Cerpen: BEncinta

Posted by Smat Goal Ent 1:21 AM, under | No comments




Rasa cinta yang dia hadamkan pada seseorang yang dia jatuh cinta tanpa sedar kini bertukar menjadi unsure-unsur negative. Kembali menjadi elemen negative yang dia pernah simpan pada lelaki itu. Mungkin rasa aneh itu kini bertukar menjadi sesuatu yang dia paling bencikan ketika ini. Cinta. Yaaa… dia benci lelaki itu disebabkan rasa cinta yang dia pernah ada untuk seseorang itu. Jatuh cinta pada lelaki itu tanpa dia sedar.

Dan bila dia sedar rupanya bukan lagi rasa benci yang dia ada pada lelaki itu, tetapi rasa cinta yang digelarkan perasaan aneh, dia tahu ia sudah terlambat sebenarnya. Melihat lelaki itu bahagia dengan kekasih hatinya. Ah… itu benar-benar melukakan dirinya. Terlalu.

Benarlah, jangan terlampau membenci, nanti akan wujud satu rasa aneh. Rasa aneh yang lelaki itu mahupun mana-mana manusia akan tidak menyangka bahawasanya dia sebenarnya ‘suka’ pada lelaki itu. Mungkin bukan ‘suka’ pada awal permulaan. Ah… balasan kah?

“Huda Masdiana,” Yana menoleh. Afifah sedang memandangnya dengan senyuman. Yana mengukirkan senyuman kelat. Ah… dia tidak mampu lagi untuk senyum dengan ikhlas. Rasa sakit dan kecewa yang dia alami telah hilangkan rasa gembira yang ada dalam dirinya.

“It’s okey. Aku ada.” Afifah memegang bahu kawannya. Dia tahu sahabatnya itu sedang bersedih. Sedih disebabkan cinta dalam diam. Dia faham bagaimana perasaan cinta dalam diam itu.

“Aku… aku..” Lidah Yana kelu untuk berkata-kata. Sekali lagi air matanya jatuh. Jatuh lagi selepas 3 tahun ‘kemarau’. Semuanya disebabkan oleh lelaki bernama Amar Asyraf. Ah… dia ingat lagi reunion mereka beberapa minggu yang lepas.

Pertemuan semula dengan Amar Asyraf benar-benar buat hati dia terluka lagi. Luka lama kembali berdarah. Dia cuba untuk bersikap mesra dengan lelaki itu, namun tidak mampu. Setiap tindakan lelaki itu sama ada sedar atau tidak akan melukakan dirinya. Sebab itu dia menyampah dan benci  lelaki itu. Menyampah dan benci hanya untuk menghapuskan rasa aneh itu. Dia semakin membenci Amar Asyraf disebabkan rasa aneh itu makin kuat mengalir dalam dirinya bila dia cuba menjauhi lelaki itu. Rasa aneh itu semakin pekat setiap kali dia senaraikan segala alasan untuk dia membenci lelaki yang bernama Amar Asyraf itu.

“Apa kata kau luahkan sahaja perasaan itu pada dia?” Afifah memberi cadangan.
Dengan pantas Yana menggeleng. Dia tidak sanggup untuk lakukan itu. Dia tidak sanggup membodohkan dirinya sekali lagi. Cukuplah dengan perasaan aneh yang dia simpan pada lelaki yang dia pernah benci dan menyampah suatu ketika dahulu. Dia tidak mahu lagi memalukan dirinya. Punya perasaan pada Amar Asyraf, benar-benar merupakan satu kesalahan, satu penyesalan yang pernah berlaku dalam hidupnya.

“Yana…” Afifah berusaha memujuk.

“Aku tak nak. Aku tak nak bodohkan diri aku depan dia. Kau gila ke nak luahkan pada dia yang selama ni aku suka dia, bukan benci dia. Takkan kau nak suruh aku beritahu dia, yang aku try elak terserempak dengan dia sebab aku menyampah dengan dia. Sebab aku menyampah dengan dia sebab aku suka dia? Itu yang kau nak suruh aku confess?” Yana meninggikan suaranya sambil mengalirkan air mata.

“Itu lagi baik dari kau macam ni. Dari kau seksa diri kau. Dari kau tipu diri kau. Sampai bila kau nak tipu diri kau? Rasa benci yang kau ada pada dia dah bertukar menjadi…”

“Don’t ever say that words!” Yana tidak mahu mendengar perkataan terakhir yang keluar dari mulut Afifah. Yaaa… dia tahu perkataan itu. Walau macam mana sekalipun, dia takkan mengakui yang dia pernah cintakan Amar Asyraf. Dia takkan pernah akui itu.

Afifah menggeleng melihat sahabatnya itu. Masih lagi ego di saat hatinya terluka. Dia sendiri tidak menyangka yang Yana pernah punya perasaan pada Amar Asyraf. Dengan cara Yana yang sememangnya menunjukkan dia menyampah dengan lelaki itu, dia tidak menyangka, Yana sebenarnya menyukai lelaki itu. Dia sendiri tidak memahami mengapa Yana bertindak sedemikian.

“Listen here…” Afifah memegang pipi sahabatnya. “Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila kau nak membenci dia? Sampai bila? Luahkan pada dia, dan kau takkan rasa sakit sebegini setiap kali nama dia disebut. Takkan rasa sakit setiap kali kau nampak dia…”ucap Afifah geram.

“Dia takkan suka aku. Kau kena tahu itu!” Yana tidak mahu mengalah. Ah… Afifah tidak memahami.

“Macam mana kau tahu?”Afifah menyoal. Geram juga dengan Yana ini. Ego. Tapi dia tidak sanggup memarahi sahabatnya itu. Bukan salah Yana pun bila dia berkeras untuk terus membenci Amar. Benar, rasa cinta tu datang di saat kita tak terduga. Dia faham itu.

“Dia dah ada awek…” Afifah menarik nafas mendengar jawapan Yana. Ah… dia lupa itu. Amar Asyraf sudah berpunya. Sudah punya kekasih hati yang dia rasakan Yana akan kalah jika dibandingkan dengan Mira, kekasih Amar.

“Yana…” Afifah berusaha menenangkan sahabatnya itu. Yana memandang Afifah dengan senyuman sinis.

“Biarkan aku macam ni. Satu hari nanti aku akan dapat lupakan dia. Aku janji aku akan dapat lupakan dia. Rasa itu akan hilang.” Yana bersuara. Benarm itulah yang dia harus lakukan. Lupakan Amar Asyraf itu. Dia lemas bila ingat tentang lelaki itu. terlalu mengecewakan dirinya. Ah… kalaulah dia mampu lupakan lelaki itu.

“Bila? 5 tahun dah berlalu, Yana. Even kau asyik cakap, kau akan lupakan dia, but kau tak dapat lupakan dia bukan? Tengoklah masa reunion hari tu, kau mungkin dingin dengan dia, tapi hati kau, asyik sebut nama dia.” Afifah bersuara.

Yana memejamkan matanya. Benar 5 tahun sudah berlalu saat dia sedar dia menyimpan perasaan pada Amar Asyraf. Ah… kalaulah dia tidak bersetuju untuk menghadiri reunion itu, luka dihatinya tidak akan pernah berdarah kembali.

Yana memandang sahabatnya dengan senyuman, “Satu hari nanti. Aku tak tahu bila. Tapi aku yakin aku akan dapat lupakan dia. Buangkan perasaan yang pernah aku ada untuk dia. Perasaan sakit itu. Aku yakin time will overcome it. He’s not worth to be part of my life. Benci dia itu yang terbaik.”

Afifah mengukirkan senyuman kelat melihat Yana kembali menconteng nama Amar Asyraf di sehelai kertas dan kemudian mengores-gores nama itu dengan sebilah pisau kertas. Yana benar-benar membenci Amar Asyraf.

@@@@@@@@@@@

Beberapa kali Huda Masdiana menarik nafas. Melihat kelibat Amar Asyraf bersama kekasihnya di Pavillion, di hadapannya kini benar-benar mengguris hatinya. Terlalu. Melihat Amar berpegangan tangan dengan kekasihnya benar-benar membuatkan Yana mahu beredar dari pusat membeli-belah itu.

“Ah, sial.” Huda bersuara tatkala melihat pasangan kekasih itu,lantas dia memalingkan tubuhnya, mengelak dari Amar melihat dirinya.

“Huda Masdiana,” Yana baru sahaja mahu beredar tatkala Amar memanggilnya, lantas dia berpaling.

“Oh, Hi,” Yana berlakon tatkala Amar betul-betul berada di hadapannya. Amar mengukirkan senyuman kepadanya. Yana memandang kekasih Amar, tersenyum sinis kepadanya. Pergh, ini mesti ingat aku ada hati dengan pakwe kau. Argh, blah la dengan pakwe disaster kau. Yana memarahi kekasih Amar.

“Kau buat apa kat sini?” soalan Amar benar-benar buat Yana jengkel. Apa bodoh punya soalan. Sudah tentu datang shopping. Yana memarahi Amar dalam hati.

“Oh, aku datang sini nak bunuh orang.” Haaa… ambik kau. Yana tersenyum puas dalam hati tatkala melihat muka Mira, kekasih Amar berubah. Amar tersenyum mendengar jawapan Yana. Yana makin jengkel dengan senyuman Amar.

“Kerja part-time kau eh, bunuh-bunuh orang?” Sekali lagi Amar melontarkan soalan. Ah… Yana benar-benar rasa menyampah dengan lelaki di hadapannya.

“Sort of,” balas Yana dengan selamba. Amar tersenyum lagi. Yana tahan sahaja rasa menyampah dengan senyuman Amar. Dia sedar, Mira sedang memandangnya dengan dingin. Eh, kau ingat aku nak sangat borak dengan pakwe kau? Tak hingin aku.

“You, jom lah. Nanti lambat pula,” kedengaran suara Mira. Yana dan Amar menoleh ke arah Mira.

“Aku pergi dululah.” Amar berkata sebelum beredar. Yana hanya mengangguk. Dia sedar, Mira sempat memberikan satu jelingan kemenangan kepadanya.

“Daaa… annoying.” Yana bersuara sebelum kembali meneruskan tujuan dia datang ke situ.

@@@@@@@
PAPPPP… kad yang berwarna pink itu dilemparnya ke atas meja. Sekali lagi hati Yana terguris. Ah… hidupnya kini sudah menjadi satu disaster. Ah… Amar Asyraf itu satu disaster walaupun dia tidak bertemu dengannya. Disaster tahu.

“Ah… apa ke bangangnya dia bagi aku kad dia. Bodoh. Bodoh. Bodoh.” Yana memarahi Amar.

“Hoi.” Suara nyaring Mimi membuatkan Yana menoleh. “Kau pehal?”
“Pehal apa?” Yana memandang Mimi dan Afifah yang baru tiba. Afifah memandang kad yang berwarna pink itu. Dia memandang pula Yana. Afifah tahu Yana sedang menyembunyikan rasa kecewanya.

“Yeelah, yang kau nak mengamuk dekat kad warna pink tu pehal? Aku tahulah kau tak suka warna pink dengan Amar Asyraf tu, tak yah la kau nak mengamuk sakan dengan kad yang tak bersalah tu,” Mimi menegur.

“Aku benci tahu. Menyampah. Asal dia bagi kat aku kad dia? Disaster tahu? Dahlah warna pink. Tak ada warna lain ke?” Yana merungut. Amar sengaja nak sakitkan hatinya. Argh… dia benci Amar. Benci.

“Yana…” Afifah memandang sahabatnya. Faham perasaan sahabatnya. Mengetahui lelaki yang disukai akan berkahwin tidak lama lagi.

“Kau tahu, aku still rasa kau patut luahkan rasa tu pada Amar. Kalaulah kau bagi tahu aku awal-awal tentang ni, dah lama aku boleh tolong kau.” Mimi mengambil tempat di sebelah Yana. Kasihan pula dengan sahabatnya.

Yana mengeluh. Dia pejamkan matanya. Ah… kadang-kadang, bila malam menjelma, dia mimpikan ‘disaster’ itu. Walaupun dia sudah membaca doa sebelum tidur, walaupun dia sudah basuh kaki sebelum tidur, Amar masih lagi muncul dalam mimpinya, setiap kali dia terdengar tentang Amar sebelum itu. Ah… disaster tahu.

“Kau gila ke? Dia dah jadi tunang orang. Dah nak kahwin tak lama lagi dengan perempuan gila tu.” Yana mengetapkan giginya bila teringat tentang Mira. Ah… Mira itu buat dia turut menyampah. Perasan aku nak sangat kat pakwe dia. Boleh pergi mampus.

“Dari kau macam ni, baik luahkan. Tak payah la aku risau kau jadi psiko setiap kali nama Amar disebut,” Mimi memandang Yana. Yana kini tidak boleh dengar perkataan Amar. Dia masih ingat lagi, ketika mereka sedang makan bersama-sama di sebuah restoran, ada seorang perempuan di meja sebelah menyebut nama Amar, Yana terus menoleh, seolah-olah terkena renjatan elektrik. Dia tahu Amar yang dimaksudkan oleh perempuan itu mungkin bukan Amar Asyraf namun Yana seolah-olah anti dengan nama Amar. Seolah-olah nama Amar itu suatu magnet disaster pada Huda Masdiana.

“Kau memang gila kan? Argh… tak nak aku.” Yana memarahi Mimi. Mimi dan Afifah menggelengkan kepala mereka. Huda Masdiana ini terlalu degil dan ego.

#####
Yana baru sahaja tiba di restoran, mahu bertemu dengan tunangnya. Eh, tunangnya? Yaa… dia terpaksa menuruti kehendak keluarganya yang mahu dia berkahwin di usianya sekarang. Ah, bukannya tua sangat pun. Baru umur 27 tahun. Apala yang Mama dan Papanya kecoh. Matanya melilau mencari kelibat Haikal, si tunang yang bakal menjadi suami dalam masa 3 bulan lagi, sebulan selepas ‘disaster’ itu berkahwin dengan tunangnya.

Yana ternampak kelibat Haikal di satu sudut di meja sedang berbual-bual dengan seorang lelaki dan seorang perempuan. Siapa entah, dia sendiri taidak tahu, hanya nampak belakang sahaja. Bila Yana mendekati Haikal, ah, mereka ini. Yana terkejut melihat Amar dan Mira. Ah… kecilnya dunia ni.

“Lambat sampai,” suara Haikal menyedarkan dirinya. Yana memandang Haikal dengan senyuman tanpa menghiraukan pandangan Amar dan tunangnya. Dia mengambil tempat di sebelah Haikal. Ah… kali ini dia mampu hilangkan Amar dari hidupnya dengan kehadiran Haikal.

“Sorry, meeting habis lambat. Dah order?” Haikal mengangguk. Yana menyedari pandangan Amar dan Mira. Ah… ni pehal pandang aku macam tak pernah nampak aku. Aku salah make-up ke? Eh, bila masa aku make-up? Yana mengomel dalam hati.

“Kau?” Akhirnya Amar bersuara. Yana menoleh. Memandang Amar dan Mira yang sedang memandangnya dengan penuh kehairanan.

“Korang kenal ke?” Haikal bersuara.

“Kita orang satu UKM dulu,” Amar membalas diiringi anggukan dari Mira. Yana menunjukkan reaksi jengkel mendengar ayat Amar. Ah… memandai je nak mengaku kau tu coursemate aku. Dulu, kemain berlagak sombong dengan aku. Yana mengutuk Amar dalam hati.

“Yana…” Haikal menyedari reaksi jengkel yang ditunjukkan oleh tunangnya. Mujur dia sahaja yang sedar reaksi itu, bukan Amar mahupun tunangnya. Yana hanya memandang tunangnya dengan senyuman.

“So, korang… tunang?” Sekali lagi Amar mengeluarkan soalan. Ah.. tetiba Yana mahu saja menyepak Amar Asyraf di hadapannya. Asal soalan bodoh je kau selalu keluarkan pada aku? Yana merungut dalam hati.

“Ha’ah… baru je.” Haikal menjawab. Yana hanya tersenyum memandang tunangnya.
“Macam mana korang kenal?” Amar mengeluarkan soalan lagi. Dia hairan bagaimana rakan sekolahnya boleh ketemu Huda Masdiana yang pendiam dan agak pelik perangainya.

“Family kita orang.” Yana mencelah.

“Family korang? Tapi, as far as I know, korang punya taste not each other.” Amar memandang Haikal yang sedang tersenyum.

“Asal kau banyak sangat tanya soalan? Aku tak ada la pulak tanya asal kau end up dengan Mira?” Yana geram. Dia sedar Mira sedang merenungnya dengan tajam.

“Huda Masdiana,” Haikal menegur. Yana menarik nafas. Benar, dia harus menjaga tatasusila sebagai tunang sebagai Adam Haikal.

“Sorry. Bad mood hari ini. Meeting cam disaster sikit.” Yana berbohong. Haikal mengukirkan senyuman padanya. Ah… dia tenang berhadapan dengan Haikal.

“It’s okey. Aku tak kisah pun. Faham bila meeting cam not so good.” Amar mengukirkan senyuman kepada Yana. Yana membalas senyuman itu.

Dan mereka berbual-bual kepada kisah-kisah di zaman U, kisah-kisah Haikal dan Amar dan sebagainya. Kali ini Huda Masdiana sudah tiada lagi rasa menyampah pada Amar Asyraf. Tiada lagi. Janji yang dilakukan pada dirinya benar-benar dikotakan. Dia sudah mampu melupakan Amar Asyraf dari hidupnya. Suatu kegembiraan. Tiada lagi rasa disaster. Yang ada hanyalah rasa sweet terhadap Adam Haikal.
---THE END---

 by reenapple

0 comments:

Post a Comment