Susahnya Wanita

Posted by Smat Goal Ent 3:24 PM, under | No comments




Hah! Pasti bagi wanita yang membaca tajuk artikel ini agak terkeliru atau mungkin marah dengan saya. Bagi lelaki sudah tentu tertanya-tanya apa yang akan saya sampaikan. Tiada maksud yang tersirat dan niat yang tidak baik saya ingin ceritakan. Apa yang ingin saya sampaikan adalah hakikat hidup yang patut diterima oleh seorang lelaki apabila dia ingin hidup bersama seorang insan yang bergelar wanita.

Indah bila disebut wanita. gelaran itu telah dicipta kena dengan bunyinya yang menggambarkan keindahan sesuatu insan itu. Terimalah hakikat wahai lelaki, jika anda sudah menerima wanita menjadi teman hidup anda, bermakna anda menerima cara kehidupannya, sifatnya, yang baik, buruk suka, duka. Semuanya tidak indah belaka.

Anda mahukan teman untuk memecahkan kesunyian anda. Mungkin berkahwin adalah jawapannya. Mungkin, mungkin dan mungkin. Sebagai lelaki buatlah perancangan yang betul dan teliti. Mengikut statistic 2007, nisbah lelaki berbanding perempuan adalah 1:17, jadi sebagai lelaki kita mempunyai banyak pilihan untuk dikaji dari aspek agama hinggalah keserasian sidia dengan kita.

Fakta batasan kehidupan. Fakta ini adalah hasil kaji selidik 20 tahun saya berkenaan wanita, yang anda boleh terima betulnya dalam 70%. Ini adalah cuma bedasarkan jika anda mempunyai teman wanita, bukan berkahwin.

1. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya hendak keluar ke sana ke mari tanpa memberitahu sidia.

2. Tidak boleh tidak menelefonnya sekuran-kurannya satu kali satu hari.

3. Anda akan disoal keluar dengan siapa, lelaki atau perempuan, cantik ke tidak, kenapa keluar dengan perempuan tu, kenapa selalu keluar dengan perempuan tu, kenapa, kenapa dan bla.. bla.. bla.. bertalu-talu soalan akan keluar.

Nescafe Offer <--Jangan Klik Kalau Tak Minum Nescafe
Jangan Klik Kalau Tak Suka Cakap Free -->Call Free
Nampak Hot <--Jangan Klik Kalau Suka Yang Cool

4. Anda tidak boleh menjeling pada wanita lain sedangkan wanita itu melintas di hadapan anda dalam keadaan cantik atau seksi. Bukan anda yang pinta.

5. Wanita tidak akan faham jika lelaki keluar sesama sendiri sambil minum di kedai kopi hanya untuk berborak pasal kerja dan hal lelaki.

6. Anda tidak boleh off hanphone sepanjang hidup anda. Syak bukan-bukan

7. Jika nasib anda tidak baik, handphone anda akan diperiksa sms masuk keluar , panggilan masuk keluar dan miss call.

8. Anda perlu jumpa client wanita atas alasan kerja, tapi disangka lain.

9. Anda tidak boleh tersalah sedikit, sudah tentu sidia akan merajuk dan tugas anda ialah terpaksa memujuk.

10. Paling anda perlu titik beratkan ialah, wanita akan membuat tindakan yang luarbiasa jika mereka dalam keadaan terdesak dan tertekan. Awas ya.

Saya cuma mampu hendak menyenaraikan 10 sahaja, kerana takut wanita akan mengangap saya ni anti wanita dan berfikiran negative. Cuma itu adalah kebenaran yang seorang lelaki tidak boleh elakkan. sebenarnya memang banyak lagi yang anda boleh senaraikan sendiri sebelum memilih jalan untuk hidup dengan wanita.

Kesimpulannya ialah, sebagai lelaki anda perlu berfikir, membuat perancangan serta mengkaji dan berpandangan lebih jauh terhadap pasangan yang anda hendak menjadikan teman hidup sehingga akhir hayat. Secara terperincinya saya ingin menyampaikan bahawa, wanita mempunyai persaan yang amat sensetif yang perlu dijaga dan yang paling anda perlu, perlu dan perlu titikberatkan ialah wanita mempunyai instinct yang tinggi bila dia sudah berkahwin dengan anda.

Akhirkata dari saya untuk panduan semua, jagalah perasaan pasangan anda masing-masing dan ingatlah bahawa wanita dicipta untuk memberi ketenangan kepada lelaki, bukan memeningkan lelaki. Renung – renungkanlah.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive