20 tip jimat dan kurangkan budget kawin

Posted by Smat Goal Ent 11:15 PM, under | No comments


 
Artikel yang saya ingin kongsikan kali ini agak santai sikit. Kalau selalu sangat guna ayat skema nanti anda pun boring pula. Jadi teruskan membaca 20 tips bajet perkahwinan ini:
1. Buat majlis yang ala kadar jer – simple, tapi meriah. Tak yah buat la bende2 yg tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik pengantin, arc, kompang, silat dll. Semua bende nie hanya akan menambahkan lagi bajet you all.

2. Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung – kalau buat kat kampung, lakukan secara gotong-royong. Gerenti bleh jimat kos. Kalau nak lagi mudah, pakai jer khidmat katering… !

3. Jgn jemput SEMUA org yg korang kenal – jangan plak ko pi jemput semua orang yang ko kenal dari kecik sampai la ko besar..  nanti satu stadium pun tak muat…huhu… seelok-eloknya hanya jemput sedara mara terdekat, kengkawan dan jiran tetangga…

4. Tak yah membazir untuk bersalin banyak2 baju – baju akad nikah dan baju sanding pun dah kira cukup. Nanti tak pasal2 ngko pulak yang semput akibat terpaksa mencuba terlalu banyak persalinan… :-p

5. Elakkan buat masa cuti skolah (kalu bulehla, yer) – kalau ikut kebiasaan, memang la ramai orang akan buat kenduri kawin time nie. Sebabnya, masa ni lah ramai orang yang cuti and balik kampung… so lagi la meriah majlis you all nanti dengan kehadiran ramai orang. Tapi kalau buleh elakkanlah…sbb time tu la semua barang2 untuk preparation kahwin naik hage beb! Seriously….

6. Barang hantaran tak perlu byk2 – cukuplah sekadar 5 berbalas 7 ker… beli barang2 yang perlu sudah la yer… dan kalau takde ‘bajet’ sangat, jangan pulak beli barang yang terlalu mahal… Ukurlah baju di badan sendiri, orait?

7. Beli belah masa tgh sale – kite bertuah sangat la sbb duk kat bumi Malaysia nie, di mana Mega Sale dibuat 3x setahun!..huhu:-D.. Masa nie lah mcm2 promosi kluar …’Harga Giler’ la, ‘Harga Maut’ la… mcm2 jenis harga ader… harga ‘cekik darah’ pun ader… :-p So, time nie la sesuai sgt2 untuk you all pi shopping untuk beli barang2 kahwin! Yang penting, korang kenalah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi giler2, yer…

8. Pilih pakej perkahwinan – jangan plak ko sewa baju kahwin kat kedai A, pelamin kat kedai B, make-up plak kat C and so on… nanti kepala ko gak yg naik pusing …. better sewa semua skali dlm satu bundle.. tak yah susah2 ..dan pilih la pakej kahwin yang sesuai dan berpatutan.

9. Jgn berhabis untuk beli brg kemas – alahai… pompuan nie kalu tengok barang kemas jek …waa… rambang mata!… :-p Tapi, you all kena la pandai2 tahan diri. Sebelum kahwin nie, pilih la barang kemas ikut bajet yg ader… bila2 pas kawin, baru la you suruh laki you beli bertan2 barang kemas gitu…:-D

10. Duit hantaran kenalah berpada2 – pesanan buat pihak pompuan: tolong jangan letak rate yg melampau tinggi! Korang bukannye nak jual anak…sebaliknya mengamanahkan anak korang untuk dijaga oleh orang lain plak… J kesian sebelah lelaki, kan? Sebaliknya, tengok pada kemampuan mereka dlu… nie tidak, dah tau bakal menantu tu keje tukang kebun, mintak duit hantaran 10K. Ade ke patut!

11. Cuba buat sendiri apa yang buleh korang buat – kalau korang ada masa dan sedikit skil, korang buleh buat sendiri bende2 senang cam gubah barang2 hantaran ker, hias bilik pengantin ker, hias meja makan beradap dsb. lagi. Lagi jimat, beb!

12. Buat majlis sanding on the same day as akad nikah – gerenti jimat masa, wang dan tenaga… tak yah buat 2/3 kali keje…

13. Kalu tak cukup bajet, tak yah la nak berhabis untuk wedding entertainment – misalnya macam kompang ker silat ker karaoke dsb lagi. Semua tue hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan agenda penting. Takde pun takpe kan?

14. Majlis kenduri kahwin – kalau bajet ciput, buat majlis kawin yang ala kadar jer la, kan? Tak yah la nak buat grand2 sangat seperti buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke..:-) Kalau kedua pasangan pengantin duk area sama, apa kata korang gabung jer untuk buat majlis…lagi jimat, kan? Kalau duk jauh2 plak, cukuplah sebelah pompuan buat meriah skit, sementara belah lelaki buat simple jek…

15. Pinjam baju nikah/sanding – kalau ada adik beradik lain yg dah kawin, pinjam jer baju diorang (kalau dah tak ketinggalan zaman lagi la.. :-p) Buleh jimat sikit… huhu

16. Elakkan dari tempah baju kawin yang baru – maksudnya, upah jahit baju baru. Sebaliknya sewa jer yg dah siap jahit. Bukan aper, kalu nak buat baju baru, kena pikir kos beli kain (2/3 jenis kain dan yg mahal2 plak tu …) dan kos upah tukang jahit lagi, ye tak? … Tapi pakai hanya beberapa jam dan sekali jer seumur hidup …tak ke rugi nama nyer tue? Pikir2 kan lah…

17. Postpone honeymoon – Kalau bajet ciput atau ngam2 je untuk majlis kenduri kawin, honeymoon tak yah buat lagik la. Postpone jer ke masa yang sesuai atau semasa korang dpt apa-apa ‘durian runtuh’ nanti. Atau untuk yg ada sedara mara kaya tuh, moga2 korang akan dpt sponsor…huhu

18. Design sendiri kad jemputan – kalau ko tak reti nak design pun, cari la kengkawan yang reti …sbb skrg nie zaman IT, dah ramai orang yg reti buat mende2 camnie… design kad yang simple pun jadik… buat dalam Ms Word pun bleh la…:-)

19. Buat senarai semak atau checklist siap2 – checklist nie memang penting dan kena buat awal2 lagi. Darinya korang buleh tau brape byk yang bakal dibelanjakan. Dan ia jugak memudahkan korang untuk ‘keep track’ utk bende2 yg telah atau blom dibuat atau dibeli…

20. Pilih pakej fotografi yang sesuai – tak yah la buat dlm studio ker atau video ker … membazir jer…kosnya buleh mencecah sampai ribuan ringgit, beb! Cukupla sekadar 2 roll gambar yang disertakan skali dengan 1 atau 2 buah wedding album yang terisi dgn gambar2 yang comel lagi cantek!

sumber: persediaanperkahwinan.com/blog

0 comments:

Post a Comment


Tags

Blog Archive

Blog Archive