Persiapan untuk majlis pernikahan memang agak memeningkan
kerana banyak prosedur yan g perlu diambilkira. Namun persiapan tersebut
tidaklah terlalu sukar, jika semua perat uran tersebut difahami dan dipatuhi.
Bagi anda yan g bakal bernikah, pastikan anda telah mengikuti kursus
perkahwinan yan g telah diwajibkan kepada semua bakal pengantin.
1. Bagaimana hendak memilih pusat kursus perkahwinan ?
Pasangan pengantin mestilah menghadiri kursus perkahwinan
yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS di setiap negeri. Pilih tempat kursus
yang bertauliah dan daripada saluran yang betul. Selidik latar belakang
keberkesanan tempat kursus yang dipilih agar ia adalah yang terbaik. Kursus
perkahwinan adalah syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap pasangan sebelum
berkahwin. Terdapat banyak ilmu pengetahuan tentang alam rumah tangga yang akan
anda pelajari dalam kursus penting ini. Ia merupakan persediaan penting sebelum
anda memegang tanggungjawab besar nanti. Bertanya kepada rakan-rakan yang
pernah menghadiri kursus perkahwinan agar anda dapat menjalani kursus
perkahwinan di pusat kursus perkahwinan yang lengkap dan diiktiraf. Sebagai
persediaan lain, anda boleh menyediakan segala kemusykilan yang boleh diajukan
kepada penceramah nanti.
2. Apakah pula borang yan g perlu diisi dan dilengkapkan
untuk majlis nikah nanti ?
Anda sedia maklum, menyediakan borang-borang serta
kelengkapan untuk hari pernikahan agak merumitkan jika ia dilakukan dalam
keadaan kelam kabut atau saat akhir. Tambahan pula ia memerlukan persetujuan
qariah di kawasan tempat tinggal, terutamanya bakal pengantin perempuan.
Seterusnya anda perlu tetapkan temu janji dengan kadi yang dipilih, masjid
untuk majlis akad nikah, saksi, dan keperluan yang lain. Selain itu sediakan
salinan kad pengenalan, gambar ukuran kad pengenalan, dan dokumen diri yang
lain. Anda juga perlu bijak mengatur waktu dan masa yang sesuai untuk berurusan
dengan pihak yang berkenaan. Pastikan tidak mengganggu waktu kerja atau
disebabkan tiada masa anda melakukan hal tersebut di saat-saat akhir. Rajin
bertanya kepada orang yang berpengalaman agar anda tidak tertinggal kelengkapan
borang pada hari pernikahan nanti.
0 comments:
Post a Comment