Tip cinta – 3 petua elak cemburu buta

Posted by Smat Goal Ent 2:13 PM, under | No comments


Quantcast


SESEORANG bertanya kepada saya. Katanya, dia ni kuat sangat cemburu. Sampai ke tahap yang disebut sebagai cemburu buta. Sebenarnya tuan puan, masalah ini dah biasa pun kita dengar. Cuma tak ramai yang berani meluahkan. Ada 3 petua penting untuk atasi rasa cemburu buta.

1. Betulkan semula niat.

Perasaan cemburu ni lazimnya berlaku kepada mereka yang sedang bercinta, di dalam institusi keluarga, dalam persaingan belajar di sekolah, dan di mana-mana pun juga. Saya akan skopkan cemburu ini kepada alam keluarga dan percintaanlah pendek ceritanya.

Pertama sekali, betulkan niat kita. Untuk apa anda bercinta? Kenapa anda merasa perlu ada cinta itu? Semua ini perlu jelas. Segala yang kita buat mesti ada niat. Sebab tu kita selalu tahu bahawa amalan yang disertai bersama niat insyaAllah ada ganjarannya. Kerja yang berniat dengan tak berniat lain hasilnya.

Dalam bercinta pun sama. Kalau masa mula-mula dulu niatnya bercinta ialah untuk suka-suka, maknanya tak betullah langkahnya. Bila-bila kekasih anda akan lari. Bila percintaan mengalami masalah, anda akan hilang tempat bergantung. Sebab apa? Sebab niatnya untuk suka-suka.

Mulai hari ni, niatkan semula tujuan bercinta ni kerana Allah. Boleh, jangan kata tak boleh. Dah ramai yang buat macam tu, macam mana awak kata tak boleh. Apa pun kerja kalau sandarannya Tuhan, kita tak akan rasa sedih. Kalau kekasih lari pun kita tak sedih sangat, sebab kita masih ada Tuhan. Allah masih sayangkan kita.

2. Kekasih kita itu bukan milik kita.

Buat macam ni selalu. Selalu fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati bahawa diri kita ni Allah yang punya. Bukan ibu, tidaklah ayah yang memiliki kita ni. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi kekasih yag kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya.

Jadi bila semua ni Allah yang punya, maka dia berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Selalu juga ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya.

Selalu ingat bahawa apa yang Allah buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.

3. Dekatkan pada Maha Pencipta.

Ramai yang bila cemburu tu datang, dia rasa hidup ni macam tak ada arah. Bila putus cinta pun macam tu. Semua rasa tak tenang. Hidup tak ada arah ni sebenarnya memerlukan sesuatu yang boleh memandu kita ke arah yang baik.

Jadi, tak ada lain yang boleh melakukan seperti ini melainkan Allah juga. Prasangka, syak, dan cemburu ni semua kerja syaitan. Tak ada yang dapat mengusir iblis ini melainkan jalannya ke arah Tuhan. Cinta ini Tuhan yang beri, matlamatnya pun untuk Tuhan. Jadi, dalam bercinta pun jangan sampai lupa pada Tuhan. Jadikan Dia sumber kekuatan kita.

Saya percaya cemburu, gundah, iri, gelisah, dan segala macam rasa tak tenang akan hilang. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive