lari kerana takut ais krim cair

Posted by Smat Goal Ent 3:08 AM, under | No comments


Arkansas – Sanggup langgar orang daripada membiarkan aiskrim yang dibelinya cair.

Itu alasan seorang wanita selepas dia melanggar bahagian belakang sebuah kereta.

Wanita berusia 58 tahun itu memaklumkan, dia ingin cepat pulang ke rumahnya selepas membeli ais krim di Flora Burkharttold kerana bimbang ais krim itu akan cair.

Selepas melanggar kenderaan Nissan yang dipandu oleh Derek Parker pada pukul 6 petang, wanita itu tidak berhenti sebaliknya terus melarikan diri.

Walaupun dia disekat daripada memandu kenderaannya selepas melanggar kereta Parker, namun wanita itu tidak menghiraukannya, dan terus memandu ke rumahnya.

Dia berjaya ditangkap selepas mangsa langgar lari itu mengekori kenderaannya sambil menghubungi 911.

“Saya tinggalkan tempat kejadian kerana tidak mahu aiskrim saya cair.

“Saya juga tidak rasa saya telah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan berkenaan hingga pemandunya terpaksa memanggil polis,’’ katanya kepada polis.

Selepas penilaian dibuat, kerosakan yang dialami oleh kenderaan Nissan itu dianggarkan bernilai kira-kira $500 ringgit.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive