Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, anda berdua akan berpisah arah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda. Berikut ada beberapa cara untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan anda.
Tips cinta
- Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan anda sebagai tanda sayang. Anda juga boleh beri hadiah atas dasar perhargaan.
- Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing.
- Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.
- Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada.
- Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda.
- Apabila pasangan anda ingin utarakan sesuatu, anda jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya.
- Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia.
- Jika ada masa lapang, anda luangkan masa sehari suntuk bersama – sama.
0 comments:
Post a Comment