5 tips melindungi perkahwinan anda

Posted by Smat Goal Ent 10:54 PM, under | No comments



Untuk elakkan kebahagiaan rumah tangga anda tergugat, anda boleh ikut 5 tips di bawah:
Tips pertama : Utamakan perkahwinan.
Jadikan perkahwinan atau keluarga anda sebagai keutamaan hidup anda. Biarpun anda sibuk bekerja, anda jangan lupakan keluarga anda. Tidak berguna jika anda berjaya di kerjaya tetapi tidak bahagia di rumah. Kehidupan anda adalah kehidupan keluarga anda. Luangkan masa untuk keluarga anda dengan lebih kerap.

Tips kedua : Bersikap jujur.
Jujur dengan pasangan anda akan memberi ruang untuk dia lebih memahami anda. Akhirnya, anda berdua akan lebih rapat dan sudah tentu akan lebih bahagia.Jujur juga menjauhi suasana tertekan dan syak wasangka.

Tips ketiga : Hormat pasangan anda.
Anda perlu hormat pasangan anda seadanya. Jika anda tidak hormat dia, dia juga tidak akan hormat pada diri anda. Jangan ambil kesempatan ke atas pasangan anda seperti tempat untuk lepaskan kemarahan dan sebagainya. Layan dia seperti seorang pasangan bukannya sebagai benda yang tiada perasaan. Apabila anda layan pasangan anda dengan hormat, seluruh ahli keluarga akan hormat pada anda.

Tips keempat : Sentiasa bersikap romantik.
Jangan hilangkan elemen romantik dalam perkahwinan anda. Sentiasa bersikap romantik dengan pasangan anda tanpa mengira masa dan tempat. Elemen romantik pasti akan menceriakan suasana rumah tangga anda.

Tips kelima : Kerjasama.
Jika anda tidak bekerjasama dengan pasangan anda, anda pasti akan kalah dalam urusan rumah tangga. Perkahwinan tidak boleh terjadi tanpa wujudnya pasangan anda. Jadi, untuk kekalkan kebahagiaan rumah tangga, anda perlu bekerjasama dengan dia.

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive