Puisi fantasi cinta : Seribu tahun lagi

Posted by Smat Goal Ent 1:29 AM, under | No comments





Kemana hendak ku adukan
Bila hati ini di gigit sunyi dan terluka
Sedang lidah terasa kelu untuk bicara
Pada rasa cinta yang setia
Terlalu kasih hingga tak berdaya menutur kata
Sekalipun hirisan duka mencengkam seluruh jiwa
Ku tetap mahu kembali
Meluru ke dalam dakapa insan tercinta
Walau tanpa manis pujukanmu
Walau bisa di hati belum ada ubatnya
Kerana kasih aku turutkan
Kerana cinta aku maafkan
Untukmu yang telah bertakhta
Di hati dan di Jiwa
Dalam tiap degup jantungku
Dalam tiap denyut nadiku
Terpahat namamu sebati di jiwaku
Akan kupertaruhkan untuk seribu tahun lagi..

0 comments:

Post a Comment