Don’t trust too much. Don’t love too much.....
Posted by Smat Goal Ent
11:42 PM, under Mutiara kata Cinta | No comments
BILA HIDAYAH MENYAPAKU
Posted by Smat Goal Ent
12:12 AM, under Cerpen cinta | No comments
(sumber: TemanHidup@yahooogroups.com)
Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi
teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan
itu.
"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya
menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya)
selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah
diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah
dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan
dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu
bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
5 tahun lepas..
"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk
saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang
bertebangan dek angin yang melambai.
"Hurrm.... Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak
ini," dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya
akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang
menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa.
Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan.
Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan
mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat
jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!
"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja
untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak
sanggup tak nak buat,"
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman.
Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang
dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil
bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara
itu. Dia merasakan kebahagiaan tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa
berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia
pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara
sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta
dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota
agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan
yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji
padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu.
Harman terlalu baik untuk menipu.
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak
kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa
terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan
bertudung di hadapan orang lain.
"Cakaplah sayang, apa dia?"
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap
kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar
membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman
melayannya sebegitu.
"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi
pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi
ibu kepada anak-anak saya?"
Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak
mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya.
Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu
dari awak?"
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga
telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua
bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh
berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
Lama ditenung mata hazel jejaka yang menjadi pujaan ramai
itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
Dan akhirnya dia mengangguk setuju...
"Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21
tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!"
"Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan
ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret
aku untuk tolong kau?"
" Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan
kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!"
Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan
empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika itu dan tiada siapa
lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.
" Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus
bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia
bertanggungjawab!"
" Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan
aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!"
Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah
dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang
berada di sofa ruang tamu.
Dia berasa dunianya gelap. Dia harus gugurkan kandunganya
itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya
untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa
tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.
"Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu
syarat." Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah
besar di pundaknya.
Kakaknya menyambung, "Aku nak kau tinggalkan universiti
itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku
tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini.
Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada
otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti
itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan
kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'
Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya
Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya.
Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu hitam di malam
hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.
Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5
minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa
yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang
tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih
menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan
dia!
Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi
yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang
yang tidak berdosa lagi" (Hadis)
"Adlina, akak nak tanya ni....,'
Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu
menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah
Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
"Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?"
Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan
air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga
hatinya. Bagaimana mampu dia menjawab persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor
dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong
najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada
noda dalam dirinya?
"Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah
untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka
bertaubat dalam masa yang dekat" ( Nisa:17)
Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan
lembut di bahunya.
'Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati
Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum
menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi
akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima
taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina
pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.'
Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus–putus
beristighfar agar dikuatkan hatinya.
'Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di
negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam
mahupun ya.'
Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat.
Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya
sekarang, namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya
berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.
Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke
situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak
ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan
nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.
Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk
menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya
tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.
'Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada
Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia
turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi, dia sudah pun
bertaubat dari dosa-dosa silamnya. '
Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget.
Mana akak tahu? bisik hatinya.
'Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma
kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi
alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.'
Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang
tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah
minta dia pulang lewat hari itu.
' Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak
minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan
suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah
tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.'
Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu?
Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya Rabb di
saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan
melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?
"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu,
saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal
yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di
dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya' ( Taubah: 24)
Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci
lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh
menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak
boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!
Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka
membuatkannya kecewa!
'Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi
kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka
suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ' begitulah kata-kata
Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.
Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam
bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan
Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit
sambil memohon:
" Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku,
maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu."
Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah.
Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya
majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.
Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar
dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur
untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan
hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.
'Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,' Kedengaran suara
Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.
Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu.
Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi
Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya?
Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah
lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.
Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia
memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang
sebegitu.
'Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji
Khalid.'
Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah
masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik
pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah
tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.
ABANG TUNGGU MAK DI SYURGA!
Posted by Smat Goal Ent
11:50 PM, under Cerpen cinta | No comments
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka
sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh
abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju
itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh
mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh
abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah
abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak
yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air
matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan
sasanya.
Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan
terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah
abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan
membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam
tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang
buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah
menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan
buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi
abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang
buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa
abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah
abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang
datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya
mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata
tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak
tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku
sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak
terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana.
Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat
peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari
yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan
perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga
bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak
cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak
menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa
mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati
membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'.
Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak
akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari
sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah
yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak
jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan
abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai
pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas,
abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang,
sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah
terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang
semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik
sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh
hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha.
Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana
dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak
mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan
lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian
apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri
itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk
bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu
terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa
saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa
harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak,
abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke
rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab:
"Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata,
abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu
kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik
baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu:
"Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'!
Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan
parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka
pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian
pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak
itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap
titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu
pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan
sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak
angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk
pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang
lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan
yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun
abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti
dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung.
Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada
permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam
abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu,
air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan
itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari
walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami
tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin
suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun
terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil
memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke
hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin
akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak
mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus
ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung
di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di
sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada
hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang
melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak
ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek
berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang.
Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga
rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum
ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di
dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor
menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria,
wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang
membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah.
Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang,
bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu
meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam
bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat.
Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis
teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu
abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak
pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia.
Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang
pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun
seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan
ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi
selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di
dunia
Abang pada tahun 2007.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua
anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah
kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap
menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan
minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak
suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan
tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang
keluar berjalan-jalan.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin
minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu
keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum
seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar
matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di
celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian,
abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang
terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah
dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas
meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang
terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang
perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi
abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi.
Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang.
Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata
abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak
agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang
bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari
bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan
tangisan kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang
lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan
berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut
menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk
meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah
menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh
jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak
tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga
air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan..
pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat,
genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana
ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti
jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak
menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang
akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak
tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak
langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya,
sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak
seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya
tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya
pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang.
Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat.
Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan
kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat
terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak
bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu
akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap,
jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri
pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua
bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati'
apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor
mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata
anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan
kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
rindu kehilangan
Posted by Smat Goal Ent
11:34 PM, under Puisi dan madah cinta | No comments
Mencari mu,,,
di sela reruntuhan waktu
namun yg ku temui hanya kepingan rindu
berselerak pnuhi lantai kalbu
Adakah...
puing_puing cinta yg ku punya
akan kokoh brdiri diantara angkuhnya rasa
atau akan kmbali karam dlm samudra
hanya karena aku yg tak sempurna
Ea . . .
akulah ilalang di senja nan gersang
terkulai layu kala tatap mu bertandang
kembali memeluk rindu diatas padang
hening dn terus menghilang
luruskan cintamu wahai lelaki
Posted by Smat Goal Ent
11:30 PM, under Puisi dan madah cinta | No comments
Berdiri di kaki senja
melihat kemilau jingga
mengingat saat kali pertama
cinta dtng menyapa
Kini perjlnan tramat lelah trasa
suka duka tlah kita tlan brsama
trkadang jemu calarkn kcwea
h!ngga s!lat l!dah tk trelak jua
Lalu adakah esok lusa
kau msih mnatapku pnuh cinta
dan mem!nta ku utk setia
sbgæmna dulu kau tawarkn rasa
Duhai lelaki ku..
dri tulang rusuk mu aku trcipta
bngkok dn tnpa rupa
lurusknlah ia dgn cinta
Tidak Ramai Derma Darah Pada Bulan Puasa
Posted by Smat Goal Ent
11:21 PM, under Variasi | No comments
KUALA LUMPUR – Pusat Darah Negara (PDN) menjangkakan
bilangan penderma darah di Malaysia akan berkurangan sepanjang bulan puasa dan
Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Ketua Bahagian Rekrutmen dan Publisiti PDN, Dr. Norris Naim
berkata, menyedari perkara tersebut PDN mengambil langkah proaktif untuk
berhadapan dengan trend berkenaan.
“PDN akan melanjutkan operasi pada bulan Ramadhan pada tahun
ini bermula 23 Julai ini hingga 18 Ogos 2012,” katanya melalui satu kenyataan
media hari ini.
Norris berkata, PDN akan beroperasi bermula pukul 7.30 pagi
hingga 5.30 petang pada setiap hari Isnin pada tarikh tersebut.
Menurutnya, PDN akan beroperasi bermula pukul 7.30 pagi
hingga 8 malam bermula hari Selasa hingga Jumaat sepanjang bulan puasa ini.
Manakala, kata beliau, PDN akan turut beroperasi pada hari
Sabtu dan Ahad bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang.
Tambah beliau, PDN akan turut menggerakkan Unit Bergerak
Kempen Derma Darah pada setiap hari.
Jelas beliau, orang ramai boleh melayari laman web PDN iaitu
www.pdn.gov.my untuk memperoleh maklumat lokasi dan masa unit bergerak tersebut
KEPADA MUSLIMAH2.. KHAS UNTUK KORANG
Posted by Smat Goal Ent
11:19 PM, under persediaan perkahwinan | No comments
# UJIAN SUKA2 ORANG BERTUNANG..
Bagaimana nak tahu tunang lelaki anda betul2
BERIMAN@BERTAQWA, mudah sahaja caranya.
Pertama korang kena pastikan lokasi tempat tinggal pasangan
korang, adakah mereka berada di Sabah? Terengganu? Atau di mana2 sahaja, lepas
tu sila rujuk lokasi mereka dengan jadual waktu solat dengan klik pada web web
Islamic..
Ok, sekarang, lepas 5 minit masuk waktu solat di lokasi
pasangan anda berada, cuba telefon (at...au suruh muhrim telefon) dan dengar
jawapan pasangan anda. Jika:
Jawapan A: Rindu kat abang ke? Sedang buat apa tu, kitapun
rindu kat awak.
Jawapan B: Saya baru nak makan, awak dah makan?
Jawapan C: Saya baru nak tidur, terima kasih telefon saya
kerana nak teman saya tidur.
Jawapan D: Saya baru nak solat, awak uzur ke? Telefon lagi
15 minit, insyallah.
Jawapan E: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS,
“saya solat tadi.. Kenapa?”
Jawapan F: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS:
“Salam awak, maaf jangan col saya masa waktu azan, saya menunggu waktu solat
masa tu...”
Jawapan G: (Telefon tak terjawab). Lepas 15 minit dapat SMS:
“saya solat di masjid tadi, jika mahu bincang pasal kahwin saya akan call
sekarang, jika tiada apa2, baik SMS ajelah..”
Dah selesai hubungi tunang anda selepas 5 minit azan selama
tiga hari berturut turut?..
******
Beikut adalah KEPUTUSAN kepada ujian telefon 5 minit selepas
azan di atas:
Jika jawapan A:
Sah belum sempurna iman tunang kau, sebab solat lengah2 dan
tak rasa bersalah pun, sebaliknya ghairah nak bercakap tentang cinta dan kasih
sayang, jap lagi kalau dilayan, akan cerita dalam kain lah tu, astaghfirullahal
‘azim..
Jika jawapan B:
Belum jelas jugak akan tahap iman tunang awak, sebab makan
dulu baru solat, mungkin tunang akan cakap, saya jika tak makan, nanti solat
tak khusyuk, tapi jawapan orang2 yang beriman, saya tak boleh nak khusyuk untuk
makan sebab teringat pada solat..
Jika jawapan C.
Ni lagi sekor, dah azan pun nak tidur dulu? Memang naya
dapat tunang macam ni. Putuskan aje!
Jika jawapan D:
Alhamdulillah, ada ciri2 orang beriman. Kan sedap
‘bunyi’nya…kan?
Jika jawapan E:
Alhamdullilah, lagi bagus dari D, sebab SMS sahaja, jaga
aurat, jaga adab, jaga akhlak. Tahniah!
Jika jawapan F dan G: Markah penuh! Sangat sesuai dijadikan
suami.
,,,,,,,,,,,
P/S : Ermm, sila telefon waktu haid, sebab lepas azan 5
minit masih sempat telefon tunang, itu tanda kau pun ada masalah iman. Dua2
hampeh..hehee
ketentuan Jodoh
Posted by Smat Goal Ent
6:47 AM, under Puisi dan madah cinta | No comments
sedangkan rumah tangga yang dibina pn bleh hancur inikan
plak kite baru couple n brtunang.jodoh pertemuan semuanya di tangan ALLAH. aku
berserah semuanye kpada ALLAH. andai die jodohku aku terima dengan hati yang
terbuka. amin. :')
~larahati~
kebahagian ibarat bunga
Posted by Smat Goal Ent
6:37 AM, under Puisi dan madah cinta | No comments
Kebahagiaan itu seperti 'bunga' yang tetap mekar apabila
yang melihatnya puas dengan memandang dan menciumnya, tetapi apabila ia
melewati batas hingga memegang dan mempermainkannya maka bunga itu layu dan
runtuh hingga lenyaplah keindahan dan keharumannya
Iklas dalam hati dan jiwa
Posted by Smat Goal Ent
6:26 AM, under Puisi dan madah cinta | No comments
Duhai Anakku...
Jika melakukan kebaikan sesama insan, janganlah mengharapkan
kebaikan itu dibalas atau dipuji,,
tetapi niatkan agar kebaikan tersebut menjadi penebus dosa
di atas kesalahan yang dilakukan selama ini kepada insan yang lain..
Keikhlasan dalam melakukan kebaikan sesama insan membawa
kebahgiaan pada jiwa,
membuat kejahatan sesama insan membawa kepada keresahan dan
kesempitan jiwa..
Biarlah diri kita dicela orang, asalkan kita tidak mencela
sesiapa,
biarlah diri kita dibenci orang, asalkan kita tidak membenci
sesiapa,
biarlah diri kita dimusuhi orang, tetapi kita tetap memberi
Cnta..
Jiwa yang subur dengan Cinta akan mendapat Cinta.
Beruntunglah mereka yang hidup memberi Cinta..
~by:aDMinLovE~
LUKISAN KEHIDUPAN HITAM PUTIH sebuah warna perjalanan
Posted by Smat Goal Ent
12:29 AM, under Puisi dan madah cinta | No comments
Dalam lorong nafas mu
aku tersesat bersama waktu
menikmati hangat yg masih bisu
tawarkan seribu aroma rekahan rindu
Dalam gelap aku ingin beradu
membawa putih tuk hapuskn kelabu dn ragu
mencari titik-titik celah di antara semu
walau semua masih byang lukisan sketsa biru
Lalu sejenak . . .
aku mencoba beranjak
memberi satu ruang udara utk brgerak
agar semua brjalan sesuai kehendak
Hingga . . .
di ujung persimpangan
aku menanti penuh ketenangan
saat kita sama-sama mengerti arah tujuan
satu kecupan pengantar kenangan
yang akan membawa aku dan kamu dlm keabadian
dlm sebuah LUKISAN KEHIDUPAN
HITAM PUTIH sebuah warna perjalanan
¤~¤ Hanya Untuk Mu ¤~¤
20 tip jimat dan kurangkan budget kawin
Posted by Smat Goal Ent
11:15 PM, under persediaan perkahwinan | No comments
Artikel yang saya ingin kongsikan kali ini agak santai
sikit. Kalau selalu sangat guna ayat skema nanti anda pun boring pula. Jadi
teruskan membaca 20 tips bajet perkahwinan ini:
1. Buat majlis yang ala kadar jer – simple, tapi meriah. Tak
yah buat la bende2 yg tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik
pengantin, arc, kompang, silat dll. Semua bende nie hanya akan menambahkan lagi
bajet you all.
2. Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung – kalau buat
kat kampung, lakukan secara gotong-royong. Gerenti bleh jimat kos. Kalau nak
lagi mudah, pakai jer khidmat katering… !
3. Jgn jemput SEMUA org yg korang kenal – jangan plak ko pi
jemput semua orang yang ko kenal dari kecik sampai la ko besar.. nanti satu stadium pun tak muat…huhu…
seelok-eloknya hanya jemput sedara mara terdekat, kengkawan dan jiran tetangga…
4. Tak yah membazir untuk bersalin banyak2 baju – baju akad
nikah dan baju sanding pun dah kira cukup. Nanti tak pasal2 ngko pulak yang
semput akibat terpaksa mencuba terlalu banyak persalinan… :-p
5. Elakkan buat masa cuti skolah (kalu bulehla, yer) – kalau
ikut kebiasaan, memang la ramai orang akan buat kenduri kawin time nie.
Sebabnya, masa ni lah ramai orang yang cuti and balik kampung… so lagi la
meriah majlis you all nanti dengan kehadiran ramai orang. Tapi kalau buleh
elakkanlah…sbb time tu la semua barang2 untuk preparation kahwin naik hage beb!
Seriously….
6. Barang hantaran tak perlu byk2 – cukuplah sekadar 5
berbalas 7 ker… beli barang2 yang perlu sudah la yer… dan kalau takde ‘bajet’
sangat, jangan pulak beli barang yang terlalu mahal… Ukurlah baju di badan
sendiri, orait?
7. Beli belah masa tgh sale – kite bertuah sangat la sbb duk
kat bumi Malaysia nie, di mana Mega Sale dibuat 3x setahun!..huhu:-D.. Masa nie
lah mcm2 promosi kluar …’Harga Giler’ la, ‘Harga Maut’ la… mcm2 jenis harga
ader… harga ‘cekik darah’ pun ader… :-p So, time nie la sesuai sgt2 untuk you
all pi shopping untuk beli barang2 kahwin! Yang penting, korang kenalah pandai
pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi giler2, yer…
8. Pilih pakej perkahwinan – jangan plak ko sewa baju kahwin
kat kedai A, pelamin kat kedai B, make-up plak kat C and so on… nanti kepala ko
gak yg naik pusing …. better sewa semua skali dlm satu bundle.. tak yah susah2
..dan pilih la pakej kahwin yang sesuai dan berpatutan.
9. Jgn berhabis untuk beli brg kemas – alahai… pompuan nie
kalu tengok barang kemas jek …waa… rambang mata!… :-p Tapi, you all kena la
pandai2 tahan diri. Sebelum kahwin nie, pilih la barang kemas ikut bajet yg
ader… bila2 pas kawin, baru la you suruh laki you beli bertan2 barang kemas
gitu…:-D
10. Duit hantaran kenalah berpada2 – pesanan buat pihak
pompuan: tolong jangan letak rate yg melampau tinggi! Korang bukannye nak jual
anak…sebaliknya mengamanahkan anak korang untuk dijaga oleh orang lain plak… J
kesian sebelah lelaki, kan? Sebaliknya, tengok pada kemampuan mereka dlu… nie
tidak, dah tau bakal menantu tu keje tukang kebun, mintak duit hantaran 10K.
Ade ke patut!
11. Cuba buat sendiri apa yang buleh korang buat – kalau
korang ada masa dan sedikit skil, korang buleh buat sendiri bende2 senang cam
gubah barang2 hantaran ker, hias bilik pengantin ker, hias meja makan beradap
dsb. lagi. Lagi jimat, beb!
12. Buat majlis sanding on the same day as akad nikah –
gerenti jimat masa, wang dan tenaga… tak yah buat 2/3 kali keje…
13. Kalu tak cukup bajet, tak yah la nak berhabis untuk
wedding entertainment – misalnya macam kompang ker silat ker karaoke dsb lagi.
Semua tue hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan agenda penting. Takde pun
takpe kan?
14. Majlis kenduri kahwin – kalau bajet ciput, buat majlis
kawin yang ala kadar jer la, kan? Tak yah la nak buat grand2 sangat seperti
buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke..:-) Kalau kedua pasangan pengantin
duk area sama, apa kata korang gabung jer untuk buat majlis…lagi jimat, kan?
Kalau duk jauh2 plak, cukuplah sebelah pompuan buat meriah skit, sementara
belah lelaki buat simple jek…
15. Pinjam baju nikah/sanding – kalau ada adik beradik lain
yg dah kawin, pinjam jer baju diorang (kalau dah tak ketinggalan zaman lagi
la.. :-p) Buleh jimat sikit… huhu
16. Elakkan dari tempah baju kawin yang baru – maksudnya,
upah jahit baju baru. Sebaliknya sewa jer yg dah siap jahit. Bukan aper, kalu
nak buat baju baru, kena pikir kos beli kain (2/3 jenis kain dan yg mahal2 plak
tu …) dan kos upah tukang jahit lagi, ye tak? … Tapi pakai hanya beberapa jam
dan sekali jer seumur hidup …tak ke rugi nama nyer tue? Pikir2 kan lah…
17. Postpone honeymoon – Kalau bajet ciput atau ngam2 je
untuk majlis kenduri kawin, honeymoon tak yah buat lagik la. Postpone jer ke
masa yang sesuai atau semasa korang dpt apa-apa ‘durian runtuh’ nanti. Atau
untuk yg ada sedara mara kaya tuh, moga2 korang akan dpt sponsor…huhu
18. Design sendiri kad jemputan – kalau ko tak reti nak
design pun, cari la kengkawan yang reti …sbb skrg nie zaman IT, dah ramai orang
yg reti buat mende2 camnie… design kad yang simple pun jadik… buat dalam Ms
Word pun bleh la…:-)
19. Buat senarai semak atau checklist siap2 – checklist nie
memang penting dan kena buat awal2 lagi. Darinya korang buleh tau brape byk
yang bakal dibelanjakan. Dan ia jugak memudahkan korang untuk ‘keep track’ utk
bende2 yg telah atau blom dibuat atau dibeli…
20. Pilih pakej fotografi yang sesuai – tak yah la buat dlm
studio ker atau video ker … membazir jer…kosnya buleh mencecah sampai ribuan
ringgit, beb! Cukupla sekadar 2 roll gambar yang disertakan skali dengan 1 atau
2 buah wedding album yang terisi dgn gambar2 yang comel lagi cantek!
sumber: persediaanperkahwinan.com/blog
5 tips melindungi perkahwinan anda
Posted by Smat Goal Ent
10:54 PM, under persediaan perkahwinan | No comments
Untuk elakkan kebahagiaan rumah tangga anda tergugat, anda
boleh ikut 5 tips di bawah:
Tips pertama : Utamakan perkahwinan.
Jadikan perkahwinan atau keluarga anda sebagai keutamaan
hidup anda. Biarpun anda sibuk bekerja, anda jangan lupakan keluarga anda.
Tidak berguna jika anda berjaya di kerjaya tetapi tidak bahagia di rumah.
Kehidupan anda adalah kehidupan keluarga anda. Luangkan masa untuk keluarga
anda dengan lebih kerap.
Tips kedua : Bersikap jujur.
Jujur dengan pasangan anda akan memberi ruang untuk dia
lebih memahami anda. Akhirnya, anda berdua akan lebih rapat dan sudah tentu
akan lebih bahagia.Jujur juga menjauhi suasana tertekan dan syak wasangka.
Tips ketiga : Hormat pasangan anda.
Anda perlu hormat pasangan anda seadanya. Jika anda tidak
hormat dia, dia juga tidak akan hormat pada diri anda. Jangan ambil kesempatan
ke atas pasangan anda seperti tempat untuk lepaskan kemarahan dan sebagainya.
Layan dia seperti seorang pasangan bukannya sebagai benda yang tiada perasaan.
Apabila anda layan pasangan anda dengan hormat, seluruh ahli keluarga akan
hormat pada anda.
Tips keempat : Sentiasa bersikap romantik.
Jangan hilangkan elemen romantik dalam perkahwinan anda.
Sentiasa bersikap romantik dengan pasangan anda tanpa mengira masa dan tempat.
Elemen romantik pasti akan menceriakan suasana rumah tangga anda.
Tips kelima : Kerjasama.
Jika anda tidak bekerjasama dengan pasangan anda, anda pasti
akan kalah dalam urusan rumah tangga. Perkahwinan tidak boleh terjadi tanpa
wujudnya pasangan anda. Jadi, untuk kekalkan kebahagiaan rumah tangga, anda
perlu bekerjasama dengan dia.
Tips Persediaan Perkahwinan
Posted by Smat Goal Ent
10:49 PM, under persediaan perkahwinan | No comments
Panduan Menuju Ke Alam Perkahwinan
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau
persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari
persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam
memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.
Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang
terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu
bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua
belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin,
bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau
taman.)
Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi
pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah,
internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan
gambaran awal.
Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian
persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian
yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah
atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk
mendaftar kursus pra perkahwinan.
Bagi Pengantin Lelaki:
Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan,
(jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari
pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.
Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh
yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau
badan-badan Islam swasta.
Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan
detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Membeli cincin kahwin.
Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau
menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer
bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara),
tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi
mengelakkan tempat ditempah orang lain.
Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah
meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi Pengantin Lelaki:
Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya
majlis pernikahan anda.
Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran)
yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi Pengantin Perempuan:
Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali
nikah anda.
Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali
hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Membeli barang kemas
Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang
bersesuaian untuk pengapit anda.
Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin
dijemput.
Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah
untuk proses mendaftar pernikahan anda.
Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian
tersebut jika anda telah berpuashati.
Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda
semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi Pengantin Perempuan:
Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan
anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis
perkahwinan anda nanti).
Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:
Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih
junjung dan lain-lain hantaran.
Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang,
bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan
anda melalui telefon.
Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat
dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis
tersebut.
Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri
ada barang yang tertinggal.
Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi Pengantin Lelaki:
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan
pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi Pengantin Perempuan:
Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada
majlis tersebut.
Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut
tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
18 Perkara Utama Bakal Pengantin Perlu Tahu
Posted by Smat Goal Ent
10:36 PM, under persediaan perkahwinan | No comments
Perkahwinan adalah perkara yang menggembirakan. Sebut saja
kahwin semua menggambarkan pelamin dan busana yang indah. Tetapi bagi pasangan
muda dan bakal pengantin, mereka masih lagi kabur dengan perancangan
perkahwinan. Kadangkala ada juga perkara yang mereka terlepas pandang sehingga
keadaan menjadi kelam kabut. Malah apabila sudah hampir pun, anda masih buntu.
Ada yang lepas tangan menyerahkan tugas kepada orang lain. Anda sebagai bakal
pengantin perlu tahu perkara-perkara penting dan sampingan supaya majlis lebih
teratur dan meriah. Berikut adalah perkara yang bakal pengantin mesti tahu.
1. Rancang Kewangan
Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bajet
cukup untuk hantaran, hidangan tetamu, pelamin, baju dan lain-lain kelengkapan.
Simpan sedikit wang untuk hal-hal sampingan misalnya untuk membeli pembalut,
gam, dan lain-lain.
2. Perbincangan
Bincangkan hal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang
yang lebih tua. Tanya pendapat mereka kerana mereka boleh memberi idea yang
bernas. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.
3. Konsep majlis
Tentukan konsep majlis. Pelbagai tema boleh menjadi pilihan
anda yang merangkumi set ruang makan tetamu, pelamin, bilik tidur dan lain-lain
lagi. Cari kelainan supaya majlis anda lebih “happening”.
4. Khidmat perunding perkahwinan
Merujuk kepada perunding perkahwinan, kerana mereka lebih
arif. Perkhidmatan ini menjadikan majlis anda berjalan dengan lancar. Bajet
anda juga akan lebih jelas kerana perunding akan menyatakan harga kelengkapan
majlis anda.
5. Tempahan di kedai pengantin
Tempah pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam.
Lebih mudah jika dalam satu pakej dan anda boleh dapat harga lebih murah.
Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah anda.
6. Jurugambar
Pilih jurugambar atau videografi berdasarkan bajet dan cita
rasa. Nyatakan kehendak anda kepadanya supaya lebih memenuhi kehendak anda.
Gambar merupakan kenang-kenangan abadi peristiwa dalam hidup anda. Rujuk
gambar-gambar yang pernah menggunakan perkhidmatannya.
7. Kursus pra-perkahwinan
Kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama
atau syarikat swasta yang berdekatan dengan kawasan. Kursus ini memang wajib
untuk bakal-bakal pengantin yang berdaftar di samping mendidik bakal pengantin
mendirikan rumah tangga yang bahagia.
8. Orang yang terlibat dalam pernikahan
Pastikan wali dan saksi nikah anda. Masalah akan timbul jika
pihak perempuan tidak dapat mencari walinya sendiri. Jika bapa telah meninggal
dunia boleh abang atau adik kandung menjadi wali atau wali hakim. Tempah Tok
Kadi dan masjid jika tidak bernikah di rumah.
9. MenJemput kumpulan muzik
Tempah kumpulan muzik atau DJ jika perlu. Kumpulan muzik
adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Jika anda pergi ke majlis kahwin yang
tiada pemuzik, majlis tersebut akan menjadi seperti hambar dan kurang meriah.
10. Menu
Makanan yang kurang enak mencacatkan majlis. Oleh itu tempah
katering yang terbaik melalui survey yang anda lakukan. Bagi yang masak
sendiri, perancangan menu dan bahan mentah serta tukang masak hendaklah
dirancang lebih awal.
11. Kad jemputan
Sediakan senarai tetamu. Memilih dan mencetak kad jemputan
mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Jika bajet kurang, jangan
memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan
ke rumah pengantin.
12. Hebahkan majlis anda
Maklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui
kiriman kad, telefon, e-mel atau lebih menampakkan kesungguhan datang sendiri
ke rumah mereka.
13. Pengesahan tempahan
Mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk
meja, kerusi, menu dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan tempahan yang
dibuat seperti yang dirancang. Jangan last minute ada yang dibatalkan.
14. Pemeriksaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan HIV.
Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum menjelang perkahwinan dan semasa
majlis berlangsung. Makan makanan yang sihat. Hindari perkara yang boleh
membawa penyakit. Walaupun selesema, ia boleh merosakkan mood anda. Bagi
perempuan pula, jangan terlebih makan kerana dikhuatiri baju pengantin yang
anda telah tempah menjadi ketat.
15. Rawatan kecantikan
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut supaya lebih berseri.
Rawatan ini juga persediaan pengantin menghadapi malam pertama.
16. ''Honeymoon''
Tentukan bajet dan tempat untuk berbulan madu. Tempahan awal
boleh menjimatkan kerana harganya lebih murah. Pada musim cuti persekolahan,
kebanyakan bilik-bilik akan habis ditempah.
17. Pembantu
Lantik beberapa orang dari rakan atau keluarga untuk menjadi
pengapit, ketua dapur, ketua atur cara majlis, pemberi cenderahati, flower girl
dan penyambut tetamu.
18. Senarai acara
Jika perlu sediakan atur cara majlis dari pagi hingga kerja
mencuci periuk belanga. Majlis akan lebih teratur dan tidak menjadi kelam
kabut.
sumber daripada:
http://www.pesonapengantin.com.my/idea/pertunangan/