Memang teruk bila dapat tahu yang pasangan kita ni penipu tapi lagi teruk bila kita tak tahu pasangan kita ni setia atau tidak. Kecurangan boleh meninggalkan luka yang tidak akan sembuh dalam masa yang singkat. Tentu bagus kalau kita boleh kesan dari awal kan? Sebelum kita selami cara-cara mengesan penipuan pasangan kita, jom kita bincangkan dulu tentang punca orang menipu. Aku selalu terfikir, kenapa binatang pun boleh setia dengan pasangan untuk seumur hidup sedangkan ramai manusia tak boleh handle tugas ni walaupun untuk lebih sebulan? Sebabnya manusia je satu-satunya makhluk yang berakal dan sedar bahawa diorang mempunyai pilihan. Disebabkan tu jugak, orang yang menipu akan memilih untuk menyembunyikan perbuatan diorang sebab diorang tahu yang perbuatan tu salah. Sebab tu lah penipu ni kadang-kadang susah untuk kita kantoikan. Take note ye, ni ada beberapa tanda yang menunjukkan pasangan korang mungkin menipu : 1. Perubahan dari waktu kerja biasa 2. Off handphone / Tak balas call 3. Perubahan cara pemakaian 4. Perubahan dalam hubungan 5. Perbualan rahsia 6. Delete e-mel / sms Sebenarnya banyak lagi petanda kecurangan tapi ini yang paling top. So, bila korang dah nampak ciri-ciri kecurangan tu dah muncul, apa yang paling penting untuk korang buat ialah diamkan diri dahulu. Jangan buka mulut hingga korang dah dapat bukti yang betul betul kukuh. Kalau awal-awal korang dah serang , kemungkinan untuk dia terlepas tu memang besar. Sebelum buat apa-apa keputusan, pastikan korang dah bersedia untuk terima hasilnya nanti.
Overtime atau mungkin shif malam. Korang jangan tak tahum ni alasan yang paling popular tau oleh pasangan yang menipu.
Jika cuba contact dia time korang syak yang dia menipu dan dia tak angkat call ataupun bagi alasan untuk tamatkan call, memang dia berpotensi besar untuk curang.
Tiba-tiba berpakaian menarik, stail rambut baru dan lain-lain. Ini mungkin sebab dia nak tampak lebih menarik pada individu yang lain.
Jika tiba-tiba dia dah tak mintak pandangan/pendapat korang lagi, mungkin disebabkan diorang dah jumpa kat orang lain.
Ada tak dia lari pergi cakap kat tempat lain bila dapat call ? Ataupun bercakap dalam ton yang sangat perlahan?
Mungkin ramai di antara korang yang suka check telefon pasangan kan? Kalau tiap kali check, inbox or sent item asyik kosong je, pelik kan?
Mengesan Kecurangan
Posted by Smat Goal Ent
11:08 AM, under Tip cinta | No comments
0 comments:
Post a Comment