Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis
darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi
lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti
yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan
kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah la...in. Keadaan ini
menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga
dan gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh
diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga
dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu
masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung
(dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin
dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran
dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J
D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin
manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan
karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara
pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah
sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis
makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur
itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang
soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung,
taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih
banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat
dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan
gandum.
Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan
buah-buahan.
0 comments:
Post a Comment