Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah bagi setiap insan di dunia ini. Semua memang nak kahwin. Betul tak?
Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup anda. Tapi adakah anda benar-benar tahu dan yakin yang anda telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut? Bagaimana anda boleh mengetahui tanda-tanda yang anda telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut?
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda 5 petanda yang jika anda sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri anda, anda memang dah sedia nak kahwin. “Best woo kawin” bak kata sesetengah orang yang dah berkahwin..heh
Petanda 1: Rela Berkongsi
Rela berkongsi bermaksud anda bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara anda berdua.
Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian anda. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian anda.
Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka
Kadang-kala, ketika anda melayari bahtera rumahtangga anda, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, anda haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama anda berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.
Mungkin punca perselisihan anda berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika anda berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga anda pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.
Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik
Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri sebelum berkahwin adalah seperti:
- Mengapa anda perlu berkahwin?
- Adakah kedua-dua belah pihak keluarga anda berdua boleh menerima anda berdua untuk berkahwin?
- Apakah yang ingin anda berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?
Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur
Anda berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala anda berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego anda.
Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan
Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.
Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus anda terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan anda pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.
Begitulah beberapa petanda jika ianya telah muncul dalam diri anda, usah teragak-agak untuk hantar rombongan meminang (bagi yang lelaki) atau cepat-cepat suruh kekasih anda belikan cincin tunang (bagi gadis).
Owh ye, jika anda rasakan artikel ini amat bermanfaat buat anda, jangan lupa tekan butang Share ye di atas sebelah kanan hujung imej artikel ini. Kongsikan bersama rakan-rakan anda di FB
0 comments:
Post a Comment