Saya suka tengok jari kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sampai takut nak pegang… Bukan takut patah… Tapi takut nanti jari kami tak boleh tolong antara satu sama lian pada suatu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa…
Saya suka tengok rambut kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sebab itu saya belikan tudung… Bukan sebab jcemburu orang lain tengok juga…. Tapi takut nanti terbakar dek api neraka pada suatu hari yang dahsyat peritnya.
Saya suka tengok liuk lentuk ‘body’ kekasih saya… Cantik betul… Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekung Supaya masa dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Seronoknya..
Saya sedih tengok kekasih saya. Tak tidur, tak makan rindu pada saya… Saya pun macam tu juga, Ada ‘problem’ yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia al-Quran untuk penenang jiwa… Semoga lebih cintakan-Nya dari saya…
Saya sedih tengok kekasih saya. Selalu pesan macam-macam pada saya… “Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah hati bla.. bla.. bla.. bla..” katanya… Tapi bila tengok movie sama-sama ‘burn’ Asar maghrib begitu sahaja. Dia tak kata satu apa pun… Berdosanye saya….
Kesimpulannya saya memang sayang dia… Nak jumpa, dekat sentiasa, bersama dan mencintainya selama-lamanya… Di dunia dan akhirat terutamanya, matlamat kami Syurga dunia, Syurga akhirat bersama… Bahagia selamanya…
Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti… Nak tanggung dosa dia lagi pulak selepas ni… Semoga kami menginsafi diri… Ya Allah ampunkanlah kami…. Semoga kami dapat bersama selamanya nanti…
Ku cintai dia dalam diam, rindu dalam sepi…
Aku hilangkan keseronokkan sebelum nikah untuk aku dapatkan kenikmatannya bersama selepas akad nikah…
P/S PDH – Aku tinggalkan cinta kerna-MU Ya ALLAH, aku yakin kau pelihara dia lebih dari aku. Aku akan datang sebagai yang sah buat dirinya. Sampaikan salam sayang dan rindu aku pada dia setiap hari Ya ALLAH…Ikat hati kami walau berjauhan.
0 comments:
Post a Comment