Cinta adalah emosi positif yang paling kuat.

Cinta apabila disuntik ke dalam perbuatan, ia akan melahirkan momentum yang amat kuat.

Momentum ni adalah tenaga berterusan untuk melakukan sesuatu dalam jangka masa yang lama. Anda akan jadi rajin, bersemangat serta berfikiran positif.

Kita adalah makhluk beremosi. Emosi boleh mempowerkan kita, emosi juga boleh menumbangan kita sebab kita langsung tak ada power.

Jika Anda merasakan Anda langsung tak ada semangat ketika bekerja, ingatlah orang-orang yang Anda sayangi.

Dia mungkin isteri Anda, suami Anda, kekasih Anda, ibu dan bapa Anda, adik-adik beradik Anda atau simply seseorang yang ‘special’ di hati Anda.

Mengingat seseorang yang kita sayangi selama 7 minit dan membayangkan saat-saat bersamanya akan membuat emosi kita berubah menjadi positif walaupun time tu kita cukup tertekan, cukup sibuk.

Rasa lemas, lesu, penat dan lenguh ketika bekerja tetiba bertukar kepada rasa bersemangat yang mendadak. Itulah penangan cinta. Cinta menghalau emosi-emosi negatif lantas merubah kita menjadi seseorang yang beremosi positif.

Inilah sebab mengapa ada sesetengah orang membawa gambar orang yang mereka sayangi ke mana saja mereka pergi. Kat diari peribadi saya, ada saya letakkan gambar mak dan bapa saya kerana dari merekalah, saya menjadi amat bersemangat. Melihat senyuman mereka, membuat saya rasa gembira.

Cinta dicipta untuk kita bersemangat, berinspirasi.

Dari inspirasi itu, muncul cetusan untuk kita bekerja dengan lebih kuat lagi. Janganlah menidakkan cinta, atau Anda jadi rajin bekerja semata-mata mahu mengelakkan cinta. Anda akan lebih merana jadinya.

Rajin diluar, tapi sunyi di dalam hati.