Tak mungkin melepaskan mu

Posted by Smat Goal Ent 2:48 AM, under | No comments


Oleh: rasyidah

Mengartikan dirimu di dalam hatiku
Betapa kusesali adanya dirimu
Haruskah ku bertahan demi cinta ini
Yang tak mungkin.
Andaikan saja ada keteguhan hati
Tuk membuka kembali jalan cinta ini
Biarkan ku menanti semua janji kita
Sampai batas waktu mengakhiri.
Reff :
Dan tak mungkin
Untuk kita bersama
Diatas perbedaan
Yang selamanya mengingkari.
Dan tak mungkin
Bila ku melepasmu
Sungguh hati tak mampu
Mengertilah cintaku
Dan tak mungkin
Semestinya tak ada
Yang memisahkan
Cinta ini
Karena hanya dirimu
Satu cintaku

Wafa mengalirkan air mata tiba-tiba.Air mata yang menghantar seribu kerisauan di hati Nazri. Nazri cuba juga menghayati sebaik mungkin bait-bait lagu ‘Tak mungkin ku melepaskan mu’ dendangan Dygta dan Andina,penyanyi dari Negara seberang itu. Berkerut-kerut dahinya, melihatkan ekspresi wajahnya kepada Wafa.Wafa buat tidak tahu.

Proton Satria Neo milik Nazri meluncur laju,Nazri secepat mungkin mahu mengetahui jawapan dari Wafa. ‘kenapalah dengan perempuan ni..’ Bisik hati kecil Nazri.Melihatkan wafa yang tetap dalam kebisuan, Nazri mengambil keputusan untuk membelok ke Dataran Merdeka. Wafa memandang Nazri tajam bila sedar kereta Nazri bukan menghala ke Pantai Dalam. Pandangan tajam Wafa di biarkan Nazri tanpa jawapan.

Sepuluh minit kemudian,mereka tiba di Dataran Merdeka. Dengan muka yang mencuka, Nazri keluar dari perut kereta,Wafa dengan malas membuntuti Nazri. Nazri mengambil tempat di tengah-tengah padang seperti lazimnya.Namun begitu,situasi saat itu amat berbeza dari sebelumnya. Nazri memandang tajam Wafa di hadapannya. ‘dia ni..cium kang!’.Bisik Nazri sendirian.

“Wafa ni kenapa?.Tiba-tiba je nangis,okey,talk to me truly!..do you love me?”. Nazri memulakan bicara.Buat-buat serious.

“Naz..Wafa minta maaf!,Wafa tak boleh terima awak..” Lirih sahaja jawapan Wafa saat itu.

“Nonsense!.Kalau tiga tahun lepas Wafa cakap macam tu,saya boleh terima..kenapa?kenapa baru sekarang?”.Nazri jadi serious.

“Naz, dunia kita berbeza.. Dunia Naz di kayangan,dunia Wafa di bumi..melekat pada rumput-rumput macam di padang ni!..dunia kita berbeza!.Naz ada segalanya,Wafa tak ada apa-apa.”.

“Wafa ni kenapa?..jangan jadi bodoh boleh tak?. Naz tak pandai sastera-sastera ni,tapi Naz cukup faham segalanya. Naz Cuma nak jawapannya,ya atau tak..kalau ya,ayah dan ibu akan masuk meminang Wafa secepat mungkin,Wafa..jangan keruhkan keadaan..Please sayang”. Nazri mula memujuk.

“Wafa fikirkan..”. Balas Wafa perlahan.

*****

Mata Nazri meliar mencari kelibat Wafa di celah-celah orang ramai di Platform 9 KLIA itu,dalam hatinya mengharapkan flight Wafa belum berlepas.Setelah puas bertanya dan mencari,akhirnya kelibat yang dicari di temuinya di kerusi biru berhadapan dengan balai berlepas.

“Nur Wafa?” Nazri memulakan bicara.Wafa agak terkejut melihatkan Nazri di hadapannya saat itu.

“Kenapa buat saya macam ni?”sambung Nazri tenang.

“Dunia kita berbeza!.Saya tak berani nak hidup dalam dunia awak!”.

“Wafa..tell me the truth!..please..”Rayu Nazri.

“ Syed Nazri Bin Datuk Syed Nazmi, hidup kita berbeza..saya tak mampu nak berada dalam kedudukan awak sekarang.Awak enggang,saya pipit..mana mungkin enggang dan pipit terbang bersama..saya perlu pergi ke dunia sebelah sana untuk cari diri saya!”. Ucap Wafa.

“Wafa..saya manusia,awak manusia!..kita ni bukannya burung..awak,jangan pergi..please..”.Nazri sebenar-benarnya kurang arif akan kata-kata Wafa. Wafa geleng kepala . ‘Sengal!’.balas Wafa dalam hati.

“Saya tak sempurna macam awak!” Ayat Wafa mula keras.

“Sempurna?..Wafa,awak dah cukup sempurna,awak baik,lembut,bertudung,pandai masak,pandai menjahit,mengemas,baik hati,rajin,pendidikan tinggi,pandai menulis..rupa pun boleh tahan,lesung pipit kat sebelah kanan tu,manis je..awak dah cukup segala-galanya..apa lagi awak nak?.Berdosa tau awak tak bersyukur macam ni..”Balas Nazri panjang lebar.Wafa hanya tersenyum tawar melihatkan Nazri yang beriya-iya.

Perbualan mereka terhenti tatkala pengumuman penerbangan untuk berlepas bergema di setiap inci ruang dalam KLIA itu.Wafa bangun lalu mencapai beg sandangnya.

“Kita macammana?” Tanya Nazri.

“Naz,saya ada cita-cita saya sendiri. Saya nak mulakan hidup atas kaki saya.Edinburgh dan Kuala Lumpur masih atas bumi yang sama!”.

“Maknanya awak dah buang saya?..sampai hati awak!”. Balas Nazri.

“Naz..saya sayang awak!..tak ada apa yang berubah,kalau jodoh kita panjang,awak tetap milik saya.”.

“Senang je awak cakap.Hati saya macam mana?”. Nazri mula geram.

Di hadapan pintu balai berlepas,Nazri mula gusar.Beberapa saat lagi,dia akan di pisahkan dengan Wafa oleh sebuah pintu dan dinding berkaca.Tiba-tiba Nazri menarik tangan Wafa.Jelingan pegawai imegresen di hadapan Wafa tidak di endahkannya. Wafa tiba-tiba rasa sayu.

“Nazri..let me go..please!” Pinta Wafa.

“No..Wafa,do you love me? Please say something..please!”.

“Syed Nazri..i do..let me go..ni cita-cita saya!”. Lambat-lambat Nazri melepaskan jemari Wafa,dan tanpa sengaja cincin perak di jari manis Wafa tertanggal.

“Can I keep it?”. Tanya Nazri sambil menunjukkan cincin itu kearah Wafa.Wafa hanya mengangguk,tanda mengiyakan permintaan Nazri.

“Awak tunggu saya?saya akan kembali setelah saya jumpa diri saya..dua tahun je..Saya sayang awak!”.

“I will” Balas Nazri ringkas.Akhirnya mereka di pisahkan oleh sebuah

Cermin berkaca gelap.

*****

Tiga tahun kemudian......

“Naz tak naklah ibu!..Naz nakkan Wafa je..” Bentak Nazri di suatu pagi

“Naz, Wafa tak nak Naz..kalau dia sayangkan Naz..mesti dia dah balik

sekarang..dah 3 tahun Naz..tolong fikirkan!..jangan jadi bodoh..”

Balas Datin Norlia pada anak lelaki keduanya itu.

“Naz sanggup tunggu..walau 5 tahun,10 tahun mahupun 20 tahun lagi!”.

“Naz..terimalah Kamalia..dia terbaik untuk Naz”. Tambah Datin Norlia.

“Tidak ibu,Naz dah janji dengan Wafa..Kalau ibu nak,ibu boleh suruh along atau Rizal kahwin dengan Kamalia..tapi bukan Naz”. Nazri berlalu meninggalkan ibunya.Tak terlintas di hati Nazri untuk menyanggah kata-kata ibunya,namun Nazri dapat merasakan Wafa adalah yang terbaik baginya.

Petang itu,setelah puas berlegar-legar di TTDI, Nazri membawa haluannya ke Dataran Merdeka.Unsai meletakkan satria neonya di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad,dia mengatur langkah ke tengah-tengah padang. Nazri melabuhkan punggung di atas rumput-rumput yang menghijau.

‘Dunia Wafa di bumi,di atas rumput-rumput ni!’.Terngiang-ngiang lagi pada Nazri ayat terakhir Wafa itu. ‘Wafa..Wafa kat mana?’.Bisik Nazri.

Tanpa Nazri sedar,di satu sudut di hujung padang,terlihat seorang gadis berbaju kurung rona ungu dan bertudung putih sedang memerhatikannya. Kembali menduga cinta Nazri.

*****

2 January 2004

Sedang Nazri menanti lampu isyarat bertukar warna,matanya terarah kepada seorang buta yang terkial-kial meminta di bantu menyeberangi jalan di hadapan Petaling Street.Sayu hati Nazri bila melihat semua orang berhampiran si buta itu cuba melarikan diri. Tiba-tiba terlihat seorang gadis muncul,membantu memimpin si buta tersebut menyeberangi jalan itu. ‘ini boleh buat isteri ni!’.Bisik Nazri.

Bagai ada satu magnet yang menariknya,Nazri memberhentikan kereta di tepi kompleks Kota Raya dan meluru kearah gadis tersebut.Gadis itu mula kaget melihat Nazri.Cuba melepasi Nazri,namun tangannya di tarik oleh Nazri.

“Encik ni kenapa?” Tanya gadis itu dalam nada curiga.

“Em..awak..saya teruja nak kenal dengan awak lepas tengok awak tolong pak cik tu..boleh kenal?” Pinta Nazri.

“Saya tolong kerana Allah..”.Jawab gadis itu tersenyum.

“Boleh saya kenal dengan awak?.Saya Nazri..awak?”

“Saya Nur Wafa..saya minta diri..bas saya nak balik ipoh sekejap lagi”

“Ooh..orang perak ye?”Tanya Nazri.Wafa hanya mengangguk.

“Boleh saya nak nombor telefon?.Saya nak kenal awak…” Pinta Nazri.

“013-4669632..bye!”. Wafa berlari-lari anak kearah puduraya.

Nazri memandang sahaja gadis itu berlalu pergi.Secara kasarnya,Wafa tiada beza dengan gadis-gadis lain,bertudung putih selempang kiri dan kanan,bert-shirt hitam,berseluar jeans levi’s lusuh dan berselipar getah hitam.Agak biasa namun mempunyai hati seperti mutiara.

*****

Petang itu,Nazri tiba di rumah lebih awal dari biasa. Sedang Nazri duduk-duduk di kerusi di taman buatan di hadapan rumahnya,tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah novel di tangan adik perempuan bongsunya.

“Kiblat Cinta. Nur Wafa Binti Zahid”. Baca Nazri kuat-kuat.Seakan mengingati seseorang.

“Kenapa?”. Tanya Nazriah,adik bongsunya.

“Pinjam sekejap”.Pinta Nazri. Setelah melihat biodata penulisnya.Nazri tersenyum.

“Adik Ya,Abang Ei ambil novel ni”.Pinta Nazri sambil menghulurkan not RM 50 kepada adik bongsunya itu.

“Lah..abang Ei..Ya tak habis baca lagilah!”.Jerit Nazriah yang melihat abangnya berlalu begitu sahaja.

“Hish..nama je peguam..tapi hampeh!”.Ngomel Nazria lagi.

Tiba di biliknya,Nazri merebahkan badan di atas katilnya.membaca sipnosis novel itu,membuka sehelai demi sehelai muka surat dan akhirnya berhenti pada satu helaian.

‘Novel ini di tujukan khas untuk insan yang sentiasa saya nantikan di tengah padang di Dataran Merdeka.Saya tetap di sini menanti awak!’.

Mata Nazri membutang membaca ayat itu,tanpa berlengah Nazri bergegas mendapatkan Satria Neonya.Mengatur haluan ke Dataran Merdeka.Mengharapkan penantiannya akan berakhir.’Wafa..Naz rindukan Wafa!’. Bisik hati kecil Nazri.

Tiga puluh minit kemudian,Nazri tiba di Dataran Merdeka. Berdiri di tengah-tengah padang,mengharap kehadiran Wafa.hampir 30 minit menunggu,Nazri kembali ke keretanya untuk mengambil novel tulisan Wafa itu.

“Awak tunggu saya ke?”. Nazri tersentak. Tiba-tiba kelibat Wafa muncul di sebalik Satria Neonya.

“Awak tunggu saya?”.Ulang Wafa lagi.

“Ya!..Wafa,kenapa tipu saya?.awak kata dua tahun..tapi ni dah tiga

tahun tau!”. Marah Nazri dalam nada manja.

“Saya tak tipu awak..saya dah setahun balik sini,saya kerja di Menara

TM kat Pantai Bahru.Saya ada,dan saya selalu perhatikan awak!”

“Tapi kenapa tak bagitahu?”.Tanya Nazri.

“Takut awak dah ada orang lain!” Balas Wafa sambil tersenyum.

“Novel ni?”. Nazri menunjukkan novel di tangannya pada Wafa.

“Sebagai bukti,saya dah jumpa arah saya!.Saya dah dapat apa saya

nak..”

Malam itu juga,Nazri nekad untuk mempertemukan Wafa dengan ibunya.mengharapkan ibunya akan menerima Wafa sebaik mungkin. Tepat jam 9.00 malam,Wafa tiba di hadapan rumah Nazri. Nazri yang amat gembira dengan kedatangan Wafa segera menyambut Wafa di muka pintu,menarik lembut tangan Wafa,membawanya bertemu ibunya.

“Wafa?”. Tanya Datin Norlia tatkala terpandang Wafa.

“Datin?”.Wafa terus meluru kearah Datin Norlia,mencium tangan Datin Norlia seakan telah lama kenal.

“Ibu kenal Wafa?”.Tanya Nazri pelik.

“Kalau Wafa ni,memanglah Ibu kenal,butik tempat ibu tempah baju tu kawan Wafa yang punya..jadi ibu selalu jumpa Wafa kat sana.”.Balas Datin Norlia.

“Hari tu ibu ajak masuk sekali,teman ibu tempah baju,Naz tak nak..kalau tak,tak adalah Naz separuh gila macam ni” Tambah Datin Norlia,diikuti gelak tawanya bersama Wafa.

Melihat situasi itu,Nazri hanya tersenyum. Senyum malu bercampur bahagia!.

TAMAT.

p0sted by;

Asy

[9.00 pm - 1.15 pg]

.hakcipta terpelihara.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive