Di Kalung Kasihan

Posted by Smat Goal Ent 11:05 PM, under | 1 comment



                “RM4.00.” lelaki dihadapannya mengeluarkan sejumlah yang diminta.Selama 3 minggu di bekerja disitu,sudah 3 minggu juga lelaki tersebut mengunjungi kedai serbaneka dimana tempat Arren bekerja. “Terima kasih,datang lagi.” Seraya itu dia menganggukkan kepala kepada lelaki tersebut.Dikejauhan Arren memerhatikan lelaki itu sedang berbual-bual ditelefon bimbit.Sesekali dia tertawa bagaikan ada berita yang gembira.Arren hanya menjadi pemerhati yang setia sambil itu dia pun tumpang cuci mata. “Sekejap lagi stok barang sampai,awak uruskan sendiri.Saya nak pergi makan.” Arren mendengar penuh teliti arahan anak bosnya yang merupakan ‘second bos’.Jika dilihat rupa paras memang terserlah kebengisan wajah Lek Yue.Hari pertama lagi Arren sudah dimarahi Lek Yue kerana ada beberapa kesilapan kecil.Lagaknya sahaja nampak kasar tetapi baik hati,jika bekerja ditempat lain belum tentu wang perbelanjaan untuk makan ditanggung.Tetapi bekerja dengan Lek Yue bukan setakat duit makan dibagi,malah kereta pun boleh dipinjam.Lek Yue memang seorang yang tidak banyak cakap kerana dia tidak berapa fasih berbahasa melayu.
                Arren meneliti setiap invois-invois yang berada ditangannya.Kemudian satu per satu kotak dikira untuk memastikan tiada yang tertinggal. “Okey adik,saya pergi dulu.” Seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an meminta diri bermakna tugasnya sudah selesai. “Okey.”Arren masih mengira-ngira setiap kotak.Tiba-tiba kakinya terasa terpijak sesuatu.Arren segera menoleh ke bawah. “Dompet siapa ni?” Dia segera membuka isi didalamnya mana tahu kalau-kalau kepunyaan si pemandu lori tadi.Duit sahaja sudah berkepuk didalamnya.Lalu dia mengeluarkan bisnes kad yang terselit. “CEO Klara Emas Copration Syed Mohd Syazril bin Syed Zulkifli.” Dia segera mengeluarkan kad pengenalan pemilik dompet tersebut.Sah!lelaki yang kerap datang ke kedai itu hampir setiap hari sejak kebelakangan ini.Arren masih mencari-cari akal untuk memulangkan dompet tersebut kepada pemiliknya.Dia menunggu ketibaan Lek Yue untuk meminta kebenaran keluar.Syarikat itu tidak jauh,hanya berhadapan kedai serbaneka tempat Arren bekerja sahaja.Tidak lama kemudian deruman kereta Lek Yue sudah kedengaran.Arren sudah menanti Lek Yue dihadapan pintu kedai. “Kenapa?”Lek Yue agak kaget melihat Arren berada dipintu kedai sambil tersenyum-senyum memandangnya. “Er..saya nak minta izin keluar sekejap boleh?”“Buat apa?”Lek Yue seperti tidak senang melihat Arren. “Nak hantar dompet abang saya,tadi tertinggal.” Lek Yue hanya mengangguk malas. “Thank you!” Arren separuh menjerit.
                “Maafkan saya,boleh saya berjumpa dengan Syed Mohd Syazril?” Arren bertanya dikaunter pertanyaan sekitar lobi pejabat tersebut. “Tuan Syazril?sekejap ye.” Perempuan yang menjaga kaunter tersebut dilihat sedang menekan-nekan  pad kekunci pada telefon yang disediakan lalu bercakap ditalian.Tidak lama kemudian dia bersuara. “Cik,Tuan Syazril ada mesyuarat.Cik nak tunggu atau tinggalkan apa-apa pesanan?” “Er..lambat lagi ke?” perempuan itu tersenyum lalu menggelengkan kepala. “Kalau macam tu saya tunggu dulu lah.” Arren segera duduk disofa yang disediakan.Arren mencapai majalah yang berada di atas meja berhampirannya.Kulit depan juga sudah membuatkan dia minat mahu membaca mengenai isi majalah tersebut.Segak bergaya.Itulah pujian Arren apabila melihat gerangan CEO muda Klara Emas Copration yang menghiasi kulit majalah berkenaan. “Cabaran terbesar dalam usia muda.” Arren membaca ruangan pertama.Dia kagum cara Syazril membangunkan syarikat tersebut walaupun hampir-hampir  muflis satu ketika dahulu.Dengan berbekalkan ijazah yang ada Syazril yang masih mentah lagi dalam bidang ini menerajui sepenuhnya syarikat tersebut tanpa sebarang pengalaman.
                “Awak yang nak jumpa saya tadi?” teguran seorang lelaki dihadapannya membuatkan Arren kelam-kabut. “Ha..ye.Saya nak pulangkan ni kat encik.” Kedua-dua tangan Arren sudah menghulur dompet tersebut.Dengan cermat Syazril menariknya dari tangan Arren.Masing-masing tidak berpandangan sesama mereka. “Erm..terima kasih,saya tak perasan pula bila tercicir dekat kedai tu.” “Sama-sama,saya pergi dulu ya?” Arren segera membelakangi Syazril.Entah kenapa jantungnya berdegup laju.“Tunggu!”Arren berpaling semula.“Awak balik kerja pukul berapa?”Sambung Syazril.Arren menelan air liur sebelum berkata-kata.“Pukul7.Saya balik dulu.”Sepantas mungkin Arren keluar meninggalkan Syazril.
                Petang itu seperti biasa Arren bersiap-siap untuk pulang ke rumah. “Arren,esok datang awal sikit.Banyak barang belum susun.”“Tadi saya dah susunlah.”Jawab Arren selamba. “Oh..okey,okey.” Mata Lek Yue masih memandang ke skrin komputer.“Saya pergi dulu.Bye.”Arren terkocoh-kocoh meninggalkan Lek Yue dengan lambaian.Jam ditangan sudah diliriknya.Dia kemudian meneruskan perjalanan mahu menuju ke stesyen LRT. “Ehem!” deheman dari belakang membuatkan dia kaget.Lantas dia menoleh.Syazril!Dengan langkah yang bersahaja Syazril mendekati Arren. “Balik siapa yang ambik?”Arren menundukkan wajahnya. “Naik LRT.” Syazril tertawa kecil.Arren segera mengangkat wajahnya.Hina ke naik LRT?“Jom saya hantar awak balik?”Syazril seperti meminta jawapan dari Arren tentang perlawaan itu. “Er..rasanya tak perlu.Saya tak kenal dengan encik lagi.Entah-entah encik ni orang jahat ke..Siapa tahu kan?” Syazril mengangguk-angguk beberapa kali.Kagum dia dengan ketelitian gadis dihadapannya itu. “Kalau saya nak buat jahat dengan awak,nanti awak report la dekat balai polis.Lagi pun saya dekat situ je.” Ujar Syazril sambil menunjuk bangunan pejabatnya.Dengan tidak semena-mena tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat.Dentuman guruh juga tidak lepas. “Hemm..hujan pulak.Stesyen LRT jauh lagi.” Syazril segaja memerli gadis dihadapannya itu. “Tak apalah,encik sudi ke hantar saya ke rumah?” pertanyaan Arren dibalas dengan anggukan.
                Deringan bunyi telefon menandakan ada pesanan ringkas yang diterimanya.Lantas membuka pada kotak peti masuk. “Terima kasih sebab sudi bagi nombor telefon dekat sayaJ” “Sama-sama..terima kasih jugak dekat encik sudi hantar saya hari ni.”Arren menekan butang hantar kepada individu tersebut.Tidak lama kemudian ada lagi pesanan ringkas yang diterima. “don’t call me ‘encik’.macam orang tua la.Saya nak mandi sekejap,after that I call u back.bye..nice to meet u Arren!” Arren menghela nafas berat.Tidak sangka rasanya berbalas mesej dengan orang gah dalam dunia koporat.Dilihat cara pesanan ringkas tersebut orangnya agak manja.Tetapi rupanya tegas dalam membangunkan perniagaan.Laungan emak dari dapur sudah kedengaran.Arren segera turun ke bawah.Bau masakan emak betul-betul menyengat hidung Arren. “Rajin mak masak.” Tegur Arren. “Nak harapkan kau yang memasak memang tak berasaplah dapur ni.” Bidas emak,tetapi Arren tetap dengan muka selambernya sahaja. “Apa asap-asap mak ni..dapur sekarang dah canggih mak,cakap je nak makan apa semua ada.Tapi syaratnya sediakan duitlah.” Kali ini emak mencekak pinggang sambil memegang senduk ditangan. “Bertuah punya anak,macam tu sampai ke tua kau tak kahwin.Kalau laki kau kaya tak apa jugak,ini kerja gaji sehari RM15.00.Kau pulak hari-hari nak makan kat luar.” Leter emak membuatkan Arren gelak terbahak-bahak. “Tak apa mak,nanti Arren carikan mak menantu CEO Klara Emas Copration ye mak.” Fikiran Arren ligat membayangkan Syazril yang baru dikenalinya hari ini.
                Pagi itu seperti biasa Arren mengemas serba sedikit barang-barang semalam.Dia pun sudahsedia maklum oleh Lek Yue untuk datang awal pada pagi ini. “Hai Arren!” Seseorang meyapa dari arah belakang. “Encik Syazril.” Syazril menghampiri Arren.Jarak antara mereka tidak jauh. “Berapa kali saya cakap,jangan panggil encik.Lagi pun awak bukan pekerja saya.Panggil Azril je pun boleh.” “Opps!sorry encik Azril.Eh!Azril.Er..nak beli apa hari ni?duit banyak kan?” Arren sengaja mengajukan soalan tersebut memandangkan semalam dompet Syazril tercicir di situ. “Oh,ya..erm,bagi mineral water satu.Lepas tu..” “Roti kismis?”Sengaja Arren memotong percakapan Syazril. “Yup!macam tahu-tahu je.” Arren tergelak kecil.“Dah tahu rutin harian awak Azril.”Arren segera mengambil roti kismis bersama air mineral lalu diletak pada kaunter pembayaran. “Rehat nanti kita lunch nak?” Azril sengaja memperlawa Arren dengan harapan Arren sudi menemaninya. “Boleh..tapi pukul berapa awak nak ajak saya makan?Saya ada satu jam masa untuk rehat.” Lambat-lambat sahaja pertuturan Arren.“Pukul 12?” akhirnya Arren mengangguk tanda setuju.
                “White coffee ice..” mereka serentak meminta minuman yang sama dan akhirnya mereka tertawa. “Makan?” tanya pembantu restoran tersebut. “Awak dulu.”Arren memandang Syazril. “No,no,no..ladys first.” Arren kemudiannya tersenyum memandang lelaki dihadapannya itu.Sedar atau tidak sudah 5 bulan mereka menjalinkan persahabatan.Sedikit perasaan cinta itu mula berputik ditangkai hati Arren.“Saya nak mee bandung.”Pinta Arren. “Bagi saya yang sama jugak.” Ujar Syazril pula. “You know what..my mum suka makan mee bandung.” Syazril bercerita serba sedikit. “Oh..really?” “Awak pandai buat mee bandung?”Arren tertawa dengan pertanyaan Syazril. “Kenapa gelak?tak pandai buat?” Wajah Arren terus mencuka memandang Syazril.“ Hei..tolong sikit,saya ni master chef okey.Mestilah pandai.” Syazril betul-betul tertarik dengan sifat Arren yang kadang-kadang pandai berseloroh itu. “So..awak tak kesah kan kalau sabtu ni masak dekat rumah saya?Nanti saya belikan barang-barangnya.Datang sana tinggal masak je.Barulah saya dapat nilai awak master chef betul atau tiruan.” Tercabar dengan kata-kata Syazril,Areen pantas mencubit bahu Syazril. “Adui!sakitlah sayang!” “Apa awak cakap?Nak saya cubit lagi ke?” Syazril akhirnya menjuihkan bibir ke arah seorang pelayan yang sedang membawa menu mereka tadi.
                Arren bersalaman dengan Datin Hasnah iaitu ibu kepada Syazril.Kedatangannya disambut baik oleh ahli keluarga mereka.“Duduklah dulu Arren biar mak cik ke dapur sekejap ye.” “Er..tak payah susah-susah mak cik,saya dah minum dengan Azril tadi.” Seketika kemudian dia memandang wajah Syazril.Syazril pula seperti menjauhkan diri dari Arren tetapi sempat dia mengenyit nakal ke arah  Arren.Kenyitan itu dibalas jelingan oleh Arren.Lelaki ni memang sengaja nak kenakan aku!Tidak lama kemudian Datin Hasnah tiba dengan membawa dulang dan jag berisi air. “Jemputlah minum Arren.”“Terima kasih mak cik.”Arren menghirup minuman yang disediakan.“Arren dengan Azril dah lama berhubungan?”Arren yang sedang asyik menikmati minuman tersedak dengan pertanyaan Datin Hasnah. “Lah,kenapa ni?Mak cik salah tanya ke?Mak cik minta maaf.” Datin Hasnah memusut-musut belakang Arren.“Kami dah lama dah mama.Tu yang nak mama tengok bakal menantu mama hari ni.Lagi-lagi hari ni ada orang nak masakkan Mee Bandung untuk mama.”Arren tercengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut Syazril. “Erm..patutlah semalam Azril sibuk beli barang dapur.Rupanya bakal menantu mak cik yang nak masak.” Arren sekadar tertawa kecil.Tidak sangka pula rasanya Syazril berterus terang dengan Datin Hasnah tentang hubungan yang sebenarnya belum terjalin itu.Untung badan cik adik oi!
                “Terima kasih sebab sudi masak dekat rumah saya tadi.Mama suka.” Syazril bertutur agak serius dari biasa.Bagaikan ada halangan pula antara mereka untuk bergurau senda seperti biasa apabila terkenangkan peristiwa manis sekejap tadi. “Sama-sama,bukan selalu pun dapat luangkan masa macam tu kan?” Syazril tersenyum sambil menumpu ke arah pemanduannya. “Arren..” Tiba-tiba muka Syazril dilihat agak serius.Arren hanya memerhati dan menanti apa yang mahu dikatakan oleh Syazril. “Sudi tak awak jadi isteri saya?” Pandangan mereka berlaga.Arren segera menundukkan wajah.Terasa berpijar pipinya apabila Syazril sudi melamarnya.Ya Allah,aku bersyukur dengan anugerah yang Engkau berikan hari ini. “Awak masuklah meminang saya,saya masih milik mak dan ayah saya.” Syazril tersenyum mendengar penjelasan Arren.
                Arren tersenyum memandang keayuannya dicermin dengan mengenakan pakaian untuk majlis pertunangan yang bakal berlangsung sebentar lagi.Sepatutnya hari kegembiraan begini dapat dirasai bersama kakaknya sekali,akan tetapi kakaknya juga sibuk menelaah pelajaran diperantauan.Rasa berdebar-debar menunggu saat keluarga Syazril datang.Sekejap-sekejap Arren bangun. “Kau ni kenapa?” tanya Ira. “What?” Arren memandang wajah Ira.“Dari tadi tak reti duduk diam ke?”Arren duduk semula bersebelahan Ira. “Aku tak sedap hati je rasanya,dia dah makan ke belum?Dia pakai baju apa nanti?Muka dia macam mana nanti?Ish!peninglah aku.” “Lah,macam tu pulak?” terkekek-kekek Ira mengetawakan Arren. “Hei,aku serius ni.Salah ke apa aku cakap ni?Kenapa?Why,why,why?” sekali lagi Ira ketawa terbahak-bahak.Ketukan pintu bilik membuatkan Arren bertambah gementar. “Arren!”Arren dan Ira tercengang memerhatikan Farhan termengah-mengah masuk ke bilik Arren. “Kenapa Farhan?” Arren tidak senang melihat keadaan Farhan yang agak panik itu. “ Abang Azril.Family dia dah sampai.” Arren semakin berdebar-debar menanti pihak lelaki.Ira lucu dengan telatah mereka berdua.Dasar keluarga yang pelik.
                Dalam tempoh 5 bulan sahaja Arren dan Syazril akan diijabkabulkan. Syazril pula bekerja keras untuk menyiapkan tugasan kerana bakal bercuti lama.Mereka jarang meluangkan masa bersama sejak terjalinnya ikatan pertunangan.Deringan telefon sedikit mengganggu kerja Syazril. “Hello,saya banyak kerja ni awak.Kenapa?” Arren mengeluh berat mendengar penjelasan Syazril.“Saya nak ajak keluar makan.Sambil-sambil tu nak intai mana-mana tempat untuk tempah baju pengantin.” “Arren,awak cari sendiri boleh?Saya banyak kerja nak selesaikan ni.” Hampa dengan jawapan Syazril,akhirnya Arren menamatkan talian.Syazril menyambung tugasannya semula.
                Dicarinya Arren di kedai tetapi Lek Yue memberitahu bahawa Arren pulang awal hari ini.Sudah sepuluh kali dia cuba menghubungi Arren tetapi gagal.Arren sengaja menutup telefon agar dia tidak dapat menghubungi.Dia mencuba sekali lagi dengan harapan Arren menjawab panggilannya. “Syazril?” Syazril segera memalingkan tubuhnya ke belakang. “Maira?Apa you buat dekat sini?” Gadis itu menundukkan wajahnya.“Puas I cari you Azril.Ke mana you pergi?” “Maira,jom I bawa you pergi tempat lain.” Syazril cuba memujuk.
                “I tak sengaja tinggalkan you,masa tu syarikat I dah nak muflis.I kena tolong papa I untuk bangunkan syarikat tu semula.” Gadis disebelah Syazril masih lagi teresak-esak. “Dah berpuluh kali I call you tapi you tak pernah nak jawab.Akhirnya I putus asa.I tunggu you sampailah hari ni I jumpa you balik.” Syazril cuba merapati gadis disebelahnya.“You masih sayang I Azril?”Gadis itu mendongak memandang Syazril. “Dah sayang,jangan nangis.I ada dengan you sekarang.I tak kan tinggalkan you lagi.” Gadis itu rebah dibahu Syazril.Tidak dinafikan dia juga merindui Maira.Selama ini dia menyangka Maira sudah melupakan dia.Kerana itu dia tidak mahu menghubungi gadis itu lagi.
                Sebanyak 43 kali panggilan yang dibuat oleh Syazril sejak semalam.Marah benar dia dengan lelaki itu kerana sudah berkali-kali Syazril menolak untuk keluar dengannya.Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Syazril. “Sorry semalam bateri habis.Balik rumah chager pulak hilang.Ni pun baru beli.” Lantas Arren menekan butang hantar.Hari ini merupakan hari cuti Arren.Hari beginilah yang sesuai untuk dia memilihan barang-barang persiapan perkahwinannya nanti.Tidak mahu mengganggu Syazril lebih baik dia keluar mencari sendiri sahaja persiapan itu semua.Hantaran mungkin ala kadar sahaja kerana dia pun bukan orang senang seperti Syazril.
                Arren membelek-belek satu per satu jam tangan berjenama Polo yang berada dicermin.Lihat sahaja harganya tahan untuk belanja makan seminggu.Dari tadi berjalan satu barang pun tidak dibelinya.Kebanyakan barang semua berjenama luar Negara.Dah kau cari kat tempat tip top,tip top lah harganya.Cuba kau cari kat jalan Chow Kit.Confirmlah harganya berbaloi. Gumam Arren.Sekilas dia terpandang kelibat Syazril.Arren segera mengejar Syazril.Baru sahaja Arren mahu mendekati tunangnya,seorang gadis berambut panjang meluru ke arah Syazril lantas memaut lengan lelaki itu.Mereka berjalan dengan penuh mesra seperti tiada apa-apa yang berlaku.Arren bagaikan mahu pitam melihat drama yang terjadi didepan matanya.Hati luluh.Dia bagai hilang akal disitu.Siapa gadis itu?Adakah dia salah lihat?Tak mungkin!dia masih kenal wajah tunangnya.Air mata sudah mencurah bagaikan tidak mahu berhenti.Kepalanya terasa pusing.Arren menjadi tumpuan ramai dan akhirnya dia pengsan.
                Sebaik Arren sedar dia sudah berada disebuah bilik yang mungkin dipanggil wad kecemasan. “Syukur Alhamdulilah Arren dah sedar.”Emak Arren berkali-kali mengusap-usap rambut Arren.Arren masih termenung tanpa sebarang riaksi.Tidak lama selepas itu Datin Hasnah yang ditemani Datuk Zulkifli masuk juga lalu mendekati Arren. “Arren,kenapa pergi sana sorang-sorang?Dah jadi macam ni kami juga yang susah.Mak cik risau sangat.” Arren hanya membatukan diri. “Syazril tak dapat datang sayang,dia out station pagi tadi.” Sambung Datin Hasnah lagi.Kali ini Arren memandang wajah Datin Hasnah lantas dia memeluk sambil menangis. “Arren nampak Azril dengan perempuan lain mak cik.” “Tak mungkin sayang.Azril yang beritahu mak cik dia ke sabah hari ni.” Arren menggeleng perlahan. “Arren memang betul-betul nampak dia tadi kat shopping kompleks dengan perempuan tu.” Arren tidak dapat membendung duka di hati.Baru sahaja dia bergelar tunangan Syazril tetapi sudah mendapat rintangan.
                Hari ini dia harus berbincang dengan Syazril,memandangkan majlis pernikahan mereka akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.Pagi tadi hanya pesanan ringkas sahaja yang dihantar oleh Arren kepada Syazril untuk perbincangannya petang ini.Arren hanya mampu berdoa agar hubungan mereka kembali pulih.Dia tidak mahu mempersoalkan siapa gadis yang memeluk mesra tunangnya semasa di pusat membeli-belah tempoh hari.Petang itu Syazril mengambil Arren di rumah.Hanya sepi menemani mereka berdua,tiada gurau senda,gelak tawa yang menjadi penghibur.Ke mana perginya gurau senda dan gelak tawa itu?Apa-apa pun mereka sedang melancarkan perang dingin saat ini.Arren tidak tahu ke mana destinasi yang dituju Syazril.Dia hanya menuruti sahaja ke mana sekali pun Syazril berhenti.
“Kita putus.” Kata-kata Syazril bagaikan bongkah batu besar yang menimpa diri Arren.Dia menekup mulut dengan kedua-dua belah tangannya.Air matanya dari tadi tidak berhenti berlinangan.“Apa yang saya dah buat Azril?”Arren menggoncang-goncang tubuh Syazril. “Kita tak ada jodoh.” Sekali lagi Arren mahu rebah.“Kenapa mesti sekarang…”Syazril segera memegang bahu Arren dihadapannya. “Awak,saya faham.Semua ni bukan senang.Tapi awak kena terima yang saya bukan milik awak.” Arren semakin meraung mendengar penjelasan Syazril “Jangan tinggalkan saya Azril,saya merayu.Tolong jangan tinggalkan saya.Saya tak boleh hidup tanpa awak.” “Arren..jangan macam ni.” Arren semakin kuat menggengam tangan Syazril.Arren merenung mata Syazril pinta agar ada belas kasihan.“Berilah saya peluang tu Azril.” Air mata semakin deras membasahi pipi.Lama Syazril terdiam,akhirnya gelengan yang diberi Syazril cukup membuktikan segala-galanya bahawa dirinya memang tiada tempat dihati lelaki itu.Genggaman yang tadinya kuat mula mengendur.Arren tidak dapat lagi membendung duka dihatinya.Baginya segala kebahagian itu telah musnah. “Kenapa awak buat macam ni dekat saya..” Arren berkata-kata dalam sendu.Tangannya segera direntap kuat lalu dia berlari meninggalkan Syazril.Laungan Syazril tidak dihiraunya.Guruh mula berdentum,kilat pula menyambung-nyambung namun Arren terus berlari tanpa memikir bahaya kepada dirinya.Hujan yang lebat seolah-olah mengerti akan keadaannya saat ini.Sampai hati awak buat macam ni dekat saya Azril!Apa yang saya dah buat sampai awak sanggup tinggalkan saya?Awak dah janji nak bahagiakan saya tapi kenapa awak buat macam ni?Saya tak kuat Azril..saya betul-betul tak kuat kali ni.Arren berlari dalam hujan tanpa henti.Badannya terasa sejuk disirami air hujan namun dia gagahkan juga untuk berlari.Jika tadi,Syazril yang menumpangkannya menaiki kereta.Tetapi untuk apalah lagi dia mahu menyusahkan lelaki itu lagi.Arren bukan siapa-siapa dimata lelaki itu.Dia tidak layak!Menangislah Arren,menangis..hanya ini sahaja yang mampu dia lakukan saat kehilangan orang yang pernah menanam cinta di hatinya.
                Sesungguhnya perpisahan itu bukan kehendaknya.Dia lebih rela tidak mengenali Syazril dari terpaksa melupakan lelaki itu.Hampir keseluruhan yang ada pada hari ini hanya kenangan.Dilihat pada sudut apa pun tetap ada Syazril.Hatinya bertambah sayu melihat barang hantaran semasa pertunangannya tempoh hari.Semua itu bukan miliknya lagi.Terlalu pantas masa berlalu seperti Syazril juga yang terlalu pantas melupakannya begitu sahaja.Sedangkan dia masih tidak dapat melupakan lelaki itu.Sudah 2 bulan peristiwa pahit itu berlalu,selama itu juga segala-galanya berubah.Arren sudah berhenti kerja di kedai serbaneka berhadapan pejabat Syazril.Dia tidak mampu mengimbau kenangan silam yang terbina di situ.Hatinya sakit!Satu per satu barang hantaran yang masih terhias cantik itu disentuhnya.Arren mencapai senaskah Al-Quran yang dihadiahkan pihak lelaki semasa hari pertunangannya dengan Syazril.Dia mendakap Al-Quran itu ke dada.Hatinya tersentuh,dia menangis sepuas-puasnya untuk mengumpul segala kekuatan. Ya Allah,kepadaMu aku berserah.Bawalah aku dari sini agar aku tidak melihat dia lagi.
4 tahun kemudian..
                Udara yang dihirup begitu nyaman.Dia melafazkan rasa syukur beberapa kali setibanya di balai ketibaan.Seorang kanak-kanak berambut perang dan berkulit putih yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri menarik minatnya.Kanak-kanak itu menghampirinya. “Hey,what your name girl?” dia cuba berbual dengan kanak-kanak itu. “Anne.”Dia tergelak kecil sebaik mendengar nama gadis comel dihadapannya,lantas kanak-kanak itu berlari meninggalkannya tanpa sempat dia menanyakan hal lain.Biasalah budak-budak desisnya. “Assalamualaikum.” Dia sudah mengenali suara yang memberi salam tadi. “Walaikumusalam.” Lelaki itu menghampirinya.“Dah lama sampai?”Anne menganggukkan kepala. “Jadi awak yang jemput saya hari ni?” “Kenapa?tak sudi?” Anne tertawa riang. “Mestilah sudi!bukak bonet tu cepat.Banyak barang ni.” Lelaki itu menuruti sahaja perintah Anne.
                “Rindu sangat-sangat kat Malaysia!balik je tengok-tengok awak yang jemput.” “Yeke?bukan rindu dekat saya?” Rasyid memandang wajah mulus disisinya.Anne terdiam serta merta. “Awak..”Rasyid hanya menumpukan perhatiannya ke jalan raya. “Macam mana dengan dia sekarang?Dah bahagia agaknya kan?” tutur Anne perlahan. “Barang yang lepas jangan dikenang.”“Tapi dia lah punca segala-galanya.” “Anne,dah tertulis memang tak ada pertalian antara awak dengan dia.Betullah apa dia cakap dulu,tak  ada jodoh.” Anne terasa sebak mengingatkan peristiwa yang menyayat hatinya.
                “4 tahun dah berlalu Azril.Tak mungkin dia ada dekat sini lagi.” Datin Hasnah leka membelek-belek pokok bunga yang baru dibelinya sambil membelakangi Syazril. “Tapi hati Azril kuat mengatakan yang dia masih ada dekat sini.” Datin Hasnah mengeluh berat. “Dia boleh terima ke lepas apa yang Azril dah buat dekat dia?Suatu masa dulu,mama pernah terkilan sebab Azril sanggup putuskan pertunangan dengan Arren semata-mata nak pilih Maira.” Syazril menundukkan wajahnya. “Azril tahu mama,itu semua salah Azril.Tapi Azril janji kalau Azril jumpa dia kali ni,Azril akan jaga dia sebaik mungkin dan akan sayang dia sepenuh dia sepenuh hati Azril.”
                “Arren!” laungan itu tidak dihiraukan.Apakah dia salah pandang?tidak mungkin dia salah pandang,gadis itu sempat memberikan senyuman buatnya.Sudah sekian lama Arren hilang dari pandangannya,sudah juga dia cuba menghubungi gadis itu tetapi nombornya sudah tidak aktif.Sejak terciptanya perpisahan antara mereka Arren tidak bekerja di Kedai serbaneka itu lagi.Keluarganya juga sudah berhijrah ke tempat lain.Dia tidak tahu lagi bagaimana mahu mencari Arren.Syazril masih mencari-cari ke mana hilangnya bayang Arren dengan harapan dia menemui gadis itu semula.Kali ini dia sudah nekad mahu menjadikan Arren sebagai isteri jika mereka bertemu semula.Syazril seperti kebuntuan mencari kelibat Arren di pusat membeli belah tersebut.Dia menyesal kerana mengecewakan Arren suatu masa dahulu.Mahligai yang terbina bersama Maira runtuh sekelip mata.Maira bukanlah seorang isteri yang dapat mejaga akhlaknya,malah suka bersosial dan pulang pada lewat malam.Syazril sudah menegahnya beberapa kali tetapi Maira tetap dengan pendiriannya yang mahu hidup bebas. “Azril.”Teguran itu membuatkan Syazril terpana dengan keindahan ciptaan Tuhan yang berada di hadapannya saat itu.Dia mengucap syukur beberapa kali di dalam hati.4 tahun wajah itu hilang dari pandangan matanya.Rindunya semakin menebal semasa ketiadaan gadis itu.
                Gerimis yang membasahi tanah perkuburan tidak membantutkan mereka untuk ke pusara yang mahu disinggahi.Anne tidak sanggup menahan sebak di dada.Setelah sekian lama hari ini merupakan titik pertemuan mereka setelah 4 tahun masa itu berlalu.Anne turut ditemani tunangnya Rasyid.Syazril terjelepuk sebaik sahaja membaca nama yang tertera pada batu nisan yang tercacak di tanah perkuburan tersebut.Dia terasa mahu meraung sahaja di situ.Harapan yang sekian lama tersimpan hancur berkecai.Arren sudah pergi meninggalkannya pada hari dan tarikh yang sama sewaktu dia bernikah dengan Maira 2 tahun lalu. “Tipu!Ini semua tipu!Tak mungkin Arren tinggalkan aku.Kau memang sengaja kan buat semua ni sebab kau nak kahwin dengan lelaki ni kan?.” Syazril menuding jari ke arah Rasyid.Anne menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak!Saya bukan Arren.Saya Anne kakak kembar dia.Arren tak bagitahu ke yang dia ada kembar?”Anne menafikan dalam tangisan yang masih bersisa. “Arren meninggal sebab menghidap kanser perut.Selepas awak tinggalkan dia,penyakit dia bertambah teruk.Puas hati awak sekarang kan Syazril?Ini kan yang awak mintak pada Arren dulu?” Syzril terduduk semula ke tanah.Dia meraup mukanya beberapa kali. “Arren..maafkan saya sayang.Saya menyesal tinggalkan awak dulu.” Syazril mencengkam tanah kubur arwah Arren.Anne tersyum sumbing mendengar kata-kata Syazril “Baru sekarang awak nak menyesal?Dah terlambat Syazril.Dia dah tinggalkan kita buat selama-lamanya.Manusia jenis apa awak ni?” Rasyid cuba menenangkan Anne yang kelihatan sudah hilang sabar dengan Syazril. “Sampai ke akhir hayat dia,dia tetap sayangkan awak.Tapi awak ni jenis lelaki kejam.Sekarang baru awak terima pembalasannya kan?”Sambung Anne lagi.Syazril menangis sambil memeluk pusara Arren.Dia menyesal dengan perbuatannya dahulu.Dia juga sedar Tuhan telah membalas segala perbuatannya selama ini.

1 comments:

Erk. Kesalahan bahasa yang tinggi.

Post a Comment