Salam dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca Tentang Cinta. Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini. Selalunya saya banyak menerbitkan artikel-artikel yang dikirimkan daripada peminat Tentang Cinta sahaja. Terima kasih di atas kesudian anda semua sebab sudi mengirimkan artikel-artikel yang menarik untuk tatapan pembaca Tentang Cinta.
Tetapi untuk entri kali ini, saya ingin mengambil sedikit masa dari anda semua untuk membincangkan satu topik mengenai isu lelaki atau perempuan yang tidak cukup dengan seorang pasangan.
Saya tidak pasti samada ianya lumrah manusia atau sikap seseorang individu itu sendiri yang inginkan kekasih lebih daripada satu. Saya yang mempunyai seorang ini pun tidak terjaga. Inikan pula mahu lebih daripada satu. Memang cari nahas la jawabnya.
Tetapi saya sangat-sangat bersyukur kerana Mrs Teddy sangat-sangat memahami diri saya dan juga membuatkan saya rasa bahagia bersamanya. Dialah mata air. Dialah penyeri hidup saya. Hehehe. (eh, emosional pulak tiba-tiba)
Berbalik pada kisah kita ini. Kenapa kita perlukan kekasih lebih daripada seorang? Adakah ianya sebagai 'backup' ataupun sebagai satu tanda yang menunjukkan kita ini seorang yang juara? Makin ramai gadis di keliling pinggang, makin macho dan hebatlah seseorang itu. Adakah itu yang diinginkan? Saya sendiri tidak pasti apakah yang sebenarnya yang mereka fikirkan.
Mungkin pembaca Tentang Cinta yang mempunyai kekasih lebih daripada satu ini boleh menceritakan pengalaman ataupun kisah mereka kenapa mereka perlukan kekasih yang ramai. Adakah sebab suka-suka ataupun ada sebab yang lain? Kami pun ingin tahu apa yang menariknya kalau ada kekasih baru setiap hari ini.
0 comments:
Post a Comment