Wahai anak-anak gadis ku...
Ini tidak ada dalam kitab, jadi tidak perlu ummi sertakan
nas dan dalil.
Ini hanya tips untuk bakal pengantin perempuan.
Apa yang dibuat dengan wang hantaran yang diberikan oleh
bakal suami.
a) sebulan sebelum
bernikah, mula membelek diri, belek muka, buat facial dan rawatan wajah.
b) 2 minggu sebelum
bernikah, mula pakai lulur, mandi sauna.Tujuan nak buang kerak dan daki yang
ada.
c) 1 minggu sebelum
bernikah, buat mandi susu untuk lembutkan kulit.
d) 3 hari sebelum
bernikah, buat urutan badan...
e) Beli sedikit
keperluan bersolek, beli minyak wangi.
f) Beli cadar
pengantin yang cantik dan lembut, jadikan kamar pengantin seperti syurga.
g) Ada wangian terapi
atau aromaterapi.
Perkara ini tidak memerlukan kos yang tinggi jika anak-anak
bijak buat sendiri.
Pakaian semasa majlis pernikahan, jangan beli yang mahal
berlace, kalau hanya untuk pakai sekali.
Kalau ada baju saudara, atau sepupu atau teman, pinjam
sahaja untuk waktu bernikah.
Yang tidak boleh pinjam ialah baju tidur malam. Tu kena beli
sendiri.
Kenapa kena buat semua ni? Untuk bakal suami.
Sebab tu jangan minta duit ibu bapa untuk keperluan diri
bagi mempersembahkan pada suami
( jika tidak bekerja) gunakan wang hantaran yang diberikan.
Banyak lagi tips-tips untuk membina kebahagiaan rumah tangga
bagi yang baru
merancang untuk bernikah.
0 comments:
Post a Comment