Perlukah Privasi di Dalam Cinta?

Posted by Smat Goal Ent 11:24 AM, under | No comments


Bila dah komited dalam sesuatu perhubungan, korang seringkali menyangka yang korang harus berkongsi ketakutan, matlamat, wang, rumah, harapan dan hidup dengan pasangan korang. Tapi, kenapa korang liat sangat bila pasangan suruh korang dedahkan sesuatu seperti password email atau facebook?

Pada sesetengah orang, privasi di dalam perhubungan ni adalah sesuatu hal yang besar. Sangat besar sebenarnya. Orang yang tak faham tentang keperluan privasi dalam perhubungan ni sering dilabel sebagai orang yang ada ‘masalah kepercayaan’ , dan orang yang perlukan privasi pulak akan dilabel sebagai orang yang menyembunyikan sesuatu. Kenyataannya, konsep ‘kau punya VS aku punya’ di dalam perhubungan ni adalah sesuatu yang halus dan bergantung pada keadaan jugak.

Privasi atau tidak , tidak semestinya berdasarkan kepada kepercayaan. Boleh jugak disifatkan sebagai ego, pengalaman, juga orang yang terlibat dalam hubungan tu, tempoh komitmen dan apa yang orang akan consider sebagai private atau tidak.

Korang tak boleh paksa seseorang yang dibesarkan sebagai anak tunggal untuk lebih terbuka pada seseorang dibesarkan di dalam keluarga seramai 7 orang. Atau seorang wanita yang penah kena tipu dengan ex-boyfriend die so die jadi sangat privasi ngan korang walaupun dia sangat sayang kat korang.

Jika korang ni tergolong dalam golongan yang selalu keluarkan statement ‘bagitahu jela kalau tak ada apa yang nak disorokkan’ maka orang yang suka berahsia bukanlah orang yang padan untuk korang.

Sama ada privacy ni patut wujud atau tidak di dalam perhubungan, cuma boleh dijawab bila korang tetapkan ‘sempadan’ khas. Maksudnya tetapkan had untuk apa yang boleh dan tak boleh. kaji efek sempadan tu dari masa ke samase, komunikasi dan hormat pasangan anda. Paling penting, korang dan pasangan haruslah kekal ‘normal’ untuk menjayakan hubungan tu.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive