Tip Mengatasi Pujuk Rayu Lelaki

Posted by Smat Goal Ent 7:41 AM, under | No comments

Lelaki

Cinta, sayang, janji sehidup semati adalah ungkapan yang selalu membuatkan manusia hilang pertimbangan. Bahkan, ada yang sanggup mengorbankan maruah diri demi mendapatkan sesuatu yang tidak pasti. Justeru, tip kali ini memberikan panduan kepada wanita agar lebih rasional dalam membuat pilihan keputusan hidup agar selamat dari kehancuran masa depan.

Apabila anda bercinta dengan pasangan anda pastikan dia seorang yang mampu menjalankan tanggungjawab secara gentlemen bukan sahaja di hadapan anda tetapi juga di hadapan wali anda.

Perasaan sayang dan cinta adalah naluri yang dikurniakan Tuhan untuk anda gunakan dengan betul dan sesuai pada masa danorangnya. Jangan dek kerana perasaan itu anda kecundang sebelum berjuang.

Wanita yang berakal waras dan mempunyai jiwa yang kuat akan sentiasa meletakkan tanggungjawab terhadap agama dan ibu bapa sebagai satu keutamaan. Jika tidak fikirkan untuk kepentingan masa depan.

Janji yang ditaburkan oleh golongan lelaki yang berselindung di sebalik mulut yang manis perlu diselidiki dengan baik dan memberikan masa untuk anda menilai dengan iman dan takwa bukannya penilaian luaran semata-mata.

Budi baik yang ditunjukkan melalui perbuatan fizikal, pujukan mulut yang bermada serta taburan harta yang melimpah ruah belum pasti dapat menjanjikan kebahagian yang diharapkan berkekalan dalam perkahwinan.

Lelaki yang bertanggungjawab tidak akan melakukan perkara yang dikeji kerana takutkan Tuhan dan sentiasa barhati-hati dalam perbuatan dan perkataan agar tidak membawa perhubungan yang merosakkan.

Wanita yang bijak tidak akan sama sekali termakan pujuk rayu yang mengasyikkan. Sebaliknya, sentiasa meletakkan kepentingan agama dan adat ketimuran sebagai langkah memulakan kebaikan dalam kehidupan.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive