Sentiasa menghormati pasangan dan menjadi pendengar yang setia.
Jangan sesekali meninggi diri seperti memiliki kedudukan kewangan yang kukuh, anda hebat, begitu sihat dan sebagainya yang boleh ‘mencacatkan’ kelebihan diri mu.
Sila matikan telefon bimbit bagi mengelak sebarang gangguan. Tindakan itu sedikit sebanyak membuktikan betapa anda begitu serius dan menghormati janji temu itu.
Gayakan penampilan mengikut kesesuaian umur anda. Janggal sesekali menggayakan penampilan yang anda sendiri malu untuk berada di khalayak.
Bersikap jujur.
Jangan sesekali menjadikan janji temu anda itu sebagai medan untuk membuka cerita isu semasa dan debat.
Harus tahu bila menghadiri temu janji
Tidak semua orang menyukai anda. Mengikut fakta, purata 95 peratus masyarakat tidak akan menyukai pasangan janji temu. Tentu kamu juga pernah berperasan begitu? Justeru, terimalah seadanya yang kemungkinan orang lain juga tidak boleh menerima anda di pertemuan pertama.
Jangan sesekali meletak harapan terlalu tinggi dalam pertemuan pertama.
Ingat fakta “no pain, no gain’? Dalam sesuatu pertemuan itu, ia lebih kepada ‘no risk, no gain’. Anggaplah jika tidak menghadapi sesuatu risiko, anda tidak akan berjaya.
Anda tidak akan berjaya sekiranya tidak bermain dalam ‘permainan’ di pertemuan pertama itu.
Cetuskan strategi untuk memenangi hatinya.
Sebelum mengaturkan janji temu
1) Membaca akhbar atau majalah popular untuk mengetahui perkembangan terkini.
2) Pilih lebih awal lokasi pertemuan bagi mengelak membuang masa membuat pilihan destinasi pertemuan.
3) Sediakan profil lengkap butiran peribadi anda berserta dengan gambar. Pastikan gambar di ambil di kawasan yang cantik dengan pancaran cahaya yang terang.
4) Pastikan hanya anda saja berada di dalam foto itu.
5) Cuba untuk kelihatan bersikap terbuka.
6) Pastikan penampilan anda kemas dan tidak selekeh.
7) Tidak sesekali sibuk pada hari pertemuan diaturkan bagi memastikan anda tidak lewat tiba.
0 comments:
Post a Comment