Hati ini
terasa sunyi tanpa nafas cintamu,
Hidup ini sepi
tanpa senyuman darimu,
Diri ini
senyap tanpa jiwa kasihmu,
Ruang hatiku
gelap tanpa arah untuk melangkah.
-Hamba Allah yang sentiasa mencintaimu kerana
ALLAH-
Qaseh Is’ad meletakkan kembali kertas kecil yang baru dibacanya di dalam laci. Perasaan
aneh tiba-tiba bermain di benaknya. Sejak dua tiga menjak ni, dia selalu
mendapat kertas kecil yang bertitipkan lebih kurang kata-kata cinta itu. Namun
dia tidak berani untuk mengatakan sesiapa kerana sepanjang dia berada
Universiti Malaysia Sabah ini, dia tidak pernah bermain cinta dengan sesiapa.
Bukan di sini sahaja, malah semasa dia kecil sekalipun. Baginya lebih seronok
jika bercinta selepas kahwin.
“Is’ad? ” panggil Ana kawan sekuliahnya.
“ Ya?”
“ Mak dan ayah kau dah sampai.”
Is’ad terus menarik muka senyum. Dia mendekati Ana
dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Ana cuma tersenyum. Dia tahu Is’ad sangat
merindui keluarganya. Nak buat macam mana, sudah tiga bulan Is’ad tidak pulang
ke kampung. Begitulah pengorbanan seorang pelajar. Mujurlah ada abangnya di
sini. Namun sekejap lagi, abangnya akan tinggalkan dia seorang sini sebab esok
abangnya dah konvo.
“Assalamualaikum mak, ay….” Kata-kata Is’ad terhenti
tatkala melihat ibunya sedang terduduk sambil mengurut kakinya. Dia mendekati
ibunya lalu dicium tangan itu dan memeluk badan ibunya sambil mencium kedua-dua
belah pipinya. Begitu juga dengan ayahnya.
“Mak, ayah kenapa ni?” soal Is’ad risau.
“ Tadi masa mak dengan ayah sedang melintas, ada
kereta laju nak langgar mak kamu. Faham-fahamlah kami ni dah tua, jalan pun
macam siput. Mujur ada budak tu tolong
mak. Kalau tak, tak tahu la macam mana.” Luah emaknya sambil menekan-nekan
kakinya yang telah dibalut dengan kain kasa.
“Ehh…Tak
faham bahasa ke diorang itu. Tahu orang sedang melintas. Tekanlah brek tu.
Sia-sia je Jeneral Harley Earl cipta brek.” marah Is’ad.
“Qaseh tak payah risau la. Mak kamu tidak ada
apa-apa tu. Saja nak bermanja dengan ayah.” Usik ayahnya. Mereka bertiga senyum
bahagia.
Semasa
dirumah, Is’ad lebih suka dipanggil Qaseh. Entah la. Tiba-tiba sampai sini,
nama hujungnya menjadi peminat. Lantaklah. Lagipun kedua-duanya itu nama dia.
“ Siapa yang tolong emak ni?”
“Ada seorang budak lelaki ni. Cantik budaknya. Baik
pula tu. Kalau jadi menantu emak pun, apa salahnya.” Usik ibunya pula sambil
memandang suaminya. Muka Is’ad tiba-tiba merah apabila ibunya berkata begitu.
Is’ad
dan Ana berjalan seiring menuju ke masjid. Seharian mereka pergi menyibuk dekat
Majlis Konvokesyen abangnya. Nak buat macam mana, banyak sangat makanan dekat
sana. Hehe.
“Mak
kau dah balik ke?” soal Ana.
“Yup. Aku baru lepas hantar dia dekat
Lapangan Terbang tadi.
“Awal
balik.”
“Hmm…abang
aku ada temuduga esok. Sebab itulah balik terus.”
Ana
mengangguk-angguk tanda faham. Tiba-tiba mereka berhenti tatkala mendengar nama
Is’ad disebut dari belakang.
“Ameer,!
Salah seorang seniornya. Merangkap kawan sebilik abangnya. Buat apa dekat
sini?” soal Ana. Is’ad hanya berdiam diri di sisi Ana kerana dia tidak kenal
manapun dengan lelaki dihadapannya kini. Dia cuma nampak lelaki itu semasa
bersama abangnya tadi aje.
“Boleh
saya cakap dengan Is’ad sekejap?” tanya Ameer kepada Ana.
“Hmm..”
Ameer Qayyum memandang mata Ana, meminta untuk
ditinggalkan mereka berdua. Ana mengangguk faham. Lalu dia meninggalkan mereka
berdua. Is’ad yang sedikit terkejut dengan tindakan Ana terus memegang
tangannya.
“Takkan
kau nak tinggalkan aku sorang-sorang. Aku takutlah.”
“
Tak. Aku tak tinggal kau la. Aku tunggu kau dekat kerusi tu.” Tunjuk Ana. Is’ad
mengangguk.
Is’ad merenung siling kamarnya. Dia memandang kipas
yang sedang berpusing laju. Di dalam fikirannya kini cuma ada satu hal sahaja
iaitu kawan abangnya, Ameer Qayyum.
“Is’ad, macam mana belajar?”
“Alhamdulillah dapat ikut lagi buat masa sekarang. By the way, tahniah for your convocation”. Ameer senyum tatkala mendengar kata-kata
itu.
“Baguslah kalau macam tu. Err…terima kasih.”
Is’ad
yang sedikit rasa kekok hanya bermain-main dengan jari-jemarinya dibawah meja.
Dia tidak berani memandang wajah lelaki dihadapannya kini.
“Ada apa tujuan awak nak jumpa
saya?” tanya Is’ad perlahan. Dia tak nak dicop sebagai perempuan sombong pula.
Tambahan pula, lelaki ini kawan abangnya.
“Is’ad ada menerima kertas kecil?”
Is’ad
sedikit kaget mendengar pertanyaan itu. Adakah lelaki ini? Jantung Is’ad
semakin kuat bekerja tatkala ini.
“Ada,” jawapannya itu menimbulkan
tanda tanya di fikirannya apabila muka seniornya berubah menjadi merah.
“Jadi ma….cam mana?” tersekat-sekat
Ameer bertanya.
“Macam mana apa?”
“Hmm…..Is’ad terima abang?” semakin
merah mukanya. Is’ad jadi geli hati pula.
“Maksud awak?” Kekok untuk membahasakan
dirinya abang.
“Is’ad, memandangkan hari ini hari
terakhir abang di sini, biarlah abang berterus terang sahaja. Sebenarnya
abanglah yang menghantar surat itu. Abang sukakan Is’ad. Namun abang tidak
berani untuk meluahkan perasaan itu. Abang takut kalau-kalau itu hanya suara
syaitan. Jadi abang biarkan. Namun fikiran abang tidak pernah lekang dari
mengingati Is’ad. Jadi, abang ambil keputusan untuk solat istikharah.
Alhamdulillah, abang rasa itu bukan suara syaitan lagi. 3 malam berturut-turut
abang solat dan tiga malam itulah Is’ad muncul dalam mimpi abang.”
Is’ad
yang mendengar luahan itu diam seribu bahasa. Rasanya jantung dia dah tercabut
entah ke mana. Tiba-tiba dia merasakan darahnya menyerbu kemukanya.
“Awak maafkan saya. Saya masih
belajar. Bukan saya tak nak kahwin masa muda walaupun saya tahu hal ini adalah
terbaik di sisi agama, tapi saya masih ada kedua-dua ibu bapa yang selama ini
menjaga saya. Saya telah berjanji dengan mereka untuk belajar
bersungguh-sungguh dan membawa kepada mereka segulung ijazah. Nanti kalau saya
kahwin nanti, saya takut tak mampu menjadi isteri solehah dan tidak berjaya
membawa segulung ijazah kepada mak dan ayah saya. Dua-dua rugi.” Is’ad berani
untuk berkata-kata. Namun kata-katanya itu ikhlas di perdengaran Ameer Qayyum.
“Abang faham Is’ad. Abang harapkan
pembalasan cinta dari Is’ad kelak. Abang akan sentiasa menunggu Is’ad.”
4
tahun kemudian….
“Mak,
semalam abang ada bagi cadangan nak pergi buat Umrah. Boleh ke mak?”
“Baguslah
tu. Benda baik mak takkan halanglah. Nanti bolehlah kamu doakan jodoh kamu
sekali.”
Is’ad
tersenyum mendengar kata-kata emaknya. Is’ad pun tidak faham akan dirinya yang
tidak jumpa-jumpa dengan jodohnya. Sudah banyak kali emaknya mengaturkan
perjumpaan dengan lelaki-lelaki anak-anak kenalannya. Namun apa orang tua-tua
cakap, kita hanya bisa merancang, Allah yang menentukan. Rasanya sudah lima
orang yang telah datang bertandang ke rumahnya, namun seorang pun tidak
‘lekat’.
“Adakah
dia masih menunggu lamaran Ameer Qayyum?”
Entahlah.
Dia kelu. Akhir sekali dia mengambil keputusan untuk melakukan Umrah. Orang
cakap, doa di sana lebih makbul. Tambah-tambah di Raudhah.
“Alhamdulillah,
akhirnya sampai juga ke destinasi yang sering diimpi-impikan.” Kata Is’ad
kepada abangnya sambil menyeka air matanya apabila melihat keindahan Makkah.
Kalau dulu-dulu, dia hanya nampak didalam TV, sekarang ni secara life depan matanya.
Selama
dua minggu dia akan berada disini untuk mengerjakan Umrah di bawah Ash-Har
Travel. Dia akan memenuhi masanya itu dengan sepenuhnya.
Baru
semalam rasanya dia sampai, namun hari ini dia sudah mengangkat beg untuk
kembali pulang ke Malaysia. Masa kini semakin hari semakin cepat. Ia merupakan
antara tanda-tanda kecil kiamat. Subhanallah.
Namun,
hanya satu perkara yang masih segar bermain di fikirannya, iaitu perjumpaan
antara dia dengan Ameer Qayyum.
Pada mulanya dia agak terkejut
dengan pertemuan dengan seorang lelaki yang wajahnya amat menyerupai Ameer
semasa dia sedang membeli barang-barang cenderahati untuk orang-orang di
Malaysia. Namun segalanya terjawab apabila orang itu menegurnya.
“Assalamualaikum Is’ad kan?”
tegurnya. Disisinya berdiri seorang perempuan yang bertudung labuh. Namun wajah
itu tidak mampu dikenalinya kerana perempuan itu memakai purdah.
“Waalaikumussalam. Ya. Awak buat apa
dekat sini?” soalan yang agak tidak logik dek akal. Mestilah dia buat haji atau
umrah. Is’ad, Is’ad.!
“Alhamdulillah, abang buat Umrah.
Is’ad pula?”
“Sama lah.”
“Mana suami?”
“Is’ad belum kahwinlah.” sampuk
abang Is’ad yang baru siap membayar. Lalu dia menghulurkan tangan kepada Ameer.
Sebuah senyuman dilakarkan.
“Oh lupa. Kenalkan Ummie Munirah.”
Is’ad menghulurkan tangan kepada orang yang dimaksudkan. Tiba-tiba hatinya
berasa gusar.
“Isteri ke?” soalan abangnya sedikit
sebanyak membuat hatinya tertunggu-tunggu jawapan dari mulut Ameer. Tiba-tiba
terngiang-ngiang kata-kata Ameer dulu.
“Abang
akan tunggu Is’ad..”
Ameer
hanya menjawab dengan senyuman di bibir. Selepas itu matanya beralih kepada
muka Is’ad. Dia perasan mukanya berubah menjadi keruh. Ameer dan abangnya yang
perasan dengan perubahan tersebut hanya senyum sendiri.
Beberapa
minggu kemudian…..
Alhamdulillah.
Doanya telah dimakbulkan Allah. Tadi, ibunya kata ada orang datang merisik dan
terus bertunang dengannya.
Selepas
jumpa dengan Ameer dan isterinya hari itu, jiwanya terus kosong. Dia terus
cakap dengan emaknya untuk menerima sesiapa sahaja yang datang bertanyakannya.
“Qaseh
macam mana?”
“Jika
itulah keputusan emak, itu jugalah keputusan Qaseh.”
Emaknya
memeluk tubuhnya kejap.
“Alhamdulillah,”
terdengar perlahan perkataan itu digegendang telinganya.
“Is’ad,
tadi mereka telah menetapkan tarikh perkahwinan. Kami sepakat untuk mengadakan
majlis dua bulan lagi. Kamu setuju ke?”
“Qaseh
setuju mak,” ucapnya dengan nada yang terkejut. Cepatnya.!
Tibalah
hari perkahwinan mereka…
Emaknya
kelihatan sibuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Is’ad sedang bermake-up didalam kamarnya. Ramai sepupu
sepapat, saudara-mara yang hadir memeriahkan majlis mereka. Tidak lupa juga
sahabat-sahabatnya yang diundang untuk ke majlis tersebut kecuali Ameer Qayyum.
Dia tidak berani untuk mengundang lelaki itu kerana dalam diam, dia juga
menyimpan perasaan kepada Ameer. Dia takut nanti dia bertukar fikiran.
“Alahai
cantiknya anak saudara pak ngahnya.” Usik pak ngahnya selaku abang kepada
emaknya.
Dia
tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Kembang
kempis dah hidung tu.” Ditambah pula oleh mak ngahnya. Sekali lagi dia tersipu
malu.
“Is’ad
dah siap?” tiba-tiba datang emaknya. Kata-katanya telah menguatkan denyutan
jantung Is’ad.
Mak
Andam yang sedang memake-up nya
menyampuk.
“Siap
dah.”
Dia
keluar diiringi mak andam disisi. Sekali lagi jantungnya telah hilang entah ke
mana.
Apabila
semuanya berada diposisi masing-masing, Ucapan akad nikah cukup jelas di
gegendang telinganya. Namun suara itu. Suara itu.!
“Ahh…mungkin
halusinasiku saja.!” marah Is’ad kepada dirinya sendiri.
Qaseh
Is’ad yang tadinya hanya menunduk mengangkat wajahnya apabila emaknya menyuruh
dia menyalami tangan suaminya. Dia masih tidak berani untuk melihat gerangan
dihadapannya. Disambut tangan itu lalu dicium penuh syahdu. Tiba-tiba dahinya
terasa hangat. Banyak flash yang
menangkap scene itu. Malunya. Dia
rasa mukanya telah merah.
“Buruk
sangat ke muka abang ni Is’ad? Sombongnya dia. Tak nak tengok pun,” bunyi suara
suaminya bernada usikan.
Dengan
lafaz basmallah, dia mengangkat wajahnya. Alangkah terkejutnya dia.!
“Abang
Ameer.!” Teriaknya.
Ameer
tergelak kecil diiringi abangnya dan semua yang berada di situ.
“Tak
sangka Meer, kau yang jadi adik ipar aku. Patutlah baik semacam dengan aku
selama ni.” Qaseh Is’ad dan Ameer hanya tersipu-sipu malu. Yang lain tu, habis
gelakkan mereka.
Qaseh
menyalami emaknya. “Kalau Qaseh nak tahu, dia lah yang tolong mak hari tu. Tak
sangka masin juga mulut mak ni.” Muka Qaseh yang baru sahaja hendak reda dari
merahnya, kembali merah.
“Sebenarnya
abang dan Ameer lah yang rancang nak ke Umrah hari tu. Ingatkan Ameer bertepuk sebelah
tangan, rupanya tak.” Qaseh Is’ad membulatkan mata memandang abangnya.
“Macam
mana abang tahu tak?” soal Qaseh Is’ad ingin tahu.
“Yelah.
Muka adik abang ni masam mencuka je masa balik hari itu. Lepas itu, minta mak
terima siapa sahaja yang datang bertanyakan Qaseh. ” Usik abangnya lagi.
“Sebenarnya
tu kakak abang lah.” Usik Taufiq menambahkan ‘kemerahan’ pada muka Qaseh Is’ad.
“Abang.”
Teriak Qaseh Is’ad sambil tangannya mencubit lengan Ameer.
“Adik
ni sabar lah sikit. Lambat lagi nak malam.” Sampuk abangnya. Is’ad terus bangun
mengejar abangnya apabila semua orang gelakkannya.
TAMAT
1 comments:
Post a Comment