1. Jujur
bila ada yang tidak kita sukai dari si dia, lebih baik
jujur. kalau perlu, cakap terus terang face-to-face.. memanglah sakit sedikit,
tapi ada kebaikannya di masa hadapan. seharusnya kita berterus terang dan
jangan terus merahsiakan sesuatu yang boleh menggugat hubungan kita dan si dia
suatu hari nanti.
2. Be yourself
menjadi diri sendiri adalah paling baik. tak perlulah kita
meniru penampilan orang lain untuk disukai. misalnya, kita seorang yang biasa
casual, tiba-tiba berubah mengikut gaya si dia. jikalau untuk kebaikan, tidak
mengapalah. jangan lah si dia mencintai anda kerana diri anda yang PALSU.
3. Tulus
apabila menyintai si dia. tulus sahaja dengan si dia. jangan
mengharap sesuatu balasan dari si dia. misalnya anda menolong si dia, jangan
sesekali mengungkit-ungkit mengenainya.
4. Terbuka
tidak perlu berbohong. bersikap terbukalah selalu. selama
ini kita rapat dengan siapa dan biasanya kita menghabiskan waktu di mana.
supaya si dia tidak merasa syak wasangka terhadap kita.
5. kata "maaf"
maaf memang ada batasnya. namun, tidak salah jika kita
meminta maaf. nama pun manusia. pasti ada salah dan silapnya juga. sememangnya
tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.
6. kejutan
jangan kita segan memberi kejutan buat si dia. misalnya,
memberi hadiah kepada si dia. tidak perlulah menunggu hari-hari tertentu baru
hendak berikan hadiah. tentunya si dia akan lebih memberi perhatian pada kita.
7. care
Perhatian!! tidak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja
untuk mendapatkan perhatian si dia, sekadar bertanya sudah makan ke belum atau
bergurau mesra dengan si dia pun sudah mencukupi.
8. dekat dengan keluarga
tidak semestinya kita mencintai seseorang kita perlu mesra
padanya sahaja. cuba-cubalah bergaul mesra dengan keluarganya juga yaa..
9. berfikiran positif
selalulah berfikiran positif mengenai si dia. jangan terlalu
memikirkan yang bukan-bukan mengenai si dia. tapi AWAS!! jangan terlalu
membiarkan sahaja si dia. jangan sampai ada orang lain potong line sudahlah.
10. hargai PRIVACY
meskipun kita dan si dia bersikap terbuka. tidak semua
cerita perlu diceritakan. mungkin belum masanya. hargai juga privacy si dia.
apa yang perlu kita ketahui dan apa yang sebaiknya jangan kita campuri..
p/s semoga tip-tip ini dapat membantu anda mengeratkan lagi
hubungan anda dan si dia yew.. (^^)
0 comments:
Post a Comment