Assalamualaikum. Disini saya mempunyai kemusykilan mengenai
adat merisik. Apakah tujuan merisik? Adakah dalam Islam menitikberatkan soal
merisik? Adakah boleh ketika kita melakukan adat merisik dengan disertakan
sekali majlis pertunangan? Saya masih belajar dan kalau boleh nak jimatkan
sebaik mungkin kos yang digunakan. Apakah persiapan yang saya harus lakukan?
Macam mana pula hantaran daripada kedua-dua pihak?
- Zharif,
Mersing.
Waalaikumusalam.
Tujuan merisik dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang
dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana
dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu,
adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Apakah ia
tergolong wanita yang subur, tidak cacat baik segi mental mahupun fizikal. saudaranya. Proses merisik dilakukan dengan
tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
Selalunya ahli keluarga atau saudara mara yang lebih tua yang jadi wakil yang
akan datang merisik. Kalau ikut adat, pihak lelaki yang ingin melamar dan
merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di
bawa bersama. Antaranya ialah:
Cincin belah rotan. (cincin tanda)
Wang tanda (hantaran)
Baju sepasang atau kain
Buah-buahan
Kuih-muih
Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa
atau ibu bapa saudara)
Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu
bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si
gadis. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain
barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung,
si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
Selain itu dengan merisik, wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran
seterusnya berbincang untuk menetapkan hari untuk melangsungkan majlis
pertunangan.
Merisik ni juga sesuai bagi mereka yang dah lama minat pada
seseorang, tapi segan nak cakap, jadi kita hantarlah wakil pergi tanyakan
keluarga si dia. Merisik juga sesuai dengan situasi bakal pengantin tak kenal
satu sama lain. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana
pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan
terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
Untuk menjimatkan masa dan wang. Gunakan pendekatan ini
iaitu apabila merisik, teruskan melangsungkan pertunangan. Namun bukan
pertunangan seperti ada hantaran. Tidak. Cukuplah merisik, kemudian jika pihak
perempuan bersetuju, serahkan cincin itupun sudah dikira sebagai pertunangan.
sumber: pakarcinta.blog
0 comments:
Post a Comment