Kali ini Pakar Cinta ingin berkongsi tentang bagaimana si
isteri seharusnya melayan suami supaya si suami sentiasa tertambat hatinya
kepada isteri. ;) Umum tahu bahawa perkahwinan adalah apabila dua orang
berlainan jantina, akan bersama tinggal dalam sebuah rumah. Dalamnya setiap
perkara akan dilakukan bersama. Oleh itu, tips terbaik untuk si isteri menambat
hati suami, adalah merupakan perkara-perkara yang menjadi rutin dalam rumah
tangga.
1. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan
sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah
minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam
termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih
ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga
dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak
mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
2. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut
selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api,
janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila
seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk
tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
3. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya
hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian
itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan
tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua
suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus
isterinya.
4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika
suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan
berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bergurau senda. Ketahuilah bahawa
bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang
diredhai oleh Allah swt.
0 comments:
Post a Comment