10 tips persediaan perkahwinan buat bakal suami & isteri
ini khas untuk kawan baik blogger cik tom yang bakal melangsungkan perkahwinan
akhir tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar ye. Nak kahwin kenalah buat
persediaan perkahwinan kan. Kenapa perlunya persediaan perkahwinan?? Kerana
apabila diperhatikan secara mendalam, antara punca kepada penceraian di usia
perkahwinan atau usia pasangan yang muda adalah kerana mereka boleh dianggap
sedikit terburu-buru dengan berkahwin tanpa persediaan perkahwinan yang
sepatutnya dari sudut fizikal, mental dan mungkin juga material.
1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop
tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun
isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi
tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.
2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu
agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan
suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu,
cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula
kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.
3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa
walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka
jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau
mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan,
insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.
4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan
pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural).
Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah
pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.
5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus
terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin
tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang
dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau
sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan
tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.
6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak
dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah
dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga
masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap
tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan
usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA.
7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini
menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan
biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak
perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya
kehidupan akan harmoni.
8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses
pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan
pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah
amalan merokon dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit
kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang
pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya
jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.
9. Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan
oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat
mazmumah.
10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang
betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi.
Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh
pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas
mencetuskan pemberontakan dalaman.
Dalam apa jua perhubungan pun sebenarnya yang paling penting
ialah komunikasi dan juga sikap tolenrasi seperti dalam lirik lagu Kekanda
Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia kerana setiap yang berpasangan itu saling
melengkapi antara satu sama lain.
Kanda pula kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar, tak perlu bermasam muka.
Sumber rujukan: Zuhayati Yazid, Fokus Mega, Khamis, 1
Disember 2011.
0 comments:
Post a Comment