Tips Mengorat Lelaki

Posted by Smat Goal Ent 10:58 AM, under | No comments


Sebagaimana lelaki, wanita pun boleh memikat lelaki yang diorang suka. Tapi ramai jugak wanita tak tahu cara untuk pikat hati lelaki idaman diorang. Jadi, kali ni Sang Arjuna nak bagi tips untuk memikat hati lelaki.

Bagi signal yang jelas

Kebanyakan lelaki memang tak pandai nak terjemahkan signal-signal dari wanita. Korang kena tahu apa yang korang nak semasa memikat dan pastikan signal yang korang berikan tu jelas dan lelaki dapat faham maksud korang.

Bawak / pakai sesuatu yang menarik

Kalau korang nak di ‘approach’ , pastikan korang pakai atau bawak apa-apa yang menonjol dan menarik.

Pisahkan diri dari kawan

kalau korang keluar dengan kawan-kawan, pastikan korang berseorangan supaya lebih mudah didekati. Tak ada lelaki yang nak di reject di depan sekumpulan wanita lain. Dia juga mungkin berpendapat yang dia tak boleh dekati korang sebab korang ‘dilindungi’ oleh kawan-kawan.

Periksa suara

Tone suara pun memainkan peranan yang penting tau.

Kalau tak sudi, bersopanlah waktu meng ‘reject’ lelaki.

‘Blah la’ BUKAN cara untuk katakan TIDAK. Kadang-kadang lelaki yang mengorat wanita ni akan jadi kelam kabut sikit. Kalau tak berminat, pastikan korang menolak dengan cara yang sopan dan jelas.

Jadi menarik dengan tunjukkan minat

Stop bercakap tentang diri korang dan tanya tentang diri dia. Kebanyakan orang suka bercakap tentang diri sendiri dan bangga bila ada orang yang tunjukkan minat pada diorang.

Mulakan Langkah pertama!

Hampir semua lelaki yang Sang Arjuna tanya, teringin sangat nak di’ayat’ oleh wanita. Lagipun, kalau korang dah mulakan first step ni, baru lah korang tahu apa yang lelaki kena lalui semasa mula-mula pikat korang.

DAN AKHIRNYA :

Jadi diri sendiri

Berbanggalah dengan diri sendiri dan jangan cuba menjadi orang lain.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive