilah yang aku tak suka, pantang nampak perempuan duduk seorang, ada saja yang cuba mengambil kesempatan.
“Tunggu siapa?” soal si pemuda yang berambut pendek kerinting ala-ala afro itu.
“Tunggu kawan,” jawab Zatun sepatah, malas hendak melayan sebenarnya.
“Kawan awak yang namanya Hazrul Anuar tu ek?”
Kening Zatun terangkat. “Macamana awak tahu?”
“Dia takkan datang jumpa awak hari ni.”
Kata-kata itu membuatkan si gadis jadi kalut. “Hah? Kenapa? Macamana awak tahu? Awak ni siapa?”
“Tak ada noktah nampak.”
Zatun terhenti,baru tersedar akan soalannya yang bertalu-talu itu.
“Saya abang dia.”
Si gadis pandang atas bawah. Ada sesuatu yang tak kena.
Pemuda itu buat pose. Ibu jari dan telunjuknya diletakkan pada dagu.
“Kenapa tak ada iras rupa Hazrul pun?” soal Zatun, terasa was-was dengan kesahihan kata-kata pemuda itu. Hazrul Anuar rambutnya lurus, wajah sedikit bujur dan berkulit agak gelap sikit. Berbeza sangat dengan pemuda itu.
Sedar dirinya masih diperhatikan. Pemuda itu bersuara. “Saya tahulah saya ni kacak, tapi jangan pandang lama-lama sangat. Takut saya jadi cair pula.”
Zatun mencebir. Dalam hatinya berkata, perasan! ”Kenapa Hazrul tak call saya?”
“Awak yang tak angkat phone.”
Buru-buru Zatun keluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Hish! Mati pula bateri handphone ni, patutlah tak dengar.
“Dah buruk dah handphone, patut dibuang ke laut je.”
Zatun buat muka. Suka-suka suruh buang harta benda aku. Cis! “Orang yang dompetnya penuh bolehlah. Orang macam saya ni tak mampu.”
Pemuda itu nampaknya tidak terkesan dengan kjata-kata sinis yang dilontarkan Zatun. “Okeylah. Mari saya hantarkan awak.”   
“Ke mana?” tanya Zatun.
“Laa?” cepat benar gadis itu lupa, fikir lelaki itu.
“Oh!” balas Zatun kemudiannya, teringat kembali tujuan dia ke sana. “Tak perlulah,” dia menolak menimbulkan kerutan di dahi lelaki itu.
“Saya dah janji dengan Hazrul. Kalau awak tak percaya, awak boleh call dia.”
Zatun teragak-agak.
“Eh! Lupa pula handphone awak tu dah tak boleh pakai. Dah layak simpan kat muzium.”
Zatun mengecilkan matanya. Rasa macam hendak dijahit saja mulut pemuda itu.
“Biar saya call dia untuk awak.” Pemuda itu lantas mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya lalu mendail nombor milik Hazrul Anuar.
“Nah!” Telefon bimbit itu dihulurkan pada Zatun setelah panggilan berjawab.
“Hazrul? Apa dah jadi?”
“Memang dia ni abang awak ker?” Mata Zatun melekat pada wajah milik pemuda yang mengaku abang pada Hazrul Anuar.
Pemuda itu buat tidak tahu. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam saku seluar.
Seketika kemudian kelihatan Zatun mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Okeylah.”  Zatun menutup bicara sedikit sugul. Dia menyerahkan semula telefon bimbit itu kepada pemiliknya.
Pemuda itu berbual sebentar dengan adiknya yang berada di hujung talian. Seketika kemudian talian dimatikan dan pemuda itu memandang Zatun tanpa perasaan.
“Jom,” ujarnya sepatah.
Zatun mengekori langkah si pemuda. Ketika mereka tiba di kawasan parkir, Zatun ternganga tak percaya. “Takkan naik motor kut?”
“Awak nak jalan kaki? Saya tak kisah kalau awak sanggup.”
“Public transport kan ada? Tak apalah terima kasih atas pelawaan awak. Saya ingat saya nak naik public transport ajelah.”
“Awak nak menunggu lepas tu bersesak-sesak di dalamnya? Sekarang dah jam 9.30 pagi.”
Zatun meneguk air liur. Kalau tidak memikirkan yang dirinya sememangnya tidak begitu mahir dengan jalan-jalan di situ, sudah lama dia angkat kaki.
“Awak ada setengah jam sahaja untuk hadir ke sesi temuduga tersebut, bukan?”
Aduhai, keluh Zatun. Kenapalah masa macam ni pula, kereta si Hazrul tu buat hal. Iskh!
“Macamana? Keputusan dalam tangan awak.”
Zatun pandang wajah pemuda itu. Dia mengeluh lagi. Akhirnya, “Bak helmet tu.”

****
Penuh sesak McD tengahari itu. Kelihatan Hazrul Anuar duduk di salah satu sudut restoran fast- food tersebut. Menunggu ketibaan bekas rakan kuliahnya. Mereka merancang reunion kecil-kecilan hari itu, meraikan Zatun.
Zatun tiba beberapa minit kemudian. Dia segera mendapatkan Hazrul yang dari jauh lagi sudah menggamitnya.
“Mana yang lain?” Zatun melabuhkan punggung.
“Kejap lagi Salina sampai. Munir tak jadi nak datang. Dia minta maaf. Halwa dengan Rohman mungkin agak lewat.”
“Kau dari rumah ke?”
“A’ah.”
“Lupa lak nak cakap, nanti ucapkan terima kasih kat abang engkau ek.”
“Cerita pasal abang aku tu, apa kau dah buat kat abang aku ek?”
“Buat apa pula?”
“Dia macam dah kemaruk dengan engkau jer.”
“Huh?”
“Iya, hari-hari dia bertanyakan hal engkau. Silap-silap engkau jadi kakak ipar aku pula.”
“Eiih! Tak naklah aku jadi kakak ipar engkau.”
“Apasal? Okey apa?”
“Huh! Jangan buat lawak dengan aku, key.”
“Habis tu, kau nak jadi bini aku?”
“Weii! Agak-agaklah si Sal tu kau nak letak mana? Hah! Panjang pun umur dia.”
Kelihatan Salina sedang menapak menuju ke arah mereka berdua.
“Kuota aku ‘kan ada empat. Kalau kau sudi, apa salahnya.”
Zatun menjegilkan matanya. “Aku bagitahu Sal kau cakap macam tu kat aku.”
Hazrul angkat tangan.
“Tau takut,” perli Zatun.
“Assalamualaikum,” ucap Salina bila dia tiba, lalu mengambil tempat di sebelah Hazrul.
Hazrul dan Zatun saling berpandangan. “Waalaikumsalam,” balas mereka serentak.
“Kenapa?” tanya Salina bila melihat kelakuan pelik kedua sahabatnya itu.
“Eh! Itu abang engkau kan? Apa dia buat kat sini?” ujar Zatun bila terlihat abangHazrul sedang menapak masuk ke dalam restoran yang sama.
“Itu mesti pasang spy cari engkau,” usik Hazrul.
“Siapa agaknya yang volunteer jadi spy tu kan?” mata Zatun beralih semula memandang Hazrul.
“Bukan akulah,” balas Hazrul faham dengan maksud soalan Zatun itu. 
Dari jauh lagi Rayyan Affandy sudah mengangkat tangan bila terlihatkan  kelibat mereka. Pantas sahaja kakinya melangkah menuju ke arah mereka.
“Abang aku, Rayyan Affandy.” Hazrul memperkenalkan pada Salina dan Zatun.
Celebrate apa ni?” Rayyan Affandy bertanya.
“Si Zatun ni dapat kerja yang hari tu,” beritahu Salina.
“Kat mana?” Rayyan Affandy bertanya lagi.
“Syarikat tempat abang kerja itulah.Opps!” Hazrul terlepas cakap.
“Hah?” Zatun pandang wajah Hazrul kemudian wajah Rayyan Affandy.
“Oh! Tahniah! Nampaknya kita akan selalu bertemu lepas ni.”
Zatun pandang wajah Hazrul. Aduh! Dia rasa macam nak jadi harimau jer ketika itu, apatah lagi bila teringatkan perbualan terakhir antara dia dengan Rayyan Affandy tempohari.
“Lain kali jangan mudah sangat.”
“Apa maksud awak?”
“Yalah, awak tak kenal saya tapi awak berani-berani mengikut saya.”
Tuhan saja yang tahu macamana hati Zatun ketika itu. Hangat menyerbu ke muka. Kecil terasa diri bila ditegur sebegitu. Hendak membela diri tapi tidak tahu bagaimana. Akhirnya Zatun pergi dengan hati yang sebal.
***
Sudah seminggu Zatun bekerja di syarikat tersebut. Sekali-sekala dia terserempak dengan Rayyan Affandy. Bila berpapasan, Zatun buat-buat tak perasan. Kadang-kadang, dia melarikan diri bila terlihat kelibat Rayyan Affandy. Seboleh-bolehnya dia ingin mengelak dari bertembung dengan pemuda itu. Hatinya masih sakit bila terkenangkan kata-kata pemuda itu. Suka-suka aje buat tanggapan begitu, fikir Zatun. Apa dia ingat aku ni, gadis murahan ker? 
“Awak belum ucapkan terima kasih lagi pada saya,” tegur Rayyan Affandy pada Zatun yang ketika itu sedang membuat salinan kertas kerja di mesin fotostat.
“Astaghafirullahalazim!” Zatun beristighafar, agak terkejut dengan kehadiran Rayyan Affandy yang muncul tiba-tiba di belakangnya.
Sorry,” kata Rayyan Affandy tanpa perasaan.
Zatun menghela nafas. “Ada apa?” tanya Zatun kemudiannya.
“Saya tunggu ucapan terima kasih dari awak.”
Zatun mengerutkan dahinya. “Terima kasih.”
“Terima kasih je?” balas Rayyan Affandy,masih dengan nada serius. “Sekurang-kurangnya belanjalah saya makan ker minum ker?”
Zatun pandang wajah Rayyan Affandy. Dia tidak faham dengan pemuda itu. Apa yang dia hendak?
“Saya tidak kenal awak sangat, kenapa saya mahu belanja awak?” Zatun cuba memulangkan paku buah keras.
“Awak dah kenal saya, saya abang kepada rakan baik awak. Terkini, awak sudah menjadi rakan sepejabat saya.”
Zatun terdiam. Ingin sahaja dia membalas, itu tidak bermakna apa-apa, tapi tidak terluah dengan perkataan.
“Macamana?”
“Awak pun tahu saya baru dapat kerja kan? Gaji pertama nanti, saya belanja awak.”
“Kalau begitu, hari ini saya belanja awak. Pukul 12 nanti, tunggu saya kat lobi.”
            “Hah? Tapi..” Zatun hendak bersuara lagi tapi Rayyan Affandy pantas memotong.
            “Jam 12 tengahari. Lobi. Jangan tak muncul pula.”
            “Tapi..”
            “Tak ada tapi-tapi,” balas Rayyan Affandy tegas sambil berlalu pergi meninggalkan Zatun.
            “Saya tak kata saya setuju pun..” sambung Zatun sedikit mengeluh. Rasa macam dibuli sahaja.

***
Petang itu ketika masa menjejak ke jam terakhir waktu bekerja. Rayyan Affandy muncul di meja Zatun.
“Kenapa awak tak jumpa saya kat lobi tadi?”
“Saya tak sengajalah.”
“Tahu tak saya tunggu awak sejam lamanya.”
“Bukan salah saya. Saya ada meeting.”
“Kenapa awak tak bagitahu terlebih dahulu.”
“Macamana nak bagitahu, awak tak bagi saya peluang pun.”
Rayyan Affandy mendengus kasar.
“Awak temankan saya makan. Saya tak makan tengahari lagi.”
Rasa bersalah menyelubungi diri Zatun. Takkanlah, tunggu aku sampai tak makan kut. Ish! Dia meneguk air liur. “Tapi…”
“Awak ada masalah kah?”
“Bukan begitu.”
“Awak ada meeting lagi?
Zatun menggeleng.
“Atau awak ada temujanji?”
Geleng.
“Habis tu?”
“Saya kena balik cepat.”
“Kenapa? Ada suami menunggu awak di rumah?”
“Err? Bila pula saya jadi isteri orang.”
“Kalau macam tu, tiada siapa yang nak marah kan?”
“Saya..saya kena .. sampai kat rumah sebelum jam sembilan malam.” Lambat-lambat Zatun menjawab.
“Habis tu?”
“Bas terakhir pukul 8 malam.”
“Tak ada masalah. Saya akan hantar awak balik.”
“Tapi, hari tu awak kata…”
“Saya hantar awak balik.”
***
“Pinjam handphone awak.”
“Buat apa?”
“Bagi ajelah.”
Sebentar kemudian telepon bimbit milik Rayyan Affandy berdering. Rupa-rupanya Rayyan Affandy mendail nombor miliknya sendiri pada telepon bimbit Zatun.
“Saya dah save nombor saya dalam handphone awak. Lain kali bila saya call, awak mesti angkat okey.”
            Zatun pandang wajah Rayyan Affandy dengan dahi berkerut. Datang meja aku tiba-tiba, lepas itu minta yang bukan-bukan.
            “Jangan pandang saya macam tu,” tegur Rayyan Affandy.
            Zatun tarik muka. “Kenapa pula?”
            “Saya rasa semacam,” balas Rayyan Affandy bersahaja.
            “Huh.” Apa-apalah, Zatun julingkan matanya ke langit sebelum menyambung semula kerjanya yang tergendala.
            “Jangan lupa, kalau saya call, angkat. Tahu?” pesan Rayyan Affandy ketika melangkah pergi.
            Zatun buat muka lagi. Whatever!

***
Malam itu, telepon bimbit Zatun berbunyi.  Zatun pandang jam dinding. Sebelas malam. Aduh! Aku baru mahu terlelap, getus hatinya. Ingin sahaja dia menyambung tidur tapi telefon bimbitnya masih tidak mahu berhenti berdering.
            Pantas Zatun bangun lalu mengambil telefon bimbit yang terletak di atas meja solek.
Tertera ‘Bakal Suami Awak’ pada skrin telepon bimbitnya. Terbelalak mata Zatun melihat nama yang tertera.
“Hello?”
“Assalamualaikum,”suara lelaki di seberang talian.
“Waalaikumsalam,”balas Zatun sudah dapat mengagak siapa pemanggilnya.
“…”
“Rayyan?” Hendak dipanggil abang rasa macam tak kena pula. Walaupun hakikatnya pemuda itu lebih tua dari dirinya.
“Zatun?”
“Awak nak apa?”
“Esok awak kerja?”
“Kerja. Kenapa?” pelik, fikir  Zatun.
“Tak ada apa.”
“Awak nak tanya itu jer ker?”
“Hmm…”
“Kalau macam tu,  saya letak dulu.”
“Zatun?” suara itu tersekat lagi.
“Napa?”
“Boleh tak awak sebut nama saya?”
“Napa?”
“Sebut ajelah.”
“Rayyan… Rayyan Affandy.”
            Rayyan Affandy tersenyum berbunga-bunga.
***
Geram betul hati Rayyan Affandy melihat Zatun diusik dua lelaki di hentian bas. Dia menghentikan kereta yang dipandunya betul-betul di hadapan Zatun. Hon ditekan kuat sambil cermin di sebelah tempat duduk penumpang diturunkan.
“Zatun! Masuk!”
“Hah?” Zatun sedikit tersentak bila melihat betapa seriusnya wajah Rayyan Affandy.
“Masuk!” Keras suara Rayyan Affandy kedengaaran membuatkan Zatun terus masuk ke dalam perut kereta tanpa menunggu lebih lama.
“Awak memang suka diusik begitukah?”
“Apa maksud awak?”
“Pemuda-pemuda tadi.”
Pemuda-pemuda tadi? Soal Zatun dalam hati. Budak-budak tu buat apa pun? Cuma bertanyakan bas nombor berapa yang harus mereka naik kalau ingin sampai ke KLCC. Namun begitu, dia tidak berniat untuk menjelaskannya pada Rayyan Affandy.
“Tak ada apa.”
“Awak ni selalu buat saya risau.”
Zatun melirik Rayyan Affandy. Err.. apa maksud dia ni?
“Mulai hari ini, saya akan hantar awak balik.”
Pulak? Makin aku nak jauh, makin pula dia mendekat. Ternganga Zatun mendengar cadangan Rayyan Affandy. Ishh!
***
Satu petang di pantry.
“Zatun, siapa tadi tu?” Tanya Reena.
“Siapa?”
“Alah, lelaki yang lunch dengan kau tu.” Sampuk Shima.
“Oh! Munir. Kawan sekolej saya.”
“Ada apa-apa dengan awak ker?” beria-ia Reena bertanya.
“Tak adalah. Berkenan ker?” Zatun tersenyum.
“Ooh, ingatkan awak couple dengan dia.”
“Tak takutkah dengan Encik Rayyan?”
Encik Rayyan? Kenapa pula Reena dengan Shima berencik-encik dengan Rayyan? Nak kata Rayyan Affandy tu dah berumur, tidak pula kelihatan begitu. Pangkat besar kut?
“A’ah tak takut dengan Encik Rayyan ker?”
“Kenapa dengan dia?” pelik pula Zatun memikirkan.
“Dia nampak macam berminat aje dengan awak.”
“Ish! Rayyan Affandy? Hahaha… korang ni buat lawaklah, macamlah dia tu nakkan saya.” Merepek betul, fikir Zatun lagi.
“Siapa kata saya tak nak kat awak?”
Berderau darah Zatun bila tiba-tiba suara itu mencelah. Reena dengan Shima cepat-cepat angkat kaki meninggalkan Zatun berseorangan.
“Selamat petang, Encik Rayyan,” sapa Reena ketika melepasi pemuda itu.
Rayyan Affandy sekadar mengangguk.
Zatun yang sedang duduk sudah mula rasa tidak tenteram. Air kopi yang tinggal separuh diteguk perlahan cuba menghilangkan resah. Rayyan Affandy masih berdiri di muka pintu pantry tersebut. Matanya masih melekat pada wajah Zatun.
Zatun cuba berlagak selamba padahal hati di dalam bergetar bagai nak rak. Dia bangun lalu membasuh cawan di sinki. Lama dia berdiri sambil memikirkan cara untuk meloloskan diri.
“Zatun, kalau saya kata saya nak kat awak. Awak nak kat saya tak?” Suara Rayyan Affandy kedengaran betul-betul di tepi telinga Zatun.
Terlepas cawan yang dibasuh Zatun ke dalam sinki. Berdentang bunyinya. Terasa luruh jantungnya mendengar pertanyaan yang dilontarkan Rayyan Affandy.
“Saya…saya pergi dulu,”terketar-ketar suara Zatun ketika dia melepasi Rayyan Affandy.

***
Hening. Masing-masing berdiam diri, hanya kedengaran lagu dari siaran radio Hot FM berkumandang di udara. Zatun sudah tidak berani memandang Rayyan Affandy. Kalau boleh, Zatun memang tidak ingin menumpang kereta Rayyan Affandy. Dia tidak mahu pemuda itu bersusah payah menghantarnya balik. Selama ini, dia sudah berusaha untuk mengelakkan diri dari Rayyan Affandy. Tapi, dia tidak mampu berbuat demikian.
Adakah aku ada menyimpan hati dengan si rambut afro ni? Fikir Zatun sendiri. Dia jadi resah. Dia memang tidak selesa berhampiran dengan pemuda itu. Ada debar yang tidak diundang hadir setiap kali pemuda itu ada berdekatan. Zatun membuang pandang ke sebelah kirinya, memerhatikan kereta yang lalu lalang.
“Zatun, takkan awak tak perasan?” suara Rayyan Affandy memecahkan suasana kekok itu.
Zatun meneguk air liur. “Perasan?”
“Perasaan saya terhadap awak.” Sedikit bergetar suara Rayyan Affandy ketika mengucapkannya.
Hati Zatun berdebar lagi. Dia terdiam.
“Awak ni macam kopi tau,” sambung Rayyan Affandy bila sepi kembali menyelubungi suasana.
Perumpamaan apa pula ni? Detik Zatun, masih terkaku dengan kata-kata Rayyan Affandy.
“You know, something about you is so addictive.”
Tidak tahulah berapa banyak air liur sudah diteguk Zatun. Entah kenapa sejuk penghawa dingin pun tidak mampu menghilangkan peluh yang dirasakan oleh Zatun.
Sekali-sekala terasa mata Rayyan Affandy singgah pada wajah Zatun.
“Saya rasa macam separuh mati bila tidak bertemu dengan awak walau sehari.”
Zatun memejamkan matanya. Dibekukan dirinya kerana tidak tahu bagaimana mahu bertindak balas dengan pengakuan Rayyan Affandy itu.
“Awak tahu tak, saya rasa macam nak sasau kalau tidak mendengar suara awak walau sepatah.” Rayyan Affandy menghela nafas panjang. Tiba-tiba dia membelok masuk ke hentian rehat yang disediakan untuk kemudahan pengguna jalan raya. Kereta diberhentikan di kawasan parker dan enjin dimatikan.
“Zatun,” perlahan suara Rayyan Affandy. Dia diam sejenak sebelum memusingkan badan dan memandang wajah gadis itu.
“Zatun, bawa saya jumpa ibu bapa awak?”
Zatun angkat muka terkejut dengan permintaan itu.
“Saya dah tak boleh tahan lagi. Saya tak boleh tahan rasa rindu ini.”
Debaran di hati Zatun bertambah kencang. Wajahnya terasa hangat.
Redup mata Rayyan Affandy menikam wajah Zatun.
“Saya.. saya rasa saya sudah jatuh cinta pada awak.” Rayyan Affandy meraup wajahnya.
 “Zatun Alyah, saya minta pada awak. Izinkan saya menjaga awak.. Izinkan saya mencintai awak..Izinkan saya hadir dalam hidup awak.. Izinkan saya jadi yang berhak ke atas diri awak..”
Mata Rayyan Affandy bertembung dengan mata Zatun. Ada kilas airmata pada birainya. Dan ayat yang terakhir membuatkan hati Zatun terusik.    
“Izinkan saya jadi yang sah di sisi awak. “
Empangan airmata Zatun tumpah, sebak menghuni jiwa.
“Awak tiada halangan bukan?” suara Rayyan Affandy separuh berbisik.
Zatun menggeleng. Kedengaran Rayyan Affandy menarik nafas lega sebelum memanjat doa bersyukur yang permintaannya itu dimakbulkan.

***
“Kan saya dah kata awak akan jadi kakak ipar saya.” Tegur Hazrul Anuar ketika majlis persandingan berakhir.
“Yalah, sekarang awak kena panggil saya kakak.”
“Buat apa dengan isteri abang tu?” Tiba-tiba Rayyan Affandy muncul.
“Alah, jeles betul abang ni. Tak ada siapa yang berani usik isteri kesayangan abang tu.” Balas Hazrul Anuar sebelum menyambung. “Adik pun akan kahwin tak lama lagi.”
Zatun tersenyum memerhatikan adik iparnya berlalu meninggalkan mereka berdua.
“Awak tak menyesal kan kahwin dengan saya?”
Zatun tertunduk sebelum memandang wajah Rayyan Affandy semula. “Kalau saya menyesal, saya tidak akan berada di sini.”
Rayyan Affandy mengelus pipi isterinya sebelum menghadiahkan sebuah kucupan pada dahi isterinya itu.
“Abang janji, abang akan menjaga Zatun macam nyawa abang sendiri.”

0 comments:

Post a Comment