8 Ciri Lelaki Pendera

Posted by Smat Goal Ent 11:15 AM, under | No comments


Kali ni Sang Arjuna buat post khas untuk para pembaca wanita :)

Penderaan lisan, emosi, fizikal atau seksual. Itu adalah jenis-jenis penderaan dan sebenarnya sangat ramai wanita di luar sana yang mengalami kes ini. Sang Arjuna pun dah jumpa ramai wanita yang dalam dilemma sebab selalu didera. ( Kalau bf selalu marah, control sangat, tu pun dikira dalam kategori ni jugak). Tu pasal lah korang kena alert masa memula kenal lelaki.

Ciri-ciri lelaki pendera ni biasanya korang dapat jumpa selepas beberapa kali date kalau korang betul-betul ambil perhatian. Tanya banyak soalan dan siasat jugak sejarah dia.

Berikut adalah 8 ciri lelaki pendera. Kalau pasangan korang ada pamerkan salah satu atau lebih mana-mana ciri ni, maka mungkin sudah tiba masa untuk korang nilaikan semula perhubungan tu dan dapatkan bantuan untuk keluar.

1. Cemburu buta dan suka menuduh :
Jeles dekat family, kawan dan rakan sekerja / rakan sekelas korang. Cuba untuk asingkan korang dari dunia luar. Diorang anggap awek/isteri ni harta hakmilik dia seorang. Tuduh korang menipu atau curang tanpa sebab. Selalu Tanya korang kat mana dan suka menuduh.

2. Control
Dia nak kawal segalanya dalam hidup korang. Jadi marah bila wanita tunjukkan ciri-ciri berdikari.

3. Keunggulan
Dia je selalu betul , ada hak, dan patut menang. Dia selalu anggap diri dia betul so die boleh salahkan korang atau orang lain. Lelaki pendera jenis lisan akan memanggil korang dengan nama panggilan yang tak elok ( macam betina, bodoh, sial) supaya dia dapat rasa hebat dan tujuannya untuk buat korang rasa lemah.


4. Manipulasi
suka putar belit fakta., Diorang akan cakap yang korang ni gila atau bodoh supaya diorang dapat salahkan korang. Cuba buat korang fikir yang diorang jadi pendera sebab korang. Dia akan bagitahu yang bukan kehendak dia jadi pendera, dia tak dapat kawal. Jadi korang kesian dan cuba ‘tolong’ dia.
5. Mood yang bertukar :
Lepas mendera, dia akan berubah daripada agresif kepada penyayang dan meminta maaf .

6. Cakap tak serupa bikin:
Mungkir janji. Dia cakap cintakan korang tapi tapi dia dera korang.

7 . Tak menghormati wanita:
Langsung tak hormat mak, kakak atau mana-mana wanita pun dalam hidup diorang sebab fikir yang wanita tak berguna dan bodoh.

8. Ada sejarah mendera wanita atau didera :
Lelaki yang penah didera berkemungkinan besar untuk jadi pendera. Korang tengok drama juvana kat tv3 kan? Lelaki yang suka mendera haiwan pun berkemungkinan akan mendera wanita jugak.

Kalau korang masih stay dalam hubungan macam tu sebab korang fikir dia akan berubah dan layan korang dengan baik, fikir semula masak-masak. Lelaki pendera ni takkan berubah melainkan dengan terapi jangka panjang.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive