Perjuangan Tak Terhenti!

Posted by Smat Goal Ent 9:06 AM, under | No comments


Kita baru sahaja memulakan langkah pertama dalam perlumbaan kehidupan.Kita baru sahaja menulis huruf pertama dalam puisi terindah kisah kita.Kita baru sahaja mencoret goresan awal lukisan termasyhur milik kita.Kita baru sahaja membunyikan nada pertama simfoni tersyahdu.

Jangan berhenti berjuang!!!!!
Tiada manusia yang dilahirkan sebagai panglima,
Tiada pemimpin yang tidak pernah gagal,
Tiada kejayaan tanpa keringat dan air mata,
Tiada kemanisan tanpa kesakitan.

Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan!

Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan,
penghiburan sebagai ganti air mata,
dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!

Lebih baik kamu memiliki banyak rencana yang belum terlaksana,daripada tidak mempunyai rencana sama sekali;
Lebih baik kamu berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi kesulitan,daripada berdoa dijauhi kesulitan;
Kerana doa memberikan kekuatan pada yang lemah,
membuatkan yang tidak percaya menjadi percaya,
dan memberikan keberanian pada yang ketakutan.

Di fikiranmu ada tujuan yang jelas,
Di hatimu ada tekad dan semangat membara,
Di belakangmu ada dorongan orang tersayang,
Di sampingmu ada rakan-rakan yang mendukung,
Di hadapanmu ada kemungkinan tanpa batas.

Jangan berhenti berjuang!!!!!
Anda pasti menemui kejayaan!!!!!

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive