Cerpen : KITA = SESIPUT

Posted by Smat Goal Ent 1:41 AM, under | 1 comment



“Assalamualaikum!,”si gadis mendongak.
 Seorang remaja lelaki yang kelihatannya sebaya denga dia sedang berdiri di hadapannya.
Siapa pulak ni? berkerut dahinya memandang muka itu manakala lelaki itu hanya tersenyum menayang giginya yang cool itu! Cool? Agaklah..
Muhammad Alif terdiam, membalas hairan renungan gadis itu sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi batu bersebelahan dengan gadis itu.
Sah,perempuan ni ada penyakit Amnesia!
Mafela yang dililit menutup leher dirungkai sedikit,rimas walaupun pada masa yang sama dia sejuk. Dia perasan akan renungan tajam yang ternyata menandakan rasa tidak puas hati si gadis terhadap tindakannya.
          “Miss Fie, don’t you remember me?.” Muhammad Alif mengajukan soalan itu kepada gadis di hadapannya sambil tersenyum sinis.
Fie atau nama penuhnya Afifah Ahmad Zaki terkejut,tergamam dan segala ‘ter’ lagi la.Berkerut-kerut dahinya apabila ditegur begitu.
‘Giler ah!Siapa dia ni? Nickname aku pun dia tahu,seram ah!Ni bukan Kedah,ini KOREA! Aku mana ada kawan kat sini.’dia membebel lagi,manakala Alif pula hampir sahaja ketawa melihat sepupunya yang masih tidak mengenali dirinya. Apa daa..sepupu sendiri pun tak cam!
Alif terus menyeluk poket seluarnya mencapai sesuatu,‘aah!Ada pun..’ lantas dipakai kaca mata itu dan didongakkan kepalanya,memandang Afifah dan dia menangkap senyuman lega terukir dibibir sepupunya itu.
          “La..kau ke?Apesal muka kau lain gila tadi?Serius aku tak cam!,”
Afifah berkata separuh menjerit sambil menepuk perlahan dahinya,mengutuk dirinya sendiri kerana tidak berjaya mengecam sepupunya sendiri. Ya,sepupunya!Satu-satunya sepupu lelaki yang dia ada.
Alif tidak menjawab sebaliknya hanya merenung tudung yang membaluti kepala sepupunya itu,dia tersenyum lagi.‘Still macam dulu, Fie?’
 Afifah menggawangkan tangannya di hadapan Alif beberapa kali, ‘sengal la budak ni,aku dah kesejukan dah duduk kat luar ni.Boleh pulak dia berangan?SEMPERIT betul!’
          “Lif!.” Jeritan Afifah bergema di gegendang telinganya,lantas dia menekup telinganya,perit!
Wajah sepupunya itu ditenung geram,‘Ya,Allah..!Kalau Afifah Ahmad Zaki ni bukan sepupu aku..dah lama aku tampoo.nasib-nasib..’
Semasa di dalam bas,menuju ke rumah Alif.
“So,siapa yang tahu kau datang tengok family aku kat Korea ni?,” dikerling sebentar ke arah sepupunya itu sebelum kembali memandang keluar tingkap bas.
Kelihatan sekumpulan kanak-kanak berbangsa Korea berlari-lari di tengah padang itu,terimbau kembali zaman persekolahan di Malaysia, dia sudah tidak lagi mendengar apa-apa yang bakal diucapkan oleh Fie kerana dia sudah hanyut mengingati kisah semasa di Malaysia dahulu.
-IMBAS KEMBALI-
[ 5 tahun yang lalu, Kedah Darul Aman, Malaysia]
Di luar Sekolah Rendah Kebangsaan Asma,dia bertenggek  menunggu sepupunya, Fie. Kelihatan ramai pelajar perempuan berpusu-pusu melintas jalan besar di hadapan sekolah itu apabila pengawal mengawal lalu lintas jalan tersebut namun kelibat sepupunya masih lagi belum kelihatan di situ.
‘Manalah si Fie, ni?adui..dah la aku ni satu-satunya pelajar lelaki yang ada kat kawasan sekolah ni.Malunya..’ dia merungut sambil meninjau-ninjau kelibat sepupunya di sekitar pagar sekolah elit itu. Tiada!
          “Pah!,”
Hampir sahaja dia melatah dan menghempuk beg sekolahnya ke arah empunya diri yang sengaja menyergahnya dari belakang itu tetapi niatnya terbantut apabila melihat Fie sedang tersengih seperti kerang tak cukup masak di belakangnya.
“Fie!Kau ni..kan!.” lantas Afifah ditinggalkan di situ.
“Lif!Ala, janganlah merajuk..aku tak reti pujuk.Hoi…!,” dia menjerit pula apabila dilihatnya sepupunya,Alif sudah jauh meninggalkannya.
Derapan kakinya dihayun laju mengejar Alif manakala Alif pula sedari tadi menahan tawanya apabila melihat reaksi cuak tidak sudah sepupunya itu. Tiba-tiba suara Afifah tidak lagi kedengaran, Alif mematikan langkahnya lalu dia menoleh kebelakang kerana bimbang akan keselamatan sepupunya,Afifah.Tiada!Fie,tiada di belakangnya.Ya,Allah!
          “Fie!Fie!.”
Dia berlari-lari anak kembali ke pagar sekolah Fie dengan harapan dia dapat mencari Afifah semula tetapi hampa. Dia mula resah memikirkan apa yang mungkin berlaku pada sepupunya itu. Dia terduduk di tepi pagar sekolah itu,
‘Ya,Allah!Mohon padamu agar diselamatkan dan dilindungi sepupuku,Afifah daripada sebarang perkara yang tak diingini Ya,Allah..maafkanku Ya,Allah..Amin.’
Selepas mengaminkan doa itu, kelihatan Afifah melangkah ke arahnya dengan memegang dua bungkus aiskrim Cornetto. Terus dia bangun dan menghayunkan kakinya laju ke arah Afifah yang sedang tersenyum sambil menggawangkan Cornetto di tangan ke arahnya.
Afifah tersenyum melihat Alif yang menghampirinya,
‘mesti dia suka!Tu,la..nak merajuk lagi dengan aku.Dengan adanya bende alah ni,pasti berjaya!Yeah!,’Cornetto di tangan dikerling lalu tersenyum puas. 
Belum sempat dia menghulurkan Cornetto kepada Alif,dia ditarik kedalam pelukan Alif. Berubah terus air muka Afifah tatkala itu,lantas dia menolak badan kecil Alif dari terus-menerus memeluknya.Bukan muhrim!
          “Wei,apehal sampai peluk aku ni?!Kau bukan tak tahu..” Afifah membentak,geram!
Namun Alif masih lagi menunduk memandang jalan bertar hitam itu,Afifah juga turut merenung jalan tar itu. ‘Tak de apa pun..’
Alif mengangkat muka memandang sepupunya itu,air mata yang merembes keluar tadi semakin seronok mengalir. Afifah terdiam lantas dikeluarkan beberapa helai tisu lalu dihulurkan kepada Alif.
          “Lif,kau dah kenapa?Nangis macam orang hilang anak ni?Syy..syy..nanti orang tengok malu la..Lif,kau lelaki la..dah-dah.”katanya separuh berbisik sambil menepuk perlahan bahu sepupunya,Lif.
Esakan yang kedengaran tadi sudah berkurangan,tisu pun sudah habis digunakan. Alif mengangkat muka memandang wajah Afifah yang berada di sebelahnya.
          “Sorry terpeluk kau tadi,Fie.Aku risau,aku takut kau hilang.Kaulah satu-satunya sepupu aku yang terbaik pernah aku ada.Selain babah and mama,kau orang terpenting dalam hidup aku selama dua belas tahun ni.”
Afifah sekali lagi terdiam,mengubah pandangannya dari Cornetto di tangan tepat ke arah muka Alif.Bibirnya menguntum senyuman,
          “Lif,kau ni..Fikir banyak sangat la..Aku pergi beli aiskrim ni ha,untuk pujuk kau.Dah-dah,yang penting aku dah selamat,kan?Insyaallah,kita akan selalu bersama..kau jangan risau la,Lif.Kita tetap sesiput..nah,ambik Cornetto ni.Dah nak cair dah.”
Huluran daripada Fie disambut sambil tersenyum lalu dia berdiri dan kemudiannya menoleh ke sisinya,
          “Fie,jom!Balik,lapar la..hehe.”
Afifah mengangkat symbol ‘ok’.Dia bangun dari duduknya lalu menepuk sedikit baju sekolahnya yang berhabuk dan mereka berdua berjalan beriringan ke stesen bas yang tidak jauh dari situ.
          “Fie..”
          “Hmm?.”
Sepi sebentar,tiada orang lain di stesen bas itu selain mereka.
          “Semalam aku mimpi..kita terpisah,aku kena ke tempat lain ikut babah and mama.”
Lirih dan sayu sahaja suara Alif bercerita namun Afifah di sebelah pula sebaliknya, sudah mula tersentot-sentot menahan tawa,
          “Lif..Lif..mimpi,kan mainan tidur.Kau ni fikir banyak sangat la..dah la,eh!Bas!.”lantas bahu Alif ditampar,mengajaknya bangun.
Alif terkejut lalu terus bangun,‘hmm..harap-harap apa yang kau kata betul,Fie..’
[Seminggu selepas keputusan UPSR keluar]
“Keluar!Kau dan keluarga kau,aku tak mau lagi tengok ada dalam keluarga ni!Keluarga Tengku Zaifirin bin Tengku Aminudin!Kau dah cemarkan maruah keluarga ini dengan menggelapkan duit syarikat!,”
Alif menggeletar ketakutan mendengar setiap bait tengkingan datuknya kepada babahnya di ruang tamu.Apalah dayanya hendak bersuara mempertahankan babahnya yang langsung tidak bersalah itu kerana dia hanyalah seorang budak yang berusia 12 tahun.
Tengku Khairi melutut di hadapan ayahnya sambil merayu agar diberi peluang untuk membela diri namun langsung tidak diendahkan oleh ayahnya,Tengku Zaifirin.
          “Ayah,saya tak buat semua tu!Ayah pun tahu macam mana saya bekerja untuk ayah,kenapa ayah terlalu mudah percaya pada kata-kata orang lain?Saya berani bersumpah itu bukan kerja saya,”
Tengku Ahmad Zaki yang baru sahaja tiba,terus meluru mendapatkan abang sulungnya yang sedang melutut di hadapan ayah mereka.
          “Ayah,tak mungkin Abang Khairi sanggup buat macam tu.Saya sentiasa ada disisi dia ,ayah.”
Tengku Ahmad Zaki nekad,abangnya perlu dibela kerana dia tidak bersalah.Bahu abangnya dipeluk kemas,cuba untuk memberikan sedikit kekuatan yang dia ada.
          “Ah!Kau pun nak melawan cakap ayah?!Kalau macam tu,kau berdua boleh keluar dari keluarga ini,negara ini!.”
Kali ini tengkingan Tengku Zaifirin lebih nyaring dari sebelumnya,marah!
          “Jangan!Ini hal saya,jangan ayah libatkan Zaki.Baik,jika benar ayah mahu saya keluarga dari keluarga ini..saya akan keluar.”
Tengku Khairi bingkas bangun dan terus melangkah ke biliknya,Tengku Ahmad Zaki tersentap.
          “Abang,jangan!Abang tak bersalah,saya tahu.”katanya pada Tengku Khairi dan isteri abangnya,Tengku Azureen yang sibuk mengemas pakaian untuk beredar dari Villa De Aman itu.
Tengku Khairi menghampiri adiknya lalu badan sasa itu ditarik ke dalam pelukannya.Tengku Ahmad Zaki membalas pelukan abangnya dengan hati yang sebak.
          “Abang percaya pada kau,kau uruskan syarikat ayah.Kau mampu!Abang dah hilang kepercayaan daripada ayah tapi kau tak,selamatkan syarikat tu.Janji dengan abang,”
Tengku Ahmad Zaki menangis lagi,dia tidak mahu kehilangan satu-satunya saudara yang dia ada namun dia berjanji akan membersihkan nama abangnya lantas dia mengangguk dan Tengku Khairi memeluk dia lagi,buat kali terakhir.Tengku Azureen yang memerhatikan gelagat itu turut bersedih,namun dia akan menjadi lebih tabah untuk suami dan anaknya,Alif.
[ Fie dan Lif ]
“Assalamualaikum!Lif,Lif.”
Selepas habis sahaja sesi ceramah bersama Dato’ Fadzilah Kamsah,dia terus menuju ke rumah Alif ataupun rumah Mak Long dan Pak Longnya untuk bertemu dengan Alif,sepupu kesayangannya itu.
Setelah menanggalkan sandalnya,dia meletakkan sandal itu di dalam rak yang telah disediakan,kain baju kurungnya diangkat sedikit untuk melangkah masuk ke dalam rumah itu.
          ‘Kenapa senyap je ni?mana semua orang?,’dia bermonolog sendiri.
Laju sahaja kakinya dihayun ke tangga untuk ke bilik Alif,Pak Long dan Mak Long yang berada di tingkat atas.
          ‘Tak de?Pelik!.’
Tiba-tiba bahunya dipaut lembut,
          “Ibu?Eh,mana yang layan?.”
Tengku Khairina,tidak membalas sebaliknya menarik lembut tangan anak tunggalnya itu supaya mengikut langkahnya ke dalam kereta.
          “Ibu,kita nak ke mana ni?”
Afifah melihat jalan di sekelilingnya,‘kalau tak silap,ini bukan jalan balik ke rumah’    
Selepas beberapa minit kemudian,mereka tiba di lapangan terbang.Sekali lagi Afifah menyoal ibunya,
          “Bu,siapa yang nak pergi umrah ni?.”dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Tengku Khairina hanya tersenyum sumbing mendengar pertanyaan anaknya itu,
          “nanti,Fie akan tahu yer,sayang.”
Langkah ibunya yang semakin laju menyebabkan dia terpaksa berlari-lari anak mengejar ibunya sambil memegang tudungnya yang beralun-alun lembut ditiup angin penghawa dingin di situ. ‘Siapa yang nak keluar negara?’
Langkahnya terhenti apabila dia menangkap wajah ayah,Pak Long,Mak Long dan Alif di hadapannya. ‘Laa..dia orang nak keluar negara bercuti rupanya.’
Alif memandang Fie yang sedang tersenyum lebar di hadapan,‘Fie..bukan seperti yang kau fikirkan..’
          “La,kenapa kau nak bercuti dengan Pak Long and Mak Long,tak ajak aku?Sampai hati..”kata Afifah pura-pura merajuk dan dia sebenarnya belum tahu akan perkara sebenarnya.
Alif menggeleng,
          “Bukan cuti,kami nak berpindah.Ayah aku dah berhenti kerja dengan atuk,dia dapat tawaran kerja di Korea.Kami semua nak pindah,Fie..”
Senyuman yang sedari melebar dibibir Afifah mati begitu sahaja.‘Pindah?’
          “Tapi kenapa?Kau kata kita SESIPUT.Kenapa?,”digoncang bahu Alif sekuat-kuatnya.
Air mata yang jarang sekali mengalir bagi seseorang budak perempuan yang bernama Afifah berjaya keluar saat itu.Alif terdiam manakala ibu bapa kedua-dua sepupu itu pula hanya mampu memerhatikan babak sedih itu dengan hatinya yang sebak.
          “Atuk,halau..Fie,bukan aku nak kita pisah macam ni.Aku tak nak,macam-macam lagi benda yang aku nak buat dengan kau,tapi tak jadi.Fie,kita still SESIPUT,kan?”
Afifah menangis lagi,dia sebak mendengar perkataan SESIPUT itu.
          “Lif,insyaallah.Kita akan sentiasa,kau jangan lupakan aku.Ni,aku ada belikan hadiah untuk hari lahir kau yang akan datang,bukak nanti.”
Kini suara Afifah sudah tidak lagi seserak tadi,juga tangisannya sudah berkurangan.
          “Terima kasih,Fie.Terima kasih kerana sentiasa pakai tudung yang kita sama-sama pilih kat Pekan Rabu tu,”
 Afifah tersenyum lagi,tudungnya dikerling sebentar.Tudung bawal kosong dua ton walaupun berharga hanya berharga lapan ringgit tetapi ia menjadi amat berharga kerana ia merupakan hadiah daripada Alif.
          “Fie!,”
Jerit Alif yang tiba-tiba menoleh ke belakang,Afifah pula mengangkat kening.
          “Kita adalah SESIPUT!.”laung Alif.
Manakala Afifah mengangkat kening dan menjawab,
          “always!.”
******************************************************************************  
Afifah berhenti berceloteh apabila dia merasakan bahawa Alif seperti sudah..tidur?
‘tidur!Ish,budak bertuah ni!Aku sibuk-sibuk bercerita,dia elok buat tahi mata!’
Bahu Alif ditolak-tolak dengan handset Nokia C3nya,
          “woi!Bangun-bangun,kau ni..Tak cukup tidur ke hapa?Kang tak pasal-pasal kita terlepas stesen yang dekat dengan rumah kau,bangun!.”
Terpisat-pisat Alif apabila disergah oleh Afifah lalu terus dibetulkan duduknya.
          “Sorry,assignment banyak la..Kau tak pe la,dah habis SPM.Aku kat sini mana habis lagi,ni pun baru boleh cuti musim luruh.Gila penat!.”
Afifah berasa bersalah mendengar pengakuan sepupunya itu,
          “ye,ke?Hmm,sorry..Kau tidur la balik,aku tak tahu.”
Kali ini Alif pula yang tergelak,
          “woi,kau ni..kang aku tidur balik,kita terlepas stesen balik ke rumah aku,habis!Hahaha..”
Afifah sebenarnya hendak marah tetapi apabila melihat Alif yang bersungguh-sungguh ketawa,dia pun turut serta.Alangkah bahagianya mereka..
Berada di rumah Alif,membuatkan dia berasa sangat gembira dan hampir sahaja lupa akan tujuan kedua dia ke situ. Helaian kertas kerja di tangannya diselak,
          “Kim Jae Jin...”
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar,kelam kelabut dia menyimpan kertas itu. Kedengaran suara Mak Longnya di luar bilik,
          “Fie,jom makan,nak.”
Afifah membuka pintu,dilihatnya Tengku Azureen sedang tersenyum manis.Sesungguhnya Tengku Azureen sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.
          “Ala,Mak Long..Nape tak panggil Fie?Fie pun nak tunjukkan skill memasak Fie.Hehehe..”sempat lagi dia bercanda dengan Mak Longnya.
Tengku Azureen tersenyum mendengar kata-kata Afifah,anak saudaranya itu.Kelolo,tak sudah!Patutlah boleh masuk dengan anak teruna seorangnya itu.
          “Dah-dah,melayan kamu,tak makanlah kita berdua.Jom,”balas Tengku Azureen lalu menarik tangan si gadis menuruni anak tangga ke dapur.
          “Eh,Mak Long..Tudung,tudung Fie,”dia baru sedar dia tidak bertudung.
Sekali lagi Tengku Azureen tersenyum,
          “Fie,kita berdua je..Pak Long selalu balik malam.Lif pulak,kelas selalu habis sekolah pukul lima petang.”
Afifah terangguk-angguk,mencerna apa yang diberitahu oleh Mak Longnya.‘Lif,petang baru balik?Pak Long,malam baru balik?Kesian Mak Long..’
Selesai mengemas meja,Fie menunaikan solat Zuhur di dalam biliknya.Kertas di dalam begnya dikeluarkan semula,gambar Kim Jae Jin direnung tetapi ada suatu yang mengganggu fikirannya saat itu,Kim Jae Jin satu sekolah dengan sepupunya,Alif.
Tiba-tiba Nokia C3nya berbunyi,
          “Ya,tuan!Baik.”
Dia mengeluh sebentar,kemudiannya dia bersiap-siap.‘Have some work to be done,Fie!’
Di hadapan pagar Seoul International High School,Afifah mendongak melihat jam gergasi yang terletak bangunan paling tinggi sekolah itu. ‘3 petang?’
Dia mula menyelit di belakang bangunan sekolah itu,melalui pintu belakang.Terhendap-hendap dia,tiba-tiba dia terdengar sesuatu. ‘Eh..macam suara,..Lif?.’
Disebalik bangunan berwarna itu,kelihatan Alif sedang berurusan dengan Kim Jae Jin.Tersentak Afifah, terus tidak dapat dikawal perasaan marahnya yang semakin membara,
          “Lif!Apa kau buat ni?!,”
Alif yang sedang berurusan dengan Kim Jae Jin tersentak,hampir sahaja bungkusan dadah yang berada di dalam genggamannya terlepas.Pandangan berapi milik Afifah cukup dia fahami,
          “Fie!Kau buat apa kat sini?Macam mana kau tahu jalan ke sini?,”
Afifah tidak menjawab sebaliknya dia terus melangkah menghampiri mereka.Lantas dikeluarkan handsetnya,
          “Sir, I have found him.”Klik!
Kim Jea Jin,pula seperti dapat menghidu sesuatu apabila dia mendengar kata-kata gadis asing di hadapannya.Kemudiannya dia menghalakan pandangannya ke arah Alif dan menyoal Alif dengan Bahasa Korea berkenaan gadis itu manakala Afifah langsung tidak tahu apa yang dibualkan oleh kedua-dua orang lelaki di hadapannya.Selepas beberapa minit,Kim Jae Jin dilihat mula melangkah meninggalkan pasangan sepupu itu.Terbeliak mata Afifah,
          “stop!Wei,dia nak lari la!Kau kenapa?Kin Jae Jin,stop!!.’Afifah menjeling tajam Alif seraya mahu mengejar Kim Jae Jin namun Alif terlebih dahulu menyambar lengannya,menghalang.
Dia hanya mampu memandang Kim Jae Jin yang berlalu dari situ dengan senyuman mengejek.Tak guna!Kini pandangannya dihalakan ke Alif.Hatinya semakin panas,geram, sedih dan kecewa semua bercampur aduk!Sebal!Dia sebal!
          “Kau dah kenapa?!Kau tahu tak dia siapa?Lif,kau …kau!Aargh!!.”
Lengannya direntap kasar lalu dia meninggalkan Alif di situ tanpa memberikan walaupun sedikit pun peluang untuk sepupunya itu menjelaskan situasi yang sebenarnya.
          “Fie!!Tunggu!.”Dia mempercepatkan langkahnya mengejar Afifah yang sudah mahu menaiki bas yang sudah bersedia untuk bergerak itu.
Vroom..Bas itu bergerak meninggalkan Alif keseorang termangu di stesen bas tersebut.
Di dalam bas,
Afifah mengesat air matanya yang sudah tidak dapat ditahan lagi,mujurlah dia sudah terbiasa dengan kawasan dan kemudahan di situ kerana tugas yang baru disandangnya beberapa minggu yang lalu.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan sebal yang teramat,pintu bilik tetamu yang dia diami dibuka perlahan.Terus kakinya dihayun ke katil bujang berhampiran,lesu.Tiba-tiba ‘handset’nya berbunyi,
          “ya,tuan!Hah?Er..ya,baik..”talian diputuskan.
‘Kim Jae Jin dah berjaya ditangkap?Tugas dah selesai?Arahan balik semula ke Malaysia?’Dia semakin pelik,bagaimana mereka boleh menangkap tali barut sindiket penjualan dadah dan pemerdagangan pelajar Malaysia di Korea itu sedangkan dia belum menghantar apa-apa maklumat berkenaan tempat tinggal Kim Jae Jin.Alif?
Lantas didail nombor Ummi,kawannya di bahagian pengurusan maklumat perisikan rahsia Malaysia.Setelah memberi salam,dia terus menyatakan hasratnya kepada Ummi.
Selang beberapa minit,satu email masuk ke dalam peti simpanan Afifah.Setiap bait perkataan di dalam email itu dibaca dengan teliti, ‘boleh percaya ke mata aku ni?.’
Termangu sebentar dia di hadapan laptopnya, ‘Alif,you owed me an explaination!’
Dia terus melangkah keluar dari bilik itu,langkahnya dihayunkan ke bilik sebelah.Tuk tuk!!
          “Lif,Lif?.”namun tiada sebarang respon yang diterima balas dari dalam bilik itu.
Tiba-tiba dia rasakan kehadiran seseorang di belakangnya,lantas dia beralih ke belakang.Hampir sahaja dia terkeluar jantungnya apabila melihat Alif yang tiba-tiba berada di belakangnya.
          “Ya,Allah!Kau ni,ish..kot ye pun,bagilah salam ke apa.”bebel Afifah,cuba menutup perasaan malunya.Haha..
Alif pula sudah mula ketawa melihat perubahan di wajah sepupunya itu,lupa sebentar akan pertengkaran antara mereka beberapa jam yang lalu.
          “Aku nak bincang benda dengan kau jap,jumpa aku kat taman mini depan rumah kau.”
Serius, Afifah kini sudah menukar kembali suaranya ke mode SERIUS.Sengaja mahu menakut-nakutkan sepupunya itu.
Alif, menelan air liur.Gulp!Erk,dia dah tahu ke?
Di bawah pohon rendang,angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajahnya.Aduh,rindunya masa silam SESIPUT kat Malaysia..
          “Ok,so..apa yang kau nak tahu?.”
Nampaknya,Alif sudah bersedia untuk disiasat dan dikerjakan oleh Afifah.Yes!
          “Ejen 371,bahagian luar negara dan kawalan kes pelajar Malaysia,Encik Tengku Alif.”sengaja diajuk kembali kandungan emel yang dihantar oleh Ummi sebentar tadi.
Dikerling ke arah Alif sekilas,dilihatnya Alif masih tenang.Kemudian terukir senyuman di bibir Alif.
          “Cik Tengku Afifah Tengku Ahmad Zaki,bahagian perisikan dan tindakan jenayah luar negara. We are zero-zero my dearest cousin.”
Terbeliak mata Afifah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Alif,disangkanya Alif tidak tahu akan tugasnya tetapi ternyata dia salah!
          “How do you know?”soalan berbaur cuak diutarakan kepada Alif.
Alif tersenyum sinis lalu mengangkat kening double jerk,manakala Afifah mencebik!Ah,mula nak banggas la tu!
          “Ada..lah..Aku ada assistant aku sendiri.Kau ada?Haha..”sengaja dikuatkan tawanya kerana mahu sepupunya itu sakit hati.
 Assistant?Siapa?!Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi,ada pesanan ringkas masuk lantas dibaca pesanan ringkas itu dan segera dia menoleh ke arah Alif. Alif pula mengerut dahi,kenapa?
“Tuan AG nak jumpa kita sekarang,di bangunan kedutaan Malaysia.”
Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam rumah semula,perlu bersiap-siap ke bangunan kedutaan Malaysia yang bukannya terletak berhampiran dengan mereka.Perbincangan mereka ditangguhkan!
[ Bangunan Kedutaan Malaysia ]
Satu demi satu gambar mengenai ahli kumpulan dadah dan pemerdagangan pelajar Malaysia di Korea di tayang menggunakan LCD di hadapan ahli perisik yang terlibat termasuklah Alif dan Afifah.
          “Tugas kita ada lagi ke?Bukan ke,Kim Jae Jin dah ditangkap?.”
Bisikan halus suara di tepi telinganya tidak dia endahkan,‘ah!dia orang ni tak boleh diam ke?Kang aku bersuara,dikatanya kurang ajar dengan senior,rimas!’
          “Cool down,relax..”Alif bersuara tiba-tiba apabila dia dapat menangkap kerutan yang berlipat-lipat di kening sepupunya itu.
Afifah tersenyum,dia memandang Alif yang juga tersenyum melihatnya.‘thanks,Lif!Kau yang paling faham akan diri aku.’
Usai mesyuarat,Alif dilihat masih berurusan dengan Tuan AG,Afifah pula hanya terpacak di hadapan balkoni lobi,malas hendak menyibuk akan hal mereka berdua. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang,
          “Ummi,la..kau ke?aku ingat kau tak datang.”lantas dipeluk Ummi,rakan sepasukannya itu.
Ummi pula membalas pelukan itu sebelum membalas pertanyaan itu,
          “kenalah aku datang kalau ketua aku ada kat sini.”
Afifah mengerut dahi, ketua?
          “tu,hah!Sepupu kau tu,orang atasan aku,”pandangan matanya dihalakan ke arah Alif yang sedang berbincang dengan Tuan AG.‘For real?!’
[ Di rumah Alif ]
Afifah sibuk menolong Mak Longnya,Tengku Azureen membasuh pinggan manakala Pak Longnya serta Alif sudah menghilangkan diri ke ruang tamu.
Tiba-tiba Tengku Azureen bersuara,
          “Fie,Mak long seronok bila kamu ada kat sini.Ceria jer memanjang muka Alif tu,tak boleh Fie stay lama lagi kat sini?.”
Afifah menggaru kepalanya yang tidak gatal,buntu!
          “Er..Bukan tak nak terus tinggal lama lagi kat sini,Mak Long.Cuma Fie ada hal yang perlu diuruskan di Malaysia,insyaallah nanti Fie datang lagi tapi bukan seorang diri,Fie akan bawa semua termasuk atuk.”
Puan Azureen tersentuh,terasa panas ditubir matanya.Sudah lima tahun,dia tidak menjenguk bapa mertuanya itu,teringin sungguh dia hendak menyalam tangan tua itu namun apakan daya,Malaysia dan Korea jauh terpisah.
Sedar akan perubahan Mak Longnya,Afifah terus menarik tubuh langsing itu kedalam dakapannya.
          “Maaf jika apa yang Fie  cakap tadi melukakan hati Mak Longnya,”
Dakapan yang cuba dileraikan Afifah,dieratkan kembali oleh Tengku Azureen.
          “Terima kasih,Fie..Mak Long terasa seperti ada anak perempuan.Mak Long nak sangat..”
Mengecil mata Afifah,cuba menahan air mata.‘Ah,aku tak pandai nak handle situasi macam ni..Ya,Allah.’
Akhirnya air mata yang sedari tadi ditahan,mengalir juga.
Sehari sebelum pulang ke Malaysia.
          “Cepatlah!Kau lambat la…”
Afifah menarik muncung apabila dilihatnya Alif masih lagi melangkah longlai ke arahnya,sedangkan dia sudah beria-ria hendak mencuba permainan Discavory di hadapan mereka.
          “Give me a minute,Fie..Apa?Jangan kata..”Alif menghalakan pandangannya ke
arah permainan di hadapannya,fobia!
Afifah tersenyum penuh makna,
          “Yes!Kita akan naik benda ni,my dearest cousin.Jom!.”
Afifah terus melangkah ke kaunter pembayaran,tidak diendahkan Alif yang sudah bertukar wajah itu.
          “Fie…please..”rengek Alif ketika Afifah sedang mengemaskan safety beltnya.
Afifah mengerling sekilas ke sebelahnya,
          “Lif,you must face it,face it.Just trust me,we are SESIPUT right?Selalu di sisi sepupu terbaik as known as SESIPUT,trust me?”
Alif terdiam,lambat-lambat dia mengangguk.
          “Good!Bismillahhirrohmanirrohim..Here we go!.”jerit Afifah sebelum permainan bermula manakala Alif bertindak memejam mata.Takut!
Sebaik sahaja tamat permainan itu,Alif terus berlari ke semak yang berhampiran,risau akan sepupunya,Afifah bertindak mengejar Alif.
          “Uweek!”Alif terus mengeluarkan segala isi perutnya,asalkan ia mampu membuat pening di kepalanya hilang.Sakit!
Afifah menghampiri sepupunya,hendak dicuit bahu itu tetapi prinsip yang sedari dulu menghalang.
          “Lif,sorry..Tak sangka kau fobia tahap maksimum dengan permainan tu.Kau..kau okey tak?.”dia memerhati Alif yang terbongkok-bongkok meluahkan isi perutnya.
Setelah peningnya hilang, dia kembali berdiri tegak sambil tersenyum jahat sebelum menoleh ke belakang.
          “Fie,aku rasa pening la..nak jalan pun,rasa tak larat.”sengaja dipucatkan mukanya.
Afifah sayu melihat sepupunya yang kelihatan tidak bermaya itu,timbul perasaan bersalah.
          “Lif..er,betul ke kau tak boleh jalan sendiri?Kita rehat dulu la,meh sini..”
Afifah menggamit Alif supaya datang ke arahnya,dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan,‘ish..takkan aku nak papah dia’
Alif tersenyum kambing tapi secara curi-curi,‘hah!Tahu pun kau menggelabah..haha,Fie..Fie’
Kini Alif sudah tersandar lesu di sebelahnya,sesekali dia menjeling ke arah sepupunya yang sudah tidak tentu arah itu. Mahu sahaja dia menghamburkan tawanya yang ditahan sedari tadi.
Afifah pula tiba-tiba berdiri lalu memandang Alif,
          “kau tunggu jap.Aku belikan kau penadol,kau tunggu sini tau.”terus dia berlari ke arah kiosk yang berhampiran.
Alif memandang Afifah yang sedang berlalu,satu keluhan dilepaskan.‘Rasa bersalah pulak aku,Lif tells the truth please..’
Berkerut dahi Afifah apabila dia melihat Alif yang sedang berdiri tegak di hadapan kiosk,‘dah sihat ke budak ni?Tadi beria-ria sakit..Tapi bagus la,selamatlah aku!fuh..’
          “dah sihat?.”
Alif mengangguk lalu membuka mulut,
          “tadi..aku..tipu je.”
Afifah masih macam tadi,tiada sebarang perubahan.
‘minah ni tak hadam apa yang aku cakap ke?’Alif mengulangi semula ayatnya.
“tadi aku tipu jer..”
Kali ini barulah Afifah melopong,
          “what?!Kau sengaja kan?Lif!!!”jeritnya lalu mengejar Alif yang sudah berkira-kira untuk membuka langkah seribu di hadapannya.
“Aaa!!!.”Alif terus berlari meninggalkan Afifah,ribut taufan dah datang!
Setelah penat melakonkan aksi kejar-mengejar,mereka kembali berjalan seperti biasa dan mereka akhirnya melabuhkan punggung di bawah pohon rendang di hadapan taman yang terletaknya rumah Alif.
Disandarkan bahunya ke batang pokok itu,sebelum dilonggarkan mafela di leher dan bersuara,
          “Fie..”
Afifah menarik perlahan nafasnya,cuba menyusunnya agar lebih teratur sambil turut bersandar pada batang pokok tetapi agak jauh dari Alif.
          “yup!”
Kini,Alif pula yang menarik nafas.
          “I’m had dreaming last night. Kita ..berpisah lagi,”serius nadanya.
Afifah tersenyum sumbing,teringat akan kisah lalu..pernah juga kata-kata itu dikeluarkan dari mulut sepupunya itu.
          “It is just a dream,kau ni..Hanya Allah yang mampu pisahkan kita,my dearest cousin..Jom,balik!.”
Alif sekali terdiam bak lima tahun yang lalu,
          “hopefully,Fie..Ya,Allah..”
Dia terus mengekori Afifah yang sudah maju beberapa langkah di hadapannya.
Malam itu,Alif menjadi imam solat berjemaah kepada Tengku Azureen dan Afifah tetapi Tengku Khairi tidak dapat menyertai solat jemaah itu kerana dia sedang bekerja di luar daerah.
Usai sahaja solat berjemaah,Afifah melangkah ke bilik.Setelah menukar telekung kepada tudung,dia kembali melangkah ke pintu biliknya sebelum menuju ke dapur.
          “Amacam?Aku ada harapan tak?.”
Tiba-tiba sahaja Alif mengajukan soalan kepada Afifah yang sedang sibuk membancuh air berkodial untuk makan malam.
Afifah mengerut dahi,
          “Harapan what?Tak faham la..”dia menunjukkan reaksi muka bosan kepada Alif sebelum melangkah sambil membawa jag di tangannya untuk diletakkan di atas meja.
Alif sengaja membiarkan jag yang dibawa oleh Afifah selamat mendarat di atas meja sebelum dia membalas kata-kata sepupunya itu.
          “your future husband?..”
Afifah tersentak,terkaku dan rasa tak mampu bergerak.Tapi hanya untuk sesaat.
          “kau giler!Tak nak aku..”
Alif ketawa keseronokan apabila berjaya mengusik sepupunya,Fie.‘Ala..kalau aku suka senyap-senyap pun,ok kot..sorry,Fie.Can’t hold my feeling anymore.’
          “just kidding…”kata Alif sebelum meninggalkan Afifah.
Afifah menarik nafas lega.‘er,lega ke Fie?Or kau hampa?Oh,no!no!Fie,hiding your feeling is not a crime..Ah,whatever!’lantas dia bantutkan monolog dalamannya.
Tuk,tuk!!
Alif mengerut dahi,‘siapa pulak yang datang?’
Daun pintu dicapai lalu ditarik perlahan namun belum sempat hendak berbuat apa-apa,
Bang!Satu tembakan disasarkan tepat ke perutnya,Tengku Azureen dan Afifah tergamam manakala Alif sudah terjelepok di atas lantai mengerang kesakitan.
          “Lif!Ya,Allah!Lif,kau bertahan-bertahan..Mak Long,pangku dia Mak Long..”kata Afifah apabila dilihatnya Tengku Azureen sudah seperti tidak bernyawa di hadapan dia dan Alif.
Tengku Azureen yang tersentap dengan panggilan Afifah segera memangku anaknya yang sedang bertarung menahan kesakitan yang teramat,darah yang semakin banyak mengalir mencemari baju kurungnya.
Afifah segera menelefon ambulans,
          “please,an emergency here!”
Lantas dia kembali mendapatkan Alif yang seperti sudah tidak berdaya lagi,diajar sepupunya itu untuk mengungkap khalimah syahadah.
          “Lif,mengucap Lif..mengucap”Tengku Azureen yang berada di sisi Alif mengeratkan pelukannya sebelum membisikkan buat kali kedua khalimah syahadah di telinga anaknya.
[ 2 tahun berlalu ]
Afifah merenung padang yang luas itu,ada sinar keperitan di matanya.Kini sudah genap usianya sembilan belas tahun. Sudah dua tahun lamanya peristiwa yang menimpa Alif terjadi namun seperti baru semalam dia rasakan.Sesungguhnya,dia terasa kehilangan.
          “Termenung jauh nampak?.”tiba-tiba ibunya menyapa.
Afifah tersenyum,
          “tak ada la,bu.Bu,bila Mak Long nak balik tinggal kat Malaysia?”
Tengku Khairina tersenyum tapi tidak menjawab.Afifah hairan,
          “nape,bu?.”
Tengku Khairina menjawab,
          “dah ada kat Malaysia dah pun..”
Terbeliak mata Afifah lantas dipeluk ibunya,
          “nape ibu tak bagi tahu?Bu,Fie pergi jenguk dia orang sekarang yer?.”lantas disambar kunci motor di sebelahnya.
Tengku Khairina tergeleng-geleng melihat kelakuan anaknya.
“Assalamualaikum!.”
Tengku Azureen terus melangkah ke pintu utama rumahnya setelah menjawab salam.
          “Fie,masuklah..”
Afifah segera mencapai tangan tua itu lalu dicium sebelum memeluk erat tubuh itu.
          “Mak Long,sihat?”
Tengku Azureen mengangguk,
          “Fie..pergilah.”arah Mak Long sambil menghalakan pandangannya ke taman yang terletak di halaman rumah mereka.
Afifah mengangguk dan tersenyum nipis.
          “Assalamualaikum..”lelaki berseluar sukan dan berlengan pendek itu menjawab sebelum menoleh, manakala Afifah pula tersenyum.
Alif mengerut dahi,‘apa budak ni buat kat sini?’
          “kau sihat?”sepatah disoal oleh Afifah.
Alif hanya mengangguk,
          “Afifah,kau ni suka kat aku ek?selalu sangat datang rumah aku..”
Afifah cuba untuk ketawa walaupun hatinya menangis,‘kau tak panggil aku Afifah..kau panggil aku,Fie..kau panggil aku,Fie..Lif,Ya Allah..’
          “Ah!Tak de maknanya,aku datang nak jumpa Mak Long la..kau yang perasan.”
Alif mencebik,entah mengapa dia berasa sangat selesa berada di samping gadis ini seperti ada hubungan yang sangat baik pernah terjalin antara mereka sebelum dia disahkan hilang ingatan.
          “Afifah,wei..kau tak ada story nak ceritakan kat aku ke,hari ni?bosan la..”
Afifah tersenyum, biarpun lambat untuk Alif pulih daripada penyakitnya.Afifah akan tetap berusaha di samping keluarga itu.
          “Ada,tajuk kisah ni..SESIPUT”Afifah tersenyum girang namun Alif pula sebaliknya.
          “SESIPUT?Apa benda la tu?Macam siput je..”
Afifah mencebik,
          “bukanlah,SESIPUT stand for SELALU DI SISI SEPUPU TERBAIK.Ada faham?.”Ya,inilah kisah mereka.
          “interesting…continue please..”Alif kini sudah melabuhkan punggungnya berhadapan dengan gadis yang dipercayai ialah sepupunya.
Afifah menarik nafas,bismillahhirrohmanirohim..
          “the story was begin with Fie and Lif..”akhirnya mereka berdua tenggelam dalam kenangan silam.
Tengku Khairi dan Tengku Azureen sesekali mengintai ke luar,harapan mereka hanya satu,agar ingatan Alif pulih semula dengan bantuan Afifah.
-The end-



   

1 comments:

Post a Comment