Sweet Lovely Lavender

Posted by Smat Goal Ent 7:57 AM, under | No comments




“Woi, aku tunggu kau punya la lama! Baru sekarang kau tunjuk bulu hidung kau! Apa kes?! Nak terberak aku dibuatnya, kau tau tak?!” marah Mia tanpa mempedulikan pandangan mata orang sekelilingnya.

“Eh, kau ni! Jangan la marah sampai camtu sekali kat lelaki paling macho dalam dunia ni. Buat malu orang je la kau ni. Cool la sayang, oit! Eh, “bulan” tengah mengambang ke?” ujar Zarul sambil tersengih tak ubah macam kerang busuk. Dengan selamba dia terus duduk lalu menyedut minuman Mia.

“Bulan mengambang tengkorak kau! Kau ingat, aku ni mesin? Takde perasaan?! Suka hati kau je nak biarkan aku buat assignment ni sorang-sorang? Dah la benda ni nak kena hantar lusa. Aku dah cari maklumat, kau lepas tangan je? Banyak handsome muka kau!” sembur Mia tanpa henti.

“Tolong! Tolong! Gunung berapi dah meletup! Hehe.. Ala, Mia. Kau cam tak biasa pulak dengan kawan kau ni. Aku tak layan sangat la assignment ni. Kalau pasal perempuan, aku layan la. Hehe..” ujar Zarul masih tersengih.

“Arghh! Suka ke, tak layan ke, kau tetap kena buat tau! Dah la. Malas aku nak bazirkan air liur aku, bertekak dengan kau lagi. Yang aku tahu, kerja aku dah selesai. Jadi, sekarang kau ambik semua ni, aku nak blah! Ok?”

“Aku buat sorang-sorang?”

“Ye la. Bahagian aku dah selesai. Tinggal bahagian kau je lagi” Mia sudah mula mengendurkan suaranya. Zarul yang mendengar, hanya menelan pahit air liurnya sendiri.

“Mia,takkan kau kejam sangat dengan aku. Kau tolong la aku jugak” rayu Zarul menagih simpati.

“Hmm.. kau ni kan, memang tau. Ok, aku bantu kau pun sekadar bagi idea je. Amacam, boleh?” ujar Mia. Di hatinya timbul perasaan kesian dek melihat wajah toya teman baiknya.

“Tapi kau tak boleh biarkan aku buat sorang-sorang tau. Kau kena la temankan aku anytime, anywhere, ok? Nanti satu apa pun tak jadi. Lagi besar pulak masalah timbul”

“Anytime, anywhere? Hish, mana boleh! Kalau tunang aku tahu, mampus aku nanti. Kau macam la tak tahu lagi perangai tunang aku yang kuat sangat tahap jealous dia tu”

“Ala.. takkan dengan aku pun dia nak jealous. Aku dulu yang hadir dalam hidup kau sebelum dia. Betul tak? Lagipun aku bukan nak tackle kau pun. So, don’t worry, la beb. Hehe..”

“Hermm.. ye la. Aku temankan kau. Anytime, anywhere, ok?”

“Ok! Macam tu la Mia, my sweet lovely lavender” ujar Zarul sambil tersenyum. Mia hanya mampu menggeleng kepala dan tersenyum melihat perangai Zarul yang tak pernah berubah.

***********************************************************

Kedengaran perlahan lagu My Baby You - Marc Anthony dari handphone Mia. Tanpa melihat siapa pemanggil, Mia lantas menjawab panggilan bahagia itu.

“Hello, abang. Kenapa call Mia time ni? Rindu ye?” ujar Mia dengan senyuman bahagia.

“Mia, abang ada sesuatu nak bincangkan dengan Mia. Mia habis kelas pukul 4 petang kan? Mia ada aktiviti lain tak lepas habis kelas? Boleh kita jumpa petang ni kat tempat biasa?” ujar Adreen, tunang Mia sejak 8 bulan yang dulu.

“Nak jumpa petang ni? Ok. Mia pun free lepas habis kelas petang nanti” ujar Mia sambil melihat jam di tangannya yang menunjukkan angka 9. Walaupun timbul sedikit kehairanan dan persoalan dalam hatinya, dia tetap bersetuju. Adreen jarang call waktu begini melainkan ada hal yang sangat penting sahaja.

“Bagus. Sayang tunggu abang, nanti abang datang ambil. Ok, sayang. Abang tak boleh borak lama-lama. Kejap lagi abang ada meeting. Take care, sayang. Salam..”

“Salam..” Mia hanya merenung handphone dalam genggamannya. “Perkara apa la agaknya yang abang Adreen nak bincangkan petang ni. Huh..” keluh Mia perlahan.

“Hai, my sweet lovely Mia” tegur Zarul lalu duduk di sebelah Mia. Bagi Zarul, Mia mmg seorang gadis yang lasak namun hanya yang mengenali Mia sedalamnya saja yang akan tahu di mana kelembutannya. Oleh sebab itu la dia sangat selesa dan sayangkan Mia.

“Hai..” ujar Mia lemah.

“La.. kenapa ni, Mia? Kau nampak monyok je. Kalau kau ada masalah, kau cerita la kat aku. Aku kan kawan baik kau”

“Abang Adreen..”

“Hah, kenapa dengan tunang kau tu?”

“Dia call aku tadi. Dia nak jumpa aku petang ni..”

“Eh, Mia. Kau ni pelik betul la. Orang lain bukan main excited kalau tunang call. Yang kau pulak aku tengok tak happy pun”

“Bukan tak happy tapi aku rasa tak sedap hati. Aku rasa abang Adreen nak sampaikan berita yang menyedihkan la”

“Kau ni tak habis-habis nak fikir negatif. Dia nak jumpa kau sebab dia rindu kat kau. Macam aku takpe la. Hari-hari dapat jumpa kau. Betul tak? Dia just nak bagi suspen je tu. Kau jangan risau sangat ok?” pujuk Zarul. “Hati, sabar banyak-banyak. Kau lelaki, kau mesti kuat. Jangan lemah dengan perasaan sendiri. Mia, kau tahu tak aku sayang sangat kat kau? Jangan la kau sedih macam ni. Aku bertambah sedih sebab biarkan kau dengan si Adreen tu” keluh Zarul dalam hatinya.

“Thanks, Rul. Kau selalu ada di saat aku sedih macam ni” Mia dengan cepat menyeka air mata yang berada di tubir mata.

“It’s ok. I will always by your side, honey. Hehe.. Dah la tu. Tengok! Siap nak nangis pulak. Dah tak cun, my sweet lovely Mia. Tak lama lagi kau dengan dia kan dah nak kahwin. Tak silap aku 2 bulan je lagi kan?” ujar Zarul dengan senyuman walhal dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu saat itu.

“Yup, that’s right. Kau doakan la aku dengan dia bahagia hingga akhir hayat ye?” Zarul mula senyum tawar.

“Insya-Allah kau dengan dia bahagia selamanya. Amin..” pedih hatinya tatkala meluahkan ayat begitu. “Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau, Mia”

***********************************************************

Air mata Mia tak henti-henti mengalir sejak pertemuan petang tadi. Dia langsung tidak menyangka pertemuannya dengan Adreen adalah pertemuan terakhir kerana ikatan pertunangan mereka telah Adreen putuskan.

“Mia, abang harap apa yang akan abang sampaikan kejap lagi, Mia dapat terima sepenuhnya. Abang dah pun buat keputusan dan ianya muktamad” ujar Adreen memulakan bicara.

“Ada apa abang?” tanya Mia penuh hairan.

“Straight to the point, sebenarnya abang nak putuskan tali pertunangan kita. Maafkan abang, Mia. Abang tak dapat teruskan hubungan ni. Kita berdua jauh bezanya..” luah Adreen tanpa sedikit pun menoleh ke arah Mia. Hatinya sedih melihat riak wajah Mia namun apakan daya, dia tidak mampu lagi untuk terus memaksa dirinya menyintai wanita di sebelahnya.

“Abang, you’re just kidding, right?” ujar Mia mula sebak. Air mata sudah bertakung, menanti untuk mengalir ke pipi.

“I’m so sorry, Mia”

“Senang abang minta maaf. Habis, macam mana persiapan perkahwinan yang kita berdua sedang lakukan sekarang?”

“Kita cancel je..”

“Mudah betul abang buat keputusan tanpa berbincang dulu dengan Mia..” ujar Mia lemah.

“Abang betul-betul minta maaf”

“Abang, boleh Mia tahu apa kesalahan yang Mia dah lakukan hingga abang buat keputusan sebegini?” Mia sangat sebak memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya, membuatkan Adreen mula tawar hati dengannya.

“Biarkan perkara tu abang simpan sendiri. Abang tak nak mengeruhkan lagi keadaan” Mia benar-benar kecewa mendengar jawapan dari mulut Adreen. Saat itu juga, Mia berlari meninggalkan Adreen. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikannya.

“Kau apa hal buat macam tu kat Mia? Aku tahu la kau tu tunang dia, tapi kau tak boleh sesuka hati kecewakan dia sampai macam ni sekali. Aku tak boleh terima!” jerit Zarul. Dia terus mendapatkan Adreen selepas melihat Mia berlari pergi dengan air mata.

“Aku minta maaf. Biarkan soal ni antara aku dan Mia saja yang tahu. Kau tak perlu la masuk campur” jawab Adreen dengan wajah tenang.

“Kau!” tanpa sempat Adreen mengelak, satu tumbukan padu daripada Zarul tepat mengena di wajahnya.

Adreen memandang Zarul dengan mata yang tajam dan wajah yang sudah merah menahan marah. “Kau dengan Mia sama je. Brutal! Mia tu memang tak layak la dengan aku, kau tahu tak?!” jerit Adreen dengan lantang.

“Kalau ye pun Mia tu brutal, kenapa kau tetap nak tunang dengan dia dulu?!” Adreen mula menunduk.

“Aku fikirkan lepas kami tunang, dia akan berubah jadi lebih lemah-lembut. Rupanya aku silap. Aku..”

“Kau takkan dapat ubah dia, Adreen!” celah Zarul tanpa sempat Adreen menyambung kata-katanya. “Walaupun Mia tu nampak brutal, tapi dia tu baik, ada perasaan! Bukan macam kau! Berlagak je lebih! Selama ni kau buta agaknya! Tak dapat nilai Mia betul-betul! Menyesal aku sokong dia bertunang dengan kau dulu!” Zarul benar-benar marah mendengar alasan dari mulut Adreen. Tanpa banyak bicara lagi, Zarul pun melangkah pergi dengan hati yang sebal. “Aku tak dapat maafkan kau, Adreen. Kau dah buat Mia kecewa dan derita..”

***********************************************************

3 tahun kemudian...

Hari ni genap sebulan sudah Mia bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, Mia masih tertanya-tanya sebab dia masih belum diperkenalkan dengan bosnya. Teman-teman sepejabat pula tak habis-habis mengusiknya, “Mia, you nak tahu bos you tu dah berumur sangat. Pulak tu, bukan main garang dan tegas. Sebelum ni pun ramai yang dah cabut sebab tak tahan nak mengadap perangai bos tu. Harap you dapat bertahan and sabar banyak-banyak, ok?” pesan Lisa, teman sepejabat yang agak kepoh tu.

Walaupun ini adalah pengalaman pertamanya bergelar seorang pekerja, namun dia akan cuba untuk buktikan kebolehannya. Tanpa dia sedari, berlaku sedikit kekecohan di muka pintu. Dia hanya tersedar apabila Lisa menyuruhnya masuk ke dalam bilik tak jauh dari mejanya. Di muka pintu itu tertulis nama Haji Mazlan bin Saad. Berdegup jantungnya tatkala membuka pintu. “Ya Allah.. permudahkan la kepada hamba-Mu ini untuk berhadapan dengan bos.. Amin” Mia mula menghembus perlahan nafasnya dan melangkah masuk dengan perlahan. “Bismillah..”

“Yes, Miss Mia Myra. Please have a seat first” ujar lelaki di hadapannya tanpa dapat dia
melihat wajah sebenar milik lelaki itu.

“Tak nampak berumur pun” ngomelnya dalam hati. Dia hanya menunggu reaksi seterusnya daripada lelaki itu.

“So, how are you? Long time no see, right? About 3 years” lelaki itu memusingkan kerusinya dengan senyuman. Mia tidak dapat mengawal reaksinya yang ternyata sangat terkejut melihat wajah sebenar lelaki itu. Dia hampir pitam kerana tidak menyangka dia sekarang bekerja di bawah lelaki itu.

“Macam mana boleh.. macam mana.. How it can be..” Mia tidak dapat meneruskan pertanyaan.

“Welcome, Mia. I hope you will enjoy here. Don’t worry. Kat sini semua baik-baik” lelaki di hadapannya masih terus tersenyum. “Fuyoo! Muka dia tak ubah macam ayam berak kapur la. Tapi tetap cun. Hehe..” dia hanya ketawa di dalam hati melihat riak wajah wanita di hadapannya kini. Bertahun lamanya dia memendam rindu.

“Zarul..” hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya.

“Yeah, it’s me my sweet lovely lavender” dia bersyukur kerana wanita itu masih mengingatinya.

“Ya Allah..”

***********************************************************

“Mia, ada rombongan datang merisik dengan meminang pagi tadi. Maafkan ibu, Mia. Ibu dah terima pinangan mereka tanpa bertanya pada Mia terlebih dulu” Mia hanya mampu mengeluh. Kejutan pagi tadi pun masih belum hilang, ditambah pula dengan panggilan dari ibunya sebentar tadi. Dia harus pulang ke kampung untuk mengetahui hal ini dengan lebih jelas. Dia tidak mahu kisah 3 tahun dulu berulang kembali. Pahitnya masih terasa, lukanya masih belum sembuh dirinya direject oleh tunang sendiri pada masa itu.

“Mia, please come into my room right now” kedengaran suara Zarul di hujung interkom.

“Yes, bos” tanpa membuang masa, Mia terus bangun dari kerusi empuknya.

“Come in” arah Zarul. Mia berjalan perlahan ke arah lelaki itu tanpa memandang lama ke arahnya.

“Ada apa, Zarul?” tanya Mia perlahan.

“Mia, kenapa dengan kau ni? Sopan semacam je aku tengok. Hei, aku bukan pakwe kau la. Tak payah nak malu-malu atau segan dengan aku.kita kan dah lama kawan”

“Err.. Mia.. err.. aku..” “Alamak, aku nak bahasakan diri aku apa pulak ni..” detik Mia dalam hatinya.

“Tengok tu, gagap pulak dia” usik Zarul.

“I’m really sorry. Aku tinggalkan kau dulu tanpa pesan. Tapi percaya la dalam hati aku, tak pernah lupakan kau” ujar Mia seraya menunduk.

“Mia, aku ok la. Asalkan kau selalu berada dalam keadaan baik, itu dah buat aku tenang. Aku sayangkan kau. Kau kan, my sweet lovely lavender”

“Terima kasih..”

“La.. kau ni kenapa pulak? Aku tengok monyok semacam je. Tak suka ke kerja kat sini?” tanya Zarul bimbang.

“Tak la. Aku suka kerja kat sini. Walaupun agak terkejut sebab kawan baik aku yang dulunya hanya tahu nak tackle perempuan je, dah pegang jawatan besar dalam syarikat besar macam ni. Bos aku pulak tu! Tak sangka langsung” mereka ketawa serentak.

“Tapi kenapa aku dapat kesan sesuatu kat muka kau?” ujar Zarul setelah ketawa mereka
mula reda.

“Rul, aku minta maaf banyak-banyak. Aku tahu aku baru lagi di sini tapi aku ada hal mustahak kat kampung tu. Sangat-sangat mustahak. Aku ingat aku nak minta cuti dalam seminggu. Boleh? Nak potong gaji pun aku tak kisah” Mia meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya.

“Ermm.. dah lama aku tak dengar panggilan ‘Rul’. Baiklah, kau boleh cuti. Jangan risau, gaji kau tetap seperti biasa. Cuma..”

“Cuma? Cuma apa?”

“Aku nak ikut kau balik kampung jugak, boleh? Aku dah lama tak jumpa ibu Sofia. Kau tahu kan, ibu kau pakar masak. Aku terasa nak makan ketam masak lemak cili padi. Boleh la, Mia..” rayu Zarul. Mia hanya menggeleng melihat perangai temannya yang masih sepeti dulu.

“Ye la. Kau boleh ikut. Macam budak-budak” Zarul hanya tersengih mendengar omelan Mia.

***********************************************************

“Assalmua’laikum..ibu” Mia sudah sampai di kampungnya. Tanpa berlengah, terus dicapai tangan ibunya lalu dikucupnya. “Ibu, apa khabar? Abah, abang dengan adik mana? Rindunya Mia kat semua..” ujar Mia lirih.

Hampir 3 bulan lamanya dia tidak pulang ke kampung. Bukan kerana merajuk, tetapi sibuk mencari kerja. Alhamdulillah dia telah pun mendapat pekerjaan sebulan yang lalu. Dapat dia membantu keluarganya walaupun kakak sulung dan abangnya sudah lama membantu.

“Waa’laikummussalam.. Mia. Alhamdulillah ibu sihat. Mereka semua ke kebun abah. Biasa la, hari minggu macam ni,ke mana lagi abah Mia tu. Eh, Mia bawa Rul? La.. jemput dia masuk” ujar ibu Mia sambil tersenyum.

“Jemput masuk, Rul” pelawa Mia. Zarul tersenyum lantas turut mengucup tangan ibu Mia.

“Mia balik sini berapa hari? Lama-lama la kat sini ye? Ibu dah lama tak jumpa dengan Mia, berbual-bual macam dulu” Puan Sofia masih tersenyum.

Terimbau kembali kenangan dulu-dulu sewaktu anak daranya itu masih di peringkat awal dewasa. Sudah jauh beza Mia yang dulu dengan di hadapannya kini. Mia kini sudah bertudung dan penuh kelembutan. Sebagai ibu, dia bersyukur atas perubahan itu namun dia tahu jauh di sudut hati anaknya itu, masih menyimpan perasaan duka akibat peristiwa 3 tahun dulu.

“Ibu, maafkan Mia. Mia balik ni sebab nak berbincang hal yang ibu maklumkan dalam telefon baru-baru ni..” ujar Mia perlahan sewaktu berada di dapur. Dia bimbang Zarul mendengar perbualan mereka.

“Maafkan ibu juga, Mia. Ibu dan abah terima lamaran mereka tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Mia. Mereka tetapkan tiada majlis pertunangan diadakan. Mia terima?” tanya Puan Sofia. Dia bertindak sedemikian kerana dia tidak mahu lagi Mia mengenangkan Adreen. Tambahan pula, Adreen telah pun berkahwin 2 tahun lepas.

“Ibu, Mia tak mahu jadi anak derhaka. Walaupun Mia tak kenal pun siapa orangnya, tapi Mia percaya pilihan ibu dan abah adalah pilihan terbaik buat Mia kerana penuh dengan restu” ujar Mia tersenyum. Dia bertekad untuk turut menerima lamaran itu. Baginya yang penting adalah restu orang tua, bukan cinta semata-mata. Cinta dapat dipupuk selepas kahwin seperti ibu dan abahnya.

“Alhamdulillah.. terima kasih, sayang. Ibu sangat bersyukur dan gembira kerana Allah kurniakan seorang anak yang sangat baik dan cantik seperti Mia” mereka berpelukan dengan penuh kesyukuran. Air mata yang menitis menandakan kegembiraan yang lahir dari hati mereka.

“Ya Allah.. Bantulah hamba-Mu menghadapi semua dugaan yang mendatang dengan penuh kesabaran supaya aku dapat menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. Aku tahu semua yang berlaku, pasti ada hikmah yang terbaik buat ku. Amin..” doa Mia dalam hati.

Zarul yang berada tidak jauh dari mereka telah pun mendengar segala perbualan antara Mia dan ibunya. Bukan niat di hatinya untuk mencampuri hal mereka, tetapi sebagai kawan baik, dia turut ingin melihat Mia bahagia kerana kebahagiaan Mia adalah kebahagiaan dia juga. “Syukur, Alhamdulillah.. Mia, tahniah!” ujar Zarul dalam hati. Matanya pun mula digenangi air jernih tanda dia juga turut gembira dan bersyukur. Dia juga sebenarnya turut akan mendirikan rumahtangga bersama permaisuri hatinya tidak lama lagi. Dia akan memberitahu hal itu kepada Mia kemudian.

***********************************************************

“Aku terimanya nikah Mia Myra binti Hj. Ahmad Ilham dengan mas kahwinnya RM 80 tunai” Mia sebak kerana hanya sekali lafaz sahaja, dia kini telah pun bergelar isteri. Air mata syahdu menitis memikirkan tanggungjawab yang bakal dia pikul selepas ini. Dia kini tidak lagi bersendiri tetapi telah pun mempunyai seorang suami yang akan berkongsi segalanya bersama.

“Tahniah, Mia” ujar salah seorang teman lamanya di universiti dahulu.

“Alhamdulillah.. Terima kasih” Mia tersenyum kepada hadirin yang ada bersamanya.

“Maaf, ye. Tolong beri laluan sedikit. Pengantin lelaki nak masuk ni” ujar satu suara. Mia hanya menunduk menantikan suaminya masuk dengan penuh debaran di hati. Si suami pula perlahan-lahan menarik tangan si isteri lantas disarungkan cincin ke jari manis milik isterinya. Mia tunduk menyalami tangan kasar suaminya lalu dahinya dikucup penuh syahdu dan kasih-sayang. Mereka tersenyum bahagia.

***********************************************************

Bau haruman lavender memenuhi ruang kamar pengantin. Mia melihat suaminya melalui cermin sahaja. Dia gementar kerana inilah kali pertama suaminya berada bersamanya dalam bilik tidur.

“Mia, kenapa tengok abang macam tu sekali? Pucat semacam je. Jangan risau la. Abang bukan makan manusia. Abang makan nasi. Hehe..” usiknya dek melihat riak wajah Mia yang agak pucat kerana gementar. Dia pun mempunyai perasaan yang sama kerana inilah pertama kali berlaku dalam hidupnya. Serasa tidak percaya yang dia kini telah pun bergelar seorang suami. “Mia, mari la duduk dekat dengan abang” pelawanya. Mia mengangguk lalu bangun dari dudukannya.

“Ermm.. Rul..” ujar Mia lambat-lambat.

“Eh, apa pulak sayang panggil Rul ni? Panggil abang la. Kita kan dah jadi suami isteri.
Sayang jangan la malu-malu. Ok?” Zarul memintas percakapan Mia dengan senyuman.

“Abang, kenapa abang pilih Mia sebagai isteri abang?” tanya Mia perlahan sambil merenung lembut ke arah suaminya, Zarul.

“Mia, abang ikhlas menyintai Mia sejak dulu lagi. Sebenarnya abang tak dapat terima yang Mia akan bertunang dengan Adreen dulu. Hati abang sangat terluka tapi demi melihat kebahagiaan Mia, abang sanggup..” terang Zarul kepada Mia.

“Maafkan, Mia. Mia tak pernah tahu hal tu..” ujar Mia lirih.

“It’s ok, sayang. Abang bersyukur sangat-sangat sebab rupa-rupanya jodoh Mia adalah untuk abang”

“Biarpun Mia ni agak brutal?” duga Mia.

“I don’t mind. For me, you are always be my sweet lovely... lavender” Zarul mengucup tangan Mia penuh dengan kelembutan cinta supaya Mia dapat merasakan dia tidak menipu soal hati dan perasaannya terhadap Mia.

“Really?” soal Mia lagi meminta kepastian. Zarul mengangguk sambil tersenyum. “Thanks, abang..” ucap Mia lalu memeluk suaminya penuh kasih.

“Terima kasih juga, sayang sebab sudi terima dan jadi isteri abang. Tak lama lagi sayang akan menjadi ibu kepada anak-anak abang yang comel.. Insya-Allah abang akan jaga sayang dan anak-anak hingga akhir hayat abang. Semoga kasih-sayang kita kekal mewangi selamanya. I will always by your side, honey. I love you so much..” bisik Zarul ke telinga isterinya yang tercinta.

I will always by your side, honey – ayat itu la yang selalu Zarul ungkapkan suatu masa dulu. Mia bahagia, teramat bahagia. Akhirnya kebahagiaan itu miliknya jua. Haruman lavender yang memenuhi ruang kamar mereka menyemarakkan lagi perasaan tenang dalam diri mereka. Zarul tahu, inilah haruman kegemaran isterinya sejak dulu lagi. Semoga kasih sayang dan cinta dalam hati mereka turut sentiasa bersemarak dan sentiasa mekar seperti haruman bunga lavender walaupun banyak dugaan yang melanda. Terima kasih Tuhan atas kurniaan-Mu...

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive