5 tip CINTA BERGETAR!!

Posted by Smat Goal Ent 7:14 AM, under , | No comments



Sometimes, apabila kita sudah selalu bercinta, ada waktu kita dilamun cinta, ada pula yang mencintai kita, kadang lepas putus cinta terus saja jatuh cinta lagi…Kita rasa kita sudah kenal dan tahu tentang cinta. Tanpa ragu, kita rasa kita bijak bercinta.

Tetapi, apabila kita tersungkur dan terduduk dikecewakan cinta masa itulah kita mulai terfikir,

    “Apa yang aku buat salah?…aku cintakan dia dan sayangkan dia seikhlas hati, tetapi mengapa dia tinggalkan aku?…mengapa dia curang?…mengapa dia menghilang?…mengapa dia tak jawab call tak balas message aku? mengapa dia kecewakan cinta suci aku? Mengapa? Mengapa?”

Jawapannya :-

1. Mungkin anda Terlalu mudah – I sangat faham jika seseorang, wanita especially begitu mudah jatuh cinta dan memberi jiwa, raga dan akhirnya body…kepada lelaki yang telah lama menjadi idamannya. Because to her, inilah cintanya, inilah kasih dan sayangnya…dia mahu serahkan segala-gala kerana dia terlalu dan amat cintakan lelaki itu. Susah bila dah cinta ni…tetapi, to tell you all the truth… sekiranya begitulah caranya you all menunjukkan cinta, siapa pun akan cepat bosan! “Dah dapat madu, sepah dibuang” bukankah itu pepatah orang tua-tua?…

TIP 1 : Baik wanita maupun lelaki, jangan terlalu mudah memberi cinta, meluahkan rasa cinta. Biar kita mudah mesra, dan baik hati tetapi sangat susah meluahkan rasa cinta. Biarkan cinta lumat di dalam jiwa namun tidak sekali kuluahkan haaa…Barulah CINTA akan BERGETAR di dalam jiwanya. So, pendam dan simpan cinta anda tu…dia akan dapat merasa walau tidak diluahkan, itu baru benar-benar cinta!

2. Mungkin anda Cepat mahu komitmen – Bagai menghalau dia pergi, begitulah apabila perkenalan yang sesingkat itu sudah lafaz kata cinta, sudah anggap kekasih sejati, bercakap bagai sehidup semati, terus-terusan berbual soal anak-anak nanti, sudah berbahasakan diri Mama/Papa…Bila keluar berkepit macam tak nak lepas…WO!!

TIP 2 : Bukan tak mahu komitmen, tetapi jauhinya dulu. Setiap perhubungan perlukan satu penyesuaian yang betul-betul serasi, barulah boleh anda membuat komitmen, barulah boleh declare couple. Takkan baru keluar dating sekali dah couple? Takkan baru siang malam chatting belum jumpa dah jadi kekasih sejati? Berikan ruang kepada anda dan dia…cuba mengenali hati budi masing-masing at least setahun dua…biar di jiwa tu meronta-ronta barulah CINTA BERGETAR then mungkin, barulah boleh serius! Jangan cepat-cepat nak kan komitmen beb, relax…

3. Mungkin anda Terdesak – Hehehe… ini memang biasalah bagi mereka yang kurang pengalaman dalam cinta. Atau yang baru putus cinta. Nampak begitu teruja sangat nakkan cinta. Terlampau terdesak dahagakan cinta. Sehinggakan yang lelaki nampak macam nak makan wanita, yang wanita nampak macam dunia dah nak kiamat. “aku nak kat dia, aku naaakkk…dia lah saja yang aku nak, tak ada orang lain dah yang boleh ganti tempat diaaa!!” ….AYO?!!

TIP 3 :  Relax beb, jangan over…sebenarnya jika anda kurang tunjuk mahu, buat-buat macam tak mahu. Orang akan lebih berminat dengan anda. Buat mahu tapi malu…atau seolah-olah tidak berminat tetapi dalam hati BERGETAR-GETAR CINTA…well dia juga akan bergetaran cintanya!

4. Mungkin Emosi anda melampau – Sikit-sikit marah, menangis, cemburu, benci dan tak suka itu dan ini. Perkara kecil pun dibesar-besarkan. Belum ada ikatan apa-apa pun, bergaduh, bertekak, tak setuju itu dan ini. Jelaslah anda telah memberi tekanan yang amat dasyat kepada pasangan anda haaaa…memang cepatlah putus cinta! Tak perlu nak tanya mengapa lagi lah.

TIP 4 : The best thing to do is, JANGAN tunjukkan langsung emosi anda. Biarkan dia tertanya-tanya dan ternanti-nanti, “Eh apa yang dia rasa ya…macam tak ada apa je??!” Haha…padahal Tuhan sajalah tahu betapa anda ingin menunjukkan emosi anda. Biarkan!…biarkan ia menjadi tanda tanya. Dia mesti ingin anda tunjuk emosi belas kasihan, sedih, rindu, sayu, sendu, marah,…tapi anda buat tak tahuuuu je….haaa, sure CINTA BERGETARAN kegeraman!

5. Mungkin anda Membuka pekong – Oleh kerana terlalu cinta anda asyik bercerita kepada dia tentang kisah anda sehingga anda menceritakan segala-gala kisah hitam anda dulu-dulu. Habis anda ceritakan segala-gala pekong di dada. Segala keburukan anda, kejahatan anda, kesyaitanan anda semua dia tahu. Do you think dia akan tunggu anda lagi?

TIP 5 : Yang penting sekarang, bukan dulu! Nak terima cinta …terima yang sekarang. Sekarang anda sudah baik, sudah berubah itu yang dikira. Yang dulu tidak perlu dicerita, tidak perlu pun dia tahu. Kalau nak tahu sangat boleh belah! Dalam bercinta, kita kena buatkan diri kita misteri, sudah berkali-kali bro Razzi cakap ni hehe…tetapi masih ramai yang suka menceritakan kisah dirinya sekaligus 100%. Koyak laa… you all kena simpan at least 20-30% of your life, biarkan ia jadi misteri, sehingga dia tersangat ingin tahu, amat curious tentang anda, “Isshh, siapa dia ni sebenarnya? Apa rahsia dia? Apakah perkara yang dia tak nak beritahu tu walau berkali aku tanya?”…ahh, keep it as your secret je. Biarkan dia tertanya-tanya…keep it to yourself, barulah CINTANYA BERGETAR!

Pastinya anda akan bertanya ALL this tips, berapa lama nak tahan ni hehe :)  Well, kalau I, I akan cuba tahan selama-lama yang mungkin…at least bertahun-tahun amacam? Boleh? Good luck boys and girls ;)
Sumber: http://razzirahman.com/blog

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive