Apa yang lelaki harapkan dari wanita?

Posted by Smat Goal Ent 10:36 AM, under | No comments


Wanita selalunya bingung bila memikirkan apa sebenarnya yang diorang patut buat untuk menggembirakan dan memuaskan hati lelaki. Akhirnya, kaum hawa merumuskan yang kaum adam ni akan sentiasa menjadi misteri yang kompleks.

Okay, untuk merungkai perkara yang dianggap misteri (bukan misteri hantu ye) oleh sesetengah wanita , dan juga atas permintaan beberapa pembaca blog ini, Sang Arjuna akan kongsikan tentang apa yang lelaki harapkan dari wanita.

Lelaki mengharapkan wanita menyampaikan perasaan dan fikiran mereka secara terus dan jujur.

Diorang tak suka bila terpaksa meneka. Diorang harapkan pasangan beritahu apa yang difikir dan dimahukan supaya diorang dapat lebih memahami. Jangan berpura-pura. Jika ada sesuatu keperluan atau keinginan yang ingin ditunaikan oleh lelaki, straight lah bagitahu kat dia.

Lelaki harapkan wanita jadi kuat dan berdikari.

Lelaki akan tertarik pada wanita yang berkeyakinan. Tapi berpada-padalah jugak. Lelaki nak jugak dapat rasa yang diorang ni diperlukan. Kalau dah terlampau berdikari, lelaki akan takut dan anggap korang ni lansung tak perlukan diorang.

Lelaki harapkan wanita untuk setia dan taat.

Salah satu perkara yang sering disalah erti ; lelaki lah yang lebih cenderung untuk curang. Sebab tu ramai wanita menyatakan yang diorang harap pasangan diorang akan lebih setia.Realitinya, lelaki pun macam tu jugak. Di dalam perhubungan, lelaki mengharapkan pasangan diorang akan komited dan berusaha untuk menjayakan perhubungan tu,

Lelaki harapkan wanita tahu cara melayan diorang dengan betul.

Jangan sesekali merendah-rendahkan diorang. Lelaki perlu dipuji, dihargai, dan disokong. Tapi mestilah jujur dan jangan melebih-lebih pulak.

Kesimpulan : tak kira bagaimana marah atau keliru sekalipun, wanita masih akan mencuba sedaya upaya untuk lebih memahami dan hidup bahagia bersama lelaki. Lagipun adil lah, wanita pun ada perangai-perangai yang lelaki susah nak faham.


0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive