Cerpen :Atas Nama Cinta

Posted by Smat Goal Ent 2:04 AM, under | 4 comments



Penulis: Fateeha Ismail

 ''Cinta sejati ibarat Gunung Everest. 
Nampak gah tapi tak semua orang dapat mendaki sampai ke puncaknya.
Begitulah cinta sejati.
Tak semua dapat merasainya.''


Insyirah menghempas kasar buku-bukunya diatas meja belajarnya. Damia yang sedang mengalamun terperanjat dengan bunyi tu.

" Ya Allah, kenapa dengan kau ni Syira oi? Muka macam kena telan panadol 2 papan. Kelat nak mampus!" ujar Damia sambil mengusap dadanya. Tu tandanya dia masih terkejut. Kalau lah aku ni ada penyakit jantung, dah lama jalan ni,getus hati Damia.

"Sape lagi yang berjaya buat muka aku macam ni. Kau macam tak tahu pulak." Masamnya muka Insyirah tatkala ucap ayat itu. Terus dia menuju ke dapur untuk mengambil air. Biar sejuk hati dia ni. Ya Allah!

Damia tercengang terus kakinya mengikut Insyirah ke dapur. Dia mengambil sebiji epal di atas meja makan dan membasuhnya di sinki. Insyirah dah sedia duduk di kerusi. Matanya berair.

"Aku tahu. Ini mesti kerja si Zirfan kan. Kali ni, apa pulak yang dia dah buat kat kau? Tu la, tadi aku suruh tunggu aku biar aku ikut kau pergi library kau tolak. Kalau tak mesti si sengal tu tak ganggu kau. Ish, dia ni memang nak kena dengan aku lah." bentak Damia sambil mengepal kedua belah tangannya.

"Dah lah. Lantak dia lah Mia. Aku tak nak fikir dah pasal mamat sengal tu." ujar Insyirah sambil menyeka airmatanya. Dia tak nak Damia nampak dia menangis. Dia bukan anak kecil lagi.


Damia nampak Insyirah menyeka air matanya tapi dia buat-buat tak tahu.

Zirfan dan Insyirah. Dua nama dan dua jiwa. Mereka bagai kucing dan anjing. Kalau bertemu mata pasti bertengkar. Ada satu insiden yang membuat mereka bermasam muka hingga ke tahun kedua pengajian mereka. Kejadian ini terjadi semasa minggu suai kenal di Uitm Puncak Perdana.

Isyirah sedang ralit mebaca notis tentang persatuan yang ditampal di papan kenyataan di jabatannya. Semua pelajar semester 1 wajib memilih satu persatuan untuk diambil markah sepanjang pengajian di universiti. Sewaktu hendak berpaling, dia tidak sengaja melanggar seseorang yang berdiri di belakangnya.

"Hoi, buta ke? Orang lain ada mata gak tapi takdela macam kau." tengking jejaka itu.

Insyirah yang baru berkira-kira hendak meminta maaf terus mati niatnya apabila mendengar tengkingan jejaka tersebut. Kawan-kawan mamat tu tersengih-sengih macam babun dapat bunga bila melihat muka Insyirah merah padam menahan marah. Aish, ini tak boleh jadi ni. Mana pulak si Damia ni. Tadi cakap sekejap je nak jumpa lecturer.

"Apahal nak marah-marah pulak. Yang awak berdiri belakang saya tu kenapa? Punyalah luas lagi ruang kat kiri kanan ney. Dah lah, malas saya layan orang sengal macam awak ni. Waste my time!" bentak Insyirah lalu meninggalkan mereka yang terkulat-kulat memandangnya. Dia sendiri terkejut dengan keberaniannya itu kerana selama ini Insyirah seorang gadis yang lemah lembut dan tidak mudah marah.

Api kemarahan menyala-nyala di hati Zirfan dengan kelancangan mulut Insyirah. Siap kau!

Nampaknya, pertengkaran mereka bukan terhenti di situ sahaja tapi berlarutan hingga ke kelas. Rupanya-rupanya takdir menentukan mereka sama kelas. Dan yang lebih parah, Zirfan dilantik menjadi ketua kelas sepanjang pengajian mereka. Dan Insyirah menjadi mangsa bulinya. Dia mengerah Insyirah membuat itu ini. Sepatutnya, semua tugas itu dia yang laksanakan. Dia sengaja menyakiti hati Insyirah sebagaimana Insyirah berjaya membuat  hatinya sakit. Dia tahu, dia hanya dapat membuli Insyirah ketika didalam kelas sahaja kerana ketika di luar kelas, Damia yang jadi body guard Insyirah.

Sikapnya itu berlarutan hinggan kini. Namun dia pelik juga kenapa Insyirah tidak melaporkan tindakannya itu kepada pensihat akademik mereka. Ah, lantaklah! Biar perempuan itu rasa. Padan muka,bisik hati Zirfan.

**********



"Hey Insyirah! Tunggu kejap." laung Zirfan sambil berlari anak untuk menyaingi langkah Insyirah. Insyirah sedar akan laungan itu tapi dia tetap tidak berpaling ke arah Zirfan. Tiba-tiba tangannya direntap.

"Apa ni Zir? Malu la kalau orang nampak. Lepaskan tangan aku. Please.. " rayu Insyirah sambil berusaha melepaskan tangannya dari pegangan Zirfan. Sambil tu,matanya melilau memandang sekeliling. Takut-takut ada mata yang memerhatinya. Namun, waktu-waktu begini di Jabatan Hospitaliti lengang dengan pelajar.

"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak dengar apa yang aku nak cakap" terang Zirfan. Sambungnya lagi, " Apa yang aku cakap tadi tu memang betul-betul lahir dari hati aku. Please Syira, aku betul-betul cintakan kau. Aku tak pernah main-main dengan perasaan aku selama ini." terang Zirfan bersungguh-sungguh untuk menyakinkan Insyirah bahawa dia tidak menipu tentang perasaanya.

"Sejak bila Zir?" ujar Insyirah memandang tepat ke mata Zirfan. Ya Allah, perasaan aku sama dengannya. Namun, kena la cover dulu kan. Takkan nak terus terima. Malu la weh!

Zirfan telah jatuh cinta sejak insiden di mana dia mengantuk di dalam kelas ketika lecturer sedang mengajar. Waktu itu, matanya melilau memandang ke sekeliling dan matanya terhenti tepat arah Insyirah. Dia merenung Insyirah. Tiba-tiba, hatinya berdebar. Belum pernah hatinya itu berdebar apabila merenung perempuan tapi tidak kepada Insyirah. Sejak itu, dia tidak membuli Insyirah lagi. Dan dia kerap merenung Insyirah. Memang betul dia telah jatuh cinta dan Insyirahlah perempuan pertama yang berjaya meruntuhkan tembok cintanya. Dan hari ini, segala-galanya dia telah menerangkan kepada Insyirah. Dia tidak mahu lagi membendung perasaannya itu.

"Betul, Aku memang tak tipu kau. I'm really-really love u." ujar Zirfan sambil merenung mesra tepat ke mata Insyirah.

Insyirah menunduk malu. Dia malu untuk menatap muka Zirfan.

"Syira, please say something. Aku tak nak kau diam je" rayu Zirfan.

"Emmm...emmm..aku..aku..." belum sempat Insyirah habiskan ayatnya Zirfan menyampuk.

" Aku ape? " Zirfan tidak sengaja menguatkan suaranya.

"Aku pon cintakan kau! " akibat terkejut dengan suara Zirfan, Insyirah tidak sengaja menuturkan ayat keramat tersebut. Spontan tangannya menutup mulutnya. Alamak, asal terlepas ni. Malu la aku. Damia mesti tergolek-golek gelakkan aku bila dia dapat tahu ni. Aishhh mulut ni tak boleh simpan rahsia langsung.

Zirfan tersenyum mendengar kata-kata yang di ucapkn oleh Insyirah. Alhamdulillah, nampaknya perasaan kami sama. Terima kasih Allah kerana makbulkan doaku ini. Terima kasih!

"Apa yang penting, kita mesti percaya antara satu sama lain. Trust is important in this relationship ok" ujar Insyirah malu-malu

"Ok dear. Zir cintakan Syira sampai bila-bila. Dan insyaallah, perasaan ini takkan lenyap bahkan terus kukuh di hati Zir. Zir harap Syira pun sama." ujar Zirfan

"Cinta Nur Insyirah Hana hanya milik Muhamad Zirfan Adam. Hanya dia seorang,tiada yang lain" janji Insyirah.

Mereka senyum sambil merenung antara satu sama lain. Petang itu menjadi saksi teruna dan dara itu mengikat janji. Nampaknya, episod bahagia mewarnai hidup mereka. Moga behagia itu sentiasa menjadi milik mereka.

********
Percintaan mereka sudah heboh si seluruh jabatannya. Siapa yang tak kenal Zirfan dan Insyirah kan. Zirfan seorang jejaka tinggi lampai persis seorang model. Dia merupakan jejaka hot di seluruh kampus dan ramai gadis yang menggilainya. Anak seorang ahli perniagaan yang berjaya merupakan tiket baginya untuk gadis-gadis di kampusnya itu meminatinya.

Hal ini amat membimbangkan ratu hatinya,Insyirah. Dia sedar yang Insyirah selalu cemburu apabila ada je perempuan tersenyum atau menegurnya. Biasalah hati perempuan. Tapi, Insyirah adalah seorang gadis yang memahami. Dia tidak sesekali menunjukkan perasaan cemburunya di hadapan Zirfan. Trust is important, Itulah janjinya dahulu.

Atas sikap saling percaya-mempercayai itu, hubungan mereka terus mekar mewangi. Bunga-bunga pergaduhan ada tapi mereka bijak mengatasinya.

**********

Insyirah melangkah longlai menuju ke biliknya. Damia perasan akan mendung di wajah sahabatnya itu lalu mengekori Insyirah masuk ke bilik.

"Kau ni kenape? Gaduh ngan Zirfan lah ney kan" tanya Damia

Insyirah menggeleng lemah. Air matanya menitis. Ketika itu mereka duduk di katil Insyirah. Damia yang terkejut melihat Insyirah menangis terus memeluknya sambil menenangkan Insyirah.

"Ni mesti Zirfan ada wat pape kan kat kau. Jaga dia esok. Tahulah aku nak buat ape. Aku dah pesan kat dia jangan berani-berani wat kawan aku ni sedih. Ishh, geramnya aku!" ujar Damia sambil mengusap-usap belakang Insyirah.

"Esok Zirfan dah tiada. " Makin laju airmata Insyirah mengalir apabila mengucapkan ayat tersebut.

"Haaa?! Dia tiada? Dia nak pergi mane? Bukan ke dia ada lagi 1 semester sama dengan kita?Ini yang aku pelik ni." terkejut Damia apabila mendengar Insyirah berkata.

"Esok dia akan ke luar negara. Ke United Kingdom." ucap Insyirah terus ingatannya terimbau dengan peristiwa petang tadi.

"Syira, Zir ada something nak cakap dekat Syira. Zir harap Syira okey." Ketika itu mereka duduk di sebuah bangku yang menghadap tasik. Insyirah yang mendengar kata-kata Zirfan sambil mengerutkan muka.

"Sebenarnya esok Zir akan berangkat ke UK. Actually, Zir terpaksa berhenti belajar di sini kerana Zir terpaksa ambil jurusan bisnes disana. Syira tahu je lah papa Zir tu kan. Lagipun, Zir satu-satunya anak lelaki tunggal mereka. Nak harapkan kakak-kakak Zir tu semuanya dah ada kerjaya mereka sendiri. Syira please say something. Zir tak nak Syira senyap je" terang Zirfan.

Insyirah menarik nafas panjang sebelum memulakan bicaranya,

"Syira tak kisah la. Bukannya Zir nak kawin ngan perempuan lain pun. Berape lame pun Zir pergi, Syira akan tunggu Zir. Syira harap Zir takkan lupakan Syira bila kat sana tahu. " ujar Syira ceria tapi ada sendu di suaranya namun dia cepat-cepat mengalihkan matanya apabila Zirfan merenungnya.

Zirfan tahu Insyirah sedih. Namun ini adalah keputusannya. Dia berharap Insyirah faham. Dia bukan sengaja untuk berhenti di UITM tersebut namun ada sebab yang memaksanya. Dia terseksa. Lama dia merenung Insyirah. Dia takut dia tak dapat menatap mata bening itu lagi. Atas nama cinta, sungguh dia sayangkan gadis yang bernama Nur Insyirah Hana itu.

**********

"Syira, kau tengah buat apa tu? Aku ada something nak cakap kat kau la" ujar Damia sambil menarik kerusi dan terus duduk du hadapan Insyirah. Insyirah memandang pelik ke arah Damia. Ape hal pulak minah ribut ni duduk malu-malu dengan aku, bisik hati Insyirah.

"Aku sebenarnya kan..aku..aku.." belum sempat Damia menghabiskan ayatnya, Insyirah menyampuk.

"Kau nak kahwin kan. Betul kan" sergah Insyirah


"Aik macam mane kau tahu? Ni mesti Hafiz cakap kan. Ish, spoil betul la. Tak boleh simpan rahsia langsung. Aku dah cakap kat dia jangan beritahu kau." muncung mulut Damia apabila tunangnya, Hafis telah mengkhabarkan berita itu dahulu kepada Insyirah.

"Lah, apa salahnya. Hafiz tu kan sepupu aku and of course lah aku yang tahu dulu. Bila nak langsungya? Aku tumpang gembira taw ngan kau. Aku ni siapa lah yang nak. Emmm. Ok lah Damia, aku nak settle pasal stok buku ni." Insyirah terus berpura-pura menyibukkan dirinya. Damia menarik tangan Insyirah untuk menghalang Insyirah terus berpura-pura.

"Sudahlah Syira. Jangan nak berpura-pura lagi depan aku. Mata kau tu dah cerita semua. Aku tahu kau still tunggu Zirfan sampai sekarang kan. Tapi, apa kau dapat ha bila kau terus menanti dia. Nothing! Kau jangan terus menyeksa diri kau. Dia tak pernah satu kali pun kirim berita dekat kau kan. Just Tan Sri dan Puan Sri je yang contact dengan kau. Aku kalau jumpa mamat tu, masaklah dia aku kerjakan." bentak Damia. Dia dah tak sanggup melihat temannya sedih.

"Aku akan tetap menanti dia, Mia. Kau tak tahu perasaan aku. Aku sayang sangat-sangat kat dia. Mama dia cakap dia busy tapi aku faham. Aku akan terus tunggu dia. Itu janji aku." ujar Insyirah. Matanya berkaca tatkala mengucapkan ayat itu.

"Suka hati kau lah Syira. Dah berbuih mulut aku ni suruh kau lupakan dia. Malah, mama dan papa dia pon suruh kau lupakan dia. Kau lupa ke yang mama dia cakap Zirfan dah tak macam dulu bila dia study kat UK? Kan mama dia cakap yang Zir selalu bertukar perempuan. Lelaki macam tu pon kau still nak tunggu lagi ke? Open your eyes Syira! Dah lah, aku blah dulu. Ney pon aku curi-curi keluar. Kau ingat nasihat aku tadi. Lupakan Zirfan lelaki tak guna tu." ujar Damia terus berlalu menuju pintu keluar.

Airmata Insyirah mengalir laju apabila tubuh Damia tidak kelihatan lagi. Macam mana aku nak lupakan dia Mia sedangkan separuh jiwa aku ada padanya. Kau tak mengerti perasaan aku Mia kerana bukan kau di tempat aku. Aku tak percaya dia dah berubah. Aku kenal siapa diri dia. Zir, Syira rindukan Zir.....bisik hati Insyirah.

**********

Sedar tak sedar 7 tahun sudah berlalu. Selama itulah jugak Zirfan menyepikan dirinya manakala Insyirah setia menantinya. Oleh kerana tidak mahu terus memikirkannya, Insyirah menyibukkan dirinya di kedai buku miliknya. Semua modal yang diperuntukkan buat kedai buku ini adalah dengan pertolongan papa Zirfan, Tan Sri Zakri. Oleh sebab itu, Insyirah terhutang budi dengan keluarga kekasihnya itu.

Kedai bukunya telah ada beberapa cawangan di sekitar Selangor. Semua itu adalah berkat hasil kerja keras Insyirah di samping pertolongan keluarga Zirfan. Walaupon dia sibuk namun ingatannya terhadap Zirfan tak pernah mati. Bahkan, boleh dikatakan setiap minggu, dia akan melawat Puan Sri Afifah iaitu mama Zirfan yang dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Tersentak Insyirah dari lamunannya. "Masuk" laungnya dari dalam biliknya.

"Cik Syira, tadi orang gaji Puan Sri call, Dia cakap Puan Sri diserang asma. Sekarang dia dirawat di Hospital Pakar. " terang Yati, pekerjanya.

Terkejut Insyirah mendengar berita tersebut. Cepat-cepat dia mengemas barangnya dan terus beredar. Sempat juga dia berpesan kepada Yati supaya tengok-tengokkan kedai buku itu.

Insyirah berdoa yang Puan Sri Afifah tidak apa-apa. Terus dia memecut keretanya supaya cepat sampai. Mujur hospital itu tidak jauh dengan kedainya. Dalam 15 minit, dia selamat sampai di perkarangan hospital tersebut.

Alamak! Aku letak kat mane pulak handphone aku ni. Aduh, time-time macam ni pulak dia tak muncul, getus hati Insyirah. Dia meraba-raba mencari telefon bimbitnya didalam handbagnya. Tiba-tiba.....

Bedebukk!

Aduh! Bala sungguh hari ini, bentak Insyirah. Sambil menggosok bahunya, dia meminta maaf kepada jejaka yang baru dilanggarnya. Belum sempat dia mengangkat mukanya, jejaka itu cepat-cepat berlalu.

Bau perfume ini! Ini bau Zirfan. Sampai mati aku takkan lupakan bau ini. Ya Allah! bisik hati Insyirah lantas dia menoleh ke belakang sambil melaung.

"Zirfan ! " laung Insyirah.

Jejaka itu terus menghentikan langkahnya. Lambat-lambat dia berpaling.

Ya Allah! Terus mata masing berkaca. Di mata Insyirah dan Zirfan sarat dengan rindu.
*******
Perlahan-lahan Insyirah mendekati jejaka tersebut. Air matanya mengalir laju. Pantas dia menyekanya. Akhirnya dia berdiri betul-betul di hadapan jejaka tersebut. Insirah menatap mata kuyu milik jejaka itu.

"Zirfan kan. Awak Zirfan kan?" tanyanya bertalu-talu. Sambil tu tangannya meraba-raba wajah jejaka tersebut. Jejaka itu hanya mampu mengangguk sambil memegang tangan Insyirah. Airmata lelaki itu sungguh murah waktu itu. Kala itu di mata masing-masing sarat dengan rindu. Sungguh Zirfan merindui Insyirah. Selama ini ingatannya tidak pernah luput buat insan yang disayanginya itu.


Tiba-tiba Zirfan melepaskan tangan Insyirah dan terus melangkah meninggalkan Insyirah di perkarangan hospital itu. Dia tak dapat menipu dirinya lagi. Besar kesalahannya terhadap Insyirah. Maafkan Zir Syira. Apa yang berlaku semua ini bersebab, bisik hati Zirfan. Dia melangkah laju tanpa mempedulikan laungan Insyirah. Dia tak dapat maafkan dirinya apabila melihat Insyirah menangis kerananya.

Akhirnya Insyirah jatuh terduduk menangis sambil melihat langkah Zirfan. Dia tidak menghiraukan pandangan manusia yang berada di perkarangan hospital itu. Apa salah Syira sampai Zir tegar tinggalkan Syira. Syira rindukan Zir. Kenapa Zir pergi. Kenapa!!??, bentak hati Insyirah. Akhirnya, Insyirah bangun dan mengatur langkah menuju wad yang menempatkan Puan Sri Afifah. Langkahnya longlai. Air matanya yang gugur pantas dikesat untuk mengelakkan pertanyaan dari mama dan papa Zirfan.

Sebelum melangkah masuk ke bilik Puan Sri Afifah, Insyirah terdengar perbualan antara Puan Sri dan Tan Sri.

Insyirah menolak sedikit pintu untuk mendengar dengan lebih jelas perbualan tersebut.

"Bang, Ifa kesian tengok anak kita tu. Ifa tahu dia terseksa sebab dia terpaksa melihat Insyirah dari jauh je." ujar Puan Sri Afifah.

"Abang tahu. Tapi nak buat macam mana, kita tak boleh bocorkan rahsia dia. Biarkan dia selesaikan masalah tu sendiri. Kita sebagai ibubapanya hanya mampu bagi sokongan kepadanya." terang Tan Sri Zakri sambil memegang erat tangan isterinya yang baring di atas katil.

"Tapi, saya tak sanggup nak dengar Zir menangis tiap-tiap malam kerana rindukan Insyirah. Saya tahu dia menderita." teresak-esak Puan Sri Afifah.

Rahsia??getus hati Insyirah. Belum sempat Tan Sri Zakri bercakap, pintu ditolak lembut oleh Insyirah.

"Assalamualaikum auntie,uncle" ucap Insyirah sambil menyalami tangan mereka. Kepada Puan Sri Afifah, di hadiahkan satu kucupan di dahi. Mereka perasan mata Insyirah bengkak dan mereka tahu apa yang menyebabkan mata gadis kesayangan anak mereka itu bengkak.

"Syira terserempak dengan Zir tadi. Auntie, kenapa dia tinggalkan Syira tadi? Apa salah Syira?" tangis Insyirah di dalam pelukan Puan Sri Afifah. Puan Sri Afifah mengusap lembut belakang Insyirah. Dia mati kata-kata. Tan Sri Zakri hanya mampu menggeleng. Mereka hanya mampu menenangkan Insyirah. Semua keputusan hanya di tangan insan yang bernama Mohd Zirfan Adam.
********************

 "Cik Syira, Cik Syira !" laung Suraya, salah seorang pekerja Insyirah. Insyirah yang ralit menyusun buku di rak buku tersentak mendengar laungan Suraya itu. Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah Suraya.

" Apa dia Suraya? Jangan jerit-jerit macam ni. Anak dara tak baik tahu jerit macam ni" ujar Insyirah.

"Sory Cik Syira, tapi tadi Cik Damia ada call. Dia suruh Cik Syira ke hospital. Katanya ada hal kecemasan" ujar Suraya tanpa henti. Mungkin dia pun masih terkejut. Damia merupakan rakan kongsi Insyirah dan juga merupakan bos kepada Suraya.

Tanpa membuang masa, Insyirah menyambar beg tangannya dan kunci keretanya, terus bergegas keluar tanpa sempat dia berpesan kepada Suraya supaya tengok tengokkan kedainya itu. Dia terus memecut keretanya menuju ke hospital yang Suraya maksudkan. Dalam hatinya dia berdoa moga tiada apa-apa yang berlaku kepada sahabat baiknya itu. Kalau tidak, siapa lagi yang dia nak menumpang kasih. Insyirah adalah anak yatim. Sebab itu Puan Sri Afifah amat menyayanginya.

Sebaik sahaja memakir keretanya di ruang parking, Insyirah terus bergegas mencari Damia. Dia terkejut Damia menantinya di pintu masuk hospital tersebut. Habis, siapa yang sakit? getus hatinya. Damia terus menarik tangan Insyirah dan menuju ke lif.

"Damia, siapa yang sakit ni? Hafiz ke? Jangan la buat aku cemas. Yang kau menangis beria-ria ney kenapa? Hafiz sakit apa?" tanya Insyirah bertalu-talu. Damia yang mampu mengesat airmatanya sahaja.

"Bukan Hafiz, tapi Zirfan. Sebelum tu aku nak kau kuat." waktu itu, mereka sudah di hadapan wad yang menempatkan kekasih hati Insyirah. Insyirah terus terkaku. Ya Allah, apa semua ini? Dugaan apa lagi yang kau bagi kepadaku?, bisik hati Insyirah.

Tanpa berlengah, Insyirah pantas membuka pintu wad tersebut. Dia terus terkaku melihat insan kesayangannya itu terlantar di atas katil. Dia terus menerpa ke arah Zirfan. Puan Sri Afifah segera menenangkan Insyirah.

"Kenapa dengan Zir, auntie?" tanya Insyirah. Dia hanya memegang tangan Zirfan. Waktu itu, Zirfan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi.

"Zirfan koma sayang. Dah dua hari dia macam ni. Syira sabar ye nak." ujar Puan Sri Afifah sambil mengusap belakang Insyirah.

"Auntie, tolong jawab dengan jujur, Zir sakit apa?" tanya Insyirah sambil memandang sayu ke arah Puan Sri Afifah. Puan Sri Afifah keberatan untuk bercerita. Insyirah segera memegang tangan Puan Sri Afifah sambil merayu. Akhirnya, Puan Sri Afifah memberitahu kebenaran yang amat menyakitkan kepada Insyirah. Damia yang berada di sebelahnya terus memeluk Insyirah.

"Zir sebenarnya menghidap leukimia tahap 4. Peluang untuk dia sembuh amat tipis. Sebenarnya, waktu dia cakap dia nak further study kat UK dulu hanyalah bohong semata-mata. Dia sebenarnya terpaksa menerima rawatan disana. Auntie dan uncle yang memaksa dia menerima rawatan di sana. Kami sanggup menghabiskan duit kami supaya dia dapat dirawat hingga sembuh." terang Puan Sri Afifah sambil menangis. Insyirah segera menenangkan dia. Sambungnya lagi,

"Zir dah tahu dia menghidap penyakit ini dan dia tak sanggup untuk memberitahu kamu. Dia sengaja mereka cerita yang dia dah berubah sewaktu berada di UK semata-mata untuk menyuruh kamu melupakannya. Dia tahu yang dia tak dapat hidup lama. Sebab itulah dia terpaksa berbuat begitu. Insyirah maafkan anak auntie ya nak" esak Puan Sri Afifah. Wajah Insyirah sudah lencun dengan airmata. Patutlah waktu dia terserempak dengan Zirfan di hospital tempoh hari, wajah itu amat pucat dan dia perasan tubuh Zirfan sudah susut. Dahulu, Zirfan bertubuh tegap.

"Auntie, Syira maafkan dia. Syira kalau boleh ingin membahagiakan dia di saat-saat terakhirnya. Syira sayangkan dia auntie." ujar Syira teresak-esak. Dia terus memeluk Puan Sri Afifah yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Damia yang berada di sisinya hanya mampu mengelap airmata. Dia sedih atas apa yang berlaku terhadap rakannya itu.

Puan Sri Afifah menenangkan Insyirah yang keesakan itu. Dia mengusap perlahan-lahan belakang Insyirah sambil matanya memandang ke arah Zirfan yang terlantar di atas kati itu. Moga bahagia milikmu nak,bisik hati Puan Sri Afifah. Itulah doa seorang ibu buat anaknya yang tersayang.
*********************
 Perkarangan Vila Teratak Kasih milik keluarga Zirfan meriah dengan kehadiran ramai orang untuk meraikan majlis pernikahan anak lelaki tunggal mereka iaitu Zirfan. Masing-masing melemparkan raut wajah yang ceria. Puan Sri Afifah dan Tan Sri Zakri menyambut kedatangan mereka dengan hati terbuka. Raut wajah mereka amat bahagia. Akhirnya anak mereka menemui bahagia setelah sekian lama menderita.

Setelah genap 7 hari Zirfan sedarkan diri, Puan Sri Afifah memaksanya supaya bernikah dengan Insyirah. Dia lakukan semua ini semata-mata untuk melihat anaknya itu kembali tersenyum dan bahagia. Pada mulanya Zirfan tidak setuju dengan cadangan mamanya kerana dia tidak sanggup melihat Insyirah bertambah menderita selepas ketiadaanya nanti. Tapi, Insyirah dengan rela hati sanggup menjadi isterinya. Akhirnya, dia bersetuju. Dia sudah puas menderita. Akhirnya dia berjaya bersatu dalam erti kata yang sebenar dengan insan kesayangannya itu. Selama ini, hanya foto Insyirah sahaja yang menjadi peneman tidurnya dan hanya Insyirah seorang yang menjadi pendorong dia untuk melawan sakitnya itu.


Insyirah telah dihias cantik oleh juru solek yang ditempah khas untuk menyoleknya sempena hari bahagianya. Wajahnya yang sedia cantik bertambah cantik dengan hasil tangan juru solek tersebut. Dia memakai kebaya labuh yang berwarna putih yang bertatahkan labuci. Tangannya sudai berinai merah. Dia tersenyum bahagia. Akhirnya, dia bakal di satukan dengan insan yang paling disayanginya, Mohd Zirfan Adam. Segala mimpinya itu kini menjadi kenyataan.

"Hoi, sudah sudah la tu berangan cik kak oi! Tok kadi dah ada kat bawah tu. Puan Sri oppss silap pulak mama kau tu dah bising suruh kau turun." ujar Damia sambil tak berkelip memandang Insyirah. Cantik! bisik hatinya iu. Insyirah hanya tersipu-sipu malu.

Sewaktu melangkah turun, semua mata terpaku melihat kejelitaan Insyirah. Zirfan hanya tersenyum.

"Aku terima nikahnya Nur Insyirah Hana binti Hasyim dengan mas kahwinnya RM 22.50." dengan sekali lafaz, akhirnya mereka berdua sah sebagai suami dan isteri. Zirfan menyarung cincin yang dipilihnya 7 tahun lepas ke jari manis Insyirah. Di bahagian dalam cincin tersebut terukir indah nama mereka berdua. Insyirah segera menyalami tangan Zirfan dan Zirfan segera mencium dahi Insyirah. Banyak lensa-lensa kamera merakam detik-detik indah tersebut. Mengalir air mata bahagia di pipi Puan Sri Afifah melihat kebahagian anaknya itu. Ramai tetamu memuji pasangan pengantin baru tersebut. Tampak sedondon bagai pinang dibelah dua.

"Syira, terima kasih kerana sudi terima diri abang ni. Abang tahu abang tak mampu nak bahagiakan sayang" ujar Zirfan. Waktu itu, mereka berdua berada di dalam bilik. Majlis telah pun tamat. Insyirah yang mendengar Zirfan berkata terus melabuhkan diri di sebelah suaminya dan terus menggenggam tangan Zirfan. Waktu itu mereka saling merenung.

"Jangan cakap macam tu abang. Bahagia abang, bahagia lah Syira. Selama tujuh tahun kita terpisah, selama itulah rindu Syira terhadap abang makin mendalam. Dalam hati Syira cuma ada abang." ujar Insyirah.

"Tapi abang hidup tak lama sayang. Abang tak nak Syira menderita.." belum sempat Zirfan menghabiskan ayatnya itu, Insyirah pantas menutup mulut Zirfan untuk menghalangnya terus berkata-kata.

"Syira ikhlas terima abang walau macam mana keadaan abang sekalipon. Kita manusia ni hanya mampu meramal tapi Allah yang menetukan semua itu. Syira hanya sayangkan abang and please, jangan cakap dah pasal mati-mati ni tau." pinta Insyirah. Zirfan hanya mengangguk sambil matanya tidak lepas merenung wajah Insyirah. Tidak silap lagi pilihannya ini. Insyirah begitu memahami dirinya. Andai dia pergi esok pon, dia tidak akan menyesal. Akhirnya malam itu menjadi saksi penyatuan pasangan suami isteri itu. Moga bahagia sentiasa menjadi milik mereka. Mudah-mudahan.

 Insyirah yang lena di sisinya dipeluk erat seolah-olah itulah pelukan terakhirnya buat isteri kesayangannya itu. Terima kasih sayang kerana bahagiakan abang. Kasih, sayang dan cinta abang akan abang bawa ke syurga. Andai abang pergi dulu, abang tak menyesal walau sedikitpon kerana sayang ada di depan mata abang. Sayang lah penguat diri abang ni. Tanpa sayang, abang mungkin dah lama pergi. Abang terlampau sayangkan Syira, bisik hati Zirfan sambil mengalir air matanya itu. Dia pantas bangkit dari baringan dan menuju ke meja belajarnya sewaktu dulu. Dia mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen dan dia pantas mencoret segala isi hatinya. Sambil itu jarinya menyeka air mata yang terus mengalir di pipinya. Setelah siap mencoret, dia menuju ke bilik air dan mengambil wudhuk untuk melakukan solat sunat tahajud dan solat taubat. Insyirah yang lena di atas katil dikerlingnya sekilas. Lantas dia mengerjakan solat. Di akhir solatnya itu, dia berserah segala-galanya kepada Maha Pencipta-Nya. Siap mengerjakan solat, Zirfan berbaring di sisi isterinya dan memeluk erat Insyirah. Dahi Insyirah dikucup lembut. Akhirnya dia memejamkan mata sambil tersenyum.

Ish, dah pukul berapa ni? getus hati Insyirah. Dia meraba handphone yang berada di meja sisi nya. Eh, dah pukul 6 pagi. Lena betul tidur malam tadi, bisik hati Insyirah. Dia terseyum melihat Zirfan yang tersenyum sambil tidur. Tenangnya wajah dia. Insyirah pantas mengambil tuala dan menuju ke bilik air tanpa mengejutkan
Zirfan.

Sesudah dia selesai mandi, dia menuju ke arah Zirfan dengan niat untuk mengejutnya untuk bersolat. Dia pelik melihat Zirfan yang tidah berubah posisi tidurnya. Dia pantas menepuk kaki Zirfan.

"Abang, abang..bangun cepat. Subuh tak tunggu kita tau." kejut Insyirah berkali-kali tapi Zirfan tetap tidak membuka matanya. Hati Insyirah dilanda kejutan.

"Abang jangan lah main-mainkan Syira. Bangun lah. Buka mata abang tu." Zirfan masih dalam keadaan sama. Tanpa membuang masa, Insyirah segera menuju ke arah bilik ibu dan bapa mertuanya. Dia memberitahu apa yang terjadi kepada mereka berdua. Mereka segera menuju ke bilik Zirfan.

Kak Zara iaitu kakak Zirfan memeriksa keadaan adiknya itu. Kebetulan dia seorang doktor. Akhirnya, dia menggeleng dan air matanya tumpah. Puan Sri Afifah segera memeluk Insyirah untuk menenangkannya.

"Tak mungkin. Semalam dia ok je. Abang jangan buat Syira macam ni. Abang bukaklah mata. Sampai hati abang." Insyirah segera menerpa ke arag Zirfan sambil menggoyang tubuh kaku tersebut. Puan Sri Afifah segera menarik Insyirah kedalam pelukannya.

"Ya Allah, mengucap nak, Zirfan dah tak ada. Sabar nak. Ingat Allah" terang bapa mertuanya. Selepas Tan Sri Zakri menutup seluruh tubuh Zirfan, serentak itulah Insyirah rebah tidak sedarkan diri.
*********************
 Ke hadapan isteri abang yang tersayang,

 Saat Syira baca surat ini, mungkin jasad dan roh abang telah menghadap Allah. Abang nak Syira cuma sabar dan redha dengan ketentuan ini. Abang tak nak Syira menangis sewaktu pemergian abang. Isteri abang ini kan kuat orangnya.

 Abang telah  jatuh cinta pandang pertama sewaktu Syira marah abang waktu kita mula-mula bersua dulu. Ya Allah, cantiknya Syira waktu itu. Tapi, ego abang melarang abang memuji sayang. Sebab itulah abang sering menyakiti hati sayang. Abang sengaja supaya abang tak jatuh cinta dekat sayang. Tapi takdir Tuhan siapalah abang ni yang mampu menolaknya. Sebab itu, abang nekad mencurahkan isi hati abang kepada sayang. Dan, cinta abang tak bertepuk sebelah tangan. Dalam diam-diam, Syira pon syok kat abang ekkk. Tengok tu, mesti dah merah pipi tu kan. Sorry sayang.

 Tapi, abang terpaksa berbohong kepada sayang cakap yang abang terpaksa further study di UK. Maafkan abang sayang. Abang terpaksa. Waktu itu, penyakit abang ini masih berada di tahap satu. Sayang mesti ingatkan waktu sayang cakap muka abang pucat dan badan abang makin kurus kan. Waktu itu, penyakit abang dah menyerang abang. Maafkan abang kerana terpaksa menipu sayang. Waktu di UK, abang menyuruh keluarga abang dan kawan baik sayang, Damia supaya menjaga sayang. Abang terlalu jauh untuk menjaga sayang. Abang dah membuat macam-macam cara untuk sayang lupakan abang. Tapi, cinta sayang terhadap abang terlalu agung. Maafkan abang.

Waktu kita terserempak di hospital, hati abang meronta-ronta supaya tidak melepaskan Syira lagi. Tapi, otak abang pantas berfikir yang abang hanyalah insan yang menunggu ajalnya. Maafkan abang terpaksa tinggalkan sayang waktu itu. Sesungguhnya, abang nampak rindu yang dipendam di mata sayang itu. Tapi, akhirnya, kita di satukan jua. Terima kasih sangat-sangat kerana sayang dapat menerima diri abang ini.

 Bila abang dah tiada nanti, Syira teruslah tinggal kat rumah mama dan papa ni. Anggap lah mereka berdua tu macam ibu dan bapa kandung sayang sendiri. Mungkin umur abang tak panjang, diorang tetap akan berada disisi sayang. Abang tiada apa-apa untuk dihadiahkan kepada sayang. Hanya, sayang dan cinta abang untuk Syira. Selepas abang dah tiada nanti, abang nak sayang kuatkan semangat sayang. Abang tau Syira ni tabah orangnya. Jangan pernah kesali tindakan untuk berkahwin dengan abang. Bagi abang, memiliki sayang adalah benda yang paling bahagia dalam hidup abang ni.


So, for the last, sentiasa doakan kesejahteraan abang disana nanti tau. Dalam hati Mohd Zirfan Adam hanya ada insan yang bernama Nur Insyirah Hana. Hanya sayang. Abang tunggu sayang di sana. Jangan bersedih sayang. Selamat tinggal sayang. Jaga diri elok-elok.


Ikhlas dari suamimu,
Mohd Zirfan Adam.

Buat sekian kalinya, Insyirah membaca surat yang ditulis oleh Zirfan. Dia menjumpai surat itu yang terselit di tengah-tengah diari milik arwah suaminya. Dan untuk yang keberapa kali, air matanya terus menitis tatkala membaca coretan tersebut.

Diam tak diam, sudah 20 tahun arwah Zirfan aman bersemadi. Dan selama 20 tahun juga lah ingatannya terhadap arwah Zirfan tidak pernah padam. Setiap kali mengingati arwah, air matanya menjadi murah. Selama pemergian Zirfan, bukan tiada yang sudi mengetuk pintu hatinya tapi dia yang tak sudi. Baginya, cukuplah arwah Zirfan sahaja yang bertakhta di hatinya selain anaknya. Ya anak!  Sebulan selepas pemergian arwah Zirfan, Insyirah telah disahkan hamil 2 minggu. Bukan mudah dia menerima berita gembira itu tanpa suami disisi. Ibu dan bapa mertuanya lah yang banyak menasihati dan menemaninya. Insyirah sedih dalam gembira apabila mengetahui berita tersebut. Genap 9 bulan 10 hari bayi yang dikandung selamat dilahirkan. Bayi itu diberi nama Mohd Zafran Haikal bin Mohd Zirfan Adam. Insyirah berjanji akan menjaga anak itu. Dia redha dengan pemergian Zirfan dan Allah telah menganugerahkan dia dengan seorang anak hasil penyatuannya dengan Zirfan.

"Mama, semua dah tunggu kat bawah tu" panggil satu suara. Insyirah berpaling ke arah suara tersebut. Abang! bisik hati Insyirah. Air matanya sekali lagi mengalir. Anak muda itu melangkah perlahan menuju ke arah mamanya lantas duduk di sisi mamanya itu. Dia pantas mengesat sisa-sisa air mata di pipi Insyirah.

"Mama ingat kat arwah papa lagi kan. Dah lah mama, kita yang hidup ni mestilah doakan dia. Dah lah, jangan nangis dah. Nanti arwah papa pon sedih tau tengok mama macam ni." pujuk Zafran. Dia sendiri pun sebak melihat mama kesayangannya menangis. Dia sendiri rindu akan arwah Zirfan. Dia tidak pernah kenal arwah Zirfan tapi melalui cerita mamanya itu, dia dapat merasakan bahawa arwah papanya adalah seorang yang hebat.

Insyirah merenung anak muda itu. Wajah Zafran saling tak tumpah seperti arwah Zirfan. Zafran lah penguat semangatnya supaya terus menikmati hidup ini selepas arwah Zirfan meninggalkannya. Dan malam itu diadakan majlis tahlil untuk arwah Zirfan. Dan juga kenduri doa selamat untuk Zafran kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
  
"Dah lah mama. Nenek dengan atok dah lama tunggu tau kat bawah tu. Nanti kalau mama tak turun, Zaf pon tak nak turun jugak." rajuk Zafran. Insyirah tersenyum melihat karenah anak manjanya ini.

"Yelah-yelah, jom kita turun. Nanti susah dah nak jumpa semua ni. Zaf ni pon satu, belajar la berdikari. Ni, dengan mama sekali suruh duduk kat US tu. Dah tu, atok and nenek pon disuruh ikut sekali. Anak manja la ni." usik Insyirah sambil mencubit pipi anaknya itu.

"Ala, tak bestlah tinggal sana sorang-sorang. At least, mama ada kat sane. So, Zaf takde lah bosan. Mama kan the best mama of the world." ujar Zafran seraya ketawa. Insyirah hanya tersenyum melihat buah hati pengarang jantungnya itu.

Abang, lihatlah anakmu ini. Perangainya saling tak tumpah seperti abang. Terima kasih abang kerana menghadiahkan seorang anak yang menjadi pendorong Syira untuk terus hidup. Tanpa dia, tak mungkin Syira mampu tersenyum begini. Terima kasih Tuhan. Abang tunggu Syira kat sana tau. Moga roh abang ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Syira sayang sangat kat abang.  

sayang beribu kali sayang
apabila bersatu, halangan bertimpa
semua itu takdir Tuhan
siapa lah kita sebagai hambanya untuk menolak

-the end-

4 comments:

like klu best,,,lau x sebaliknyer,,,,trimass

teahhh , nice story babe .. maaf bru sempat mmbce .. :')

wah ! teruskan usaha :) good luck =)

Post a Comment