Mengapa Wanita Menipu Lelaki

Posted by Smat Goal Ent 3:05 PM, under | No comments

Wanita PenipuDalam dunia ini semua orang telah di takdirkan dengan pasangan masing-masing. Namun sebagai insan yang lemah, kita tidak boleh lari daripada masalah. Menipu merupakan punca keretakan dalam perhubungan. Lazimnya lelaki yang menipu wanita tetapi sekarang ini sudah terbalik, wanita pula menipu lelaki! Kalau sudah jadi begini, siapa yang harus dipersalahkan? Mari kita kupas mengapa ia terjadi.

Tidak Mendapat Perhatian yang Cukup daripada Pasangan

Biasalah wanita yang lahirnya dengan hati yang lembut biasanya mudah terusik tidak kira dalam apa situasi sekalipun. Si dia perlulah memberi perhatian yang lebih kepada si dara agar mereka tidak bosan dan mula mahu menipu kamu. Apalah salahnya jika kamu meluangkan masa pada hujung minggu dengan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan kamu berdua.

Tidak Memenuhi Cita Rasa Mereka

Bukannya terlalu memilih tetapi biarlah memenuhi cita rasa. Lelaki yang sebeginilah yang selalu ditipu. Lelaki yang tidak memenuhi keperluan emosi dan fizikal. Pada awal perkenalan dialah Hero, dialah segala-galanya. Tetapi apabila sudah kenal lama lain pula jadinya. Si lelaki berlakon semata-mata.

Terlalu Mengongkong

Awas! Wanita paling tidak suka apabila lelaki mula mahu mengongkong mereka. Tidak perlulah terlalu mengongkong. Berilah sedikit ruang kepada wanita membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Sifat saling percaya antara satu sama lain amat penting. Kalau sudah mengongkong sangat mulalah wanita mahu menipu lelaki! Katanya mahu tidur ke rumah kawan, walhal ke night club! Terlalu ingin menjaga pasangan akhirnya kecundang di tengan jalan.

Duit, Duit, Duit

Inilah punca yang banyak menyebabkan manusia hilang arah tujuan. Kalau sudah dinamakan manusia, duit jatuh dari langit siapa yang tak mahu, bukan? Inikan pula wanita yang dimanjakan dengan wang ringgit. Dapat lelaki yang banyak duit sikit, pasangan yang lama ditinggalkan. Lumrah alam. Ataupun lelaki yang hanya menabur janji itu, janji iin, tetapi habuk pun tiada, alamat kena tinggallah. Dapat pula lelaki yang banyak duit, beri kasih sayang secukupnya sudah boleh membuatkan wanita cair. Namun tidak semua wanita yang berperangai sebegini, hanya segelintir sahaja.

Insan Ketiga

Ini amat bahaya! Kebanyakan wanita menipu disebabkan mereka sudah ada pengganti yang lain. Mereka inilah yang paling bijak menipu supaya tidak tertangkap oleh teman lelaki mereka. Mereka kerap mencari alasan agar teman lelaki mereka tidak menyedari kewujudan insan ketiga. Mereka akan menggunakan pelbagai helah untuk menutup kesilapan mereka. Ingat, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Masa itu tahulah kamu langit itu tinggi atau rendah!

Membalas Dendam

Ini pula lain halnya. Akibatnya selaku sangat ditipu oleh bekas teman lelaki, si wanita ini membalas dendan ke atas teman lelakinya yang baru. Mereka sudah mula tidak percaya pada insan yang bergelar lelaki. Mereka menganggap semua lelaki adalah penipu besar. Tetapi jika kita fikirkan semula, jika dalam hidup ini asyik mahu membalas dendam dan tipu menipu; sampai bila-bila pun dendam kesumat ini tidak akan selesai.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive