8 Ayat Yang Tak Patut Dicakap Pada Wanita

Posted by Smat Goal Ent 11:26 AM, under | No comments


Memang betul ‘ honesty is the best policy ‘ dalam perhubungan. Walaubagaimanapun, terlampau jujur dan ikhlas takkan bawak korang kemana dalam dunia percintaan ni. Selalunya wanita cuma nak dengar dan percaya apa yang diorang nak dengar je.

Kalau wanita diberitahu sesuatu yang diorang tak nak dengar , tunggu masa jela untuk dia angkat kaki. Dunia percintaan ni melibatkan banyak peraturan ‘boleh’ dan ‘tak boleh’. Di antara semua peraturan tu, ada sesetengah perkara yang tak boleh dan tak sepatutnya dicakap pada wanita. Jom kita tengok 8 ayat yang lelaki tak patut cakap pada wanita.

1. You ni sama je macam ex-gf I :
No, no, never! Lupakan masa lampau korang. Bercakap tentang ex-gf korang boleh menyumbang pelbagai masalah pada hubungan sekarang. Ini mungking menyebabkan gf korang fikir yang korang still tak lupakan dan masih sayang ex korang.

2. Baju ni buat you nampak gemuk la :
Jangan sesekali cuba cakap menda ni walaupun dia tanya. Sebab kalau dia direct tanya pendapat korang, apa yang dia harapkan dalam diam ialah “ ok je sayang.. You nampak cantik pakai baju ni. “ Kalau korang kejutkan dia dengan jawapan jujur macam memula tadi tu, dia akan fikir yang korang cuba ubah dia dan tak suka dengan diri dia sekarang.

3. You pregnant ke?
Wanita pun manusia dan selalunya ‘berat’ diorang timbul di tempat yang salah. So, bila korang nampak ada ‘porch bag kecik’ kat perut dia, jangan sesekali korang berani buat statement tu melainkan korang 100% pasti. Kalau tak, bersedialah untuk menghadapi dendam amarah selagi dia masih hidup di muka bumi ni.

4. I lagi bagus dari ayah you :
Wanita sayangkan ayah diorang. Tak kisah lah siapa yang hadir dalam hidup diorang, ayah akan sentiasa jadi hero diorang. Tak ada sesiapa pun yang boleh ambil takhta tu dalam hidup seorang wanita. Jadi, melainkan korang nak diorang fikir yang korang ni orang jahat , jangan sesekali berani cakap macam tu.

5. Cun la perempuan tu :
Jangan cakap ayat ni melainkan korang tujukan pada dia. Ini lah ‘dosa’ paling besar yang korang boleh buat dan dia akan buat konklusi sendiri tentang karakter korang. Ini adalah benda yang korang cakap dengan kawan – kawan lelaki , dan semestinya bukan dengan awek. Di saat korang keluarkan ayat ni, dia akan mula rasa cemburu dan tak selamat. Jangan jemput masalah ye. Kalau korang nampak perempuan lain secomel ‘barbie doll’ pun, simpan je pujian tu dalam hati.

6. I tak suka rambut baru you :
Rambut wanita ni bahagian yang sensitif. Terutamanya jika dia dah bersusah payah nak bersiap. Walau kelihatan teruk dan mengerbang macam mana sekali pun, korang tak dibenarkan untuk cakap apa-apa yang negatif tentang rambut dia.

7. I tak suka best friend you:
Sesiapa yang cakap benda-benda tak elok tentang kawan baik diorang , secara automatik akan jadi musuh diorang. So, walaupun kawan baik die mulut becok, gedik dan sangat mengjengkelkan , korang terpaksa bertahan dengan diorang.

8. I love you:
Wanita cenderung untuk jadi emosional bila 3 perkataan ni dikatakan pada diorang. Bila korang dah beritahu yang korang cintakan dia , dia takkan ambil masa yang lama untuk bawak hubungan korang ke tahap yang seterusnya. So, jangan sesekali cakap ayat ni KECUALI korang memang betul-betul maksudkannya.


Ilmu itu adalah kuasa. Kalau korang tak tahu perkara asas yang boleh menjejaskan wanita, kemungkinan besar korang akan buat banyak kesilapan.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive